SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, September 12, 2013

Sungguh Istimewa Diri-mu, Ya Rasulullah =')

Rasulullah s.a.w bersabda, iaitu hadis yang diterima daripada Jabir Bin Abdullah, iaitu maksudnya :

" Aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun sebelumku,iaitu :

1- Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pada musuh sejauh satu bulan perjalanan.

2- Di jadikan Allah bagiku bumi sebagai masjid dan untuk bersuci (tayamum). Maka di mana sahaja ummatku berada dan waktu solat tiba,maka mereka boleh solat di sana.

3- Di halalkan bagiku harta rampasan perang dan belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku.

4- Aku diberi kuasa untuk memberi syafaat bagi ummatku di hari kiamat nanti.

5- Nabi-nabi terdahulu di utus untuk kaumnya sahaja,sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya. "

(Hadis ini diambil daripada kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari,iaitu bab Tayamum hadis ke 206)

#Teramatlah istimewa hati seseorang,bilamana diperhiaskan hatinya dengan cinta kepada insan yang teramat istimewa,Sayyiduna Habibuna Rasulullah s.a.w.

Jom perbanyakkan selawat (^_^)v




Tuesday, September 3, 2013

Istimewa buat-mu, Wahai Hawa

[ Wahai Hawa ]

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa Allah amat-amat menyayangi diri-mu,
di ciptakan diri-mu dengan sebaik-baik kecantikan,
di perindahkan diri-mu dengan hati yang penuh kasih sayang,
di sediakan mahkota istimewa buat diri-mu..itulah Mahkota Solehah,
yang menjadi diri-mu jauh lebih mulia dari sang bidadari syurga..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa mulia-nya diri-mu itu dengan syariat Allah,
maka bersungguhlah diri-mu menjaga syariat Allah demi kemuliaan diri-mu,
peliharalah hubungan diri-mu dengan Allah dengan solat & zikir,
perhiaskanlah diri-mu dengan ilmu yang bermanfaat,
serta tunaikanlah hak kamu ke atas ibu bapa & suami -mu..iaitu dengan memenuhi tanggungjawab diri-mu sebagai anak solehah & isteri solehah,
& senantiasalah diri-mu menghormati & berlembut dengan mereka,
dengan itu insyaAllah nama-mu akan tercatat di pintu syurga Firdaus..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa martabat diri-mu itu amatlah tinggi di kalangan ummat,
maka janganlah sesekali diri-mu sendiri yang merendahkan martabat itu,
peliharalah aurat & jauhilah zina....sungguh dengan itu adalah terlebih baik  buat diri-mu di dunia mahpun akhirat...
peliharalah batas hubungan kamu dengan kaum adam.. & ketahuilah sebaik-baik kaum adam yang mendekati diri-mu itu ialah yang mereka menghormati & memelihara maruah diri-mu sebagai muslimah solehah..

Ketahuilah,jika kamu solehah..
kamu telah menggembirakan  Sayyiduna Rasulullah s.a.w   (^_^)v

~Kerana diri-mu begitu berharga~

Monday, September 2, 2013

Soal Keimanan



Ada yang bertanya :
"Mcm mne ye nak jaga iman kt hati ?"

Perumpamaan yang paling hampir iaitu sebagaimana kita menjaga tanaman,kita bukan sekadar menjaga akarnya yakni disirami dengan air secukupnya agar tumbuh dengan subur  ,tetapi juga batang,daun bahkan buah-nya juga perlu kita cegah & jaga dari sebarang yang boleh merosakkan tanaman itu dari tumbuh subur.

Maka begitu juga dengan iman,
1) perlu kepada penjagaan hati yakni disiraminya dengan ilmu & zikir agar bertambah subur keimanan itu,

2)begitu juga mata yang melihat,telinga yang mendengar, tangan & kaki yang melakukan kerja, semuanya perlu dicegah dari sebarang yang boleh melunturkan keimanan dihati.

~Walau ingin digantikan dengan seluruh dunia & isi-nya,maka tiada setanding nilainya dengan setitis keimanan yang dikurniakan~  (^_^)d

Friday, August 30, 2013

Salam Kemerdekaan ke-56

Tiada yang menafikan,bahawa Kemerdekaan itu adalah suatu kenikmatan & fitrah keinginan buat mana-mana manusia walau apa sahaja bangsa & agama...

Bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah,maka di lihat nikmat kemerdekaan itu bukanlah pengakhiran bagi sebuah perjuangan,kerana hakikat kejayaan bagi sebuah perjuangan itu ialah MERDEKA-nya manusia dari segala bentuk fahaman ideologi selain kafahaman Islam & juga MURNI-nya kehidupan manusia di bumi ini di bawah Pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh makhluq.

Sebagaimana tikamana seorang utusan yang yang dihantar oleh Baginda Rasulullah s.a.w iaitu Rub'i Bin Amir,untuk bertemu dengan panglima Parsi iaitu Rustam dalam suatu peperangan...

Beliau di tanya oleh Rustam, " Siapakah kamu ? " ..

Lalu dijawabnya,
"Aku adalah sekumpulan manusia yang di utus untuk membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah kepada Allah...
dan membawa manusia keluar dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat...
serta mengeluarkan manusia dari kekejaman fahaman manusia kepada keadilan Islam."

~ Al-Fatihah buat para pejuang Islam di seluruh dunia ~ (^_^)/"

Thursday, August 29, 2013

Maafkanlah,Agar Di Maafkan

Ada yang bertanya:
" Macamane nak lembutkan hati maafkan org yg btol2 pernah buat kita merana and menderita ?
hoho "

Na'am,bukanlah mudah untuk lembutkan hati untuk memaafkan dalam situasi sebegini...
Ketahuilah,bilamana kita susah & menderita sebab dari seseorang,memang hati kita sebagai manusia memang rasa macam tu...
cuma bilamana rasa cmtu,

1) selain dari kita banyakkan berdoa & zikir kepada Allah s.w.t,

2) kembalikan hati kepada akidah kita iaitu, tidak ada berlaku kebaikan & keburukan kepada seseorang melainkan ianya dikehendaki oleh Allah s.w.t...
maka ditimpakan kesusahan/keburukan itu kepada kita tu,adalah Allah jualah yang inginkannya yakni ada hikmah yang diinginkan-Nya kepada kita,
orang itu sekadar sebab sahaja..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

[Surah Al-Hadid: 22-23]

3) Kemudian, renung kembali berapa banyak kesalahan & kemungkaran kita kepada Allah & Rasulullah ?
kita amatlah berharap agar kesalahan kita tu di maafkan oleh Allah & Rasulullah....so why not kita maafkan dahulu kesalahan orang lain kepada kita yang jika dibandingkan tidaklah banyak sepertimana salah kita pada Allah & Rasulullah..

moga2 ianya jadi sebab kita pula diampunkan & diredhai kelak oleh Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.. =')

~ Allahumma hasibna hisabayyasira ~

Ujian Keikhlasan



Boleh jadi kita benar-benar ikhlas saat kita melakukan sesuatu perkara, namun ketahuilah bahawa jika Allah s.w.t mengkehendaki maka keikhlasan itu akan di uji sesudah itu..

Sebagaimana di dalam Al-Quran, Surah Al-'Ankabut, m/s 396 ayat 2-3
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Boleh jadi ujian itu melalui percakapan ataupun perbuatan orang lain,atau melalui natijah/keputusan dari perkara itu, atau mungkin melalui kehendak hati sendiri sesudah itu...

Maka di saat ini,
1) Luruskan benar2 niat di hati akan kehendak diri kita hanya-lah semata-mata inginkan kebaikan dari Yang Maha Memiliki Segala Kebaikan,iaitu Allah s.w.t.

2) Ingatkanlah hati bahawa tenaga yang kita curahkan,idea yang kita lontarkan itu, semuanya datang dari Allah s.w.t..hanyalah kita ini dipilih sebagai wasilah dari kebaikan2 itu sebagai tanda kasihnya Allah kepada kita. Maka bersyukurlah & serahkanlah pada Allah untuk apa sahaja yang dikehendaki Allah s.w.t.

