SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, December 14, 2014

Intipati Pengisian



" Pertama :
Sesekali janganlah kita mencela kekurangan yang ada pada ibu bapa kita,kena ingat walau macam mana tidak baiknya mereka,dia tetap bapa kita dan walau macam mana baiknya orang tua lain tetap dia bukan bapa kita...
Sehingga  dahulu seorang sahabat yang sangat akrab dengan Rasulullah sallahu'alaihi iaitu Zaid sehingga di panggilnya Zaid bin Muhammad namun setelah turun firman Allah yang membetulkan bahawa Muhammad itu bukan bapa mereka namun dialah Utusan Allah s.w.t...
Abu Jahal itu di kenali sebagai firaun bagi ummat ini, namun itu tidak menjadi penghalang kepada anak-nya Ikrimah untuk beriman dan di kurniakan pula mati syahid di akhir hidupnya.. Maka walaupun ada ketika peranan ibu bapa itu ada pentingnya, namun terlebih penting bagaimana taqwa-nya diri seseorang lalu meletakkan dirinya di jalan keredhaan Allah s.w.t...

Kedua :
Sesungguhnya di muliakan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam itu dengan syaitan sesekali tidak dapat menyerupainya, berbeza dengan manusia lain hatta Tok2 guru sekalipun...Maka bagi siapa yang melihat Rasulullah di dalam mimpi,maka benarlah itu Rasulullah sallahu'alaihi wasallam dan itulah antara kurniaan terbesar dari Allah s.w.t. .berapa ramai orang yang nak bermimpi Rasulullah namun mendapatnya..bagi yang dapat mimpi,ada yang nampak jelas, ada yang nampak sipi2, tergantung pada amal seseorang..boleh jadi yang sipi2 itu asbab masih kurang amalnya..
Hal berkaitan ini, masih ada juga yang berani berdusta tentangnya mendakwa bermimpi Nabi untuk tujuan tertentu, seperti memberitahu bahawa Rasulullah perintah orang lain untuk taat padanya, walhal sesekali tidak akan ada menurut syarak kerana Islam itu telahpun sempurna dan sudah cukup apa yang di ajar Nabi kepada para sahabat.. Andai ada sekalipun di ajar Nabi zikir2 tertentu, maka itu tertakluk pada individu tidak pada umum..
Di zaman sahabat dahulu, ketika ada yang memberitahu bermimpi Rasulullah, maka akan ditanya bagaiaman rupa yang di lihat..jika benar sama seperti yang di gambarkan hadith,maka di akui benarlah itu Rasulullah sallahu'alaihi wasallam. .

- SS Dr Zulkifli Bin Mohamae Al-Bakri -

"Allahummar zuqna rukyatan Nabi sallahu'alaihi wasallam fi haazihil lailah wa fi kulli lailah..Ameen Allahumma Ameen "
#RinduRasulullah =')

Wednesday, December 10, 2014

Menata Hati Dari Sebuah Keindahan


Antara tanda sesuatu itu adalah kebaikan bagi diri-mu adalah ia meninggalkan suatu yang indah bagi hati-mu...
Biarpun tidak begitu lama ia berlalu, namun itulah suatu kurniaan Allah yang penuh dengan rahsia hikmah yang akan menjadi pemangkin lebih bergantung-nya sebuah hati kepada Pencipta-Nya..


Adakala keindahan yang dahulu itu boleh jadi akan di kenang pada suatu masa yang sukar bagi-mu ...
Tatkala itu,terasa begitu kecil diri berbanding dunia..
Di bawah langit yang mekar luas itu, tanpa di sedari suara hati itu mengeluarkan air di mata yang membasahi pipi..
Titisan renyai hujan itulah mengusap sebuah rasa itu..
Suara hati itu jua menanti apa ada di penghujung itu..


Ketahuilah,di penghujung renyai hujan itu..pasti akan hadirnya sebuah pelangi yang akan kembali mewarnai kembali sebuah keindahan hidup..
Ingatkan hati..bahawa nanti, akan ada syurga yang lebih indah dan sempurna..
Itulah antara Rahmat Allah,suatu keyakinan
bagi hati yang bertatahkan iman yang tulus pada-Nya
~ Biarlah yang indah itu menjadi ingatan bersama, kerana itu hadiah bagi seseorang yang mencari keikhlasan dalam beribadah pada Allah ~

‪#‎SetiapPermulaanPastiAdaPengakhiran‬ 


Saturday, November 22, 2014

Risalah Ringkas Tentang Tauhid

"Bismillahirrahmanirrahim"



1) Isu cara memahami ayat2 mutasyabihat
- sepakat 'ulamak ASWJ bhwa ada dua cara faham iaitu menurut Salaf & Khalaf ,
* Salaf :
Menyerahkan sepenuhnya hakikat makna ayat kepada Allah
* Khalaf :
Mengambil pendekatan takwil untuk menghindarkan manusia dari salah faham berkenaan sifat yang layak bagi Allah ( Laa ila ha = nafi ) serta menyucikan cara faham manusia tntg sifat yang layak bagi Allah ( illah = isbat ).

