SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, July 23, 2014

Dikau Guru, Dikau jua Kekasih-ku

"Terlambat ku sedari,
Kau teramat beerti,
Terlambat untuk kembali dan untuk menanti..kesempatan 
Kedua...yang takkan mungkin pernah ada.."

Moga-moga bukanlah ini yang menjadi ungkapan buat hati kita di saat hujung nyawa nanti dan begitu jua di alam barzakh kelak....
Kerana sedarilah bahawa telah di utus oleh Allah buat kita sebaik-baik guru sebagai mengajar apa itu erti kehidupan,
Bahkan bersama guru itu disematkan rasa kasih yang teramat buat seluruh ummat-nya...

Maka,ayuh sama2 kita memanfaatkan kehidupan ini dengan memetik buah-buah ilmu dari para 'ulamak dan guru2 yang ilmunya itu bersumberkan dari sebaik-baik dan semulia-mulia guru, iaitu Kekasih yang tiada ganti buat hati kita,
Saiyiduna Habibuna Muhammad sallahu'alaihi wasallam 

~ Al-'ulamak warasatun anbiyak ~

Itu terbaik untuk diri-mu

Pernah terlihat sekumpulan pemuda berada di tepian di satu pusat hiburan,mereka hanya mampu begitu kerana kos untuk memasuki di situ amat mahal,dan kelihatan hanya kereta2 mewah shj di sekitar tmpt tersebut...

Adakala sengaja Allah s.w.t itu mengurangkan sesuatu atas diri-mu sebagai menyelamatkan diri-mu dari suatu yang tercela di dunia apatah lagi di akhirat...
Namun adakala sengaja Allah s.w.t melebihkan sesuatu sebagai menambahkan kehinaan seseorang itu asbab hatinya yang sombong dan berpaling dari peringatan Allah s.w.t. ..

Maka,wahai manusia..bukalah minda dan lapangkan jiwa-mu untuk mendengar peringatan2, moga2 dengan itu digolongkn diri-mu di kalangan mereka yang mempelajari dari setiap ketentuan Allah s.w.t..,

~ Bukanlah lebih atau kurang yang di nilai dari Yang Maha Memberi, akan tetapi hati-mu jualah yang dinilai-Nya ~ 

Perhiasan Syaitan


Ramai kini,khususnya kaum hawa yang berselfie lalu menjadikan wajahnya sebagai tatapan di profile picture di fb dan sewaktu dengannya...


Setengah dari mereka, ada yang berasa selesa dan bangga dengan-nya...
Dan setengah dari mereka berasa pelik bila disapa "kekasih-nya" bahawa kelihatannya seksi sedangkan gambarnya itu lengkap bertudung dan menutup aurat...

Ketahuilah,tikamana lelaki yang bukan mahram itu melihat gambar diri-mu tanpa sebab yang dibenarkan syarak,maka saat itu diperhiaskan gambar-mu itu(walau menutup aurat) dengan perhiasan syaitan menjadikan mata yang melihat itu tergoda syahwat-nya dan menjurus kpd keburukan-keburukan lain...

~ Wahai kaum hawa,jauhilah diri-mu dari diperalatkan oleh syaitan dalam memusnahkan keamanan para mukminin dan mukminat ~

Beradab-lah Wahai Diri

Seringkali kita mempersoalkan mereka yang kurang adabnya kepada diri kita..
Namun apakah terlebih dahulu kita memperlihatkan keindahan adab itu kepada mereka ?

Seorang 'ulamak yang kuda tunggangannya bersikap keras terhadapnya,ataupun isterinya kurang menjaga adab terhadapnya,tatkala itu beliau menganggap boleh jadi dirinya juga telah bersalahan adab kepada Tuhan-nya...

Maka,berusahalah diri-mu akan beradab kepada Allah s.w.t yakni dengan hati-mu,lisan-mu, dan amal-mu...nescaya akan dipelihara adab makhluq sekeliling terhadap dirimu..
(^_^)v 

~ Bersama sesuatu adab itu adalah keberkatan di sisi Allah ~

Peluang Kedua

Dalam kehidupan yang seketika ini, 
ada sesuatu yang ada kesempatan kedua,
Dan ada sesuatu yang tiada kesempatan kedua...

