SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Bersyukurlah wahai diri

Assalamu'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w serta ahli keluarganya dan juga para sahabatnya..

Sekadar menukilkan sesuatu yakni tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...

Hidup tidak selalunya indah sepertimana langit juga tidak selalunya cerah,
kadangkala malam juga suram tiada bintang..namun ketahuilah bahawa itulah lukisan alam iaitu sesuatu ketentuan dari Allah s.w.t kepada makhluknya,
bukanlah kerana ingin menyiksa hambaNya kerana Dia lah yang maha penyayang, dan ketahuilah wahai kerana penyayang dan pemurahNya lah ditentukan segala ini, untuk mengingatkan kita akan kebesaranNya dan kekuasaanNya atas segalanya...

Mungkin,terkadang kita merasakan sesuatu itu diperoleh kerana usaha kita,bakat yang kita ada,atau hebatnya kita dalam sesuatu...Namun,hakikatnya tidaklah sedemikian...kerana tiadalah yang mampu memberi dan mengurnia,melainkan Allah s.w.t yang tiada berhajat pada sesiapa...
Andai ada yang berkata, aku jadi sebegini kerana aku hebat atau disebabkan guru aku, ingatlah bahawa "aku" dan "guru" itu juga berhajat pada sesuatu yakni Allah s.w.t...
Jadi, ketika mana kita berada dalam kegembiraan, maka sentiasa beringatlah dan bersyukurlah pada tuan yang memberinya yakni Allah s.w.t..dan bermohonlah agar itu adalah kegembiraan yang diberkati...

Namun,ketika mana kecewa atau kesedihan, maka ingatlah wahai diri bahawa jangan sesekali ada rasa putus asa pada rahmat Allah s.w.t...kerana rahmat Allah itu luas..

wahai diri, sesungguhnya tidak dikurnia apa yang kau hajati bukanlah kerana engkau dihinakan oleh Allah s.w.t, bahkan itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada kamu, Dia ingin terus mendengar rintihan kamu kepadaNya, dan dengan itulah Dia kan membalas kepada kamu dengan balasan yang lebih baik di akhirat kelak..

wahai diri, cuba engkau renung kembali dengan apa yang telah kau lalui selama ini, tidakkah kau sedar bahawa telah banyak kegembiraan yang dikurniakan kepada kamu sebelum ini,telah banyak perkara yang kau hajati dan dikurniakan ia kepada kamu...sehingga di ibaratkan kecewa kamu hari ini hanyalah setitis air dan selautan kegembiraan dalam kehidupan kamu..

wahai diri, jangan sesekali kau rasa usaha kamu yang lepas itu sia-sia bagi kamu kerana di sebalik itu ada yang melihat, mengetahui dan menilai segala usaha kamu dan dijanjikanNya kelak balasan yang baik atas usaha kamu..jadi,teruskan berusaha untuk akan datang,kuatkan semangat kamu walaupun mungkin seluruh manusia memandang kamu lemah,namun andai kamu istiqamah dalam berusaha,kamulah yang paling gagah di sisi Allah s.w.t, kerana kamu mampu melawa nafsu dan ikhlas dalam berusaha...


wahai diri,tanamkan azam dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik,buatlah yang terbaik dan gunalah segala kemampuan yang ada..insyaAllah kamu akan berjaya kelak..insyaAllah

Mungkin hari ini aku gagal untuk mencapai apa yang diinginkan, namun tidak akan selamanya aku ingin gagal..suatu hari nanti insyaAllah kejayaan yang ku idamkan pasti ku kecapi..

Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku bergantung harap dan memohon agar Kau sentiasa di sisi ku membantu aku dalam menempuh segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan, semoga suatu hari nanti,ketika mana aku menghadapMu kelak,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya..Allahumma Ameen



Monday, December 6, 2010

Beramallah walau perkara kecil

Assalamu'alaikum w.b.t,


Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah atas segala kurniaanNya yang tidak terhingga pada diri ini, terutamanya nikmat hati yang masih dikurniakan ingatan padaNya, serta lidah yang masih di izinkan untuk terus mengungkap kalimah mulia namanya,serta anggota yang sihat..tiadalah aku meminta melainkan untuk kekal dikurniakan rasa kehambaan padaNya walau dalam keadaan apa sekalipun...


Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w, ku memohon agar kelak ku dapat menatap wajahnya yang mulia,dan paling ku berharap agar suatu hari kelak aku dapat bersamanya selama-lamanya,agar terluah segala kecintaan di hati ini...


Tiadalah setiap apa yang ku sampaikan disini melainkan segalanya datang dari Allah s.w.t,dan segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, dan ku memohon agar segala salah silapku mendapat keampunan dan keredhann Allah s.w.t...


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, sungguh..setiap detik dan saat yang dilalui itu adalah tanda kasihnya Allah pada kita, kerana detik dan saat itulah mampu menjadi asbab atau wasilah kepada hampirnya kita pada Allah, yang mana dijanjikan dengan ganjaran yang cukup hebat daripadanya..namun,ada juga dalam kalangan kita yang mana dengan detik dan masa ini jugalah asbab kepada mereka lupa dan semakin jauh pada Allah...seolahnya cahaya iman yang pernah dikurnikan padanya semakin malap dan terpadam dek kerana diri yang tidak tahu menghargai nilai hidayah Allah..Allah,kita sentiasa minta untuk dijauhkan dari tergolong dalam kelompok sebegini...


Jadi,sangat-sangat penting untuk kita banyakkan amal sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai akan nikmat petunjuk yakni islam dan iman..kerana petunjuk yang dikurnia kepada hati ini adalah bukan dari mana2 tokey kedai makan,atau jutawan dunia yang mereka sendiri bergantung pada manusia lain,namun ia adalah dari tuhan yang Maha Kaya,yang memiliki segala perkara di langit dan bumi,yanag mana sedikit pun tidak pernah berhajat daripada apa yang diciptaNya,bahkan sekalian alam lah yg berhajat padaNya....oleh kerana itulah,tiadalah mustahil bagiNya untuk mengurnia apa sahaja kepada hamba yang dikasihi dan disayangiNya..


Satu kisah yang dihendak dikongsi disini,yang mana mungkin sahabat yang pernah mengikuti tazkirah yang aku sampaikan,mungkin dah pernah dengar tentang kisah ini..iaitu satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, yang mana satu ketika ada seorang sahabat yang berada dalam keadaan nazak dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang lain..sebelum menghembuskan nafas terakhir,sahabat2 yg mengilinginya itu mendengar beberapa kalimah yang diucapkan oleh sahabat yang nazak tersebut,iaitu beliau menyebut, "andai lebih jauh.....andai yang baru.....andai kesemuanya"...selepas itu dikatakan beliau terus mengucap kalilah syahadah dan meninggal dunia...


Lalu,sahabat2 lain merasa kehairanan dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk menanyakan perihal kejadian tersebut..setelah itu,baginda Nabi s.a.w yang dikurnia kelebihan untuk mengetahui perkara ghaib melalui wahyu,menceritakan sebab2 di ungkap kalimah2 tersebut..yang pertama Rasulullah menerangkan tentang "andai lebih jauh"...ketika sahabat tersebut nazak,maka telah dibukakan gambaran akhirat padanya..ketika dia hidup dahulu,satu ketika,sewaktu perjalanan untuk ke solat di masjid,sahabat tersebut terserempak dengan seorang tua yang buta yang juga menuju ke masjid dan sudah hampir sampai..lalu di pimpinnya untuk mengambil wudhu' dan ditempatkannya di saf pertama..jadi asbab kebaikan ini,maka dinampakkan kepada shbt ni ketika nazak tersebut ganjaran sebesar gunung uhud,disebabkan sgt terkejut maka disebutkan " andai lebih jauh" yakni andai dia dapat menolong org tua dari jarak yang lebih jauh,maka sudah tentu ganjaran yang lebih padanya..masyaAllah...


Kedua disebutkan "andai yang baru"..satu ketika sahabat ini sedang berjalan untuk menunaikan solat subuh di masjid,dan dipakainya dua lapis jubah kerana kesejukkan pagi,iaitu jubah baru dan jubah lama..tiba2 dia terserempak dengan seorang tua yang sedang kesejukkan dan juga sedang menuju ke masjid,lalu disedekahkan kepada orang tua itu jubah yang lama..asbab kepada kebaikan ini,maka dinampakkannya ketika nazak suatu ganjaran kepadanya yang seperti luas lautan banyaknya...lalu diungkapnya "andai yang baru" iaitu andai ketika itu disedekahkannya jubah yang baru itu,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia kepadanya...masyaAllah...


Ketiga disebutkan "andai kesemuanya"..satu hari sahabat ini sedang berpuasa dan menunggu waktu untuk berbuka puasa...tiba-tiba ada satu orang mengetuk pintu rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa orang itu sudah tidak makan beberapa hari,lalu ketika itu dia yang hanya ada satu roti untuk berbuka,di bahagikan dua roti tersebut dan separuh itu disedekahkan kepada orang itu..asbab kabaikan ini,maka dinampakkan ganjanran padanya seolahnya seluas langit,iaitu sangat banyak...lalu diungkapkannya "andai kesemuanya" iaitu andai dia menyedekahkan kesemua rotinya,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia padanya..masyaAllah...


Maka,daripada kisah ini...aku menyeru diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi semua untuk berbuat apa sahaja kebaikan walaupun mungkin kecil amal tersebut seperti buang sampah,senyum atau perkara2 lain yang dianggap kecil..namun ganjarannya sangatlah besar kerana pembalas segala kebaikan ini adalah Maha Kaya lagi Maha Penyayang...namun diingatkan supaya diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t,barulah diperoleh ganjaran yang hebat..