Adapun cara faham yang di bawa wahabi berkenaan ayat2 taysbih ini adalah dengan memberikan sifat kepada Allah seperti bertempat iaitu di atas, sifat bertangan cumatidak seperti tangan manusia..yang cara faham ini adalah cara faham yg batil.

2) Isu Manhaj ASWJ
- Mazhab bagi mukminin dalam soal aqidah yg sanadnya terus bersambung dari khalaf kepada salaf dn terus kepada Rasulullah sallahu'alaihi wasallam iaitu kaedah cara faham yg di susun oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari & Iman Abu Mansur Al-Maturidi. Mukminin yg apa sahaja nama kumpulan yang memegang fahaman ini di golong sbg ASWJ.

3) Isu Ahbash,Wahabi, dan selain dari kedua ini
- Ahbash & Wahabi adalah suatu pembentukan kumpulan yang masing2 ada sejarah penubuhannya, dan setiapnya masihada kelompangan sama ada perkara dasar atau akhlaq.
*Ahbash
- Manhaj aqidahnya adalah ASWJ yg bermazhab Al-Asyairah & Al-Maturidiyah.
- Secara umum,permasalahan nya adalah pada hal ehwal akhlaq iaitu tidak mengambilAl-Wasatiyyah sebagai pendekatan. Seperti isu takfir yang di lihat bermudahan mengkafirkan/menyesatkan selain kumpulan mereka.
-Namun tidaklah keseluruhannya sebegitu.

*Wahabi
- Memegang manhaj aqidah yang di susun/cara faham oleh Sheikh Ibn Taimiyah & Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.
- Dalam cara faham ini, terdapat beberapa peringkat cara fahamnya iaitu ada yg tidak menganggu gugat tauhid pada Allah dan adayang menganggu gugat tauhid pada Allah.
- Secara umum, permasalahan itu di lihat pada yang menganggu gugat cara faham sebenar tauhid, dan juga cara pendekatan yang berlebihan terutama dalam soal fiqh & bermudahan menyesatkan kumpulan selain mereka.
- Setengah mereka ada yang menolak mazhab, para 'ulamak & kitab2 muktabar, dengan sekadar mengambil cara faham terus kepada Al-Quran & As-Sunnah.
-Namun,tidaklah keseluruhannya begitu.

* Selain dari kedua kumpulan ini
- Selagi mana cara faham mereka tidak terkeluar iaitu sepertimana cara faham aqidah Al-Asyairah & Al-Maturidiyah yg walaupun tidak mereka tahu bagaimama secara terperinci perbahasan soal aqidah ini,maka masih sah aqidah mereka.
- Tinggal lagi, keperluan (fardhu ain) untuk mempelajari ilmu aqidah ini adalah sebagai bekalan mengistiqamahkan diri dengan fahaman yang sahih dalam berhadapan cabaran serangan pemikiran masa kini & akan datang.

4) Cadangan & Resolusi 
- Aqidah adalah perkara dasar dalam kehidupan,maka mempelajarinya dengan jalan ilmu yang benar melalui guru yang tsiqah dengan keilmuan & akhlaq adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim.
- Penting utk Thabat pd 'iktiqod yang benar & Al-Wasatiyyah dalam berbeza pendapat dalam soal fiqh.
- Ketelitian penting dalam mentakfirkan/menyesatkan seseorang, dan jauh sekali untuk ianya pada mereka yang telah mati.

Inilah adalah sekadar ringkasan dari yang di pelajari Al-faqir.
Andai ada kesalahan,nasihat mahupun teguran, mohon di maklum sebaiknya pada Al-faqir yang masih lagi seorang penuntut ilmu.
Wallahu'alam.

Al-faqir ilahil qadir :
Nur Mohamad Adli Bin Rosli
1 Safar 1436H, 12.38am

Friday, September 5, 2014

Kisah Rasulullah Di Sihir


Suatu ketika, setelah Sayyiduna Rasulullah dan as-sohabah Muhajirin telah berhijrah ke Yathrib, yang setelah terdirinya Kota Islam yang pertama ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawarah.
Di persatukan suku kaum Aus & Khazraj oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam lalu di gelar mereka sebagai Ansorullah yakni asbab pertolongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk agama Allah s.w.t..