3) Amalkanlah Zikir ini sebanyak mungkin dan niatkan untuk dipelihara keikhlasan kita kepada Allah s.w.t :
" Lahawlawala quwwata illa billah "

~ Indahnya Sebuah Kehidupan Kerana Ikhlas ~ (^_^)v

Friday, August 23, 2013

Nukilan Buat Ummat Yang Di kasihi



Setiap dari kita ada kesilapan yang adakala tiada sengaja dilakukan,
Waktu itu kita jahil, ikut-ikut orang,atau mungkin faktor suasana sekeliling telah mendorong kita untuk gilakan dunia ini...

Namun, ingatlah senantiasa bahawa hidup kita ini tidak lama,
Kematian itu tidak mengira usia,
Maka tatkala terlihat sinar pintu2 kebaikan di hadapan kita,
jangan ditangguhkan lagi, segera-lah memasuki pintu2 tersebut,
Pintu kepada kenalnya kita akan betapa kasihnya Rasulullah kepada kita,
Rindunya Rasulullah kepada kita,
Dan cintanya Allah kepada sekalian hamba-hamba-Nya,
Bila hati dipenuhi dengan kebaikan-kebaikan ini,
InsyaAllah kita akan gembira sesudah itu..


Ketahuilah bahawa syaitan & mereka yang tidak beriman itu tidak menyukai pemergian kita dari jalan mereka,lalu membisikkan helah-helah di hati kita,
Di dorongi hati kita akan "manisnya" maksiat-maksiat lalu,
Di momokkkan bahawa itulah ketentuan jalan bagi kita,
Di saat ini, carilah teman & guru yang soleh/solehah yang dapat membimbing & menasihati kita,
agar tiada terpadaya diri kita dengan segala helah-helah mereka,

Kuatkan iman di hati dengan ilmu & amal,
Endahkanlah segala tipu daya yang sia-sia itu,
Teruskanlah mujahadah mencari cahaya hidayah Allah,
Mudah-mudahan diakhiri hidup kita dengan husnul khotimah..

Berubahlah,berubahlah,berubahlah...selagi masa masih ada..

~Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang bertaubat~



Friday, August 9, 2013

Ramadhan Yang Di kenang, Syawal Sebagai Suatu Nafas Baru


(Part 1)
Teringat akan masa lalu sewaktu di bulan Rejab & Sya'ban, hati tak sabar sangat2 utk sampai di bulan Ramadhan, dengan azam yang banyak sangat2 juga..
* Nak lebih menjaga kualiti solat
* Nak banyakkan baca Al-Quran
* Nak banyakkan selawat
* Nak lebih jaga lidah,mata,telinga,hidung(erk??),tangan,kaki dari wt dosa
* Nak berlatih bangun malam
* Nak bersihkan diri dari penyakit hati

dan macam2 "Nak" lagi kan...then,pejam celik tup2 skrg dah sampai penghujung Ramadhan untuk tahun ni..
So,ayuh kita ambil masa seketika untuk bermuhasabah diri,cek kembali checklist "Nak" yang pernah kita azam dahulu,
1) mana yang dah tercapai tu ucapkan Alhamdulillah dan azam untuk istiqamah dengannya
2) then mana yang dalam proses lagi tu khair teruskan usaha walaupun dah habis Ramadhan nanti
3) mana yang belum mula lagi tu,tiada salah untuk kita mulakannya di 1 syawal nanti

Orang yang hati-nya ada iman,sesungguhnya tarbiyyah Ramadhan itu menjadikan diri-nya lebih baik dari sebelumnya..
Orang yang hati-nya ada taqwa,sesungguhnya tarbiyyah Ramadhan itu menjadikan diri-nya lebih merasai kemanisan iman dari sebelumnya..
Orang yang hati-nya sudah taqarrub kepada Allah,sesungguhnya tarbiyyah Ramadhan itu menjadikan diri-nya bertambah indah & manisnya mencintai Allah & Rasulullah

Moga2 tergolong kita dari salah satu golongan itu.. ='}

~ Ya Allah, sampaikanlah kami ke Ramadhan yang akan datang ~ (^_^)

(Part 2)
Kini telah tiba Syawal yang mulia...
Ayuh sama-sama kita kekalkan momentum tarbiyyah Ramadhan kita di bulan kemenangan ini dengan berusaha & beristiqamah dengan menyiapkan bekalan buat diri kita di alam akhirat nanti...