Selagi detik dan masa masih ada, maka sangat penting untuk dimanfaatkan sebaik mungkin, yakni menyediakan bekal-bekal untuk dibawa untuk menghadap Allah di hari hisab kelak..tiadalah perkara yang bernilai ketika itu melainkan hanya amal..harta dan pangkat sudah tiada nilai,bahkan pertalian keluarga sekalipun sudah tiada makna,masing2 dengan amal masing2...

insyaAllah,bersempena tahun baru hijrah ini, sama-sama lah kita berazam di tahun baru ini, untuk banyakkan mencari ilmu dan amal,serta sentiasa bertaubat agar diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang...

Walau apa pun,bagaimana pun kita di uji dengan bermacam perkara, jangan lupa bahawa itulah ujian Allah taala kepada hambanya,yakni tidak lain dan tidak bukan untuk menguji dan menilik siapakah di antara hambanya yang benar-banar beriman yakni iman yang sebenar kepadaNya, dan setiap ujian itu kita mampu bertahan dan meletakkan iman sebagai panduannya,maka insyaAllah kitalah hamba yang mendapat kasih sayang Allah dunia akhirat,yang sentiasa mendapat perlindungan dariNya dari sebarang yang membawa kita kepada kekufuran...

Alllah, hanya kepadaMu sahajalah aku memohon perlindungan dan segala bantuan agar ku terus berada di jalan yang benar sehingga lah aku bertemu dengan Mu kelak..Allahumma ameen..

Salam Maal Hijrah 1432


-wallahu'alam-

Friday, November 26, 2010

Pesanan buat hati


Assalamu'alaikumu w.b.t,
Post kali ini sekadar ingin mengingatkan diri, akan perkara yang cukup penting dalam kehidupan..iaitu soal hati untuk Allah atau untuk syaitan...
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam diri setiap orang itu terlalu banyak kehendak yang ingin dilakukan..dan ketahuilah bahawa itulah namanya nafsu...

Kata 'ulamak sufi, "aku tidak risau akan bahaya dengan bahaya bisikan syaitan kerana ia suatu yang zahir bisikan kejahatannya,dan andai syaitan ini berada padaku,nescaya ada ketika ia boleh dihalau dengan bacaan-bacaan tertentu, bahkan ada ketika ia sendiri tidak berani menghampiriku asbab kpd iman dalam hatiku, namun lebih aku risau akan suatu perkara yang juga membisikkan pada kemungkaran dan ia sentiasa berdamping dalam diri tidak kira ulamak,atau orang alim mahupun orang yang kebiasaan, itulah nafsu".

Benarlah kata ulamak ini, sebab itu sebagai orang yang beriman dan ingin pada redha Allah, sangat penting untuk kita bermuhasabah kembali, sejauh mana diri kita benar-benar memusuhi musuh kita yang sebenar dan nyata, yakni syaitan dan iblis..dan sejauh mana kita benar-benar mentarbiyah nafsu yang menyelimuti hati ini agar ia tidak membawa kita pada murka Allah s.w.t...Ini kerana ada dalam kalangan kita yang sibuk berbicara dan membenci musuh yakni dikalangan manusia seperti yahudi dan kuffar, sedangkan lupa akan musuh kita yang paling hampir dengan kita iaitu syaitan dan juga nafsu tanpa iman... Jika kita imbau kembali,bagaimana ketika zaman Rasulullah s.a.w,ketika itu ada seorang manusia yang sangat digeruni oleh musuh2 islam terutama syaitan sendiri,sehingga tidak berani berselisih dengannya,itulah Umar Al-Khatab..kerana tubuhnya kah?sudah tentu tidak..bahkan Umar digeruni kerana iman dan amal nya pada Allah s.w.t...Persoalannya, sejauh mana kita yang mengaku memusuhi syaitan,mencontohi iman dan amal Saidina Umar?.....bahkan kebanyakkan kita hari ini tidak lagi bermusuh bahkan bersaudara dengan syaitan...nak tahu bila? cuba tanya kepada diri sendiri, bilamana kita melakukan kemungkaran,adakah ada dihati berasa malu kepada Allah?atau berbangga dengan kemungkaran itu?...

Sebagai contoh, andai kita "couple",atau membuka aurat, atau tidak menjaga pandangan, tidakkah dihati seperti gundah gelana kerana bersalah pada Allah? atau sangat berbangga dengan kemungkaran tersebut sehingga tidak menghiraukan azab Allah?...disinilah ukuran kepada keberadaan iman dihati,dan sejauh mana kita bermusuh atau bersaudara dengan syaitan...ringkasnya, setiap amal perbuatan kita, ia akan menentukan hanya dua perkara, sama ada perkara itu menghampirkan diri pada Allah,atau menghampirkan diri pada syaitan...

Andai kita hampir pada Allah,nescaya kita dijanjikan dengan kebahagiaan yang hakiki,namun andai kita hampir pada syaitan (walya'uzubillah)..maka bersamalah dengannya di neraka kelak..




Allah...pesanan buat diri,untuk apa jua yang dilakukan kelak, maka letakkanlah iman dihadapannya agar hati ini sentiasa dipelihara dalam ketaatan pada Allah...


Dan ketahuilah, bahawa bilamana seseorang itu dikasihi Allah,maka di campakkan kerisauan dalam hatinya, dan bilamana seseorang itu jauh dari rahmat Allah,maka dicampakkan dalam hatinya seruling.Sama-sama kita renungkan dimanakah kita ketika ini dan akan datang...wallahu'alam

p/s : pesanan buat diri dan sahabat2 sekalian,untuk sentiasalah berlapang dada agar sifat tawadhu' ada dalam hati,dan berwasapadalah pada bisikan syaitan,kerana ia membawa kepada sifat sombong sepertinya.

Monday, November 15, 2010

Agenda Yahudi..Pastikan kita tidak terpedaya

SALAM SEMUA :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w :

mafhumnya :“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil ".



1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2-( tentang kopi ni, sebelum ni dh post tapi di sebabkan ana dah rujuk guru ana al-fadhil ust muhadir, dan katanya belum pernah dengar lagi..jadi ana tarik balik statement tntg ni, maaf sblm ni post tanpa wt kajian terlebih dahulu..moga Allah taala ampunkan segala salah silap..ameen)


3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4- kita diajar bahawa makan "fastfood" adalah bagus, namun sebenarnya "fastfood" adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.Jadi fikir-fikirkanlah,at least jgn terlalu kerap sangat...dan mana2 brand yang rasa perlu boikot tu,faham-faham la yep...

5- para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan kandungan gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

TOLONG SEBARKAN DAN MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM KITA.



sumber : ana dapat emel dari seorang sahabat yang kini berada di Mesir,tq.

Jom Puasa Esok !!!


Sahabat2 yang dikasihani Allah sekalian,


JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK BERPUASA ESOK, HARI ARAFAH! AJAK SAHABAT2 ANDA SEKULIAH, SERUMAH, AHLI KELUARGA DAN SESIAPAPUN DI SEKELILING ANDA...


Bonus tahunan selumayan ini amat rugi untuk dibiarkan begitu sahaja...pahala anda akan menjadi berlipat ganda jika anda menjamu mereka yg berpuasa esok (iftar)...


Kenapa esok?

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah(9 zulhijjah), saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya dari api neraka lebih dari hari arafah" -hadith riwayat muslim-


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.


Rebut juga kesempatan untuk:

1. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya,
firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

2. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa,
semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

3. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat,

berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Sunday, November 14, 2010

Muhasabah Cinta


Assalamu'alaikum,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulillah s.a.w.

Soal cinta, sesuatu yang sangat rumit dan seolahnya ia sentiasa menjadi tanda tanya padaKu..apakah yang dikatakan cinta yang sebenar? sejauh manakah cinta yang menjadi fitrah ini mampu didorongkan kepada amal taat pada Allah s.w.t? adakah benar bahawa cinta ini umpama sebilah pisau yang mana andai ia di manfaatkan oleh orang berilmu,maka bermanfaat lah ia pada bermacam perkara,dan andai ia di ada pada mereka yg jahil atau sengaja sombongkan diri dari mencari ilmu,maka binasa lah siapa yang memilikinya dan sesiapa yang disekelilingnya juga.....


Untuk masa ini,ana sebenarnya belum bersedia untuk mengulas soal ini..insyaAllah akan datang andai di izinkan Allah swt, selepas membuat pembacaan dan rujuk sendiri dari para alim ulamak, atau mungkin selepas ana sendiri "sudah selesai dgn selamat" melalui perkara yang dikatakan cinta ini, insyaAllah mohon sahabat2 doakan moga diri ini sentiasa dipelihara dan didorongkan cinta yang menjadi fitrah ini pada jalan yang benar,yakni jalan yg membawa diri ini kepada kasih sayang dan berakah di sisi Allah swt...syukran pada yg mendoakan, ameen...


Cumanya,sekadar peringatan pada diri,bahawa cuba kita mengimbau kembali zaman kenabian dahulu bagaimana para sahabat hilang cinta nya bkn skdr pd wanita,bahkan juga sgala habuan dunia..mengapa? kerana mereka telah "mabuk cinta",hati mareka telah terpaut pada insan bernama Muhammad s.a.w,dan pencipta yang agung,Allah s.w.t..


Andai mereka yg mabuk cinta dgn makhluk,merasakan perit n apa2 la,ana pn x de experience, 'ala kulli hal ini berbeza mabuk cinta sama Allah,sungguh manis dan indah segalanya..dan inilah asbabnya terpecik manisnya pd cinta kita pada manusia,iaitu kita peroleh pasangan yg sama "
"mabuk cinta" pada Allah s.w.t....apa2 pun,ana teringat akan satu doa yang di amalkan para 'ulamak dahulu,"Ya Allah,kurniakanlah daku cinta kepadaMu lebih dari segala-galanya"..moga dari apa yg dikongsikan sama dapat renung dgn hati yang melihat akhirat sbg tmpt akhirnya,bknnya direnung dgn hati yang diselaputi dunia yg fana'..

Untuk ketika ini,diri ini hanya sekadar mampu meletakkan harapan pada Allah s.w.t, moga segalanya yang terbaik di dunia dan akhirat...