Di ketika itu,terdapat jua suku Bani Nadhir & Bani Quraizah yang keduanya adalah golongan yahudi yang berhijrah dari Kota Mesir ke Kota Yathrib kerana ingin melarikan diri dari kaum muslimin dari Nabi Musa 'alaihissalam.
Melihat pada kekuatan Al-Muslimin Kota Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam yang semakin kukuh..lalu kerisauan mereka mula timbul yang kemudiannya 3 orang tertinggi yahudi iaitu Kaab bin Asyraf dari Al-Madinah,Marhub dari Khoibar dan Abdullah bin Saba' dari Yaman, bermusyawarah untuk menjatuhkan kepimpinan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Maka dari situ,mereka berpakat untuk mengenakan sihir kepada Rasulullah dan memilih khidmat dari tukang sihir Latib bin 'Assom..
Di syaratkan kepada mereka pengeras sebanyak 2 dirham(nilai seperti hari ni ratusan juta utk ketika itu)..
Latib bin 'Assom mengupah seorang budak untuk mendekati Rasulullah di rumah dan di majlis-majlis yang kononnya ingin mempelajari Islam..Setelah mengetahui,setiap jumaat akan Rasulullah mengemaskan rambut,janggut dan memotong kuku dan membuangnya di suatu tempat,lalu Latib menyuruh budak itu mengambil semua yang dibuang Rasulullah sallahu'alaihi wasallam itu..

Kesemuanya itu di sihir dan di ikat dalam satu kain kuning dan digantung di suatu pokok...
3 orang ketua yahudi tadi setiap hari memerhatikan keadaan Rasulullah dan di hantar seseorang untuk mengintip adakah Rasulullah masih hadir untuk solat...setelah 40 hari tidak apa-apa perubahan kepada Rasulullah, lalu 3 yahudi itu kembali bertemu Latib bin 'Assom..
Setelah itu,Latib mengambil kembali bungkusan kuning yang di dalamnya ada helaian rambut dan kuku Rasulullah itu,di sihirkan dengan cara yang lebih kuat di awal bulan,di pertengahan bulan dan di
akhir bulan, kemudian di campakkan bungkusan kuning itu dalam suatu perigi(sudah tiada air) berdekatan Masjid Quba'...

Dengan takdir Allah,keadaan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam mula berubah iaitu badan Baginda sallahu'alaihi wasallam terasa lemah, sehingga memerlukan as-sohabah memapah tubuh mulia Baginda untuk bersolat di masjid....khabar itu telah sampai kepada Latib bin 'Assom dan 3 orang yahudi itu dan ini kegembiraan buat mereka...

Sehinggalah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam terbaring di rumah kerana terlalu lemah..kamudian Allah s.w.t mengutuskan 2 orang Malaikat kepada Rasulullah,satu darinya ke bahagian kaki dan satu darinya ke bahagian kepala..
Di ketika itu berlaku soal jawab yang didengari Rasulullah sallahu'alaihi wasallam iaitu,
Malaikat di bahagian kaki ( 1 ) :
Apakah punca perkara ini ?
Malaikat di bahahian kepala ( 2 ) :
Di sihir oleh seseorang bernama Latib bin 'Assom
( 1 ) : Di manakah tempat di lemparkan sihir itu ?
( 2 ) : Di perigi berdekatan Masjid Quba'
( 1 ) : Bagaimanakah cara mengubati sihir ?
( 2 ) : Bacalah 70x Al-Muawwajatain ( Surah Al-Falaq & Surah An-Nas ) di setiap pagi dan petang selama 40 hari.
( 1 ) : Apakah ada cara lain (khuatir tidak mampu dalam keadaan sakit)?
( 2 ) : Bacalah Al-Muawwajatain 7x di setiap pagi dan petang & mandilah dengan air yang dicampur daun tanjung bidara.

Setelah di dengari dan di amalkan oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, dengan keizinan Allah Baginda sallahu'alaihi wasallam kembali pulih.
Berita itu sampai kepada 3 Yahudi lalu merungut kepada Latib bin 'Assom. Jawab Latib, pasti ada turunnya wahyu lalu disembuhkan keadaan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Setelah kejadian itu, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam menyarankan (hampir2 wajib) untuk menanam helaian rambut dan kuku yang di potong dan melazimi dengan Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.

Di sampaikan kisah ini oleh
Al-Fadhil Syeikh Syed Anas,keturunan Asy-Syahid Syeikh Syed Ahmad Yasin Hafizahumallah
Kuliah Subuh : Tafsir Surah Al-Falaq & Surah An-Nas
10 Zulkaedah 1435 / 5 sept 2014
Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Taman Cenderawasih
(Komuniti Msuak)

Monday, August 18, 2014

Qudwah Dalam Berjemaah

Menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini isu Menteri Besar Selangor sama ada di media mahupun di perbualan masyarakat...

Sebagai nasihat bersama, janganlah lisan ini berucap dengan suatu yang tiada diri-mu pasti & yakin kerana khuatir ianya sebahagian dari fitnah dan umpatan yang merugikan diri-mu di akhirat kelak...
Dan jangan pula diri-mu menjadi sebahagian dari golongan mengapi-apikan dari perbezaan yang ada sebagai tujuan memecah belahkan kesatuan masyarakat yang ada kini,kerana khuatir diri-mu sebahagian mereka yang tidak bau syurga di sana kelak..