Jika dahulu di Ramadhan digandakan sehingga 70x ganda ganjaran untuk amalan fardhu,ianya sebagai isyarat bahawa Allah s.w.t itu sangat2 mencintai hamba-nya yang bersungguh-sungguh memelihara apa yang difardhukan oleh Allah s.w.t...
Maka,letakkanlah diri kita di kalangan mereka yang memelihara perkara fardhu dalam kehidupan seharian...

Begitu juga dengan perkara-perkara sunnah di bulan Ramadhan dahulu yang diganjarkan seperti melakukan amalan fardhu di bulan biasa, sebagai isyarat kepada bahawa Allah s.w.t itu sungguh-sungguh tidak akan mensia-siakan mereka yang menghidupkan amalan Kekasih-Nya, Sayyiduna Habibuna Rasulullah s.a.w...
bahkan tautan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kita ummatnya ialah melalui amalan-amalan sunnah ini...
Maka jadilah kita dikalangan mereka senantiasa mempunyai tautan/ikatan dengan Nabi tercinta kita, Sayyiduna Rasulullah s.a.w..

" Kun Rabbaniyyun wa la takun Ramadhoniyyun "

~ Ramadhan Bulan Ibadah, Syawal Bulan Meneruskan Ibadah ~ (^_^)v

(Part 3)

Jika Ramadhan dahulu kita di didik agar meletakkan Taqwa sebagai tujuan dalam setiap perkara yang di lakukan..

Maka begitu juga di bulan Syawal & bulan2 seterusnya,jangan dipisahkan matlamat Taqwa dari kehidupan kita, 
apa yang kita lihat,tutur bicara,pergaulan,hiburan & seluruh aktiviti kita biarlah tujuan utama-nya ialah memperoleh Taqwa di hati kita..

Dan sesungguhnya pemilik Taqwa itu bukanlah hanya layak pada yang berserban,berkopiah,berniqob..akan tetapi sesiapa sahaja yang ikhlas kehidupannya untuk Allah,maka insyaAllah diri-nya layak pada memperoleh Taqwa.

(^_^)v

~ Indah dunia kerana Taqwa, Indah akhirat juga kerana Taqwa ~




Tuesday, July 30, 2013

Perjalanan Kehidupan



Kita telah di pilih oleh Allah s.w.t untuk hidup sebagai manusia yang juga sebagai seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Agung...
Maka banyakkan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dicipta diri sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya...

Bermula di alam roh yang tidak diketahui berapa tempohnya,kemudian dari setitis mani itu membawa kita ke alam rahim ibu selama lebih kurang 9 bulan..di sini, kita dijaga rapi & telah dijamin rezeki buat kita melalui seorang ibu...
Kemudian dengan kehendak & kasih sayang Allah s.w.t,kita melalui alam dunia..alam yang sifatnya hanya seketika,yang di dalam-nya penuh dengan kelekaan & tipu daya..permulaan kita di sini adalah dengan tangisan...
di sini kita melalui ujian demi ujian, apakah masih diri kita mengingati & membesarkan sang Pencipta atau diri telah hanyut dengan noda dunia yang binasa...

Sungguh,amatlah seketika kita di sini..mungkin hanya beberapa hari lagi atau boleh jadi beberapa jam lagi kita di alam ni...
Apakah kita telah sedar akan hakikat alam ini ? Telahkah kita menyediakan bekal2 yang perlu untuk dibawa ?

Di persinggahan ini,terus & teruslah hati kita bersama dengan petunjuk Yang Maha Pencipta dan sesekali jangan berpaling  dari-nya walaupun sesaat, kerana khuatir sesaat itulah penentu bagaimana akhir kehidupan kita di alam yang fana'.....
Akan pasti sampai masa-nya pengakhiran hidup buat kita di sini,dan akan memulakan hidup yang sebenar yang di sana sudah tiada akhir,iaitu alam akhirat..sama ada syurga ataupun neraka...

