SALAM MUJAHADAH

Followers

Monday, August 18, 2014

Qudwah Dalam Berjemaah

Menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini isu Menteri Besar Selangor sama ada di media mahupun di perbualan masyarakat...

Sebagai nasihat bersama, janganlah lisan ini berucap dengan suatu yang tiada diri-mu pasti & yakin kerana khuatir ianya sebahagian dari fitnah dan umpatan yang merugikan diri-mu di akhirat kelak...
Dan jangan pula diri-mu menjadi sebahagian dari golongan mengapi-apikan dari perbezaan yang ada sebagai tujuan memecah belahkan kesatuan masyarakat yang ada kini,kerana khuatir diri-mu sebahagian mereka yang tidak bau syurga di sana kelak..

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Jemaah Islam Pas yang benar-benar menghidupkan sunnah berjemaah dalam perjuangan...
*Tidak gopoh dan meyakini perlunya musyawarah..itu sunnah
*Ketegasan dalam berprinsip...itu sunnah
*Hikmah dalam bicara & penjelasan...itu sunnah
*Yang lebih #utama, bersabar dari cemuhan & tidak memperlakukan perkara yang sama kepada para pelaku..itu juga sunnah

~ Kejayaan Terindah Meraih Mardhatillah ~ (^_^)/

Bicara Ketenangan

Bersama dengan seorang yang tenang akan terdorong diri untuk berasa tenang....
Begitu jua berada di suasana yang tenang,terdorong diri untuk mengimpikan pada memperolehi hakikat ketenangan di sana kelak iaitu syurga yang indah..

Ketahuilah,bahawa ada syurga yang di awalkan di dunia ini, iaitu hati yang tenang dan bahagia asbab hampirnya hati kepada Pemilik Ketenangan..

~ Semoga terus hati ini berasa hampir dan istiqamah bersama Al-Quran ~ (^_^)/

Bahaya Wahan

Sesungguhnya Kekasih Mulia Rasulullah s.a.w itu teramat risau akan satu penyakit yang melanda ummat-nya di akhir zaman...
Yang dengan-nya akan merosakkan hati & amal para pemimpin,rakyat bahkan para 'ulamak jua tidak terkecuali...
Ketahuilah..itulah penyakit wahan iaitu teramat cintakan dunia dan berasa takut & benci akan kematian...

Maka berpesan guru kami Sheikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy,
" Dalam memupuk hati untuk merindui hakikat kenikmatan akhirat dan tiada terleka dengan nikmat dunia yang sementara ini.. banyakkan oleh-mu menghidupkan hati dengan mendengar dan membaca hadith-hadith yang menceritakan perihal keindahan nikmat syurga hanya dengan itu bertambah keinginan-mu pada-nya...

Begitu jua,bacalah kisah2 mereka yang hatinya benar-benar merindui hakikat nikmat di sana...dan sebaik-baik contoh itu ialah Baginda Rasulullah s.a.w sendiri...
Bagaimana Baginda s.a.w itu solat sehingga bengkak tumit-nya..dan bila di tanya Sayyidatuna 'Aisyah, lalu jawab Baginda 'apakah salah untuk aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur' "

~ Hidupnya hati dengan hidupnya impian pada nikmat yang kekal "hidup" ~ (^_^)/"

Berkatalah Dengan Ilmu

Berpesan guru kami Sheikhuna Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid:
"Jika berkata-kata itu adalah perak, maka berdiam itu adalah emas"

Ada masa dan ketika, keadaan memerlukan pada berkata-kata iaitu suatu yang mampu menambahbaikkan keadaan, dan itulah di antara sebaik-baik sedekah di saat itu..
Ketahuilah ianya hanyalah sebegitu sekiranya ilmu dan hikmah itu sebagai keutamaan pada berkata-kata...
Jika tanpa kedua ini, maka berdiam itu jauh lebih baik dan utama demi kebaikan diri dan agama..

Berkata Al-'alim Al-'allamah Al-Imam Asy-Syaf'ie rahimahullah:
"Diri-ku mampu berhujah dengan 10 orang yang alim namun diri-ku tidak mampu berhujah dengan 1 orang yang jahil"

~ Berkatalah suatu yang baik, jika tidak diam itu jauh lebih baik ~ (^_^)d

Rumah Bagi Hati

Setiap dari kita, sejauh mana pun perjalanan atau sesibuk mana pun urusan..pasti akan dicari kesempatan & jalan untuk pulang ke rumah..
Kerana di rumah lah kita akan penuhi keperluan zahir diri kita..

Dan ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap mukminin itu keutamaan rumah bagi-nya adalah sebaik-baik tempat di muka bumi ini iaitu Masjid..kerana di situlah sumber keperluan bagi hatinya akan di penuhi
Maka akan dicari jua kesempatan dan jalan untuk sampai kepadanya..

~ Apakah yang lebih istimewa dari menjadi Tetamu Allah s.w.t ??? ~

Mencapai Hakikat Kebenaran

"Suatu yang datangnya dari yang kotor, pasti tiada mencapai suatu yang mulia..."