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Jemaah Islam Pas yang benar-benar menghidupkan sunnah berjemaah dalam perjuangan...
*Tidak gopoh dan meyakini perlunya musyawarah..itu sunnah
*Ketegasan dalam berprinsip...itu sunnah
*Hikmah dalam bicara & penjelasan...itu sunnah
*Yang lebih #utama, bersabar dari cemuhan & tidak memperlakukan perkara yang sama kepada para pelaku..itu juga sunnah

~ Kejayaan Terindah Meraih Mardhatillah ~ (^_^)/

Bicara Ketenangan

Bersama dengan seorang yang tenang akan terdorong diri untuk berasa tenang....
Begitu jua berada di suasana yang tenang,terdorong diri untuk mengimpikan pada memperolehi hakikat ketenangan di sana kelak iaitu syurga yang indah..

Ketahuilah,bahawa ada syurga yang di awalkan di dunia ini, iaitu hati yang tenang dan bahagia asbab hampirnya hati kepada Pemilik Ketenangan..

~ Semoga terus hati ini berasa hampir dan istiqamah bersama Al-Quran ~ (^_^)/

Bahaya Wahan

Sesungguhnya Kekasih Mulia Rasulullah s.a.w itu teramat risau akan satu penyakit yang melanda ummat-nya di akhir zaman...
Yang dengan-nya akan merosakkan hati & amal para pemimpin,rakyat bahkan para 'ulamak jua tidak terkecuali...
Ketahuilah..itulah penyakit wahan iaitu teramat cintakan dunia dan berasa takut & benci akan kematian...

Maka berpesan guru kami Sheikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy,
" Dalam memupuk hati untuk merindui hakikat kenikmatan akhirat dan tiada terleka dengan nikmat dunia yang sementara ini.. banyakkan oleh-mu menghidupkan hati dengan mendengar dan membaca hadith-hadith yang menceritakan perihal keindahan nikmat syurga hanya dengan itu bertambah keinginan-mu pada-nya...

Begitu jua,bacalah kisah2 mereka yang hatinya benar-benar merindui hakikat nikmat di sana...dan sebaik-baik contoh itu ialah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri...
Bagaimana Baginda s.a.w itu solat sehingga bengkak tumit-nya..dan bila di tanya Sayyidatuna 'Aisyah, lalu jawab Baginda 'apakah salah untuk aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur' "

~ Hidupnya hati dengan hidupnya impian pada nikmat yang kekal "hidup" ~ (^_^)/"

Berkatalah Dengan Ilmu

Berpesan guru kami Sheikhuna Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid:
"Jika berkata-kata itu adalah perak, maka berdiam itu adalah emas"

Ada masa dan ketika, keadaan memerlukan pada berkata-kata iaitu suatu yang mampu menambahbaikkan keadaan, dan itulah di antara sebaik-baik sedekah di saat itu..
Ketahuilah ianya hanyalah sebegitu sekiranya ilmu dan hikmah itu sebagai keutamaan pada berkata-kata...
Jika tanpa kedua ini, maka berdiam itu jauh lebih baik dan utama demi kebaikan diri dan agama..

Berkata Al-'alim Al-'allamah Al-Imam Asy-Syaf'ie rahimahullah:
"Diri-ku mampu berhujah dengan 10 orang yang alim namun diri-ku tidak mampu berhujah dengan 1 orang yang jahil"

~ Berkatalah suatu yang baik, jika tidak diam itu jauh lebih baik ~ (^_^)d

Rumah Bagi Hati

Setiap dari kita, sejauh mana pun perjalanan atau sesibuk mana pun urusan..pasti akan dicari kesempatan & jalan untuk pulang ke rumah..
Kerana di rumah lah kita akan penuhi keperluan zahir diri kita..

Dan ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap mukminin itu keutamaan rumah bagi-nya adalah sebaik-baik tempat di muka bumi ini iaitu Masjid..kerana di situlah sumber keperluan bagi hatinya akan di penuhi
Maka akan dicari jua kesempatan dan jalan untuk sampai kepadanya..

~ Apakah yang lebih istimewa dari menjadi Tetamu Allah s.w.t ??? ~

Mencapai Hakikat Kebenaran

"Suatu yang datangnya dari yang kotor, pasti tiada mencapai suatu yang mulia..."

- Sheikhuna Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid -

Maka begitulah suatu matlamat yang mulia,hanyalah mampu di capainya tiada lain melainkan dengan cara yang mulia dan sesekali tidak dengan cara yang hina..
Untuk itu..pentingnya pada membekalkan diri dengan ilmu dan mengimplementasikan ilmu itu juga memerlukan ilmu..