Sebenarnya ana sekadar nak berkongsi satu lirik lagu yang mungkin sama2 kita boleh ambil manfaat darinya,jadi untuk ini paling penting untuk kita memandang setiap kata2 dalam lagu ini adalah bukan hiburan semata-mata,kita akan dapat apa yang kita fikirkan,sdikit tips dari ana...sekadar muhasabah diri yep,
sesiapa yang nak lagu ni ke,boleh bagi emel kt ana,nnti insyaAllah ana cuba hantarkan..


Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMuTuhan...


Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
p/s: ni ada adress kalau nak baca sikit tentang pengalaman cinta seorang muslim, wallahu'alam,mana yang baik sama2 ambil pengajara...namun sebagai qudwah hasanahnya iaitu yang terbaik bagi kita,tidak lain dan tidak bukan baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya...dan bagi ana mungkin kita boleh rujuk golongan2 sufi utk ini kerna ia berkait dgn soal hati..sekadar pandangan..

Thursday, November 4, 2010

Sekilas hikmah dari 2 peristiwa

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah..syukur yg tidak terhingga pada Allah taala atas segala kurniaan nikmatNya padaku dan aku berharap agar segala nikmatnya bukanlah seperti yang dikurniakan kepada Firaun,abu jahal dan segala mereka yang munafiq yang mana membawa mereka kepada kemurkaan Allah s.w.t, walya'uzubillahi min zaalik...namun apa yang ku harapkan hanyalah ihsan,kasih sayang Allah s.w.t agar ku di kekalkan dalam kenikmatan yang membawa kepada redhaNya bahkan diriku yang terasa lebih hampir padaNya insyaAllah...Allahumma ameen..

Sekadar mengingatkan diriku dan moga sekalian yang membaca juga peroleh manfaat bersama,insyaAllah...Beberapa perkara yang telah ku alami dan tergerak hati ini untuk dikongsikan bersama sahabat2 iaitu akan dua peristiwa terdekat baru-baru ini...

Peristiwa pertama :
Satu ketika,di malam hari selepas aku balik dari solat isyak..entah kenapa sangat banyak serangga seperti ulat lampu berterbangan dalam bilikku...kelihatan sahabat sebilikku memegang sebatang penyapu untuk menghalau serangga tersebut..aku ketika itu tidak tergerak hati untuk buat apa-apa kerana bagiku serangga itu tidak menganggu aku..malam itu aku teruskan aktiviti aku seperti biasa tanpa menghiraukan kehadiran serangga tersebut..cuma terdetik juga,dari mana datangnya serangga2 ni..sebelum ni x pernah2 masuk dalam bilik..tapi kata sahabatku,"mungkin masuk dari tingkap,pintu aku lupa tutup tadi..". Kemudian,setelah dah lewat malam,aku mengambil langkah untuk tutup lampu di compartment aku dan biarkan lampu di tengah sahaja yang terbuka dengan tujuan elak serangga2 tu ganggu aku dan aku pun memudaratkan nyawa2 mereka..huhu..
kemudian,di pagi yang hening..aku terdengar sayup seruan azan subuh..entah kenapa pagi tu rasa berat je mata nak bukak,seolah tidak terdaya nak bangun dn nk terus tidur..kemudian,tiba-tiba,sedang aku terbaring meniarap(muka aku terkehadapan sedikit),terasa ada sesuatu yang menolak kelopak mata ku beberapa kali....aku pun membuka mataku dan kelihatan seekoR serangga yang seperti ulat lampu itu berada di depan mataku...RUPA2 nya serangga itulah yang aku rasa seperti menolak-nolak kelopak mataku..setelah itu aku pun terus terbangun dan terus menuju ke rumah Allah taala yang mulia (alhamdulillah aku menerima jemputan ke rumahNya).

Pengajaran yang ku dapat ambil, benarlah bahawa segala ciptaan di muka bumi ini seperti angin air,tumbuhan dan serangga sekalipun merupakan makhluk yang berkhidmat pada kita manusia,yakni khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t..sebagai khalifah di muka bumi,cukup penting juga bagi kita untuk sentiasa berbuat ihsan dan kena ada kasih sayang kita pada mereka juga..insyaAllah,andai kita sentiasa berbuat ihsan kepada mereka nescaya mereka juga dengan izin Allah taala akan membawa kita kepada petunjuk Allah s.w.t..kalau contoh yang ada seorang ustaz bg, kalau nampak semut tengah lemas,maka selamatkan lah..atau apa2 lagi lah,siram tumbuhan ke...Wallahu'alam

Peristiwa kedua :
Hari itu hari sangat sukar bagi aku..terasa badan sangat letih dan tidak bermaya, sehinggakan terasa tidak mampu untuk melemparkan senyuman bila bertemu dengan sahabat2..tapi,tidaklah sedemikian kerana jujurnya,aku tidak prefer untuk orang lain tahu akan diriku yg menghadapi masalah,orang2 tertentu tahulah kot...
Di pendekkan cerita,selepas aku selesai baca surah al-mulk dan doa..aku rebahkan diriku..di sebabkan terasa sangat letih,dalam masa yang singkat aku terus terlelap...
Tatkala pagi,jam 5.15,aku terdengar bunyi alarm yang aku setkan di handphone.Aku pun kata pada diri, "jap2, 5 minit lagi..jam 5.20 aku bangun"..setelah itu,dalam keadaan yang tidak berlampu ketika itu,tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki yang menuju ke compartment aku,orang itu menolak pintu locker aku yang jadikan ia seperti pintu di compartment aku..bunyi pintu locker yg perlahan-lahan terbuka...kemudian kelihatan seperti seorang lelaki,berdiri di sebelah aku sambil memerhatikan aku..ketika itu,aku membuka sedikit kelopak mataku,cuba untuk melihat siapa dia..ketika itu aku sangkakan sahabat aku yang ingin mengejut aku..tapi lelaki itu terus pergi selepas beberapa ketika memerhatikanku...hatiku berdebar dan rasa hairan...setelah itu aku terus bangun dan siapakan diri untuk 2 rakaat solat. Dan,untuk kepastian,aku tanya kepada sehabat di bilik sama ada,ada tak mereka datang ke bilik ku pada pagi tu,ternyata mereka kata tiada.dan bertambah pelik lagi pintu bilik aku berkunci.

Pengajaran:
Ketika, dan selepas apa yang berlaku iaitu aku diperhatikan oleh seorang yang aku tidak kenali...di hati ku,ada satu firasat..mengatakan bahawa yang memerhatikan aku itu adalah bukan manusia,dan apa yang ku rasakan..mungkin itu adalah malakul maut, wallahu'alam...
Aku teringat akan satu perkara yang dikhabarkan oleh seorang ustaz padaku,bahawa setiap manusia itu akan dilawati oleh izrail sebanyak 70x sehari sehinggalah tiba ajal seseorang itu,maka lawatan itu akn bertujuan untuk mengambil nyawanya...jadi,buat diriku yang penuh dosa,muhasabahlah kembali akan amal yang dikerjakan seharian..adakah ketika mana aku dilawati malakul maut itu,aku dalam keadaan taat atau sebaliknya....Allah...moga aku dikurnia taufiq,moga aku sentiasa dalam lindungan rahmatNya dan di akhirkan hayat ku di dunia dalam keadaan hatiku,amalku yang sujud dan taat padaNya..AMEEN YA ALLAH...

P/S : segala apa yang di nukilkan hanyalah semata-mata dari diri yang hina dan hati yang harapkan keampunanNya..mana yang baik sama-sama ambil 'iktibar, mana yang tidak baik mohon untuk sama saling nasihat-manasihati...

Wallahu'alam

Thursday, October 7, 2010

Syahid, 'Alim, Qari dan Dermawan yang akan masuk neraka?

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah,berkempatan jua untuk menulis kembali di wadah yang ku niatkan di awal lg untuk mencari redha Allah s.w.t, insyaAllah Allahumma ameen...

Untuk kali ni ana sekadar memetik satu hadith untuk di kongsi sama-sama berkenaan soal pentingnya ikhlas pada Allah s.w.t dalam apa jua..hatta perkara itu sudah jelas ganjarannya hanya peroleh di akhirat seperti kita mengaji Al-qur'an, solat, sedeqah dan lain-lain ibadah khusus yang mana seharusnya kita lebih ingat pada Allah s.w.t...begitu juga 'ibadat2 umum, seperti kita menuntut 'ilmu,bekerja mencari nafkah dan kita bersosial sekalipun, perlu di ingat bahawa besar ganjarannya bahkan ia terlebih hebat dari segala habuan dunia andai ia di niatkan ikhlas semata-mata kerana Alllah.. "walal akhiratukhoirul lakaminal ula"