- Sheikhuna Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid -

Maka begitulah suatu matlamat yang mulia,hanyalah mampu di capainya tiada lain melainkan dengan cara yang mulia dan sesekali tidak dengan cara yang hina..
Untuk itu..pentingnya pada membekalkan diri dengan ilmu dan mengimplementasikan ilmu itu juga memerlukan ilmu..

Jika tidak begitu,khuatir tindakan diri-mu itu salah dan mengundang fitnah kepada agama yang benar mahupun jemaah islam yang benar perjuangan-nya..

~ Matlamat & Cara itu akan terus benar apabila berterusannya pencarian ilmu yang benar ~ (^_^)/"

Rahmat Kerahsiaan Dari Allah

Ketahuilah,antara kebesaran rahmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada ummat Nabi Muhammad sallahu'alaihi wasallam adalah tiada di hukumi secara terus kemungkaran yang di lakukan bahkan tiada di zahirkan tanda-nya pada wajah-wajah mereka...

Seandai kira tiada kurniaan ini, boleh jadi tiada mampu diri-mu keluar ke khalayak kerana tiada sanggup kehinaan yang ada pada zahir-mu yang lahir dari kehinaan hati-mu yang kotor...
Maka, perbanyakkan syukur-mu pada Allah kerana rahmat-Nya yang masih memberi ruang diri-mu bertaubat kembali menyucikan hati-mu sebelum bertemu ilahi kelak..

Dan antara usaha pada menyucikan diri itu ialah dengan berhenti ia dari menyebarkan keaiban saudara-nya serta jauh sekali dari memburukkannya dari suatu yang bukan darinya..

~ Peliharalah aib saudara-mu, moga2 dipelihara aib-mu oleh Allah ~

Undangan Terbaik Buat Hati

Usahlah diri-mu terlalu runsing tatkala kesusahan & kekurangan dunia menyapa kehidupan-mu di sini..kerana sesungguhnya ianya hanyalah singgahan yang sementara sepertimana sementara-nya diri-mu di sini....

Namun,merasa runsinglah tatkala menyedari kesusahan hati-mu menitiskan air mata kerana Tuhan-mu, serta kekurangan hati-mu dari mengingati kebesaran Tuhan-mu Yang Maha Perkasa...
Kerana khuatir hati sebegitu kian jauh dari rahmat & hidayah Allah s.w.t.

~ Peliharalah hati untuk mengingati Allah,nescaya hidup-mu terpelihara dengan hidayah Allah ~ (^_^)d

Persediaan Amal

Apa sahaja perlakuan yang di niatkan pada memperolehi kebaikan akhirat, maka itulah sebesar-besar perkara di akhirat walaupun seluruh makhluq memandang ianya sekecil-kecil perkara di dunia dahulu...

Sesungguhnya di sana kelak hari yang manusia saling tuntut menuntut,
#ada yang bersamanya banyak amal kebaikannya namun kebanyakannya di ambil kerana dosanya kepada manusia lain
#ada yang bersamanya sedikit amal kebaikannya dan hanya sedikit yang diterima dari yang sedikit itu

Beramallah semampu-mu di samping benar-benar tuluskan niat dihati (^_^)/"

~ Ma aksaru fi'lan, Aksaru fadhlan ~

Kurniaan Silaturrahim

Ketahuilah antara kurniaan rahmat Allah s.w.t itu adalah direzekikan insan yang mengasihi dan menghargai diri kita...
Boleh jadi insan itu adalah keluarga,sahabat, guru, atau pasangan hidup yang baru hadir dalam kehidupan-mu...

Maka,syukurilah kurniaan ini dengan penuh ADAB & TAQWA...
Kerana sesungguhnya dengan itu pertemuan bersama mereka tidak hanya membahagiakan diri-mu ketika di sini,bahkan menjadi penolong buat-mu di sana kelak... (^_^)/"

~Antara mereka ada yang mungkin hadir hanyalah sekali,maka jangan di sia-siakan tika ia bertandang dalam hidup-mu~

Waspada

Sedarilah,
Kita tidak selamanya sihat....
Dan kita tidak selamanya hidup di sini...

Maka sama-sama kita memperbanyakkn syukur tikamana kita masih sihat dan hidup hari ni, banyakkn beramal dan jauhi percakapan2 yg tidak mendatangkn manfaat untuk akhirat kita..
Jangan jadikan Facebook atau hal ehwal politik itu sebagai kilang production dosa kita walhal ianya sebagai wasilah pahala kita membela ummat..

Wallahu'alam, peringatan buat diri jua

~ Gunakan apa yang ada,demi perjuangan Islam yang mulia ~ (^_^)/"
#SupportGaza
#Pray4Palestine
#Prayfortheummah

Kesempatan Bermohon

" Kehidupan ini hanya sekali diberikan peluang,tidak ada pengulangan untuknya...
Dan sesungguhnya mati itu tidak berbau,bila masa sahaja dan tidak di duga tatkala ia datang.... "

- Al-Fadhil Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam -

Mohon keampunan dari Allah selagi masih ada kesempatan untuk bermohon,kerana akan sampai masa tiada lagi kesempatan itu buat-mu...