Wahai manusia,hargailah sesuatu yang direzekikan ke atas dirimu kesempatan yang kedua...
#Dosa yang lalu, bersegeralah pada bertaubat dan meninggalkannya..
#Kebaikan yang pernah dilalui,usahalah pada bersungguh dan beristiqamah melakukannya..

Kerana tiada kesempatan kedua bagi kehidupan ini tikamana telah terpisah roh dan jasad diri-mu... T_T

~Ya Allah,kurniakanlah ganjaran yang baik dari kedukaan yang dilalui, dan gantikanlah apa yang hilang itu dengan suatu yang jauh lebih baik~

Keutamaan Jodoh

"Suami itu pakaian bagi isterinya,dan isteri itu pakaian bagi suaminya"

Dalam membuat keputusan dalam soal membina rumahtangga itu biarlah hadir tikamana diri-mu tidak dalam bermaksiat kerana khuatir kecenderungan-mu nanti lebih dipengaruhi nafsu berbanding iman...

Benar2 sucikanlah niat dihati bahawa keputusan-mu itu sebagai suatu jalan mendekati Allah s.w.t...
Antara tanda diri-mu di landasan ini ialah telah dimulakan oleh-mu kini usaha menjadi "pakaian" terbaik untuk bakal pasangan-mu kelak....

~Bukanlah cepat atau lambat itu sbg keutamaan,akan tetapi yang lebih utama itu ialah kesediaan kamu utk memberi bukan sekadar menerima~

Hubungkan diri-mu


Sesekali janganlah diri-mu sepi dari berhubungan dengan para 'ulamak dan para solihin , iaitu dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis yang dihadiri mereka..

Jika berpeluang, berteman rapatlah dengan mereka...
Kerana diperolehi akan diri-mu suatu ilmu, hemah dan adab yang memandu akhlaq dan fikrah-mu sebagai bekalan menghadapi pelbagai mehnah di jalan jihad ini.. (^_^)/"

~ Berteman rapat dengan orang yang menjual minyak wangi,jika tiada didapati minyak wangi paling tidak akan didapati wanginya ~ 

Milik Siapa Bahagia Itu

Ketahuilah,
bahawa bahagia itu bukanlah milik mereka yang kaya atau miskin,
bukanlah milik mereka yang berpangkat tinggi atau rendah,
bukan jua milik mereka yang berupa paras hensem atau cantik,
bahkan bukan jua milik mereka yang berpendidikan tinggi atau rendah...

Sesungguhnya bahagia itu milik sesiapa sahaja yang ikhlas kepada Allah...
Dapatilah Allah di hati-mu,maka engkau akan mendapat segala-gala-nya,
Namun jika hati-mu kehilangan Allah,maka engkau telahpun kehilangan segala-gala-nya...

~Selangkah diri-mu mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati diri-mu~ (^_^)v

Semaikan Syukur

Setiap manusia bermula dengan tidak tahu kepada tahu, dan tidaklah setiap orang itu mampu untuk terlepas dari berbuat silap...

Begitu juga syukur...
Kita bermula dengan belajar menyebut syukur,
Kemudian kita belajar memahami apa itu syukur,
Kemudian kita belajar bagaimana untuk bersyukur,

Boleh jadi kini,masih belum sempurna pada meletakkan diri kita pada hakikat syukur yang sebenar..
Maka teruskanlah mentarbiyah diri dengan syukur, sehingga lah diri-mu bertemu seorang sahabat sejati yang dengannya hati mu cukup berasa aman...iaitu Siti NurQana'ah binti Redha.
(^_^)v

~ Hakikat syukur itu dicapai bilamana dirasakan teramat tidak mampu dirimu membalasi kurniaan ilahi yang tidak terbilang~

Hikmah ujian kepayahan hidup

Mungkn kadang2 tu kita rasa tersangat penat dengan banyak perkara yang perlu kita lalui...