Jika tidak begitu,khuatir tindakan diri-mu itu salah dan mengundang fitnah kepada agama yang benar mahupun jemaah islam yang benar perjuangan-nya..

~ Matlamat & Cara itu akan terus benar apabila berterusannya pencarian ilmu yang benar ~ (^_^)/"

Rahmat Kerahsiaan Dari Allah

Ketahuilah,antara kebesaran rahmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada ummat Nabi Muhammad sallahu'alaihi wasallam adalah tiada di hukumi secara terus kemungkaran yang di lakukan bahkan tiada di zahirkan tanda-nya pada wajah-wajah mereka...

Seandai kira tiada kurniaan ini, boleh jadi tiada mampu diri-mu keluar ke khalayak kerana tiada sanggup kehinaan yang ada pada zahir-mu yang lahir dari kehinaan hati-mu yang kotor...
Maka, perbanyakkan syukur-mu pada Allah kerana rahmat-Nya yang masih memberi ruang diri-mu bertaubat kembali menyucikan hati-mu sebelum bertemu ilahi kelak..

Dan antara usaha pada menyucikan diri itu ialah dengan berhenti ia dari menyebarkan keaiban saudara-nya serta jauh sekali dari memburukkannya dari suatu yang bukan darinya..

~ Peliharalah aib saudara-mu, moga2 dipelihara aib-mu oleh Allah ~

Undangan Terbaik Buat Hati

Usahlah diri-mu terlalu runsing tatkala kesusahan & kekurangan dunia menyapa kehidupan-mu di sini..kerana sesungguhnya ianya hanyalah singgahan yang sementara sepertimana sementara-nya diri-mu di sini....

Namun,merasa runsinglah tatkala menyedari kesusahan hati-mu menitiskan air mata kerana Tuhan-mu, serta kekurangan hati-mu dari mengingati kebesaran Tuhan-mu Yang Maha Perkasa...
Kerana khuatir hati sebegitu kian jauh dari rahmat & hidayah Allah s.w.t.

~ Peliharalah hati untuk mengingati Allah,nescaya hidup-mu terpelihara dengan hidayah Allah ~ (^_^)d

Persediaan Amal

Apa sahaja perlakuan yang di niatkan pada memperolehi kebaikan akhirat, maka itulah sebesar-besar perkara di akhirat walaupun seluruh makhluq memandang ianya sekecil-kecil perkara di dunia dahulu...

Sesungguhnya di sana kelak hari yang manusia saling tuntut menuntut,
#ada yang bersamanya banyak amal kebaikannya namun kebanyakannya di ambil kerana dosanya kepada manusia lain
#ada yang bersamanya sedikit amal kebaikannya dan hanya sedikit yang diterima dari yang sedikit itu

Beramallah semampu-mu di samping benar-benar tuluskan niat dihati (^_^)/"

~ Ma aksaru fi'lan, Aksaru fadhlan ~

Kurniaan Silaturrahim

Ketahuilah antara kurniaan rahmat Allah s.w.t itu adalah direzekikan insan yang mengasihi dan menghargai diri kita...
Boleh jadi insan itu adalah keluarga,sahabat, guru, atau pasangan hidup yang baru hadir dalam kehidupan-mu...

Maka,syukurilah kurniaan ini dengan penuh ADAB & TAQWA...
Kerana sesungguhnya dengan itu pertemuan bersama mereka tidak hanya membahagiakan diri-mu ketika di sini,bahkan menjadi penolong buat-mu di sana kelak... (^_^)/"

~Antara mereka ada yang mungkin hadir hanyalah sekali,maka jangan di sia-siakan tika ia bertandang dalam hidup-mu~

Waspada

Sedarilah,
Kita tidak selamanya sihat....
Dan kita tidak selamanya hidup di sini...

Maka sama-sama kita memperbanyakkn syukur tikamana kita masih sihat dan hidup hari ni, banyakkn beramal dan jauhi percakapan2 yg tidak mendatangkn manfaat untuk akhirat kita..
Jangan jadikan Facebook atau hal ehwal politik itu sebagai kilang production dosa kita walhal ianya sebagai wasilah pahala kita membela ummat..

Wallahu'alam, peringatan buat diri jua

~ Gunakan apa yang ada,demi perjuangan Islam yang mulia ~ (^_^)/"
#SupportGaza
#Pray4Palestine
#Prayfortheummah

Kesempatan Bermohon

" Kehidupan ini hanya sekali diberikan peluang,tidak ada pengulangan untuknya...
Dan sesungguhnya mati itu tidak berbau,bila masa sahaja dan tidak di duga tatkala ia datang.... "

- Al-Fadhil Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam -

Mohon keampunan dari Allah selagi masih ada kesempatan untuk bermohon,kerana akan sampai masa tiada lagi kesempatan itu buat-mu...