"Ya Allah tetapkanlah hati & diri ini di dalam petunjuk-Mu agar senantiasa hati ini tidak terleka dengan dunia ini, & pilihlah diri ini untuk menikmati keindahan sebuah kehidupan yang Engkau redhai,di dunia yang sementara & juga akhirat yang kekal abadi, Ameen Ya Rabbal 'Alamiin. "

~ Muhasabah diri ~  =')

Monday, July 22, 2013

Sebaik-baik Teman Hidup

Alhamdulillah,berkat bulan Ramadhan dibukakan oleh Allah s.w.t pelbagai pintu-pintu kebaikan, tinggal kesungguhan diri sahaja untuk mengambil kesempatan yang ada ni demi menyuburkan keimanan kepada Allah s.w.t...

Seusai bermunajat & bersahur pagi tadi, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk membantu seorang hamba yang insyaAllah dikasihi & dicintai-Nya, setelah selesai tugasan oleh Allah s.w.t itu, hati berasa kurang tenang,mungkin sebab masih teringat exam yang agak susah pada khamis minggu lepas ( agk kurg semangat gi kelas pagi td )...
tp masih terasa seakan ada sesuatu yang lain... tiba masa waktu untuk subjek seterusnya di petang hari, rupanya subjek ni pulak dah keluar result untuk midterm exam yang 1st... Allahu Allah, result tu cukup men"down"kan diri & terasa berat-nya ujian Allah s.w.t pada-ku....

Asbab lemah & nipis-nya iman di hati..menjadikan masa2 yang dilalui dari pagi sampai petang tadi kurang dimanfaatkan seperti hari-hari sebelumnya,sehinggalah selepas solat asar, terlelap sekejap......
ditakdirkan Allah s.w.t,dikurniakan satu mimpi...

Al-faqir seperti berada di dalam sebuah hospital,2 tingkat tempat tu..semasa berada ditempat 1, seorang nurse bagitahu boleh naik ke tingkat atas, alfaqir naik ke atas & kelihatan banyak sangat katil tersusun yang disetiap katil tu ada pesakit sedang baring dalam pelbagai keadaan..
terdengar suara(mungkin nurse) bertanya,sakit di mana..alfaqir pun tunjuklah dikaki,kemudian kelihatan ada suatu luka yang kecilnya seperti satu titik je..lantas suara tu memberitahu "sikit je",kata-kata tu membuat alfaqir terus melihat pesakit2 di katil lain...

Allah,ada yang kakinya berbalut & tergantung ke atas, ada yang penuh dengan wayar2 bantuan yang dicucuk ke tubuh mereka, dan di sebelah alfaqir,kelihatan seorang yang kelihatan banyak wayar di tubuhnya,di alat bantuan pernafasan di wajahnya... beliau memesan kepada alfaqir, begitu ramai yang ditimpakan ujian yang jauh lebih berat, maka banyakkan bersabar & bersyukur...

Setelah itu,alfaqir terus terjaga dan di hati benar2 rasa insaf & bersyukur pada Allah s.w.t atas hidayah & taufiq yang dikurniakan ini.. & apabila selesai bersolat tarawikh,dikurniakan ilham di hati bahawa mimpi itu asbab dari doa amal-amal kebaikan terdahulu,terdetik boleh jadi amalan bacaan Al-Quran lah yang mendoakan alfaqir,kerana lemahnya hati dari ujian yang dilalui, hari ni amalan itu menjadi kurang dari sebelum ni..

Maka alfaqir dengan rendah hati berpesan pada diri & sahabat2 lain,benarlah sebaik-baik teman itu ialah amal-amal soleh sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak...

Ya Allah, Hanya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..maka hanya Engkaulah selayaknya ku serahkan tawakal & pengharapan & hanya daripada kekuatan taufiq & hidayah Engkaulah diri-ku mampu melalui segala ujian di dunia ini.. Hanya kepada Engkau jualah hati ni menaruh cinta & rindu, semoga senantiasa rahmat-Mu bersama dengan diri yang lemah & hina ini...  :')

~ Apabila hati telah mencintai & merindui Allah,maka segala amal kebaikan disisi Allah itu juga akan turut mencintai & merindui diri-mu ~


Monday, July 1, 2013

Saat Allah Mencintai diri-mu




Saturday, June 29, 2013

Kesusahan Yang Bermakna



"Bismillahirrahmanirrahim"
Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki sekalian 'alam & nikmat, selawat & salam ke atas junjungan mulia Sayyiduna Rasulullah s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat-nya.

