SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, March 16, 2010

Bersama Ust Azhar Idrus



Alamdulillah..berkesempatan juga bergambar dengan seorang ustaz yang sangat disegani...moge mengalir bersama keberkatannya..amin..
Moga terus istiqmah buat Ust Azhar untuk terus menyebarkan da'wah dan menegakkan kebenaran..insyaallah..
Buat diriku, usahalah untuk istiqamah dalam mendalami ilmu Allah s.w.t...insyaallah.. :-)
Buat yang berkesempatan,insyaallah 19 April 2010 kuliyah Ust AzHAR akan diteruskan di masjid Saidina Umar Al-Khattab taman cenderawasih..harap maklum
p/s : masjid kat taman perumahan ana je..hehe
Maklumat Gambar Di Atas :
Tempat : Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
Tarikh : 15 Mac 2010
Pengajian Kitab : Jam'ul Jawami'

Tuesday, March 9, 2010

Khas Buatmu Ibu..





Ibu..apa kau sedang buat ketika ini?
apakah kau wahai ibu berada dalam keadaan baik?...
mungkin kau nampak,aku biasa bila berhapadan denganmu,
namun jauh disudut hati ini,
aku ingin kau sentiasa bahagia...
aku ingin kau gembira bila melihatku...
aku harap kehadiranku menyenangkan urusan dirimu,
dunia dan akhirat wahai ibu...


setiap hari aku memandang wajahmu..
kerana aku takut ini adalah hari terakhir kita bertemu,
disini wahai ibu,di dunia yang sementara kita ditemukan...
tatkala aku masih kecil,kau melayani kerenahku dengan penuh kasih,
kau sempurnakan kehendakku,
sehingga kini,kau masih mengasihiku,kau belikan apa yang ku pinta...
kasih sayangmu ibu,sejak ku kecil sehingga kini,
sedikit pun tidak pernah berkurang wahai ibu,
dan ku tahu,hatimu ikhlas..tidak mengharapkan apa-apa dariku..
wahai ibu,pengorbananmu tiada tandingan...
tiada kasih yang pernah kurasai sehebat kasih mu ibu....
walau kau susah dan senang,kau ingin melihat aku senang...


terlalu banyak hendak ku beritahumu ibu,
aku ingin menatap wajahmu setiap hari,
aku ingin berbicara denganmu setiap hari,
aku ingin kau tahu...bahawa aku sangat sayang padamu ibu..
aku sangat cinta padamu ibu..
bagiku,tiada ungkapan yang mampu membalas jasamu ibu...
hanya yang ku harapkan...
doa ku dimakbulkan tuhan yang esa..



Ya Allah..redhalah,ampunkanlah dosa ibuku..
tenangkanlah hatinya..berkatilah pengorbanannya terhadapku..
selamatkannya dari azab kubur,azab neraka Ya Allah.......
aku merayu padaMu Ya Allah..
janganlah kau jadikan diriku penyebab dia diseksa...
jadikanlah aku hambaMu yang taat,anak yang soleh..
agar aku mampu berbakti padanya dunia akhirat...
ibu...kuharap agar kelak...
kita akan menjejak kaki bersama ke syurga Allah..
akanku pimpin tanganmu wahai ibu...
ampunilah aku ibu..restuilah aku ibu.....
kau akan sentiasa menjadi ratu hatiku,
aku berjanji untuk sentiasa berdoa padamu,
semoga kau berbahagia di dunia dan akhirat..




ISTAJIBILLAH HUMMA DUA' ANA YA ALLAH...


edly_aic/adli








Saturday, March 6, 2010

Gaya Hidup Sihat




Salam satu ummah sahabat2 sekalian...

Sesungguhnya,manusia itu dijadikan oleh Allah taala dalam keadaan yang cukup baik dan sempurna yang mana jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain yang dicipta oleh Allah swt.Firman Allah taala :


"95:4"

mafhumnya : kejadian manusia itu adalah sebaik-baik kejadian


Tidak cukup dengan itu,disempurnakan pula kejadian manusia itu dengan pelbagai nikmat yang mana dengan itu memampukan manusia untuk menjalani hidup di muka bumi Allah ini dengan berbeza watak dan peranan masing-masing.Firman Allah taala :

"...."

mafhumnya : dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah taala pada kamu,nescaya kamu tidak dapat menghitungnya


Jadi,apa yang nak di ketengahkan disini adalah, ramai di antara kita hari ini tidak sedar bahawa segala nikmat dan kesempurnaan ini disertakan juga dengan amanah yang mana kita akan disoal utk setiap itu di akhirat kelak.Kesedaran sebegini menjadi penentu kepada bagaimana kita mencorakkan hidup ini.Namun asas kepada segala perkara ini,adalah sejauh mana kita menjaga kesihatan yang Allah taala kurniakan kepada setiap daripada kita.