~ Menyesali dosa itu isyarat hati-mu masih ada iman ~

Peduli Ummat

Sejak akhir-akhir ni kita di selubungi dengan isu-isu yang melibatkan kezaliman sesama manusia...

*Syria...rakyatnya terus didesak menerima pemerintah yang rakus
dengan kuasa sehingga tiada nilai lagi nyawa manusia...
*Mesir...tali barut musuh islam berusaha memastikan gerakan para
pejuang mukminin dilumpuhkan...
*Gaza Palestin...si pengecut Israil tidak berhenti meragut nyawa2 si
anak kecil dan kaum wanita bahkan cuba memperbodohkan dunia
sebagai menyatakan mereka mempertahankan diri dari serangan
mujahidin briged al-qassam..
*Malaysia...sementara isu MH370 belum mendapat jawapan,dikejutkan
pula dengan tragedi MH17 yang berpunca dari pergelutan merebut
kuasa antara negara..

Mungkin ada yang tidak menghiraukan isu-isu ini kerana merasa cukup bagj dirinya yang selesa dengan kerjaya,harta dan kemewahan makanan yang di dapatinya...
"Doa ? X payahlaa..dah ketentuan Allah dah tu,nk wt cmne...."

Sama-sama hayati hadith ini,iaitu Rasulullah s.a.w bersabda :
" Barangsiapa yang tiada ambil berat urusan ummat Islam,bukanlah mereka di kalangan ummat-nya "

~ Sumbanglah apa yang termampu,itu tanda kasih antara kita ~
#SalamTakziahMH17

Wednesday, August 6, 2014

Perihal Riyak

Berpesan Saidina Ali Karramallahu wajhah, bahawa ada 4 tanda terdapatnya penyakit riyak di hati seseorang iaitu :

1) Apabila berseorangan berhenti ia dari beramal
2) Apabila bersama ramai dibanyakkan ia akan amal-nya
3) Apabila di puji, bertambah-tambah amal-nya
4) Apabila di keji, terus ditinggal amal-amal nya

Di akhirat kelak,akan di panggil seluruh golongan ar-riyak dan di termasuk di kalangan mereka itu pembaca-pembaca Al-Quran,dermawan-dermawan bahkan mereka yang terkorban di medan peperangan.....

Lalu diserukan kepada mereka untuk pergilah menagih ganjaran dari siapa yang mereka niatkan, dan ketahuilah hanya Allah jua tika itu yang mampu membalas segalanya..

~ Kenali diri-mu sebagai hakikat seorang hamba, akan hati-mu malu dari merasa riyak ~
#MuhasabahDiri

Tuesday, August 5, 2014

ADAB-ADAB MASUK KE DALAM TANDAS


1.  Dahulukan kaki kiri ketika masuk dan dahulukan kaki kanan ketika keluar

2. Tidak membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah & para Rasul

3. Menutup kepala & Berkasut/Berselipar

4. Membaca doa masuk ke tandas

5. Sediakan segala keperluan istinjak sebelum qadha’ hajat

6. Beristibrak ( melawaskan ) di akhir dengan berdehem-dehem dan melakukan jari di bawah
    kemaluanmu 3 kali

7. Mencari tempat yang jauh dari orang ramai iaitu tidak di tengah-tengah khalayak awam.

8. Menghadap ke suatu yang dapat di jadikan dinding di hadapanmu

9. Tidak membuka aurat sebelum sampai ke tempat duduk

10. Tidak menghadap ke arah kiblat

11. Tidak qadha’ hajat di air yang tenang / pokok yang berbuah / lubang tanah

12. Tidak qadha’ hajat di atas tanah atau sesuatu yang keras / tempat bertiup angin supaya tidak
       terpecik kembali

13. Duduk ketika qadha’ hajat ( memberatkan sebelah kaki yang kiri ) supaya lebih mudah keluar najis
      dan janganlah berdiri kecuali ketika darurat.

Sabda Baginda Rasulullah sallahu’alaihi wasallam :

   Ertinya :
   “ Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpunca daripadanya .”
     (Yakni dari sebab tidak berhati-hati dalam bersuci daripada najis)


Sumber Rujukan : Kitab Bidayatul Hidayah ( Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.anhu )

Sunday, August 3, 2014

Momentum Kemenangan


"Sesunggnya eidul fitri itu simbolik kepada merayakan kejayaan iman mengawal nafsu di hati, maka orang beriman itu akan terus merayakan eidul fitri itu tatkala bertambah iman dihatinya setiap hari..."

- Sheikhuna Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy -

Hati yang terhias dengan taqwa itu akan senantiasa merasakan keberadaan Allah s.w.t tanpa ada batasan tempat dan waktu..

Dan andai ada bisikan pada menanti Ramadhan yang datang untuk kembali mengingati Tuhan,itulah bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hati-mu...di saat itu,kuatkan mujahadah-mu demi meraih keredhaan Allah s.w.t..

~ Kun Rabbaniyun Wa La takun Ramadhaniyun ~