Namun jangan kita terlupa yang mengatur kita untuk lalui semua itu ialah Allah yang sangat menyayangi kita,maka sudah tentu apa yg ditentu itu suatu yg terbaik untuk kita...

Boleh jadi Allah nak kita jadi "seseorang" yang Dia sangat cinta & kasih di akhirat nanti... (^_^)

~ Kejayaan terindah meraih mardhatillah ~ (^^,)/"

Teman Sejati

"Selama ini..ku mencari-cari teman yang sejati, buat menemani perjuangan suci"

Itulah nostalgia nasyid zaman sekolah rendah dulu...huhu
Dan tanpa kita sedar,begitulah hakikatnya bahawa kehidupan ini sebuah perjuangan..
Berhadapan dengan pelbagai musuh yang ingin melihat kita jauh dari Allah,jauh dari syariat Allah...

Seumpama kambing yang berada dalam kumpulan itu lebih sukar untuk diterkam serigala..
Maka begitu jua bagi manusia...ayuh letakkan diri kita bersama suatu jama'atul mukminin yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan saling menguatkan pegangan kita pada syariat Allah..
Sesungguhnya,bersama jemaah itu adalah keberkatan dan pertolongan yang berterusan dari Allah s.w.t.. (^_^)/"

~ Teman sejati itu teman membawa diri-mu untuk lebih mencintai Allah s.w.t & Rasulullah sallahu'alaihi wasallam ~

Cintai Rasul


" Seseorang yang cinta kepada Nabi,maka dirinya akan berakhlaq dengan akhlaq-nya Nabi sallahu'alaihi wasallam. "

- Sheikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll As-senariy -

Satu ketika,berkata Baginda Nabi sallahu'alaihi wasallam kepada Sayyiduna Anas bin Malik iaitu mafhumnya,
" Yabunyya, ketahuilah barangsiapa yang dirinya berpagi dan berpetang yang dihatinya tiada kebencian kepada sesiapa pun,maka itulah sunnah-ku, dan bagi sesiapa yang mengikut sunnah ku maka dirinya mencintai-ku, dan barangsiapa mencintai-ku,baginya sebaik-baik tempat di syurga kelak.. "

Dekatilah hati-mu dengan semulia-mulia manusia,maka akan diri-mu terdidik dengan semulia-mulia akhlaq... (^_^)/"

~ Jiwa yang mati akan kembali hidup dengan kembali hidupnya sunnah2 dalam hidup ini ~

Lamaran Yang Di nanti

" Lamaran itu satu ujian untuk menguji nilai keimanan, ketaatan dan ketaqwaan agar menjadi hamba-hambaNya yang benar-benar beriman."
Insyirah Hafizah -

Bagi kaum hawa,boleh jadi ramai yang menanti diri-nya di lamar dan di harap agar lamaran itu datangnya dari seorang yang soleh dan bertanggungjawab...
Na'am tidak ada salah-nya bahkan itulah sebaiknya...

Namun,dalam kita kurang menyedari akan prihatinnya diri kita kepada lamaran pernikahan ini, apakah sebegitu prihatinnya kita dengan lamaran keampunan Allah s.w.t yang hadir setiap malam untuk kita ?
Sungguh,bilamana hati ini benar-benar telah menyambut lamaran maghfirah Allah ini,maka yakinilah akan hadirnya lamaran dari seseorang yang dengan-nya diri-mu akan memperoleh maghfirah dari Allah s.w.t di dunia & akhirat..