Sahabat2 yang dirahmati Allah,kesihatan menurut islam tidak sama dengan apa yang dibawa oleh golongan2 barat..kerana islam menuntut kepada kesihatan itu atas dua perkara yakni lahiriyah dan batiniyah.

Ana rase x perlu ana bicara soal bagaimana nk menjaga kesihatan lahiriyah kerana sahabat2 semua lebih arif dari ana..dan tidak dinafikan sangat penting berkenaan kesihatan badan,hadith nabi s.a.w :


"al-aqlussalim filjismissalim"


-akal yang sihat itu lahir dari jasad yang sihat.-


Namun begitu,ramai diantara kita yang melupakan kesihatan rohani kita...adakah ia menerima khasiat-khasiat yang sepatutnya atau pun hari demi hari ia dicurahkan dengan racun-racun yg mampu mamatikan hati2 ini...Sebagai pertama,ayuh kita melihat kepada aspek pertama yakni khasiat-khasiat yang dibicarakan td...hati ini atau lebih tepat roh kita seperti juga jasad..berkehendakkan kepada "makanan" agar ia mampu berfungsi sebaik mungkin dan apabila berbicara soal pemakanan,sama ada dua perkara iaitu berkhasiat,bermanfaat atau sebaliknya...Namun,makanan yang dimaksudkan disini bukanlah seperti makanan jasad spt ayam golek,nasi goreng,kueh tiow kungfu dan sbgainya...

Makanan yang dimaksudkan disini adalah perkara-perkara yang berkait dengan hati kita..jadi perkara yang dikatakan berkhasiat pada hati kita adalah semua perkara yang menghampirkan diri kita pada Allah swt...Sebagai contoh,ibadah khusus kita, solat,puasa,haji dan kalimah syahadah..maka itulah makanan yang paling berkhasiat bagi kita wajib bagi kita untuk menjaganya andai memiliki hati yang sihat itu menjadi impian kita...begitu juga ibadah umum kita, bekerja,belajar,bersosial yakni dengan cara yang dibenarkan, juga mampu menyihatkan hati,rohani sekaligus memampukan akal utk berfungsi dgn baik...


Adapun juga,perkara-perkara yang mendatangkan mudarat pada kesihatan rohani ini iaitu perkara yang jelas dilarang oleh Allah taala dan Rasul dan juga perkara-perkara yang melalaikan.Sebagai contoh,meninggalkan solat,puasa,melewat-lewatkan solat,mengumpat,melihat aurat wanita bg lelaki dan sebaliknya, dan perkara-perkara yang dikategorikan sbg lalai..dan harus disedar hari ini,bahawa byknya gaya hidup kita adalah datang dari barat.Lihatlah hiburan kita,pemakaian kita,bahkan perkara2 yg lbh besar seperti ekonomi,politik juga datangnya dari pengaruh.Kita boleh kata ghuzwatul fikr oleh barat ini hampir mencapai objektifnya yakni ingin melihat kita umat islam meninggalkan ajaran islam ini sedikit demi sedikit yang mana pada akhirnya keluar dari islam..nauzubillahi min zaalik..
Ringkasnya dari ana, solution pada permasalahan ini adalah kita semua,tidak kira kaya atau miskin,senang atau susah,hitam atau putih,gemuk atau kurus,hijau atau biru...hehe
firman Allah taala :

"at-taubah: 41"

hendaklah kita bersatu,berjuang mengembalikan "GAYA HIDUP SUNNAH"....kerana dalam sunnah itulah akan ada kejayaan..berkait dengan topik yang dibincang,gaya hidup sunnah semestinya gaya hidup sihat,dan gaya hidup sihat memampukan jasad mahupun rohani berfungsi dengan baik.