Jadi,ayuhlah..ana menyeru raja yg berada dalam diri ku yakni hati ku,dan juga hati-hati sahabat semua untuk sama renung,hayati dan mengambil manfaat dari hikmah kalam Nabi kesayangan kita , Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya orang yang pertama sekali di putuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah swt) lalu Allah swt mengingatkannya akan nikmat yang pernah di anugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu,maka ia pun kembali mengingatinya,kemudian Allah swt lalu bertanya kepadanya, "Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah ku berikan kepadamu itu?".Ia menjawab :"Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid". Allah swt berkata kepadanya :"Engkau bohong ! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani,dan telah pun dikatakan orang begitu kepadamu". Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang lelaki yang belajar 'ilmu agama dan ia mengajarkannya kepada orang lain serta banyak membaca Al-Qur'an. Lalu Allah swt mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu dan ia pun kembali mengingatinya,kemudian Allah swt lalu bertanya kepadanya: "Apa yang telah engkau buat terhadap nikmat itu?". Ia lalu menjawab: "Aku telah belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga aku membaca Al-Qur'an untuk mencari keredhaanMu". Allah swt berkata kepadanya: "Engkau bohong ! Sebenarnya engkau belajar ilmu supaya engkau disebut-sebut sebagai orang yang 'alim dan engkau membaca Al-Qur'an supaya engkau dikatakan seorang "Qari" yang pandai membaca Al-Qur'an, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu". Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam api neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang dermawan yang telah diluaskan Allah swt akan rezekinya dan dikurniakan kepadanya bermacam-macam harta benda. Lalu Allah swt mengingatkannya terhadap nikmat yang telah dianugeahkannya, maka ia pun mengingatinya kembali. Kemudian Allah swt bertanya kepadanya: "Apa yang engkau perbuat ke atas nikmat yang telah Aku anugerahkan itu?".Ia menjawab: "Tiada suatu jalan pun yang engkau mahukan supaya diberikan dema kepadanya kecuali telah saya dermakan harta saya kepadanya". Allah swt berkata kepadanya: "Enkgkau bohong ! Engkau menderma supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang dermawan,dan telah pun dikatakan orang begitu kepadamu". Orang itu lalu diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam api neraka".
H.R. Muslim
Subhanallah, gementar hati..seakannya berubah segala impianku yang ingin memperoleh kehebatan dunia kepada mencari cinta dan kasih kepada Allah swt. Benarlah bahawa keikhlasan lah menjadi kunci kepada diterima 'amalan yang mana petunjuknya adalah istiqamahnya kita dalam sesuatu,manisnya bila beribadah padaNya....
"Allahummah dinaussirotolmustaqim, sirotollazi na 'an 'am ta'alaihim, minannabiyyin,wassiiddiqin wassyuhada' wassolhin. Allhumma ameen."

Saturday, September 4, 2010

Ayuh Perbetulkan Cara Melihat Al-Qur'an

Alhamdulillah..berkesempatan jua utk ana update blog ni...
Insyaallah kali ini..sekadar berkongsi pengisian yang ana dapat daripada tazkirah ramadhan yang di sampaikan oleh mudir dari pondok an-nur baru-baru ini...
Satu peristiwa yang sering kita dengari,yakni berkaitan dengan salah satu mu'jizat yang dikurnia Allah taala pada rasul ikutan kita, Nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa isra' wa mi'raj. Sungguh,terlalu banyak pengajaran yang boleh di ambil andai kita benar-benar mengkaji dan meniliti peristiwa besar ini. Antaranya bagaimana nabi kita di buka hijab melihat sendiri akan azab yang bakal diterima oleh penghuni neraka..dan juga bermulanya perintah solat di akhir peristiwa ini....namun,insyaallah akan datang akan ana kongsi serba sedikit tentang peristiwa-peristiwa tersebut sesudah ana selesai pembacaan dari beberapa buku dan rujuk tntg perkara2 tertentu dari para 'alim 'ulamak.Mohon di doakan moga Allah taala memberi petunjuk untuk ini.insyaallah.

Jadi, untuk kali sekadar kita sama-sama kita renung satu peristiwa yang berlaku ketika mana Nabi Muhammad s.a.w telah turun kembali ke bumi barakah Mekkah Al-mukarramah. Satu ketika Rasulullah s.a.w bersendirian di kawasan kaabah,kemudian didatanginya Abu Jahal lalu bertanya pada Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad, adakah kau ada cerita terbaru hendak kau sebarkan?",bertanya Abu Jahal dalam niat utk menyindir baginda Rasulullah.Kemudian Rasulullah menjawab,"Benar,ada cerita yang hendak aku beritahu kan."..lantas Rasulullah s.a.w menceritakan kepada Abu Jahal akan perisitwa yang baru sahaja di lalui Nya yakni Isra' wa mi'raj. Setelah mendengar,ternyata Abu jahal langsung tidak percaya kerana logik akalnya mana mungkin perjalanan dari baitullah ke baitul maqdis hanya mengambil masa satu malam sedangkan logiknya mengambil masa lbh kurang 3 bulan perjalanan pergi dan sebaliknya. Namun,dia tidak menzahirkan rasa tidak percayanya akan tetapi menawarkan pada Rasulullah s.a.w bahawa dia sanggup mengumpul penduduk2 mekkah untuk mendengar cerita itu. Di sini,kita dapat lihat bahawa bagaimana hebat pengaruh Abu Jahal di kalangan penduduk mekah.

Di ringkaskan,penduduk-penduduk mekah di kumpulkan lalu Rasulullah s.a.w menceritakan pada mereka akan peristiwa isra wa mi'raj. Ternyata setelah para penduduk mendengar cerita itu daripada mulut baginda s.a.w sendiri, purata dari kalangan mereka tidak percaya dan ketika itu,ada juga mereka yang muslim yang kembali pada kekufuran kerana menganggap Rasulullah s.a.w berbohong. Lantas,Abu jahal bangun dan mengeruhkan lagi keadaan dengan mempersoalkan akan keimanan mereka pada Rasulullah s.a.w. Setelah itu,datang Saidina Abu Bakar ke tempar itu,terus Abu Jahal bertanya padanya.." Wahai Abu Bakar,adakah engkau percaya dan masih beriman pada Muhammad setelah kau tahu peristiwa ini?"..Dengan yakin Abu Bakar menjawab bahawa sedikit pun tiada keraguan daripadanya akan perkara yang diceritakan Rasulullah s.a.w.


Daripada peristiwa ini lah Abu Bakar di beri gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan segala percakapan dan perbuatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.



Banyak 'ulamak telah membahaskan banyak perkara daripada perisitwa ini...Namun apa yang ana nak tekanka kt sini adalah hendaklah kita faham bahawa penting untuk kita perbetulkan persepsi dan pemikiran kita akan soal perbezaan perkara mu'jizat dan perkara selain itu. Bagaimana kita lihat, bila mana Abu Jahal meletakkan aqal sebagai rujukan utama baginya apabila menilai atau mendengar peristiwa mu'jizat isra' wa mi'raj,ternyata tidak sampai untuknya membenarkan perkara itu kerana sifat aqal manusia itu sendiri tidak mampu memikirkan hal berkaitan mu'jizat daripada Allah s.w.t Berbeza dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang percaya dan yakin dengan hatinya akan perkara mu'jizat atau perkara luar biasa yang dikurnia Allah taala.


Jadi,sempena nuzul Qur'an yang berlaku pada bulan yang mulia ini..ayuhlah kita kembali perbetulkan cara pemikiran kita berkenaan soal mu'jizat..dan ketahuilah bahawa mu'jizat Rasulullah yang masih kekal sehingga kini adalah Al-Qur'an itu sendiri. Jadi,sungguh tidak wajar andai kita menggunakan aqal kita yang lemah ini untuk mempersoalkan akan hukum hakam didalamnya seperti undang-undang hudud yang disyariatkan Allah,soal hukum menutup aurat dan menjauhi zina, hatta satu ayat atau huruf sekalipun..andai kira perlekehkan atau mempersoalkan seperti ia relevan atau tidak..maka TERBATAL LAH IMAN atau bahasa kasaq nya kafir lah..(p/s: awat loghat utara plak ni..erm...)...



Secara kesimpulannya, makhluk seperti Abu Jahal ini sentiasa ada pada setiap zaman dan tempat..Berhati-hatilah agar kita tidak tergolong dalam seperti ini kerana tiadalah tmpt yang selayaknya bagi mereka yang kufur melainkan neraka, na'uzubillahi min zaalik...mohon sama dijauh kan... dan pada masa yang sama,banyakkan 'amal dan cari sebanyak mgkn 'ilmu sebagai penguat dan penyuluh iman kita agar kita "sampai" pada Allah s.w.t seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq..kerana andai kita terus usaha,istiqamah dgn ini,maka insyaallah kita dikurnia sifat muqarrabin,orang yang sampai atau hampir pada Allah,dan siapa yang dekat pada Allah, dalam satu hadith qudsi yang mana mafhumnya..Allah s.w.t memberitahu bahawa barang siapa yang yang dapat aku kata Allah,maka dia telah dapat segala-segalanya(yakni segala kebaikan seperti kebahagiaan,keselamatan, etc),namun barang siapa yang hilang dariKu,maka dia telah hilang segala-galanya.

Wallahu'alam...semoga sama-sama kita mengambil manfaat dan sampaikan pada sahabat-sahabat lain...

p/s: sebarang ulasan tambahan atau comment sangatlah dialu-alukan..syukran kathir

edly_aic




Thursday, August 12, 2010

Madrasah Ramadhan : "La 'allakum tattakuun"

Assalamualaikum w.b.t..
Fuh,sejak akhir-akhir ni agak sibuk plak dengan assignment...kekadang tak tido pn ada,tidur lewat tu dh jadi kebiasaan pulak...tapi redha jelah, satu dh mmg tanggungjawab..n adatlah mcm tu bagi org yang baru nak belajar urus masa macam ana ni..
Jadi,di kesempatan yang Allah taala luangkan seketika ini,ana sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sudi baca entri ana berkenaan dengan bulan Ramadhan yang sedang kita tempuh ketika ini...

Ketahuilah bahawasanya,sangatlah tinggi kurniaan Allah taala bilamana Dia yakni Allah s.w.t memilih hambanya untuk menempuhi satu bulan yang dikenali sebagai penghulu segala bulan yakni Ramadhan Al-Mubarak...kerana di situlah terdapatnya kurniaan-kurniaan yang tidak ada di bulan lain, selain daripada pahala kita berpuasa itu sendiri...
Suka ana berkongsi satu kisah yang ana dengar daripada hadith Nabi s.a.w..yakni satu ketika datang Nabi s.a.w bersama sahabatNya ke suatu tempat yang di situ terdapat jasad mulia para sahabat yang syahid dalam medan fi sabilillah..lalu berkata sahabat, "sangat beruntung kedua mereka ini yang dikurnia syahid dalam peperangan"..kemudian Baginda Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya.."sesungguhnya yg disebelah itu akan terlebih dahulu masuk syurga dari yg di sebelah lagi...sahabat kehairanan lalu bertanya mengapa Rasulullah s.a.w berkata demikian?..baginda menjawab..yg di sebelah itu terlebih dahulu masuk syurga kerana dia telah lebih lalui satu Ramadhan berbanding shbt yg syahid disebelahnya...daripada kisah hadith ini,bagaimana kita dapat lihat bahawa besarnya,mulianya mereka yang melalui bulan ramadhan ini...
Namun,harus di ingat bahawa tidak semua mereka yang di muliakan oleh Allah s.w.t bahkan ada yang sekadar mendapat penat dan dahaga walaupun mereka berpuasa di siang hari dan bertaraweh pada malamnya...walyau'zubillah..