~ Cintailah Allah sepenuh hati-mu,nescaya dikurniakan oleh Allah buat-mu seseorang yang dicintai-Nya ~

Final Exam Akhirat

Bagi para penuntut ilmu, di kebiasaan kertas peperiksaan itu akan ada pembahagian soalan yang setiapnya disediakan markah sesuai dengan tahap kesukarannya...
a) Definition.... (5 marks)
b) Understanding the theory and calculation involved......(10 marks)
c) Applying the theory for real problems.......... (20 marks)

Begitu jua kehidupan ini..setiap amalan telah ada pembahagian ganjaran sesuai dengan martabat amalan itu...
a) Amalan sunnah..... (Marks= 100 pahala mati syahid)
b) Amalan sunnat muakad....(Marks > kebaikan amalan sunnah )
b) Amalan wajib.......(Marks > kebaikan amalan sunnah muakad )

Jika dalam exam, janganlah terlalu bersungguh menjawab soalan yang sedikit markah nya dan sehingga mengabaikan soalan yang jauh lebih utama dan banyak markahnya...
Dan jangan pula hanya menjawab soalan yang banyak markah dan mengambil remeh soalan yang sedikit markah kerana boleh jadi yang sedikit ini akan membezakan lulus/gagal atau grade A/B asbab jawapan yang mungkin kurang sempurna di jawapan yang dibuat...

Maka begitu jua hidup ini,bersungguhlah dalam melaksanakan perkara wajib yang dijanjikan ganjarannya yang lumayan dan sesekali jangan diabaikan apa yang menjadi sunnah yang boleh jadi ianya membezakan kedudukan tingkatan di syurga kelak..
Semoga di hari result nanti,tangan kanan inilah yang menerima "ijazah ahli syurga"... Allahumma ameen 

~ Reminder : The time is limited, so we don't have much time left ~

Kurniaan Solat

Ketahuilah,sekiranya seluruh umur ini diperuntukkan pada menyingkap seluruh rahsia ibadah solat,nescaya akan habis umur itu sedangkan hanya sedikit yang diketahui akan rahsia solat itu...

Teramat banyak rahsia dan kebaikan yang Allah kurniakan dari ibadah yang agung ini,sesungguhnya ini antara isyarat bahawa Allah tersangat mengasihi diri-mu dengan menyediakan bagi-mu kebaikan solat yang serba indah kebaikan di sebaliknya...
Maka,jangan pula diri-mu berpaling dari kurniaan ini..berpaling dari solat bermakna diri-mu berpaling dari kasih Allah s.w.t. ..

~ Bukanlah Allah berhajatkan kebaikan dari ibadah dari-mu,namun dijadikan-Nya ibadah itu sebagai tempat diri-mu memperoleh keuntungan dari-Nya Yang Maha Kaya ~ 

Ilmu & Amal

Berpesan Imam Al-Ghazali rahimahullahu ta'ala dalam kitabnya Ayyuhal walad ,
" Sesungguhnya akan didapati kesedapan dan manisnya ilmu itu dengan diamalkan dari ilmu yang diketahui itu "

Dan guru kami,Al-fadhil Ustaz Dr Sabri Zakaria dalam mensyarahkannya berpesan,bahawa mengapa hari ini tiada didapati lemak manisnya ilmu itu,antaranya adalah kerana dihajati dan didahulukan hadaf mempelajari ilmu itu pada perdebatan sebagai keutamaannya...

~ ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah ~

"Ballighu 'anni walau aayah"

Terkadang setengah dari kita hanya ingin mendengar peringatan itu hanya dari seseorang Ustaz / Pendakwah yang sudah terkenal nama-nya terutama di media...
Sehinggakan menutup telinga dan hatinya bilamana ada majlis tazkirah dari seseorang yang tidak masyhur nama-nya..

Ketahuilah,boleh jadi yang menyampaikan sesuatu peringatan itu mungkin nama-nya tidak masyhur di alam dunia,namun tersangat masyhur nama-nya di kalangan penduduk langit..

Maka,tuluskan hati-mu dan buka-lah minda-mu..sesungguhnya hakikat peringatan yang sampai kepada diri-mu itu datangnya dari Allah s.w.t..

