SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, June 24, 2009

Amalan yang menjadi syafaat....


Sabda Nabi saw :Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut untuk mengambil nyawanya, maka menjelmalah ketaatannya kepada kedua ibu bapanya, lalu menghalang malaikat maut itu daripadanya.Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka menjelmalah zikrullah, lalu mengusir syaitan-syaitan itu daripadanya.Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh malaikat azab, maka menjelang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.


Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia datang ke sesuatu perigi, dia dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberinya minum sehingga dia merasa puas.Aku melihat juga dari umatku yang mengunjungi kumpulan para Nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjuknya supaya duduk disisiku.Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atas kepalanya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang dia dalam keadaan bingung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang benderang.


Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada kaum mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturrahimnya maka menyeru orang-orang itu, katanya : Wahai kaum mukmini, sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kaum kerabatnya, maka sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicara dengannya, mereka lalu bersalaman dengannya.Aku melihat juga seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari api itu.Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh malaikat Zabaniah ke merata tempat,maka menjelmalah amar makruf dan nahi mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka dan menyerahkannya pula kepada malaikat Rahmat.


Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka tabir tadi dan masuklah dia ke hadrat Allah Taala.Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah lalu menukarkan tujuan buku catitan itu ke arah kanan.Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawanya jauh dari tempat itu.Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.


Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti titian Sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang, seperti bergoncangnya dedaun yan ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya kepada Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangannya itu dan mudahlah dia meniti hingga ke hujung titian itu.Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti di atas Sirat, kadangkala dia merangkak dan kadangkala dia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu iapun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong-konyongnya pintu ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya, sehingga dia boleh memasukinya.(Berkata Al-Hafizh Abu Musa : Ini adalah Hadis hasan(bagus) diriwayatkan daripada Said bin Al-Musaiyib, Umar bin Zar dan Ali bin Zin bin Jad’aan)

Wednesday, June 10, 2009

Bersediakah kita?


Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman. Dia masuk kepada mayat dan berkata:
"Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu."
Mayat menjawab:
"Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?"
Sahut malaikat Roman:
"LUDAHmu sebagai DAKWAT, JARImu sebagai PENA."
Mayat bertanya:
"Di atas apa aku menulis?"
Sabda Rasulullah saw:
"Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang"
Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat:
"Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?"
Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi:
"Angkatlah saya dan saya akan menulisnya."
Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.
Tanya si mayat:
"Dengan apa cop?"
Jawab malaikat:
"Kamu COP dengan KUKUmu itu."
Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud:
"Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka."
Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan. Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti. Maka firman Allah:
"Mengapa kamu tidak baca?"
Maka jawab si hamba:
"Aku malu kepada Mu ya Allah."
Firman Tuhan lagi:
"Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?"
Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi. Kemudian datang firman Tuhan lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud:
"Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala"

Monday, June 8, 2009

Usah risau jika masih belum berpunya






Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah.
Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’

-------------------------------------------------------------------------------------

humaira said: Selantas berfikir, Allah memberikan kepada hambaNya menurut perkiraan hambaNya. Juga Allah memberikan pasangan kepada seseorang adalah insay yang terbaik untuk dirinya.Faktor usaha juga banyk memainkan peranan. Saling lengkap dan juga melengkapi. Janganlah takut kepada cabaran menikah. Menikah sangat2 dianjurkan oleh Islam dan juga Nabi. Golongan yang inginkan pernikahan adalah satu golongan dari beberapa golongan yang Allah S.W.T akan memberikan pertolongan seperti yang telah disebutkan dalam Surah An-Nur ayat 32. Ini janjiNya. Tiada janji yang pernah Allah mungkiri. Cuma , bila waktu dan ketikanya itu, kita tidak tahu. Yang penting, usaha. Usaha pun biarlah kena dengan syari'at, dan jangan pakai tangkap muat semasa memilih.

Barangkali ada yang berfikir , bilakah agak-agaknya Allah mengurniakan pasangan hidup buat kami? Bilakah? Bila? Ya Allah, Yang Maha Mengetahui. Jiwa kami merintih kecemburuan melihatkan sahabat-sahabat kami yang bahagia dalam keberkatan setelah berumahtangga(ikatan yang halal dan sah), dan kami juga berasa kerisauan melihatkan kebahagiaan pada diri-diri mereka yang bercouple tidak tentu hala dan apakah hujung kesudahan perhubungan mereka itu jika tiada langsung memasang niat untuk menikah. kerap berdating dan juga berjumpa tanpa ada hal yang munasabah akan menghalang faktor keberkatan. Tidak ada perkara yang lebih patut bagi kedua-dua insan yang saling mencintai selain dari nikah.

Ucapan tahniah buat classmate yang alhamdulillah telah selamat berumahtangga; iaitu Ridhiallah dan isteri, A'sah dan suami, Nasuha dan suami. Moga kalian memperoleh kesempurnaan agama. Aku tumpang gembira apabila kalian mendapat pasangan yang soleh untuk menemani hidup dan perjuangan hidup kalian.

Alhamdulillah, syukur juga kepada Allah kerana dengan izinNya pada baru-baru ini , sahabatku semasa di Kulliah Lughah Waddin 2004 telah juga menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi akan disempurnakan mereka setelah berumahtangga. Tahniah buat ukhti dan juga suami. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir. Subhanallah.. Kedua-duanya adalah hafiz dan hafizah dan masing-masing istiqamah dalam perjuangan dan dakwah. Sama hebat dan sama padan. Tahniah.

Allah akan memberikan pasangan kepada seseorang bila tiba masanya. Yang sudah sampai masanya, alhamdulillah. Yang belum sampai, in sya Allah akan tiba detik itu. Jangan stress sangat, bila orang duk tanya.. "Kak , bila pulak nak nikah, bila pula nak berpndah ke fasa kehidupan yang seterusnya?".. Jawapannya : Senyum ajelah. Berdoalah.

Doa adalah hadiah yang amat mahal.


Artikel ini di copy and paste from http://debu86.blogspot.com yg diambil dari.. http://drnurani.blogspot.com.


WALLAHUA'LAM