Di sini,ana nak berkongsi juga satu hadith yang ana baca :
"Daripada Abu hurairah R.A berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta(ertinya berdusta dengan anggota), maka Allag s.w.t tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum(maksudnya berpuasa).

Hadith Riwayat Bukhari


Dalam satu hadith lain riwayat imam an-nasai juga daripada Abu hurairah .R.A, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain
dari lapar dan dahaga."

Keterangan daripada kedua hadith ini adalah,dalam berpuasa hendaklah kita menjaga adab yang zahir dan juga adab yang batin. Yang di maksudkan dengan adab yang zahir ialah menjaga puasa itu agar sah menurut pandangan ilmu feqah, maka kita mesti menahan dari makan dan minum dan dari segala yang membatalkan puasa.Dan dimaksudkan pula dengan adab yang batin iaitu kita menahan anggota badan dari mengerjakan maksiat. Kita hendaklah menahan mata dari melihat aurat perempuan yang bukan mahramnya dan menahan telinga daripada mendengar bunyi-bunyian dan percakapan yang di haramkan oleh syara' dan, memelihara lidah dari berkata bohong,mencaci orang,bercakap kasar yang boleh menimbulkan permusuhan dan seumpamanya.

Jadi jelas dari keterangan bahawa untuk mencapai objektif puasa itu yakni "LAA'LAKUM
TATTAKUN" memerlukan kita mujahadah yang tinggi dan sungguh,andai kita benar di hati ini ingin merasai manisnya,nikmatnya taqwa..nescaya apa saja sanggup kita lakukan apa sahaja,insyaallah sangat tidak rugi jika kita bersusah-susah pada bulan ini,dan usah diharau akan kata-kata kawan kita spt perli,kerana mgkn mereka masih tidak buka pintu hati untuk melihat BARAKAHnya Ramadhan...sebab itu tidak ganjil bagi ana kalau melihat ada mereka yang di bulan Ramadhan ini tiba2 sering mengasingkan dirinya dengan bertujuan untuk beramal pada Allah s.w.t....insyaallah,sama-sama kita azamkan pada diri ini.ingatkan diri setiap hari bahawa, "aku menginfakkan diri ku,masaku dan segalanya untuk Ramadhan"...

Dan Rasulullah pernah bersabda, ada dua perkara yang aku banyakkannya di bulan Ramadhan iaitu aku banyakkan sedekah dan membaca Al-Quran.

Jadi,rasanya setakat ini dahulu untuk ana berkongsi..insyaallah andai ada kesempatan akan datang mugkin ada sedikit lagi perkongsian berkenaan bulan Ramadhan..moga dengan apa yang di kongsi ini.Allah taala mengurniakan kita taufik dan petunjuknya untuk kita banyakkan beramal,dan dibersihkan hati kita,diri kita dari segala segala perkara mazmumah dan dosa yang telah kita lakukan..yang paling penting..moga sebulan ini mampu menjadikan kita orang yang bertaqwa 11 bulan selepas ini...

"Laa'llakum tattakuun"





Sunday, August 1, 2010

Kau sentiasa di hatiku..Ya Rasulullah s.a.w


Setiap detik masa yang berlalu ,
setiap denyut nadi dan jantungku ,
setiap langkah ku..setiap nafas ku...
Tidak tergambar,
tidak terlafaz hati ini,
bahkan tidak terkata,
betapa rindunya hati ini padamu,
betapa cintanya diri ini padamu,

Namun, kekadang ku terfikir,
tatkala ku rasa sedemikian,
benarkah diri ku ini sedang dilamun cinta pada Rasulullah,
kerna aku sedar dan akui akan diriku,
soal amalanku, ibadatku, dan fikirku,
jauh sama sekali seperti para sahabat yang mengakui kecintaan kepada baginda Nabi s.a.w,
sama seperti pengakuanku ketika ini,
Teringat akan satu kisah yang di petik daripada satu hadith..yang mana menceritakan perihal satu ketika,datang seorang budak badwi bertemu dengan Nabi s.a.w..lalu bertanya..
"Ya Rasulullah, bilakah datangnya kiamat ?"..Setelah itu, baginda bertanya kembali, "Adakah kamu sudah banyak beramal untuk menghadapinya?"..lalu jawab budak itu..."Ya Rasulullah,sungguh..kalau di kira amal,aku tidak banyak beramal..sekadar amalan fardhu aku sempurnakan,bahkan perkara seperti solat sunat tidaklah seperti sahabat Mu yang lain...namun hatiku mencintaiMu Ya Rasulullah.."..lalu baginda bersabda yang mafhumnya.."kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat kelak"...
Setelah para sahabat mendengar hadith..tidak terkira gembiranya mereka kerana dapat bersama Rasulullah s.a.w kerana para sahabat ketika itu tidak dinafikan lagi akan kecintaan mereka pada baginda Nabi s.a.w..
Oleh itu,aku bersyukur...
kerna sebelum ini,aku mencari-cari...
siapakah yang sebenarnya menjadi penguat semangat,
n menjadi "faktor penolakan" buat diriku berubah kepada lebih baik,
sehingga terfikir,adakah perempuan yang menjadi fitrah kepada lelaki adalah "faktor penolakan" buat diriku...???

erm...mungkin ya.. namun bukanlah ia segalanya..kerna ianya fitrah..jadi sudah pasti yang lebih hebat dari itu adalah tuan yang mencipta fitrah itu...berkait dengan itu, siapakah insan yang bergelar kekasih yang lebih hebat jika tidak Rasulillah s.a.w..
betul tak Adli ?

Kian hari,tidak pernah melupakanmu ya Rasulullah..Andai maksiat melintasi di depan ku..
ku terbayang bagaimana andai Kau ada ketika itu..Sungguh,diri ku sendiri tidak terlepas dari dosa,hati ini sentiasa mengajak untuk menurut nafsu,

Ya Rasulullah,doakan lah untuk ku...
agar hati ini sentiasa mengingatimu,
dan aku sangat berharap untuk menatap wajah Mu yang mulia,
sama ada di dunia lagi,apatah lagi di akhirat kelak..

Ya Allah..bersihkan jiwaku dari mencintai perkara maksiat,krniakanlah daku keampunanMu Ya Allah, sesungguhnya aku yakin akan luasnya pintu pengampunanMu Ya Allah...

Temukanlah daku dengan kekasihMu...tanamkanlah kecintaanku yang mendalam padaNya serta ajaran yang dibawanya....

ameen ya rabbal a'lamin...
































Sunday, July 25, 2010

Penting Bagi Diriku dan Kalian


Suatu Fasal Pada Menyatakan Adab Orang Yang Belajar :


1- Apabila berjumpa dengan gurunya maka hendaklah ia memberi salam.


2- Bahawa jangan membanyakkan berkata-kata dihadapan gurunya.


3- Bahawa jangan ia berkata dengan perkara yang tiada ditanya oleh gurunya.


4- Bahawa jangan ia bertanya akan gurunya melainkan kemudian daripada
meminta izin daripadanya.


5- Bahawa jangan ia menyangkal yakni melawan akan perkataan gurunya itu dengan berkata
si fulan menyalahi akan yang engkau kata itu.


6- Bahawa jangan ia memberi isyaratkan akan gurunya itu sekira baginya menyalahi apa yang
yang diajar dan mengatakan bahawa dia lebih benar dari gurunya..


7- Jangan berbisik-bisik dengan orang yang sama-sama duduk dihadapan gurunya.


8- Jangan berpaling ia ke kiri dan kanan pada hadapan gurunya dan hendaklah ia duduk tunduk
seolah ia di dalam sembahyang.

9- Jangan membanyakkan soal tatkala segan gurunya itu dari berkata-kata atau tatkala ia lelah.


10-Apabila berdiri gurunya itu maka hendaklah ia berdiri pula kerana meta'zimkan yakni
memuliakan akan gurunya itu.


11- Jangan buruk sangka dengan gurunya itu pada segala perbuatan yang zahir menyalahi
i'tiqodnya atau bersalahan perbuatan gurunya itu dengan pengetahuannya atau dengan
adatnya kerana guru itu terlebih tahu ia dengan segala rahsia syariat.

*Insyaallah, dalam kita menuntut ilmu dari guru kita sama ada guru agama atau mana-mana guru sekalipun..sama-samalah kita menjaga adab kita kepada guru kita kerana yang demikian itu lebih barakah ilmu yang diperolehi..
Dan guru kami pernah berkata bahawa adab itu malangkaui ilmu...

*Kepada sahabat-sahabat,tegurlah dan ingatkan ana andai terlihat kesilapan dari ana walau di mana...syukran kahtsir.

Wednesday, July 14, 2010

Berita Gembira Buat Warga UIAM Gombak

Dari kiri : Ust Muhadir, Sheikh Afifuddeen, Habib Ali

Assamualaikum buat sahabat-sahabat yang sudi menjenguk ke blog ini.. Rasa nya dah lama tak update blog ni,mungkin busy skit ngn persediaan kat tempat baru dan masih dalam nak menyesuaikan diri lagi.. panjang pulak ana berceloteh,maaf ye..