~ Dan berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi mukminin ~

Perihal Umur

Ketahuilah bahawa ada suatu yang senantiasa ia berjalan....
Walaupun diri-mu sedang berhenti berjalan,
Walaupun diri-mu sedang tidur,
Walaupun diri-mu sedang lalai,
Walaupun diri-mu sedang bermaksiat,
Walaupun diri-mu bakhil dengan harta-mu,
Walaupun diri-mu sedang menentang perjuangan islam....

Sesungguhnya itulah umur-mu...yang sedang berjalan tanpa henti menuju mati..
Dan mati itu bukanlah pengakhiran,sekadar ia tamat tempoh umur di sini..dan setelah itu akan umur itu terus berjalan tanpa ada akhir baginya..

~Tanda umur yang berkat, semakin ia mendekatkan hati kepada Allah~

Detik-detik terakhir

Sesungguhnya para sahabat radhialllahu anhum itu saat tibanya Ramadhan maka tersangat gembira hati mereka,namun saat Ramadhan hampir meninggalkan mereka tersangat pilu hati mereka...

Kerana mereka itu memahami akan mulia dan besarnya bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan itu..
Ketahuilah,tanda hati kita menghargai dan mencintai bulan mulia ini ialah di saat akhir ini kita benar-benar memanfaatkan masa dengan beribadah kepada Allah dan tidak pula ianya berkurangan dari awal Ramadhan dahulu...

Wahai Ramadhan,dalam beberapa ketika akan kita berpisah jua..
Dan akan bertemu kembali dengan-mu 11 bulan yang akan datang..
Sungguh 11 bulan itu mungkin lama,dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh itu.....
Andai inilah terakhir buat kita bersua,semoga inilah saksi bahawa hati-ku benar-benar rindu & kasih kepada Allah Yang Maha Pengasih..

~ Masa itu adalah kehidupan,akan sia-sia lah kehidupan itu dengan di sia-siakan masa yang masih ada ~

ilmu & hati

Ilmu itu bukanlah apa yang di catat oleh-mu...
kerana boleh jadi sebab tertentu,tikamana hilang catatan itu maka hilanglah segalanya untuk-mu..

Ketahuilah,ilmu itu adalah apa yang faham lalu diri-mu sematkan dihati yang dengan-nya itu akan bermanfaat tika diri-mu beramal sehinggalah diri mati kelak...

~Yang bermanfaat itu ilmu,manakala yang menjadi bekal itu adalah amal~ (^_^)v

Nuzulul Qur'an


Firman Allah s.w.t iaitu maksudnya,

"Wahai orang-orang beriman,masuklah kepada Islam secara seluruhnya...."

Wasiat Saiyiduna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, 
"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara,selamanya kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan-nya..iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah-ku. "

Sesungguhnya kehidupan di sini hanyalah tempat pada manusia itu mencari jalan-jalan kemuliaan di sisi Allah s.w.t..
Fitrah di sini,akan senantiasa ada mereka yang membela agama yang mulia ini iaitu Islam, dan juga mereka yang memusuhi agama ini..
Maka,bersama siapakah kita hari ini ? Wahai diri,jawablah persoalan ini sebelum diri melangkah ke alam seterusnya..kerana bila sudah di sana,kita akan dibangkitkan dengan siapa yang kita bersama di sini..

~Jika perjuangan Al-Quran itu cukup dengan dibaca sahaja,maka tidak perlu dipertaruhkan nyawa Rasulillah dan As-Sohabah di medan jihad berhadapan musuh - musuh Allah ~

Pengorbanan Yang Bermakna

"Sesungguhnya kehidupan seorang mujahidah Saiyidatuna Khadijah r.anha itu penuh dengan pengorbanan...
Maka tidaklah kita berasa hairan bagaimana kasih Saiyiduna Rasulullah s.a.w kepada beliau...
Bahkan Allah s.w.t sendiri menyampaikan salam kepada beliau r.anha...
Tersangat besar peranannya di awal kenabian Rasulullah s.a.w, beliaulah yang meyakinkan dan memberi semangat kepada Saiyiduna Rasulullah s.a.w..
Dan bagaimana diberkati nya pengorbanan beliau,dilahirkan generasi ahlul bait itu dari beliau...