~ Menyesali dosa itu isyarat hati-mu masih ada iman ~

Peduli Ummat

Sejak akhir-akhir ni kita di selubungi dengan isu-isu yang melibatkan kezaliman sesama manusia...

*Syria...rakyatnya terus didesak menerima pemerintah yang rakus
dengan kuasa sehingga tiada nilai lagi nyawa manusia...
*Mesir...tali barut musuh islam berusaha memastikan gerakan para
pejuang mukminin dilumpuhkan...
*Gaza Palestin...si pengecut Israil tidak berhenti meragut nyawa2 si
anak kecil dan kaum wanita bahkan cuba memperbodohkan dunia
sebagai menyatakan mereka mempertahankan diri dari serangan
mujahidin briged al-qassam..
*Malaysia...sementara isu MH370 belum mendapat jawapan,dikejutkan
pula dengan tragedi MH17 yang berpunca dari pergelutan merebut
kuasa antara negara..

Mungkin ada yang tidak menghiraukan isu-isu ini kerana merasa cukup bagj dirinya yang selesa dengan kerjaya,harta dan kemewahan makanan yang di dapatinya...
"Doa ? X payahlaa..dah ketentuan Allah dah tu,nk wt cmne...."

Sama-sama hayati hadith ini,iaitu Rasulullah s.a.w bersabda :
" Barangsiapa yang tiada ambil berat urusan ummat Islam,bukanlah mereka di kalangan ummat-nya "

~ Sumbanglah apa yang termampu,itu tanda kasih antara kita ~
#SalamTakziahMH17

Wednesday, August 6, 2014

Perihal Riyak

Berpesan Saidina Ali Karramallahu wajhah, bahawa ada 4 tanda terdapatnya penyakit riyak di hati seseorang iaitu :

1) Apabila berseorangan berhenti ia dari beramal
2) Apabila bersama ramai dibanyakkan ia akan amal-nya
3) Apabila di puji, bertambah-tambah amal-nya
4) Apabila di keji, terus ditinggal amal-amal nya

Di akhirat kelak,akan di panggil seluruh golongan ar-riyak dan di termasuk di kalangan mereka itu pembaca-pembaca Al-Quran,dermawan-dermawan bahkan mereka yang terkorban di medan peperangan.....

Lalu diserukan kepada mereka untuk pergilah menagih ganjaran dari siapa yang mereka niatkan, dan ketahuilah hanya Allah jua tika itu yang mampu membalas segalanya..

~ Kenali diri-mu sebagai hakikat seorang hamba, akan hati-mu malu dari merasa riyak ~
#MuhasabahDiri

Tuesday, August 5, 2014

ADAB-ADAB MASUK KE DALAM TANDAS


1.  Dahulukan kaki kiri ketika masuk dan dahulukan kaki kanan ketika keluar

2. Tidak membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah & para Rasul

3. Menutup kepala & Berkasut/Berselipar

4. Membaca doa masuk ke tandas

5. Sediakan segala keperluan istinjak sebelum qadha’ hajat

6. Beristibrak ( melawaskan ) di akhir dengan berdehem-dehem dan melakukan jari di bawah
    kemaluanmu 3 kali

7. Mencari tempat yang jauh dari orang ramai iaitu tidak di tengah-tengah khalayak awam.

8. Menghadap ke suatu yang dapat di jadikan dinding di hadapanmu

9. Tidak membuka aurat sebelum sampai ke tempat duduk

10. Tidak menghadap ke arah kiblat

11. Tidak qadha’ hajat di air yang tenang / pokok yang berbuah / lubang tanah

12. Tidak qadha’ hajat di atas tanah atau sesuatu yang keras / tempat bertiup angin supaya tidak
       terpecik kembali

13. Duduk ketika qadha’ hajat ( memberatkan sebelah kaki yang kiri ) supaya lebih mudah keluar najis
      dan janganlah berdiri kecuali ketika darurat.

Sabda Baginda Rasulullah sallahu’alaihi wasallam :

   Ertinya :
   “ Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpunca daripadanya .”
     (Yakni dari sebab tidak berhati-hati dalam bersuci daripada najis)


Sumber Rujukan : Kitab Bidayatul Hidayah ( Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.anhu )

Sunday, August 3, 2014

Momentum Kemenangan


"Sesunggnya eidul fitri itu simbolik kepada merayakan kejayaan iman mengawal nafsu di hati, maka orang beriman itu akan terus merayakan eidul fitri itu tatkala bertambah iman dihatinya setiap hari..."

- Sheikhuna Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy -

Hati yang terhias dengan taqwa itu akan senantiasa merasakan keberadaan Allah s.w.t tanpa ada batasan tempat dan waktu..

Dan andai ada bisikan pada menanti Ramadhan yang datang untuk kembali mengingati Tuhan,itulah bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hati-mu...di saat itu,kuatkan mujahadah-mu demi meraih keredhaan Allah s.w.t..

