SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, May 23, 2014

Kesucian Hati Seorang Ahli Syurga


Pernah suatu ketika sekumpulan as-sohabah berkumpul di dalam masjid,lalu datang Baginda Rasulullah s.a.w kepada mereka sebagai memberitahukan akan masuk ke masjid itu seorang ahli syurga, dan setelah itu kelihatan lelaki itu masuk ke masjid itu....
Begitulah hari ke seterusnya dan seterusnya Baginda Rasulullah s.a.w memberitahukan perihal yang sama kepada sekumpulan as-sohabah itu..
Kemudian seorang dari as-sohabah berasa ingin tahu akan kehebatan amalan lelaki yang di beritahukan oleh Rasululah sebagai ahli syurga itu..

As-sohabah itu mengikut lelaki itu pulang ke rumah lalu meminta izin untuk bermalam di rumah lelaki tersebut..
As-sohabah itu memerhatikan akan amalan lelaki itu,di sangkanya akan kuatnya ibadah lelaki itu,namun tidak kelihatan sedemikian..
Langsung ditanya kepada lelaki itu akan apakah amalannya sehingga diberitahukan sedemikian oleh Baginda Rasulullah s.a.w..

Lalu di jelaskannya, bahawa tidaklah aku seperti orang lain yang banyaknya ibadah siang dan malamnya, namun setiap malam sebelum aku tidur, aku tidak pernah tinggal untuk memaafkan seluruh yang bebuat salah kepada-ku dan tidak aku menyimpan sebarang hasad & dengki pada orang lain....

Mungkin amalan ini dilihat kecil oleh sesetengah dari kita...
Dan boleh jadi amalan ini tidaklah membuatkan diri-mu di kenali oleh penduduk bumi,
namun amalan ini-lah yang menyucikan hati-mu di sisi Allah sehingga ternanti-nanti penduduk langit akan kehadiran-mu...

~ Yang kecil di sisi manusia, belum tentu kecil di sisi Allah ~ (^_^)v


Tuesday, May 6, 2014

Islam itu syumul,bukan jumud


Jika dirimu memandang agama ini hanya berkisar soal sah batal 5 rukun islam itu, maka kamu masih belum mengenali agama ini,

Jika dirimu memandang agama ini hanya berkisar soal mengurus cinta baitul muslim, maka kamu masih belum mengenali agama ini,

Jika dirimu memandang agama ini berkisar urusan politik semata-mata, maka kamu belum mengenali agama ini...

Jika dirimu memandang agama ini berkisar hanya untuk soal kesucian hati diri sendiri,maka kamu belum mengenali agama ini..

Kerana sesungguhnya hakikat agama ini suatu rahmat yang teramat besar yang dengannya akan terbentuk pelbagai kejayaan dan keajaiban..
Sungguh, akan berjaya & bangkit kembali diri manusia itu dengan mengambil agama ini sebagai penyuluh kehidupannya..

~ Mereka yang membawa panji Islam terdahulu telahpun berjaya, maka kini aku ingin mengikuti jalan kejayaan mereka, doakan diriku di perjalanan ini ~ (^_^)/"