Maka,kisah yang lebih kurang sama dapat dilihat kepada salah seorang penyambung generasi mulia ini iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Alawi...
Bagaimana bersungguh dan besar usaha beliau dalam dakwah dan soal keilmuwan...
Walaupun dalam keadaan dirinya di Mekah yang ketika itu suasana yang menentang dakwah beliau...
Ketahuilah, kini beliau telah dipilih untuk menjadi teman kepada kekasih agung ummul mukminin iaitu perkuburan beliau bersebelahan dengan ummul mukminin....
Dan diberkatinya usaha beliau itu,setelah pemergian beliau lebih dirasai hilangnya sebuah permata ummat...
Sehingga kini hasil tulisan beliau terus dan terus dicetak dan diajarkan di mana2... "

- Fadhilatus Sheikh Afeefuddin Al-Jailani -

Ramai di kalangan kita ingin dikasihi Habibuna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam. Namun,bagaimanakah sanggup kita berkorban demi agama yang dicintai ini sebagaimana sanggup mereka yang terdahulu berkorban demi meneruskan dakwah Nabi ini...

~ akan berputiknya kasih dari pengorbanan yang ikhlas ~

#Haul Saiyidatuna Khadijah & Sayyid Muhammad Alawi

Kurniaan Islam Yang Indah

" Islam itu agama yang memudahkan kehidupan...maka jangan pula kita menjadikannya payah dengan kejahilan kita lalu menjadi sebab orang lebih jauh dari Islam.....
Dalam Al-Quran ada disebut untuk mentaati Allah itu yakni dalam melakukan kebaikan itu mengikut sekadar kemampuan...

Namun dalam soal kemungkaran,di tinggalkannya bukan sekadar kemampuan akan tetapi secara keseluruhannya..."

- Al-fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man -

Hanya akan dirasai kesempurnaan dan keindahan kurniaan Allah kepada diri bilamana diletakkan kecintaan hati kepada agama-Nya yang sempurna... (^_^)/"

~ Tenangnya hati bila agama ada di hati ~

Istimewanya Selawat

"Satu ketika datang seorang ibu bertemu dengan Imam Hasanul Basri dan menyatakan hajatnya untuk mengetahui keadaan anaknya yang baru meninggal dunia...
Lalu dinasihatkan Al-imam kepada ibu itu untuk melakukan 4 rakaat solat sunat kemudian tidur secara mengiring(cara sunnah) sambil berselawat...
Ternyata dalam mimpi ketika tidurnya itu dilihat keadaan anaknya yang tidak baik...
Keesokannya bertemu kembali kepada Al-imam untuk menceritakan bagaimana keadaan anaknya..Setelah itu dinasihatkan agar si ibu itu memperbanyakkan sedekah mudah-mudahan membantu arwah..
Namun pada malam itu,dengan izin Allah Imam Hasanul Basri sendiri bermimpi, seperti berjalan di suatu tempat yang indah dan kelihatan seorang gadis berpakaian bersih dan menegur Al-Imam,

Apakah tidak engkau mengenali-ku? Jawabnya tidak mengenalinya..Diberitahu bahawa beliau lah anak kepada ibu yang bertemu dengan Imam Hasanul Basri..Al-imam berasa hairan kerana keadaan gadis itu tidak seperti yang diceritakan si ibu, lalu dibagitahunya bahawa siang tadi ada seorang soleh yang lalu di kawasan perkuburan dan mensedekahkan satu bacaan selawat kepada arwah yang ditanam disitu..asbab dari itu diangkat azab pada hari itu pada gadis itu dan 50 yang lain
Kisah ini dinukilkan di dalam kitab Afdholus solawat susunan Sheikh Yusof An-Nabhani...

