SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, October 30, 2011

Kenapa Neraka Yang di Pilih

Assalamu'alaikumu w.b.t,
Alhamdulillahi rabbil 'alamin,sama-sama lah kita bersyukur pada Allah s.w.t yang masih memberi ruang pada kita untuk menumpang di bumi dan dunia yang sementara ini dengan pada masa yang sama,kita dipinjamkan dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga dan tiadalah lain kita dikurniakan semua ini melainkan kerana sifat Nya yang sangat mengasihi dan menyayangi sekalian hambaNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah s.w.t, yang telah banyak berkorban sepanjang hidupnya demi ingin melihat sekalian ummat nya terselamat dari tipu daya dunia yang fana' dan tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat nikmat Allah yang kekal abadi di syurga kelak dan terselamat dari api neraka.

Kata 'ulamak, maka akan matilah hati-hati manusia itu tatkala mereka tiada mendengar dan membaca hadith Nabi s.a.w selama tiga hari,kerana tiadalah sebaik-baik peringatan melainkan apa yang disampaikan oleh kekasih Allah yakni yang dikurniakan wahyu kepadanya dan yang paling hampir dan dikasihi oleh Allah s.w.t.

Jadi dikesempatan yang ada ini,sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua,bersama diri ini untuk menghayati hadith di bawah ini,serta huraian yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam dari kitabnya, "Empat Puluh Hadith Penawar Bagi Hati". Semoga sama-sama dikurniakan taufik dan hidayah untuk mengambil manfaat darinya.



Daripada Jabir radhiallahu anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api, maka banyaklah belalang dan rama-rama(kelkatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku ( Rasulullah s.a.w) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka,namun ramai di kalangan kamu masih juga hendak melepaskan diri dari pegangan ku.

                                                                                                                                    H.R Muslim

Dan dalam hadith yang lain riwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : " Semua umatku akan masuk ke dalam syurg, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya " Ya Rasulullah ! Siapa yang tidak suka masuk syurga?" Rasulullah s.a.w menjawab : " Sesiapa yang taat padaku beerti dia mahu mahu syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk syurga".

                                                                                                                                   H.R Bukhari

KETERANGAN :

       Umat Islam adalah umat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah bergelar dengan Nabiyyur Rahmah ertinya Nabi yang membawa rahmat bagi sekalian alam. Sebelum Nabi s.a.w di utus ke dunia ini,seluruh alam adalah dalam suasana jahiliyah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia telah kehilangan pengangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah dan yang kaya memeras yang miskin. Masyarakat sudah kehilangan insaniyah(perikemanusiaan) dan yang lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan mereka.

      Maka dalam keadaan gelap gelita itu tiba-tiba datanglah Nur yang dibawa oleh junjungan kita Nabi s.a.w, maka dunia yang gelap gelita tadi telah berubah menjadi alam yang terang bederang. Kesesatan telah berubah menjadi petunjuj.Manusia telah mengerti dan memahami tujuan kehidupannya di atas permukaan bumi ini. 'Umar Al-Khatab yang yang dahulunya hanya pengembala kambing dilereng bukit Makkah itu telah berubah menjadi pemimpin umat yang disegani oleh kawan dan lawan. Tanah Makkah yang kering kontang itu telah menjadi pusat tamadun insan yang agung hingga ke akhir zaman. Manusia yang rakus,kejam lagi bengis itu telah berubah menjadi orang yang zuhud,tawadhu' dan menangis di kegelapan malam dan begitulah seterusnya......

     Namun jiwa yang sakit tidak dapat menerima rahmat ini dan hati yang telah dibalut oleh selaput "tiga ta" iaitu cinta harta,cinta takhta dan cinta wanita, telah menjadi kebal,bahkan panggilan kebenaran di anggap loceng petanda berakhirnya kekuasaan hawa nafsu dan syahwat, oleh itu mereka tetap memilih jalan syaitan dan merasa bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di lautan kemaksiatan yang akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan mereka ke pintu api neraka. walya'u zubillahi min zaalik.

Friday, October 7, 2011

Benar Ya Allah..aku sangat berterima kasih pada-Mu

 TERIMA KASIH TUHAN

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
]Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

BY : MAWADDAH

Thursday, October 6, 2011

Doa seorang Pemuda....

