SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Bersyukurlah wahai diri

Assalamu'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w serta ahli keluarganya dan juga para sahabatnya..

Sekadar menukilkan sesuatu yakni tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...

Hidup tidak selalunya indah sepertimana langit juga tidak selalunya cerah,
kadangkala malam juga suram tiada bintang..namun ketahuilah bahawa itulah lukisan alam iaitu sesuatu ketentuan dari Allah s.w.t kepada makhluknya,
bukanlah kerana ingin menyiksa hambaNya kerana Dia lah yang maha penyayang, dan ketahuilah wahai kerana penyayang dan pemurahNya lah ditentukan segala ini, untuk mengingatkan kita akan kebesaranNya dan kekuasaanNya atas segalanya...

Mungkin,terkadang kita merasakan sesuatu itu diperoleh kerana usaha kita,bakat yang kita ada,atau hebatnya kita dalam sesuatu...Namun,hakikatnya tidaklah sedemikian...kerana tiadalah yang mampu memberi dan mengurnia,melainkan Allah s.w.t yang tiada berhajat pada sesiapa...
Andai ada yang berkata, aku jadi sebegini kerana aku hebat atau disebabkan guru aku, ingatlah bahawa "aku" dan "guru" itu juga berhajat pada sesuatu yakni Allah s.w.t...
Jadi, ketika mana kita berada dalam kegembiraan, maka sentiasa beringatlah dan bersyukurlah pada tuan yang memberinya yakni Allah s.w.t..dan bermohonlah agar itu adalah kegembiraan yang diberkati...

Namun,ketika mana kecewa atau kesedihan, maka ingatlah wahai diri bahawa jangan sesekali ada rasa putus asa pada rahmat Allah s.w.t...kerana rahmat Allah itu luas..

wahai diri, sesungguhnya tidak dikurnia apa yang kau hajati bukanlah kerana engkau dihinakan oleh Allah s.w.t, bahkan itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada kamu, Dia ingin terus mendengar rintihan kamu kepadaNya, dan dengan itulah Dia kan membalas kepada kamu dengan balasan yang lebih baik di akhirat kelak..

wahai diri, cuba engkau renung kembali dengan apa yang telah kau lalui selama ini, tidakkah kau sedar bahawa telah banyak kegembiraan yang dikurniakan kepada kamu sebelum ini,telah banyak perkara yang kau hajati dan dikurniakan ia kepada kamu...sehingga di ibaratkan kecewa kamu hari ini hanyalah setitis air dan selautan kegembiraan dalam kehidupan kamu..

wahai diri, jangan sesekali kau rasa usaha kamu yang lepas itu sia-sia bagi kamu kerana di sebalik itu ada yang melihat, mengetahui dan menilai segala usaha kamu dan dijanjikanNya kelak balasan yang baik atas usaha kamu..jadi,teruskan berusaha untuk akan datang,kuatkan semangat kamu walaupun mungkin seluruh manusia memandang kamu lemah,namun andai kamu istiqamah dalam berusaha,kamulah yang paling gagah di sisi Allah s.w.t, kerana kamu mampu melawa nafsu dan ikhlas dalam berusaha...


wahai diri,tanamkan azam dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik,buatlah yang terbaik dan gunalah segala kemampuan yang ada..insyaAllah kamu akan berjaya kelak..insyaAllah

Mungkin hari ini aku gagal untuk mencapai apa yang diinginkan, namun tidak akan selamanya aku ingin gagal..suatu hari nanti insyaAllah kejayaan yang ku idamkan pasti ku kecapi..

Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku bergantung harap dan memohon agar Kau sentiasa di sisi ku membantu aku dalam menempuh segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan, semoga suatu hari nanti,ketika mana aku menghadapMu kelak,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya..Allahumma Ameen



Monday, December 6, 2010

Beramallah walau perkara kecil

Assalamu'alaikum w.b.t,


Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah atas segala kurniaanNya yang tidak terhingga pada diri ini, terutamanya nikmat hati yang masih dikurniakan ingatan padaNya, serta lidah yang masih di izinkan untuk terus mengungkap kalimah mulia namanya,serta anggota yang sihat..tiadalah aku meminta melainkan untuk kekal dikurniakan rasa kehambaan padaNya walau dalam keadaan apa sekalipun...


Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w, ku memohon agar kelak ku dapat menatap wajahnya yang mulia,dan paling ku berharap agar suatu hari kelak aku dapat bersamanya selama-lamanya,agar terluah segala kecintaan di hati ini...


Tiadalah setiap apa yang ku sampaikan disini melainkan segalanya datang dari Allah s.w.t,dan segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, dan ku memohon agar segala salah silapku mendapat keampunan dan keredhann Allah s.w.t...


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, sungguh..setiap detik dan saat yang dilalui itu adalah tanda kasihnya Allah pada kita, kerana detik dan saat itulah mampu menjadi asbab atau wasilah kepada hampirnya kita pada Allah, yang mana dijanjikan dengan ganjaran yang cukup hebat daripadanya..namun,ada juga dalam kalangan kita yang mana dengan detik dan masa ini jugalah asbab kepada mereka lupa dan semakin jauh pada Allah...seolahnya cahaya iman yang pernah dikurnikan padanya semakin malap dan terpadam dek kerana diri yang tidak tahu menghargai nilai hidayah Allah..Allah,kita sentiasa minta untuk dijauhkan dari tergolong dalam kelompok sebegini...