Di kesempatan yang seketika ini suka ana ingin mehebahkan pada semua,insyaallah minggu depan akan bermula talaqqi bersama seorang guru yang tidak asing lagi di UIA terutama kampus PJ, Al-fadhil Ust Muhadir bin Haji Joll..dan talaqqi bersama Ust Muhadir buat julung kalinya akan insyaallah diadakan di Uia kampus gombak dan akan berlangsung 2x sebulan iaitu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan...


Untuk pengajian kali ini, insyaallah Ust Muhadir akan menggunakan kitab Penawar Bagi Hati (tasauf), dan MATAN IBN ABI JAMIRAH (hadith)....


Jom..sama-sama kita mengimarahkan majlis yang insyaallah penuh barakah ini di samping kita sendiri dapat membaiki diri kita yang penuh dengan kekurangan ini..moga sedikit masa yang bakal kita luangkan ini mampu menyediakan bekal untuk kita menempuh liku-liku ujian yang Allah taala janjikannya pada setiap makhlukNya,khususnya manusia..


Sebagai akhir, mohon sahabat2 hebahkan berita ini pada sahabat2 yang lain..dan sesiapa yang berminat boleh hantar nama,kos, dan no. phone pada ana,adli(0139490438) dan sebarang maklumat update akan ana send nanti..


barakallahfikum

Thursday, July 1, 2010

Muhasabah Perjuangan


Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluargaNya.

Hari demi hari kita meniti..Peristiwa demi peristiwa dilalui, sedar tidak sedar bahawa ia bukanlah sekadar petanda bahawa kita sudah dewasa dan bertambahnya pengalaman hidup,bahkan lebih penting dari itu ia merupakan petanda bahawa berkurangnya tempoh hari dan masa kita menyiapkan bekalan untuk suatu hari yg paling besar yakni bertemunya dengan Allah s.w.t.
Rungutan demi rungutan sering terungkap dalam diri dek kerana apa yang di hajatkan dan di harapakan tidak diperoleh...
Harus difahami bahawa bagi orang mukmin,hidup itu satu perjuangan dan tidak sama sekali bagi mereka untuk meletakkan makhluk yang bernama dunia di hati mereka. Kerana, mereka tahu akan "tabiat" dunia yang berdusta dan memperdayakan mereka yang bergelar manusia...Jadi, mukmin kah kita? andai hati dan fikiran sudah disibukkan dengan kerjaya dan kepuasan nafsu semata-mata..dan buat ingatan bersama,perkara yang dikatakan dunia itu tidak nanti pada perkara yang zahirnya jelas keduniaan seperti bersukan, mencari nafkah,bahkan andai perkara akhirat spt solat,puasa,zakat etc blh termasuk dalam perkara dunia juga jika benih(niat)nya datang dari dunia...seperti ada yang solat,puasa,zakat bahkan berjihad di jalan Allah namun niatnya untuk mendapat tempat pada hati manusia lain..ikhlas kerana Allah kah ini?

Ayuhlah kita tajdidkan niat kita SENTIASA yakni hanya semata mencari redha dan keampunan Allah s.w.t. Moga kita tidak digolongkan di kalangan mereka yang di tolak amalannya di akhirat kelak..Ameen ya Rabb...
Menyentuh soal keampunan...jadi harus disedari bahawa nikmat dan matlamat yang terpenting untuk dikecapi adalah KEAMPUNAN dan KEREDHAAN Allah s.w.t dan bukanlah kekayaan dan pangkat di dunia..sebagaimana di sebut oleh Syeikh Syed Dr. Ramadhan Al-Butiy dalam syarah Al-Hikam bahawa nikmat terbesar Allah taala kpd hambanya adalah memperoleh keampunan dan keredhaan di sisiNya kerna andai seorang hamba itu sudah perolehi nya,maka sudah tidak timbul berapa byk amal dan ibadah yg di lakukan di akhirat kelak...jadi, biar apapun habuan yg di offerkan pada kita,namun pilihlah jalan keampunan dan keredhaan sbg matlamat utama dan akhir dalam setiap amal kita terutamaa dalam perjuangan islam...insyaallah sama2 usahakannya....
Berkait pula pada amal seseorang...ketahuilah bahawasanya tidak harus bagi seseorang itu bergantung pada amalannya,kerana mmg tidak layak sama sekali amalan manusia itu jika dibandingkan dengan syurga Allah s.w.t...bg mereka yang sedemikian,maka akan timbul mereka yang al-muttasakitun dari perjuangan,lebih teruk dari itu akan wujud rasa dalam diri mereka bahawa mereka jauh dari rahmat Allah dan meninggalkan amalan yang di amalkan sblm ni..seolahnya,bila diri terjebak dgn maksiat maka ia bererti jauh pada keampunan dan keredhaan Allah padanya,sedangkan hakikat yang sebenar tidak begitu... Ampunan dan Rahmat Allah taala itu cukup cukup luas..dan ketahuilah ada disebut dalam syarah Al-Hikam bahawa setiap perkara dan setiap amal hendaklah disandarkan kepada keampunan Allah taala dan di sebut jua soal pahala+syurga itu adalah janji Allah taala pada hambanya yang berbuat amal taat.

Maksudnya disini, ya..tidak kita bergantung pada amal namun ulama' menyebutkan bertambahnya amal seseorang itu,maka bertambahlah harapannya pada Allah s.w.t. Jadi,pesa buat kita semua..usahalahkanlah utk bertambahnya amal dalam diri dan jangan lupa juga untuk sentiasa memperbaiki amalan yang di amalkan.
Selain pada itu, sama2 lah kita usahakan untuk sentiasa bertaubat pada Allah taala moga dengan itu timbul sentiasa pengharapan kita pada Yang Maha Pengampun,Allah s.w.t....

Akhirnya..muhasabah perjuangan ini adalah untuk sama2 kita cek dan perbaiki kembali sama ada dari soal amalnya mahupun soal hatinya...Mengapa kena muhasabah dan perbaiki?
Sudah tentu.mengharapkan usaha yang sedikit ini mendapat perhatian Allah s.w.t dan mengurniakan kita taufik hidayatNya untuk tsabat dalam perjuangan dan menerima segala amal kerja kita di akhirat kelak...insyaaallah...

skadar itu yang mampu dikongsi, moga ia bemanfaat buat diri serta sekalian umat...andai ada salah dari ana,mohon ditegur terus....insyaallah sama2 berkongsi

Tuesday, June 22, 2010

Wasiat U'lamak pada Bulan Rejab

Assalamua'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....

Rasa begitu pantas masa berlalu,kini sudah berada pada bulan Rejab yang mana kurang 2 bln lagi untuk bertemunya kita dengan bulan yang penuh barakah Ramadhan...

Namun,ketahuilah bahawasanya Allah taala jualah pemilik kepada barakah dan rahmat itu..dan hanya padaNya sahajalah tempat memintanya dan tiadalah jalan yang paling mulia melainkan jalan mencari barakah dan rahmat di sisi Allah taala...
Maka,tiadalah yang paling mengetahui jalan itu melainkan insan yang termulia di sisiNya iaitu Rasulillah s.a.w serta pewarisnya yakni u'lamak...
Hadith Nabi s.a.w :
" Al u'lamak warisatun anbiya' "
-U'lamak itu pewaris bagi para nabi-

Bercakap tentang u'lamak...suka ana berkongsi bersama berkenaan pesanan u'lamak pada kita di bulan Rejab ni dan pesanan ini alhamdulillah sampainya pesanan ini pada ana dari guru kami sewaktu di pondok, al-fadhil ust muhammad fuad bin abdul wahab.
Pesan u'lamak :

"Rejab bulan banyakkan istighfar, Sya'ban bulan banyakkan selawat,
Ramadhan bulan banyakkan baca quran."

Untuk itu, pesan guru kami jua untuk mengamalkan satu doa ini sepanjang bulan Rejab .
"Allaahummaghfirli warhamni watub 'alayya" --> 70x pagi dan petang sambil menadah tangan
maksudnya : "Ya Allah ampuni dosaku, kasihanilah daku dan terima taubatku"
Dan teringat ana tentang kata-kata dalam satu hadith yang pernah disampaikan oleh Sayyidatina Aisyah r.a iaitu :
"Aku tidak pernah Nabi s.a.w kerap(banyak) berpuasa melainkan pada bulan Rejab dan
Sya'ban dan tidak pernah aku melihat Nabi s.a.w berpuasa penuh melainkan pada bulan
Ramadhan."
Jadi, ana mengajak diri sendiri dan sahabat2 sekalian untuk sama2 mujahadah,mengerapkan diri untuk berpuasa sunat pada bulan yang dinyatakan dalam hadith di atas,INSYAALLAH....

Moga kita semua di beri taufik dan hidayat untuk mengamalkan dan di pilih dari kalangan mereka yang sering bertaubat serta diterima taubatnya oleh Yang Maha Menerima Taubat.
Mohon didoakan keberkatan buat diri yang faqir ilmunya ini serta ahli keluarga...syukran
wallahua'lam




Sunday, June 20, 2010

Adab Kepada Ibu Bapa


Assalamua'alaikum w.b.t,
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Di kesempatan ini, ana selaku hamba yang faqir sekadar ingin berkongsi suatu perkara yang cukup penting buat setiap insan yang bergelar anak..moga bermanfaat buat kita semua.
ameen ya rabb...


1- Wajib mendengar dan mematuhi segala perkataan dan perkara yang disuruh oleh ibu dan bapa..dan ketahuilah bahawasanya haram andai mengingkarinya.

2- Hendaklah berdiri pada ketika berdiri ibu bapa itu kerana memuliakan akan mereka.

3- Jangan berjalan di hadapan ibu bapa.

4- Jangan meninggikan suara atas suara ibu bapa

5- Apabila di panggil ibu bapa,maka hendaklah dijawabnya dengan lemah lembut sebagaimana memuliakan manusia teragung.

6-Hendaklah bersungguh-sungguh dalam memeliharakan atas menuntut keredhaan ibu bapa itu daripada perbuatan dan perkataan yang merendahkan dan menghinakan diri ibu bapa itu.