Bahawa diriwayatkan oleh Saidatina 'Aisyah bahawa Sayyiduna Rasulullah s.a.w dan kami tidak pernah kenyang dalam 3 hari..
Dan di suatu ketika Saidina Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'U
mar Al-Khatab keluar dari Kota Madinah sambil mengikat 2 batu diperut, kerana ingin mencari suatu yang ingin dimakan,lalu terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lalu ditanya tujuan Rasulullah s.a.w...
Baginda s.a.w memberitahu bahawa tujuan yang sama dengan mereka bahkan diperut Rasulullah s.a.w itu diikat 3 batu...
AllahuAllah...begitu hebat tarbiyah Allah s.w.t...

Saiyiduna Rasulullah s.a.w itu sengaja memilih kehidupan yang susah walaupun Baginda s.a.w ditawarkan dengan kekayaan iaitu Jibril sendiri pernah menawarkan untuk ditukarkan suatu kawasan padang pasir menjadi emas untuk Baginda s.a.w,namun ditolak...
Begitu juga kisah pemimpin musyrikin yang menawarkan kekayaan & kuasa kepada Baginda Rasulillah s.a.w agar berhenti dari menyebarkan dakwah, namun ditolak juga...

Bahkan seperti sedia maklum,seorang kekasih Allah itu boleh sahaja meminta untuk memperoleh kehidupan yang mewah,namun Baginda s.a.w tidak meminta sedemikian..
Mengapa ?? Bukanlah bermaksud Baginda s.a.w memusuhi dengan kekayaan, kerana tiada pernah Baginda s.a.w melarang atau memarahi para sahabat yang kaya seperti Sayiduna Abdul Rahman Bin Auf r.anhu, Sayiduna Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'Umar Al-Khatab r.anhuma..
Bahkan para Nabi a.s terdahulu ada yang dikurniakan kekayaan seperti Nabi Yusof a.s selaku Menteri Kewangan Negara,& juga Nabi Sulaiman a.s.

Ini adalah sebagai tujuan bahawa Habibuna Rasulullah s.a.w itu ingin mengajar ummat bahawa :
1) Kesenangan dunia itu bukanlah syarat untuk mentaati Allah s.w.t
2) Memberi pengajaran kepada golongan yang miskin untuk bersyukur pada Allah s.w.t
3) Behati-hati dengan fitnah dunia yang telah banyak memesongkan orang-orang soleh terdahulu
4) Memanfaatkan apa yang mampu dari dunia ini untuk meraih kesenangan yang sebenar di akhirat kelak
5) Sesekali orang beriman itu tidak akan menggandaikan tanggungjawab & prinsip agamanya untuk kepentingan dunia yang sementara

Seterusnya,boleh rujuk juga kitab-kitab muktabar berkenaan hikmah kehidupan Sayyiduna Rasulullah s.a.w...
Sebagai akhir pada penulisan ini, sekadar berkongsi satu pesanan Sayyidul Wujud,Rasulillah s.a.w..iaitu mafhum & terjemahannya :

" Carilah apa sahaja untuk-mu di dunia ini,namun ketahuilah  kamu akan berpisah dengan kesemuanya. "

Semoga Allah s.w.t sentiasa mengurniakan taufiq & hidayah-Nya untuk kita menghayati dan mencontohi kehidupan kekasih-Nya insan teragung,Nabiyyuna Muhammad s.a.w.. Ameen Allahumma Ameen (^_^)v

~ Kesusahan dalam mentaati Allah & Rasul itu jauh lebih bermakna dari kesenangan melakukan maksiat ~

Tuesday, April 16, 2013

Muhasabah Politik


                                                               [ Muhasabah Politik ]

Ada satu kumpulan itu menyatakan bahawa mereka lah yang memberi kemajuan, menjamin rezeki rakyat, & merekalah yang membawa keamanan negara..dan selain mereka, semuanya ini akan binasa...