Jadi,sangat-sangat penting untuk kita banyakkan amal sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai akan nikmat petunjuk yakni islam dan iman..kerana petunjuk yang dikurnia kepada hati ini adalah bukan dari mana2 tokey kedai makan,atau jutawan dunia yang mereka sendiri bergantung pada manusia lain,namun ia adalah dari tuhan yang Maha Kaya,yang memiliki segala perkara di langit dan bumi,yanag mana sedikit pun tidak pernah berhajat daripada apa yang diciptaNya,bahkan sekalian alam lah yg berhajat padaNya....oleh kerana itulah,tiadalah mustahil bagiNya untuk mengurnia apa sahaja kepada hamba yang dikasihi dan disayangiNya..


Satu kisah yang dihendak dikongsi disini,yang mana mungkin sahabat yang pernah mengikuti tazkirah yang aku sampaikan,mungkin dah pernah dengar tentang kisah ini..iaitu satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, yang mana satu ketika ada seorang sahabat yang berada dalam keadaan nazak dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang lain..sebelum menghembuskan nafas terakhir,sahabat2 yg mengilinginya itu mendengar beberapa kalimah yang diucapkan oleh sahabat yang nazak tersebut,iaitu beliau menyebut, "andai lebih jauh.....andai yang baru.....andai kesemuanya"...selepas itu dikatakan beliau terus mengucap kalilah syahadah dan meninggal dunia...


Lalu,sahabat2 lain merasa kehairanan dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk menanyakan perihal kejadian tersebut..setelah itu,baginda Nabi s.a.w yang dikurnia kelebihan untuk mengetahui perkara ghaib melalui wahyu,menceritakan sebab2 di ungkap kalimah2 tersebut..yang pertama Rasulullah menerangkan tentang "andai lebih jauh"...ketika sahabat tersebut nazak,maka telah dibukakan gambaran akhirat padanya..ketika dia hidup dahulu,satu ketika,sewaktu perjalanan untuk ke solat di masjid,sahabat tersebut terserempak dengan seorang tua yang buta yang juga menuju ke masjid dan sudah hampir sampai..lalu di pimpinnya untuk mengambil wudhu' dan ditempatkannya di saf pertama..jadi asbab kebaikan ini,maka dinampakkan kepada shbt ni ketika nazak tersebut ganjaran sebesar gunung uhud,disebabkan sgt terkejut maka disebutkan " andai lebih jauh" yakni andai dia dapat menolong org tua dari jarak yang lebih jauh,maka sudah tentu ganjaran yang lebih padanya..masyaAllah...


Kedua disebutkan "andai yang baru"..satu ketika sahabat ini sedang berjalan untuk menunaikan solat subuh di masjid,dan dipakainya dua lapis jubah kerana kesejukkan pagi,iaitu jubah baru dan jubah lama..tiba2 dia terserempak dengan seorang tua yang sedang kesejukkan dan juga sedang menuju ke masjid,lalu disedekahkan kepada orang tua itu jubah yang lama..asbab kepada kebaikan ini,maka dinampakkannya ketika nazak suatu ganjaran kepadanya yang seperti luas lautan banyaknya...lalu diungkapnya "andai yang baru" iaitu andai ketika itu disedekahkannya jubah yang baru itu,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia kepadanya...masyaAllah...


Ketiga disebutkan "andai kesemuanya"..satu hari sahabat ini sedang berpuasa dan menunggu waktu untuk berbuka puasa...tiba-tiba ada satu orang mengetuk pintu rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa orang itu sudah tidak makan beberapa hari,lalu ketika itu dia yang hanya ada satu roti untuk berbuka,di bahagikan dua roti tersebut dan separuh itu disedekahkan kepada orang itu..asbab kabaikan ini,maka dinampakkan ganjanran padanya seolahnya seluas langit,iaitu sangat banyak...lalu diungkapkannya "andai kesemuanya" iaitu andai dia menyedekahkan kesemua rotinya,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia padanya..masyaAllah...


Maka,daripada kisah ini...aku menyeru diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi semua untuk berbuat apa sahaja kebaikan walaupun mungkin kecil amal tersebut seperti buang sampah,senyum atau perkara2 lain yang dianggap kecil..namun ganjarannya sangatlah besar kerana pembalas segala kebaikan ini adalah Maha Kaya lagi Maha Penyayang...namun diingatkan supaya diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t,barulah diperoleh ganjaran yang hebat..


Selagi detik dan masa masih ada, maka sangat penting untuk dimanfaatkan sebaik mungkin, yakni menyediakan bekal-bekal untuk dibawa untuk menghadap Allah di hari hisab kelak..tiadalah perkara yang bernilai ketika itu melainkan hanya amal..harta dan pangkat sudah tiada nilai,bahkan pertalian keluarga sekalipun sudah tiada makna,masing2 dengan amal masing2...

insyaAllah,bersempena tahun baru hijrah ini, sama-sama lah kita berazam di tahun baru ini, untuk banyakkan mencari ilmu dan amal,serta sentiasa bertaubat agar diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang...

Walau apa pun,bagaimana pun kita di uji dengan bermacam perkara, jangan lupa bahawa itulah ujian Allah taala kepada hambanya,yakni tidak lain dan tidak bukan untuk menguji dan menilik siapakah di antara hambanya yang benar-banar beriman yakni iman yang sebenar kepadaNya, dan setiap ujian itu kita mampu bertahan dan meletakkan iman sebagai panduannya,maka insyaAllah kitalah hamba yang mendapat kasih sayang Allah dunia akhirat,yang sentiasa mendapat perlindungan dariNya dari sebarang yang membawa kita kepada kekufuran...

Alllah, hanya kepadaMu sahajalah aku memohon perlindungan dan segala bantuan agar ku terus berada di jalan yang benar sehingga lah aku bertemu dengan Mu kelak..Allahumma ameen..

Salam Maal Hijrah 1432


-wallahu'alam-