7- Jangan mengungkit atas ibu bapa itu dengan sebab berbuat kebajikan kepada mereka.

8-Jangan melihat kepada ibu bapa dengan penglihatan yang menyakiti akan mereka seperti
"penglihatan marah" pada mereka.

9- Jangan memasamkan muka pada hadapan ibu bapa itu sebab marah akan keduanya itu.

10-Jangan musafir melainkan dengan izin ibu bapa melainkan musafirnya itu kerana
menunaikan haji yang fardhu ain..namun sunnat jua andai di minta izin dari ibu bapa.
Insyaallah sama-samalah kita berazam untuk mengamalkan segala adab yang dinyatakan walau di mana kita berada dan siapa pun kita..moga dengan itu Allah taala sentiasa memberkati setiap apa yang kita lakukan dan menjadi asbab kepada kemuliaan kita dan ibu bapa kita di dunia dan akhirat... ameen.. mohon di doakan bersama...
Dan pesan guru ana, tiadalah makna diri dan kehidupan walau dipenuhi ilmu mahupun harta yang melimpah andai tiada kita memuliakan ibu dan bapa..
wallahua'lam

Monday, June 14, 2010

Catatan Ringkas Dariku

Assalamua'laikum...erm,agak lama jari jemari ini tidak menyentuh laptop ini..terasa sedikit kekok plak nak type..
p/s: sebenarnya sebelum ni pun kekok gk dan x pandai sangat bidang penulisan ni...
tapi teringat pada pesanan Nabi kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w yakni
sampaikanlah walau satu ayat..atas maksud itu diri yang faqir ini cuba jugalah berkongsi
apa yang termampu..andai ada kesalahan atau ikhtilaf, mohon ditegur dan dikongsi bersama..
Alhamdulillah,dengan izin Allah taala dapat jua ana dan sahabat-sahabat merealisasikan niat kami untuk mendalami ilmu-ilmu agama di pondok dalam cuti sebelum masuk main camp ni...

Mula-mula,kami tak tahu gk pondok mana nak pi..namun Alhamduillah dipermudahkan setelah kami minta nasihat daripada guru talaqqi kami masa di uia pj dulu,ust muhadir..beliau ada cadangkan kepada kami beberapa pondok dan setelah ambil kira pandangan orang tua kami.. akhirnya,syura antara kami memutuskan di Pondok Pasir Tumboh atau nama lainnya Madrasah Diniah Bakriah..Di sini ana sertaka beberapa gambar untuk sahabat2 blh kenal..

masjid pondok pasir tumboh

asrama wakaf , asrama selangor

area pondok kayu , pondok ana yg atap merah

Suasana di sini cukup berbeza dengan tempat belajar lain..kalau di uia tu dalam usaha mewujudkan biah solehah,tapi di sini mungkin ana boleh kata sudah biah solehah..alhamdulillah moga ia berkekalan...Selama 40 hari ana di sini,dengan kudrah dan iradah Yang Maha Esa..sempat jua ana menadah beberapa kitab berkaitan usuluddin bersama Ust Naim-kitab faridah, Ust Fuad-kitab sifat 20, Ust Din-kitab taqribul ikhwan....feqah bersama Ust Alim-kitab rahmatul ummah fi ikhtilafil aimmah, Ust Lah-kitab muafik masbuk, Ust Din-kitab munyatul musolli...tasawuf bersama Ust Suffian-kitab hidayatus salikin, Ust Hazree+ Ust Din-kitab penawar bagi hati..dan sempat jua ana mendalami serba sedikit bab adab bersama Ust Fuad + Ust Azrai'e-kitab pelita penuntut....dan beberapa kitab lain yang secara mingguan seperti kitab muhimmah etc....
talaqqi lps asar bersama ust alim di madrasah tengah

Moga Allah merahmati dan memberkati sekalian guru ku dan segala ilmu yang dicurahkan kepada ku....ameen ya rabb

Manisnya ukhwah..mungkin itulah yang dapat ana gambarkan walau hakikatnya tidak dapat digambarkan dengan kata..kalau sebelum ini,ana sekadar mendengar sahabat itu ibarat cermin pada diri kita dan sahabat jua guru kepada diri...kini ana dah merasainya sendiri..syukran jazilan kepada sahabat2 atas segalanya..insyaallah segala teguran dan ilmu yang dikongsi akan ana jadikan ia pedoman untuk menjadi lebih baik....dan harap sahabat yang "sepondok" sentiasa mendoakan keberkatan buat diri ana dan keluarga...




Salam ukhwah buat 'umar,amir(saah),hafiz ibrahim,hafis firdaus,hafiiz zakaria...dan juga sahabat2 dari u lain..azim(um),hamdan(uitm jengka),mahmud(udm)muslim(usm),saiful(usim)
dan semua sahabat2 yg mengenali....
syukran jua buat pelajar tetap pondok pasir tumboh yang byk membantu dan membimbimg...
barakallahfikum...
Rasanya setakat ni jela...kepada sahabat2,kalau nk tgk gambar2 dan video2 kami sepanjang kami di pondok,blh jumpa kami personal ye..ada dlm laptop+handphone.....












Sunday, April 18, 2010

2 JAM BERBICARA....


Assalamualaikum w.b.t

Agak lama ana tidak menukilkan sesuatu di sini,mungkin kekangan aktiviti yang lebih penting buat diri perlu diutamakan.Ala kulli hal, alhamdulillah dengan izin Allah,berada jua ana di medan perkongsian ini.


Atas nama seorang muslim,terpanggil jua diri ini untuk berkongsi apa yang ada walaupun yang terbekal di dada, hanyalah sedikit.Dan nabi s.a.w juga pernah bersabda :


"ballighu a'nni walau ayah"

-Sampaikanlah padaku walau satu ayat-


Moga sedikit usaha ini,dikurniakan pada diri rahmat dan keampunan Nya di dunia dan akhirat kelak.amin,doa-doakan lah ye.


Pertama sekali,suka ana berkongsi pengalaman ana berbicara dengan seorang sahabat ana yang bukan islam.Dia berbangsa cina dan umurnya jauh lebih tua dari ana.Satu ketika kami berbual atau berbincang berkenaan perbandingan antara agama dan dalam perbincangan ini,ana lebih ditanya dari bertanya..mungkin sahabat ana ni incstint untuk mencari kebenaran sangat tinggi,itu yang membuat ana sangat gembira dan teruja untuk berkongsi dengannya. Antara yang ditanya, soal Nabi Isa a.s berkenaan bagaimana perbezaan penerimaan islam dengan kristian, soal kesahihan Al-quran dan kedudukan bible pada manusia,soal mengapa solat 5 waktu,berpuasa sebulan dan beberapa soalan lagi..agak lama perbincangan kami ketika itu. Namun,apa yang ana sampaikan di sini adalah,luahan dari sahabat ana ini ketika kami sedang berbincang iaitu, dia bertanya pada ana :

1- "Bagaimana saya boleh percaya pada islam,orang islam pun tidak ikut islam."

2- "Tapi mereka sangat sombong pada saya,terutama mereka yang

bertudung,pandang saya macam mereka yakin masuk syurga saya masuk neraka"

3- "itu artis islam..saya tak suka cara mereka"


Ini antara persoalan yang diluahkan sewaktu perbincangan kami. Ketika itu,ana cuba memberi penjelasan akan hal yang dibangkitkan,walaupun jujurnya jauh disudut hati ini cukup terkilan terutama pada diri sendiri yang mewakili umat islam.Ana tidak menyalahkan sahabat ana itu,sudah tentu tidak...kerana ana tahu dia ikhlas dan terniat untuk sengaja merendahkan umat islam.

Sahabat-sahabat sekalian, sekadar peringat bersama..bahawa setiap daripada kita adalah duta kepada satu-satunya agama yang mulia yakni islam..tidak kira siapa kita,nelayan,petani,pelajar sekolah,mahasiswa,artis,kerani,pensyarah,ahli politik hatta kita seorang penganggur sekalipun,bilamana kita mengucap "laailahaillah" maka dengan isyhtiharnya kitalah duta islam dan kitalah pendakwah. Nabi s.a.w bersabda :


"Man qolaailahaillah fahua dai'e"

-sesiapa yang mengucap laailahaillah maka dialah pendakwah-


Jadi,waspadalah dengan setiap perbuatan,percakapan dan bentuk pemikiran yang kita hendak bawa kerana sedar tidak sedar,masyarakat disekiling kita sentiasa melihat dan menilai kita dan sekiranya sandaran penilaian itu hanya kita,mungkin tidak apa,namun sandaran itu jua pada agama kita iaitu islam.

Sahabat-sahabat moga2 dirahmati Allah s.w.t, apa yang dikongsi ini...bukanlah untuk kita meletakkan mereka yang bukan islam ini sentiasa memandang negatif pada umat islam, ikhlas dari hati ini untuk mengajak diri ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk memahami sesuatu iaitu berkenaan pentingnya dakwah melalui akhlaq.Bagaimana kalau kita lihat banyak kisah-kisah bagaimana Nabi s.a.w sentiasa menjaga akhlaqnya tidak kira dengan mereka yang islam ataupun bukan islam dan sahabat-sahabat Nabi juga mengambil sebagai suatu ikutan bagi mereka.Mereka sanggup meninggalkan Mekah,Madinah dan lebih sedih mereka terpaksa korbankan masa mereka bersama Nabi s.a.w,dek kerana merantau ke seluruh pelusuk alam menyebarkan islam,mereka telah sampai di china,sepanyol dan lain-lain lagi. Apa cara yang digunakan untuk berdakwah,tidak lain dan tidak bukan adalah dengan akhlaq mereka kerana terutama pada peringkat awal mereka tidak tahu berbahasa setempat.

Hasilnya,lihatlah..keberkatan illahi atas akhlaq yang mereka pamerkan,islam telah tersebar luas..kian hari,mereka yang memeluk islam semakin bertambah sehingga kini.