Assalamu'alaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..yang sedikit pun bagiNya tidak berkehendakkan sesuatu dari makhluqNya...selawat dan salam atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatnya... Wahai tuhan kami,sesungguhnya telah kami melakukan kezaliman ke atas diri kami,dan andai kita tiada keampunan dan rahmat dari Mu kepada kami,maka termasuklah kami dari golongan yang rugi..Amin ya Rabbal 'alamin..

Agak begitu lama tidak ku nukilkan sebarang kata di sini..namun begitu,alhamdulillah berkesempatan jua diketika pagi yg hening ini untuk ku luangkan sedikit masa dan tiadalah lain ku harapkan melainkan ku harapkan kita sama-sama mengambil pengajaran dan manfaat dari sedikit perkongsian ini.

Sekadar ingin ku kongsikan suatu kisah atau sirah berkenaan seorang pemuda,yang mana ada periwayatan hadith tentangnya. Suatu ketika, Nabi s.a.w masih hidup,pernah baginda memberitahu kepada Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar al-khatab radhiallahu anhuma bahawa andai kelak,kamu ditemukan dengan seorang pemuda yang namanya 'Uwais al-qarni yang asalnya dari Yaman,maka kamu mohonlah beliau doakan untuk kamu kerana tiada hijab doanya kepada Allah s.w.t.

Daripada sini,kita dapat lihat sungguh hebat pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni ini sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada dua orang sahabatnya yang juga sudah dijamin syurga oleh Allah s.w.t, supaya meminta pemuda ini mendoakan untuk mereka...MasyaAllah....

Setelah itu, Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar ini sentiasa mencari pemuda ini sehinggakan setelah Nabi s.a.w wafat. Setiap kali ada kabilah dari luar khususnya dari Yaman,maka Abu bakar yg juga khalifah sewaktu itu dan 'Umar menahan kabilah tersebut dan bertanya adakah ada pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni..maka kabilah demi kabilah masih tidak dijumpainya..sehinggalah sampai satu kabilah ini,lalu ditanya adakah ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,maka saat itu jawab ketua kabilah itu,ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,dia berada di belakang sekali.... Lantas mereka berdua ke belakang untuk berjumpa dengan pemuda itu. Setelah itu,kelihatan seorang pemuda yang sedang memikul seorang tua di belakangnya,lalu di tanya.."Adakah kamu 'uwais al-qarni? "..Jawab pemuda itu, "Ya,sayalah 'uwais..mengapa tuan(khalifah ketika itu) mencari hamba?... Jawab Abu bakar, sesungguhnya,tika mana Rasulullah s.a.w masih hidup,baginda pernah bersabda bahawa doa kamu merupakan doa yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t..

Di ceritakan oleh salah seorang kabilah dari Yaman itu kepada abu bakar dan umar,bahawa 'uwais ini merupakan seorang yang miskin,namun dia sangat menyayangi ibunya..Sehinggakan, dek kerana ingin mencapai hajat ibunya yang ingin menunaikan ibadah haji, dia sanggup bekerja mengembala lembu yang mana tiap2 hari, dia berulang-alik dari bawah ke atas bukit iaitu tempat kandang lembu itu..'uwais memikul lembu2 itu di bahunya untuk ke kendang di atas bukit...Tujuannya mengambil pekerjaan itu supaya dia mampu mengumpul bekalan untuk di bawa dalam perjalanan membawa ibunya ke mekkah,dan dia juga ingin menguatkan dirinya agar kelak dia mampu mendukung ibunya pula..dan dia sampai ke mekkah ini dengan berjalan kaki sambil memikul ibunya di belakang...

MasyaAllah, beginilah amalan yang cukup mulia iaitu berbakti dan memuliakan ibu dan bapa,sehinggakan Nabi s.a.w di khabarkan oleh Allah s.w.t akan doa pemuda ini tidak akan di tolak oleh Allah s.w.t... So,setinggi mana pun pangkat kita,sehebat mana pun diri kita, maka ambillah pengajaran dari kisah ini iaitu muliakanlah ibu bapa kita,gembirakanlah mereka dan letakkanlah sepenuh kasih sayang kita pada mereka, agar insyaAllah kita dimuliakan oleh Allah s.w.t sepertimana 'UWAIS  AL-QARNI.

wallhu'alam.