~ Kun Rabbaniyun Wa La takun Ramadhaniyun ~

Wednesday, July 23, 2014

Dikau Guru, Dikau jua Kekasih-ku

"Terlambat ku sedari,
Kau teramat beerti,
Terlambat untuk kembali dan untuk menanti..kesempatan 
Kedua...yang takkan mungkin pernah ada.."

Moga-moga bukanlah ini yang menjadi ungkapan buat hati kita di saat hujung nyawa nanti dan begitu jua di alam barzakh kelak....
Kerana sedarilah bahawa telah di utus oleh Allah buat kita sebaik-baik guru sebagai mengajar apa itu erti kehidupan,
Bahkan bersama guru itu disematkan rasa kasih yang teramat buat seluruh ummat-nya...

Maka,ayuh sama2 kita memanfaatkan kehidupan ini dengan memetik buah-buah ilmu dari para 'ulamak dan guru2 yang ilmunya itu bersumberkan dari sebaik-baik dan semulia-mulia guru, iaitu Kekasih yang tiada ganti buat hati kita,
Saiyiduna Habibuna Muhammad sallahu'alaihi wasallam 

~ Al-'ulamak warasatun anbiyak ~

Itu terbaik untuk diri-mu

Pernah terlihat sekumpulan pemuda berada di tepian di satu pusat hiburan,mereka hanya mampu begitu kerana kos untuk memasuki di situ amat mahal,dan kelihatan hanya kereta2 mewah shj di sekitar tmpt tersebut...

Adakala sengaja Allah s.w.t itu mengurangkan sesuatu atas diri-mu sebagai menyelamatkan diri-mu dari suatu yang tercela di dunia apatah lagi di akhirat...
Namun adakala sengaja Allah s.w.t melebihkan sesuatu sebagai menambahkan kehinaan seseorang itu asbab hatinya yang sombong dan berpaling dari peringatan Allah s.w.t. ..

Maka,wahai manusia..bukalah minda dan lapangkan jiwa-mu untuk mendengar peringatan2, moga2 dengan itu digolongkn diri-mu di kalangan mereka yang mempelajari dari setiap ketentuan Allah s.w.t..,

~ Bukanlah lebih atau kurang yang di nilai dari Yang Maha Memberi, akan tetapi hati-mu jualah yang dinilai-Nya ~ 

Perhiasan Syaitan


Ramai kini,khususnya kaum hawa yang berselfie lalu menjadikan wajahnya sebagai tatapan di profile picture di fb dan sewaktu dengannya...


Setengah dari mereka, ada yang berasa selesa dan bangga dengan-nya...
Dan setengah dari mereka berasa pelik bila disapa "kekasih-nya" bahawa kelihatannya seksi sedangkan gambarnya itu lengkap bertudung dan menutup aurat...

Ketahuilah,tikamana lelaki yang bukan mahram itu melihat gambar diri-mu tanpa sebab yang dibenarkan syarak,maka saat itu diperhiaskan gambar-mu itu(walau menutup aurat) dengan perhiasan syaitan menjadikan mata yang melihat itu tergoda syahwat-nya dan menjurus kpd keburukan-keburukan lain...

~ Wahai kaum hawa,jauhilah diri-mu dari diperalatkan oleh syaitan dalam memusnahkan keamanan para mukminin dan mukminat ~

Beradab-lah Wahai Diri

Seringkali kita mempersoalkan mereka yang kurang adabnya kepada diri kita..
Namun apakah terlebih dahulu kita memperlihatkan keindahan adab itu kepada mereka ?

Seorang 'ulamak yang kuda tunggangannya bersikap keras terhadapnya,ataupun isterinya kurang menjaga adab terhadapnya,tatkala itu beliau menganggap boleh jadi dirinya juga telah bersalahan adab kepada Tuhan-nya...

Maka,berusahalah diri-mu akan beradab kepada Allah s.w.t yakni dengan hati-mu,lisan-mu, dan amal-mu...nescaya akan dipelihara adab makhluq sekeliling terhadap dirimu..
(^_^)v 

~ Bersama sesuatu adab itu adalah keberkatan di sisi Allah ~

Peluang Kedua

Dalam kehidupan yang seketika ini, 
ada sesuatu yang ada kesempatan kedua,
Dan ada sesuatu yang tiada kesempatan kedua...

Wahai manusia,hargailah sesuatu yang direzekikan ke atas dirimu kesempatan yang kedua...
#Dosa yang lalu, bersegeralah pada bertaubat dan meninggalkannya..
#Kebaikan yang pernah dilalui,usahalah pada bersungguh dan beristiqamah melakukannya..