Persoalan bagi kita kini, tidakkah kita ingin melihat manusia sentiasa bersama kebenaran dan ramainya yang bakal terselamat kelak?


Doakanlah khusus buat sahabat ana moga ditemukan dengan suatu kebenaran dalam kehidupannya...dan tanamlah azam dalam diri kita untuk menjaga dan mencantikkan akhlaq kita moga ia menjadi hujah dakwah kita dihadapan Allah kelak.amin..


p/s: sebarang penambahan,persoalan atau komen sangatlah dialu-alukan.


wallahua'lam

Wednesday, April 7, 2010

Tafaqquh Fiddin bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki


Hadith nabi s.a.w yang mana mafhumnya :
"Barang yang mmencari jalan untuk menuntut ilmu,maka Allah taala akan permudahkan baginya jalan ke syurga."

insyaallah mane yang berkelapangan bolehlah mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini.
Setidak-tidaknya,sebarkanlah berita majlis ini,moge sahamnya masih diperoleh... :)
edly_aic/adli

Monday, April 5, 2010

ALERT : 3 faktor kebangkitan umat islam

salam perjuangan dari diri yang lemah dan tiadalah kemampuan utk sesuatu melainkan ianya datang dari Allah azza wajalla...Alhamdulillah,dengan izin Allah taala berkesempatan jua diri ini meluangkan masa yg seketika ini untuk terus berusaha menjadi manusia yg baik atau "terbaik" yakni mampu memberi sesuatu pada ummatku yg tercinta...
sabda Nabi s.a.w :

"khoirunnas anfahum linnas"

Yang bermaksud manusia yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang bermanfaat pada manusia lain...insyaallah,moge dengan sedikit perkongsian ini Allah taala yang maha pengasih lagi maha penyayang melimpahkan rahmatNya pada seluruh makhluk di dunia dan mengembalikan kemuliaan umat islam itu sendiri di muka bumi Allah taala ini...
Sahabat-sahabat sekalian,moga sentiasa dalam perlindungan Allah taala,
hari ini,umat islam diseluruh dunia dikecam dengan begitu hebat sekali....yang mana kita semua sedia maklum dahulu kala,umat inilah umat yang paling disanjung,umat inilah yang menguasai 3/4 dunia dan umat ini jugalah menjadi asbab kepada keamanan seluruh makhluk di seluruh dunia ini. Namun,kini segalanya telah berubah...umat islam sentiasa diperlekehkan dalam segenap aspek,kita di layan tidak ubah seperti anjing yang hina,kita dianggap sebagai pengganas yang menjadi penyebab kepada keganasan yang berlaku di dunia...dan lebih teruk,perkara-perkara ini di "doctrain"kn,di mind set kan kpd penduduk dunia bahawa bila dengar sahaja islam..maka itulah gambarannya...
Ikhwanul muslimeen rohimakumullah..
Terjadinya perkara-perkara itu..bukanlah dek kerana musuh kita yang terlalu kuat atau hebat..mereka menindas kita,mereka hina kita bukanlah kerana bangsa atau agama yang kuat..mereka sebenarnya lemah,hanya kita sahaja yang tidak menguatkan umat kita dengan potensi-potensi yang Allah taala kurniakan kpd kita sejak azali lagi..Oleh itu,sedarlah kita 3 faktor yang menjadikan kita umat paling berpengaruh di bumi ini :
1-Ajaran Islam
Nikmat yang tidak terhingga kepada umat islam itu terletak kepada ajaran islam itu sendiri yang tidak boleh dibandingkan dengan segala nikmat yang lain kerana segala nikmat yang dapat dilihat di dunia ini akan hilang setelah kita meninggal dunia.Adapun nikmat islam yang dikurniakan oleh Allah akan berpanjangan,bermula dari dunia hingga akhirat.
Islam yang dikurniakan oleh Allah bukan sahaja diiktiraf dan diishtiharkan oleh Allah satu-satunya yang benar,manakala yang lainnya adalah tidak benar.
Firman Allah taala :
"innaddina i'ndallahil islam"
-Sesungguhnya 'Din' di sisi Allah adalah islam.-
(surah Ali Imran :19)

Firman Allah taala lagi yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang menuntut(mencari dan berpegang) kepada yang lain daripada islam,
maka dia tidak diterima dan di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."
(surah Ali imran : 85)

Islam kurniaan Allah telah dibuktikan amalannya oleh Rasulullah s.a.w dengan cara yang menyeluruh sebagai mana bukti ternyata dengan jelas apabila masyarakat arab badwi yang tinggal di padang pasir yang kering kontang dan tidak ada asas-asas tamadun dan sumber kemajuan namun bila mana mereka berpegang dan beramal dengan seluruh ajaran islam,masyarakat badwi yang buta huruf menjadi bangsa yang mulia,memimpin dunia,mengajar manusia erti kebenaran,erti keadilan,erti hidup serta mati yang sebenarnya.
Walaupun begitu,kini kita melupai keistimewaaan ini...buktinya jelas,sebahagian dari kita hari ini meninggalkan ajaran islam dan lebih redha dengan ajaran atau budaya yang tiada kene mengena dengan islam..kononnya untuk mengejar kemajuan dunia....Sedarlah,jika kita terus begini,maka yakinla,dunia yang dikejar akan terus berjauhan...Ayuhlah,ana menyeru diri ini dan sahabat2 sekalian untuk kembali kepada resipi islam dalam mendaulatkan bumi ini dengan keadilan..yakinlah,andai islam dijadikan pedoman,maka akhirat kita berjaya,dunia pula akan sujud melutut dihadapan kita..insyaallah

2-Ukhwah islamiyyah
Sedar tak sedar sahabat sekalian..bahawa kini ajaran islam dianuti dalam jumlah yang cukup ramai dan tersebar di seluruh dunia...dan ikatan antara kita adalah aqidah islamiyyah dan iman.Ikatan ini bukanlah suatu ikatan yang biasa bahkan ia diisytiharkan oleh Allah taala sendiri.
Firman Allah taala :
"innamal mukminuna ikhwah"
-Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara-
(surah al-hujurat : 10)

Hubungan ini juga disifatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya yang bermaksud :
"Bandingan hubungan persaudaraan di kalangan orang-orang yang beriman itu seperti anggota pada satu jasad.Apabila satu anggota sakit,maka seluruh anggota akan berjaga dan demam(kerana merasai kesakitan itu)."
Inilah ikatan hubungan secara islam,hubungan iman yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w.
Kalau kita lihat dalam sirah,Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan muhajirin dan ansar setelah berlakunya peristiwa agung yakni hijrah nabi s.a.w bersama umat islam dari mekah ke madinah.Pada masa yang sama juga,dijalinkan juga hubungan persaudaraan Qabilah-qabilah yang sering bertelingkah di madinah atas dasar islam.
Hasilnya,lihatlah keamanan yang dicapai ketika itu,dari zaman Nabi s.a.w hinggalah Khulafa' Ar-rosyidin..kejayaan demi kejayaan dikecapi hingga islam mampu menguasai 3/4 dunia walaupun ada ketikanya,jumlah umat islam tidak lah seramai jumlah musuh,seperti dalam perang badar..namun kejayaan milik umat islam.Jadi,renunglah seketika,apakah jumlah kita yang ramai hari ini tidak mampu mengulangi sejarah itu?..Mungkin selamanya tidak sekiranya kita masih tidak mahu bersatu atas dasar islam yang satu dan lebih rela mengejar kepentingan diri masing-masing.Ayuhlah,kita ketepikan kekhilafan haluan yang berbeza..yang lebih penting adalah kita kukuhkan ikatan antara kita yakni hubungan iman dan aqidah..insyaallah moga dengan itu,kita dimuliakan oleh Allah taala di dunia dan akhirat.
3-Khazanah dunia
Perkara ini mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa inilah aset terpenting untuk kita membina pengaruh serta mengembalikan kerajaan islam sebagai sebuah kerajaan yang disegani.
Khazanah dunia ini merujuk kepada seluruh bahan kebendaan yang menjadi bahan yang cukup penting kepada kehidupan di dunia seperti petrol,besi dan sebahagian besar sumber-sumber pertanian.Seluruh bahan ini sedar tak sedar majoritinya berada di tanah bumi umat islam.
Namun,nikmat ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin,yakni ia tidak diurus sebagaimana perintah Allah taala.
Ramainya umat islam yang masih enggan menunaikan zakat,enggan bersedekah dengan bersungguh-sungguh,dan masih berasa beban untuk menyumbang fi sabilillah bagi menegakkan agama Allah dengan cara yang diperintah oleh Allah.Maka,tidak peliklah nikmat ini tidak mampu memberi apa-apa kekuatan dan kemuliaan kepada kita bahkan ia membakar diri kita sendiri,yakni ia digunakan oleh musuh untuk membunuh umat islam sendiri.
Inilah akibat bilamana kita tidak bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Teringat ana pada satu hadis nabi s.a.w yang bermakud :

"Demi Allah,aku tidak bimbang kamu menjadi fakir,tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia sebagaimana dibentangkan kepada umat-umat terdahulu daripada kamu lalu kamu berkelahi sebagaimana mereka berkelahi,maka dunia membinasakan kamu sebagaimana pernah membinasakan umat-umat terdahulu."

Sebagai konklusi,marilah kita membuat perhitungan sejauh mana pegangan kita dengan islam,sejuh mana persaudaraan kita di atas dasar islam,sejauh mana kita menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, sebelum kita dihisab di hadapan Allah kelak.
Firman Allah taala yang bermaksud :

"Dan takutlah kamu pada hari kamu semua akan dikembalikan kepada Allah lalu ditunaikan kepada tiap-tiap diri akan apa yang dilakukan dan usahakan dalam keadaan mereka itu tidak dizalimi sedikitpun".
(Surah Al-baqarah : 281)

wallahua'lam.

edly_aic/adli