SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, July 31, 2015

Menuruti Petunjuk Al-Quran

Sesungguhnya telah Allah s.w.t mengaturkan akan ujian besar buat ummat Nabi Muhammad sallahu'alaihi wasallam ini kemampuan setiap akal manusia dalam berideologi serta menyusun kata-kata yang indah lagi memukau bagi sesiapa yang mendegarnya...
Lalu di sediakan oleh Allah petunjuk Al-Quran sebagai memandu dan menyuluh akan akal itu dalam membezakan mana yang haq dan yang batil...

Di akhir zaman ini, hadirnya pemikiran-pemikiran yang ingin menyanggah kebenaran Al-Quran namun tidak lagi secara terang-terangan...
Di war-warkan bahawa ingin membela rakyat sedang telah terbukti di segenap pelusuk dunia pemikiran itulah terus mengkayakan yang kaya dan yang miskin terus sengsara...
Bahkan ada yang di saluti dan di jenamakan nya seakan Islam pegangan-nya sedang mereka-lah yang menjauhkan masyarakat dari mempercayai para 'ulamak yang benar aqidah dan akhlaq-nya..

Sesungguhnya para ulamak yang soleh itu berijtihad dengan ilmu dan hidayah Allah, maka wahai saudara - saudara ku yang jahil, dengan apakah diri-mu memberi ijtihad & pendapat ?

~ Ukuran benar atau salah itu bukanlah menurut akal dan emosi-mu, akan tetapi menurut wahyu Allah s.w.t  ~

#IstiqamahHinggaKemenangan  (^_^)/"


Wednesday, July 29, 2015

Cintai 'Ulamak

Sesungguhnya para 'ulamak itu ialah waris para anbiyak...
Maka terpikul kepada mereka sebuah tanggungjawab besar iaitu terus menyampaikan risalah Islam yang benar kepada ummat...

Namun ketahuilah lumrah jalan perjuangan ini sesekali tidak akan sepi dari ujian cemuhan,fitnah bahkan tidak mustahil nyawa mereka turut di ancam kerana begitulah yang di lalui oleh para Rasul terdahulu..



Tatkala kita membaca sirah, adakala kita merasa pelik dengan keengganan mereka menerima dakwah Nabi sedang mereka mendengar dan melihat sendiri pelbagai bukti kebenaran yang ada dari risalah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...
Bahkan tidak targamak kita membaca tuduhan-tuduhan buruk yang di lemparkan kepada para Rasul sedang mereka di perlihatkan dengan mata mereka sendiri keindahan akhlaq mulia Rasulullah sallahu'alaihi wasallam..

Ketahuilah, benar yang melihat dan mendengar itu mata dan telinga yang sama namun Saidina Abu Bakar r.anhu itu melihat dan mendengar Rasulullah itu dengan kecintaan, sedang Abu Lahab itu melihat dan mendengar Rasulullah itu dengan kebencian.

Wahai mukminin, bagaimanakah hati-mu hari ini tatkala melihat dan mendengar pewaris para Rasul hari ini, iaitu Al-'Ulamak ?
Dan apakah telah kamu mendampingi mereka demi membetulkan hala tuju dunia & akhirat-mu?

~ Sesungguhnya benar jalan mereka itu penuh dengan onak duri, namun yakinilah bersama mereka itu janji-janji Allah yang benar ~
#SelamatkanMalaysia
#IstiqamahHinggaKemenangan  (^_^)/"

Tuesday, July 21, 2015

Dekatkan diri dengan rumah Allah

Ramai yang sanggup meredah perjalanan yang jauh serta kepanasan cuaca demi jalan beraya rumah saudara dan kawan2...
Namun biarlah semangat itu di bawa juga untuk mengimarahkan rumah Allah..

Bahkan adakala, jarak rumah Allah tu lagi dekat berbanding jarak nak gi beraya tu...
Dan orang yang mengimarahkan rumah Allah ini tanda hati-nya sihat wal'afiat..
Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 18 :

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

~ Semoga dengan mendidik hati dekat dengan rumah Allah,maka nanti di dekatkan diri kita dengan Habibuna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam di akhirat kelak ~
#MujahadahIman (^_^)/'