Kerana tiada kesempatan kedua bagi kehidupan ini tikamana telah terpisah roh dan jasad diri-mu... T_T

~Ya Allah,kurniakanlah ganjaran yang baik dari kedukaan yang dilalui, dan gantikanlah apa yang hilang itu dengan suatu yang jauh lebih baik~

Keutamaan Jodoh

"Suami itu pakaian bagi isterinya,dan isteri itu pakaian bagi suaminya"

Dalam membuat keputusan dalam soal membina rumahtangga itu biarlah hadir tikamana diri-mu tidak dalam bermaksiat kerana khuatir kecenderungan-mu nanti lebih dipengaruhi nafsu berbanding iman...

Benar2 sucikanlah niat dihati bahawa keputusan-mu itu sebagai suatu jalan mendekati Allah s.w.t...
Antara tanda diri-mu di landasan ini ialah telah dimulakan oleh-mu kini usaha menjadi "pakaian" terbaik untuk bakal pasangan-mu kelak....

~Bukanlah cepat atau lambat itu sbg keutamaan,akan tetapi yang lebih utama itu ialah kesediaan kamu utk memberi bukan sekadar menerima~

Hubungkan diri-mu


Sesekali janganlah diri-mu sepi dari berhubungan dengan para 'ulamak dan para solihin , iaitu dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis yang dihadiri mereka..

Jika berpeluang, berteman rapatlah dengan mereka...
Kerana diperolehi akan diri-mu suatu ilmu, hemah dan adab yang memandu akhlaq dan fikrah-mu sebagai bekalan menghadapi pelbagai mehnah di jalan jihad ini.. (^_^)/"

~ Berteman rapat dengan orang yang menjual minyak wangi,jika tiada didapati minyak wangi paling tidak akan didapati wanginya ~ 

Milik Siapa Bahagia Itu

Ketahuilah,
bahawa bahagia itu bukanlah milik mereka yang kaya atau miskin,
bukanlah milik mereka yang berpangkat tinggi atau rendah,
bukan jua milik mereka yang berupa paras hensem atau cantik,
bahkan bukan jua milik mereka yang berpendidikan tinggi atau rendah...

Sesungguhnya bahagia itu milik sesiapa sahaja yang ikhlas kepada Allah...
Dapatilah Allah di hati-mu,maka engkau akan mendapat segala-gala-nya,
Namun jika hati-mu kehilangan Allah,maka engkau telahpun kehilangan segala-gala-nya...

~Selangkah diri-mu mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati diri-mu~ (^_^)v

Semaikan Syukur

Setiap manusia bermula dengan tidak tahu kepada tahu, dan tidaklah setiap orang itu mampu untuk terlepas dari berbuat silap...

Begitu juga syukur...
Kita bermula dengan belajar menyebut syukur,
Kemudian kita belajar memahami apa itu syukur,
Kemudian kita belajar bagaimana untuk bersyukur,

Boleh jadi kini,masih belum sempurna pada meletakkan diri kita pada hakikat syukur yang sebenar..
Maka teruskanlah mentarbiyah diri dengan syukur, sehingga lah diri-mu bertemu seorang sahabat sejati yang dengannya hati mu cukup berasa aman...iaitu Siti NurQana'ah binti Redha.
(^_^)v

~ Hakikat syukur itu dicapai bilamana dirasakan teramat tidak mampu dirimu membalasi kurniaan ilahi yang tidak terbilang~

Hikmah ujian kepayahan hidup

Mungkn kadang2 tu kita rasa tersangat penat dengan banyak perkara yang perlu kita lalui...

Namun jangan kita terlupa yang mengatur kita untuk lalui semua itu ialah Allah yang sangat menyayangi kita,maka sudah tentu apa yg ditentu itu suatu yg terbaik untuk kita...

Boleh jadi Allah nak kita jadi "seseorang" yang Dia sangat cinta & kasih di akhirat nanti... (^_^)

~ Kejayaan terindah meraih mardhatillah ~ (^^,)/"

Teman Sejati

"Selama ini..ku mencari-cari teman yang sejati, buat menemani perjuangan suci"

Itulah nostalgia nasyid zaman sekolah rendah dulu...huhu
Dan tanpa kita sedar,begitulah hakikatnya bahawa kehidupan ini sebuah perjuangan..
Berhadapan dengan pelbagai musuh yang ingin melihat kita jauh dari Allah,jauh dari syariat Allah...

Seumpama kambing yang berada dalam kumpulan itu lebih sukar untuk diterkam serigala..
Maka begitu jua bagi manusia...ayuh letakkan diri kita bersama suatu jama'atul mukminin yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan saling menguatkan pegangan kita pada syariat Allah..
Sesungguhnya,bersama jemaah itu adalah keberkatan dan pertolongan yang berterusan dari Allah s.w.t.. (^_^)/"

~ Teman sejati itu teman membawa diri-mu untuk lebih mencintai Allah s.w.t & Rasulullah sallahu'alaihi wasallam ~