Bercakap soal berfungsi baik,harus dijelaskan bahawa ada perbezaan istilah ini pada manusia dan juga haiwan..sebab kalau dikira,telinga..haiwan seperti kelawar dan gajah jauh lebih baik dari manusia..begitu juga aspek lain spt mata yang mana ada haiwan yang jauh lebih baik dari manusia..namun itu dari sudut logiknya..Hakikatnya disini adalah berfungsi dengan baik ini adalah berbalik pada fungsi azalinya ia dicipta yakni utk melakukan perkara yg mnjadikan diri kita taqarrub kpd Allah azza wajalla. Sebagai contoh,baik fungsi telinga bilamana ia cenderung utk mendengar ceramah,dan mulut,bisa utk berzikir serta mengaji Al-quran.Begitu juga akal yg mana mampu digunakan dalam berjuang menegakkan syariat islam dimuka bumi Allah taala. Jadi,perkara-perkara sebeginilah yang dikatakan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.Jika ia sebaliknya,maka itulah yang menjadikan manusia itu teruk,atau ada ketika lebih teruk dari haiwan sepertimana yang digambarkan Allah taala dalam al-quran(asif,ana x ingt surah mana).

Yang terakhir sebenarnya ana ingin mengulas berkenaan soal menguruskan emosi namun ana masih kurang pembacaan dan tidak terdedah dengan lebih lanjut soal ini.Jadi,insyaallah ana akn cuba untuk mencari bahan rujukan dan hadam terlebih dahulu soal ini..

Sebagai akhir,segala perkara diatas menjadi ingatan kita bersama,kerana sahabat-sahabat yg dirahmati Allah sekalian,kita yakni manusia sentiasa berhajatkan kepada Allah swt dan Allah swt ini sedikit pun tidak berhajatkan pada makhlukNya.Hatta matahari itupun berhajatkan pada Allah untuk menyinarkan cahayanya.Andai kita hari ini ingkar perintah Allah dan tidak mahu beriman dengan Allah,sedikit pun Allah taala tidak rugi,bahkan kitalah yang rugi.Wahai diriku yang lemah lagi hina,dan shbt2 sekalian, teruskanlah,istiqamahlah dalam berusaha,meningkatkan mutu hidup kita yang seketika ini ,untuk mencari keredhaan dan keampunan dari Allah swt..


Wallahua'lam.

edly_aic/adli

Friday, March 5, 2010

Dont procrastinate to repent..insyallah there will be the way...

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost That your so alone
All you is see is night And darkness all around
You feel so helpless You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray
OOO Ya Allah...
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x

Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

-song of maher zain-

Thursday, March 4, 2010

Nukilan buat hati kesayanganku

salam mujahadah khusus buat hatiku.......

Buat hatiku..aku ingin bertanya,

bagaimana iman mu pada Allah hari ini ?
bagaimana yakinmu pada apa yang diturunkan Allah pada kamu ?
bagaimana penerimaanmu bahawa kamu adalah hamba pada yang maha kuasa ?

adakah kamu sentiasa mengingati akan tuanmu ?
adakah kamu mengenali musuh kamu sama ada yang nyata atau tidak ?
adakah kamu melawannya atau kamu bersahabat dengannya ?
adakah kamu bersedia menghadapi kematian ?
adakah kamu ketika ini dihiasi dengan nur iman Allah ?
adakah kamu dipakaikan dengan pakaian TAQWA?

hatiku,terlalu banyak hendak ku tanyakan padamu ketika ini dan akan datang...
hiduplah wahai hatiku..hiduplah..
kau adalah raja dalam diriku..
perintahlah dengan sebaik mungkin..berpeganglah kamu pada Al-quran dan As-sunnah..
moga dengan itu kau mampu menyelamatkan diriku dari azab yang pedih...

benar,terlalu banyak keinginanmu...
aku tidak menyalahkanmu wahai hati..kerana itu fitrah kamu...
apa yang aku pinta hanyalah kau bersabar untuk seketika,
kerana ia akan berakhir tidak lama lagi,
andai sabar itu bersama kamu,maka yakinlah,yakinlah,yakinlah...
bahawa ganjaran Allah sungguh tidak terhingga buat kamu...

"addunya sijnun mu'min,wa jannatul kafir"
(hadith riwayat muslim)



Allah,Allah,Allah...tanamkanlah keyakinanku padaMu dengan sebenar-benar keyakinan dan istiqamahknlah ia dlm diriku...
Janganlah Kau Ya Allah matikan aku melainkan dalam keadaan aku taat padaMu Ya Allah..

amin ya rabbal a'alamin...





katakanlah wahai hati...







- edly_aic/adli-