Maka, perbanyakkanlah amalan selawat kerana banyak kebaikannya kepada diri bahkan boleh jadi pada orang tedekat dengan kita yang telah pergi...
Dan ada petua dari 'ulamak dan insyaAllah ada yang pernah melihat sendiri kebaikannya..iaitu usahakan untuk sedekahkan pada yang telah pergi,
* 70,000 kali laaila haillah
*100,000 kali surah Al-ikhlas "

- Al-fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll As-Senariy -

Ibadah Sedeqah

Dalam memberikan infaq atau sedeqah, yakinilah bahawa ianya bukan beerti diri-mu telah kehilangan sesuatu...
Kerana hakikatnya diri-mu telah memperoleh suatu yang benar-benar menjadi milik-mu, bahkan di lipat gandakan pula apa yang dikurniakan kepada-mu kerana yang memberi itu ialah Yang Maha Kaya yang sedikit pun tidak pernah berkurangan kekayaanNya...

Maka berpesan guru kami, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid:
"Dalam memberi bersedeqah,jangan dilihat berapa banyak yang diberikan namun lihatlah berapa banyak yang diterima dari Allah s.w.t. .."

~ Hati yang pemurah pasti akan dapat perhatian dari Yang Maha Pemurah ~ (^_^)d

Tawaran Ramadhan

" 3 Tawaran Ramadhan yang hadir bagi para mukminin...
1) Terbuka luas-nya pintu maghfirah 
2) Di muliakan bagi mereka yang memuliakan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat semulia-mulia peristiwa iaitu turunya Al-Quran yang menjadi sebab rahmat kepada seluruh makhluq...
3) Terbukanya lembaran jihad bagi mukminin sama ada jihad zahir mahupun batin "

- Al-fadhil Ustaz Syarhan Humaizi -

Di kala orang solihin berlumba-lumba mengaut sebanyak mungkin keuntungan akhirat...di manakah kita di ketika ini?

~ Jom sihatkan diri dengan vitamin hati ~

Memahami Hakikat Diri

Lahirnya kita dahulu,tidak ada apa-apa yang bersama kita walaupun seurat benang...
Lalu setelah itu kita melalui kehidupan ini dengan kurniaan2 rezeki dari Allah...makanan,minuman,tempat tinggal,pangkat,keluarga dll...
Namun akhirnya,kita akan pergi dari sini tanpa membawa apa-apa melainkan amalan yang pernah dibuat ketika hidup...

Jadinya, manakah yang sebenarnya milik kita yang ianya tidak berhak dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti?
Sungguh,tidak ada suatupun milik kita melainkan seluruhnya miliknya Allah s.w.t....
Maka sedarilah,diri-mu di sini hanyalah hamba yang tidak punya apa-apa, menumpang di bumi Tuhan dan dengan ehsan Tuhan dipinjamkan seketika nikmat-nikmat sebagai memenuhi keperluan diri-mu...
Jika hati menyedari akan hakikat ini,tidak ada lagi hati-mu berasa layak untuk riyak,'ujub dan takabur dengan apa yang diri-mu ada kini...

~ Ayuh manfaatkan kehidupan ini sebagaimana para Rasul dan seluruh sahabat-nya memanfaatkan kehidupan mereka,iaitu mencari redha Allah s.w.t ~ (^_^)/"

Jangan leka,kita kini di medan jihad

Sungguh, yahudi zionis dan seluruh tenteranya itu amat bodoh...
Tidak ada beza-nya mereka dengan syaitan bahkan mereka jauh lebih bodoh dari syaitan laknatullah...
Tunggulah sampai masa dan ketika kami akan kembali bangkit bersatu lalu akan diperlihatkan bagaimana hina kalian menerima balasan kerana perbuatan bodoh kalian kini....

Maka, ayuh ummat Muhammad sekalian...
Kita kembali seluruhnya kepada agama Allah, usah lagi kita dikhayalkan dengan muslihat mereka yang bodoh itu...
Kita adalah suatu ummat yang kuat dan bijak keran Al-Quran bersama kita...
Ayuh tegakkan kembali solat berjemaah di masjid-masjid...
Jauhi dan perangi segala bentuk maksiat yang hadir dihadapan kita...
Awasi Sekularisme,Pluralisme,Syiah dll...kerana mereka inilah golongan2 yang terlebih dahulu diperbodohkan oleh yahudi laknatullah...
Menolak mereka tanda hati kita masih mengasihi ahli keluarga kita yang sedang ditindas di sana...

~ Padukan senjata doa yang ada,kerana Allah sedang ingin memberi sebaik-baik kebaikan untuk kita di sini dan saudara kita di sana ~

#Pray4Gaza
#Pray4Syria
#Pray4Mukmimin

Fastabiqul Khairat

" Kita kalau ada masjid nak bagi bubur lambuk pun tu dia beratuq panjang...punya nak nya pemberian dari manusia..
takkan Allah nak bagi ganjaran pahala yang berganda dalam Ramadhan ni, kita tak rasa nak dengan pemberian Allah yang jauh lebih lumayan ini...."

- YB Dato' Mahfuz Omar -

Tanda hati yang mendapat kasih dari Allah itu antaranya adalah hati yang berasa teruja dengan tawaran dari Allah sehingga mendahulukan apa yang dikehendak Allah dari apa yang dirinya kehendaki...

~ Kasih yang suci itu datangnya dari Allah,tikamana ia hadir kepada-mu,genggamlah ia seerat mungkin agar bertambahnya nur petunjuk Allah dalam hidup-mu ~

Semakin Hampir Saat Itu

" Kematian itu boleh hadir pada bila-bila masa dan ianya tiada pengecualian bagi sesiapa sahaja..
Apa sahaja yang terkait dengan kehidupan di sini hanyalah sementara dan sifatnya yang sekejap...nikmat yang di rasa,hanyalah seketika kerana suatu masa pasti akan ditinggalkan seluruh nya...

Maka telah di seru oleh Rasulullah s.a.w agar ummatnya memperbanyakkan mengingati sesuatu menghilangkan kelazatan dunia ini,iaitu kematian...bukan sekadar cukup untuk diri berasa gerun,akan tetapi supaya diri lebih termotivasi untuk lebih banyak mengerjakan amal ibadah sebagai bekal yang akan di bawa di sana..."

- Al-fadhil Ustaz Dusuki Abd Rani -

Sesungguhnya yang tersangat jauh itu adalah masa yang berlalu kerana selamanya tiada akan kembali kepadanya,
dan ketahuilah yang tersangat hampir itu adalah kematian kerana boleh jadi ianya seketika sahaja dari saat ini...

~ Biar diri berasa penat dengan amal soleh,kerana penat itu akan hilang namun amal soleh itu kekal di catatan amal-mu ~


Inni Akhofullah

" Pernah suatu ketika sedang Amirul Mukminin 'Umar Al-Khatab meronda di malam hari sebagai mengambil tahu hal ehwal rakyat-nya,kedengaran perbualan di suatu rumah antara seorang peniaga yang meminta anaknya menambahkan air ke dalam susu...
Kemudian anak itu mengingatkan akan tegahan Khalifah melakukan sedemikian kerana ianya bahagian dari dusta,namun di sanggah si ibu mengatakan tidak mengapa kerana Khalifah tidak mengetahuinya..
Lalu jawab si anak iaitu benar Khalifah tidak tahu,namun Allah s.w.t maha melihat dan maha mengetahui...
Keesokannya terus Amirul Mukminin menghantar rombongan meminang si anak tu untuk anak-nya...maka dari generasi inilah lahirnya seorang Khalifah yang tawadhuk serta hati-nya benar-benar takut kepada Allah s.w.t, iaitu Khalifah 'Umar Bin 'Abdul Aziz rahimahullahu ta'ala......

Maka,azamlah kepada diri untuk melahirkan generasi yang takut kepada Allah iaitu dengan menanamkan terlebih dahulu rasa khaufun minaAllah dalam diri,serta pilihlah pasangan atau menantu yang juga hatinya juga tidak sunyi dari rasa takut kepada Allah s.w.t"

- Al-fadhil Ustaz Nazmi Abd Karim -