Sedangkan ianya amatlah bersalahan sekali dengan 'iktiqod Aqidah ummat Islam, iaitu :
1) Yang menjamin setiap rezeki manusia termasuk mereka sendiri hanyalah Allah s.w.t..
2) Yang mengkehendaki kemajuan & keamanan itu hanyalah Allah s.w.t...

Dan sama2 muhasabah kembali apakah segala kebaikan yang dikecapi ini dikurniakan atas sebab dari manusia2 :
1) Mempersoalkan kesesuaian hukum2 Al-Quran
2) Menyebarkan fitnah2 secara berleluasa di media demi kepentingan kumpulan sendiri
3) Mempergunakan politik2 lucah sebagai senjata menjatuhkan kumpulan lain
4) Menyeleweng amanah rakyat demi memungut kekayaan keluarga masing2
5) Memisahkan politik dari agama Islam (mendokong sekularisme)
Amatlah jauh jika ini yang dikatakan sebagai sebab turun-nya rahmat Allah s.w.t...

Sesungguhnya sesuatu kebaikan yang masih diturunkan oleh Allah itu boleh jadi kerana masih ada manusia-manusia yang masih mengasihi Allah & Rasul dan setia dalam memperjuangkan Islam..

Maka dalam bermuhasabah ini,ketepikan dahulu warna politik masing2,dan buatlah penilaian dengan kacamata matlamat sunnah Rasulullah s.a.w berpolitik...

Wallahu'alam (^_^)v

~Bersama memilih perjuangan Islam~

Friday, April 5, 2013

JALAN KEBENARAN DI PRU-13



Sesungguhnya KEBENARAN itu adalah datang-nya dari Agama Wahyu yang tiada keraguan dengan-nya...
Dan KEBENARAN inilah yang memandu manusia kepada kebaikan bukan sahaja di dunia yang sementara, bahkan yang lebih utama kebaikan di akhirat kelak...

Namun lumrah bagi perjuangan menegakkan KEBENARAN ini sesekali tidak pernah mudah kerana turut di janjikan bersama-nya golongan-golongan Pencinta Dunia yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggelapkan KEBENARAN ini...
Sungguh amat sia-sia lah golongan ini kerana menyangka suatu yang sia-sia...
Telah di janjikan Allah s.w.t bahawa tidak akan pernah padam Cahaya Allah s.w.t ini dan akan senantiasa ada segolongan manusia yang sentiasa mempertahankan-nya...

Maka PRU-13 yang bakal tiba ini, kenali-lah KEBENARAN itu berlandaskan Agama Wahyu yakni Islam dan sesekali jangan kerana
-->Propaganda Fitnah
-->Habuan Dunia
-->Semangat Assobiah Kaum
menjadi sebab tergadainya Kebenaran Agama dalam diri...

Kemuliaan diri dengan Keteguhan Islam, maka tanpa Keteguhan Islam, akan ke lembah Kehinaan bagi diri (^_^)/"

~ Bersama Memilih Perjuangan Islam ~


Sunday, March 17, 2013

Yang Terindah Masih Ada



"Bismillahirrahmanirrahiim"

Di kala diri keseorangan, hati mula rasa sepi..
Kesepian yang mungkin berpanjangan,kerana dirasakan tiada yang menemani di sisi..
Tatkala diri itu berharap agar diperkenankan hajat di hati,
Lalu tangan di tadah bermohon hajat pada ilahi..

Namun,lain pula yang semakin menyerlah di hati,
tersingkap akan sekalian kekurangan & kelalaian diri..
Maka semakin luput hajat-hajat di hati,
Merasakan amatlah tidak layak pada meminta pada ilahi..

Hati mula menjadi sebak,
seakan hati itu mula menangis tanpa diminta,
tiada yang tahu akan keadaan itu,
Namun iman mula membisik bahawa ada yang mengetahui,
bahkan diketahui juga akan sekalian hajat-hajat yang dipendam itu,
mendengar bisikan itu, hati yang sebak menjadi gembira..
gembira yang tiada mampu di ungkapkan dengan lisan akan indahnya apa yang dirasai,

Kesepiaan yang dirasai mulai surut,
Kerana mengetahui bahawa di sana ada Yang Maha Mengetahui,
mengambil berat akan diri walau tanpa diluahkan,
diri mula menyedari bahawa di sana ada Yang Maha Penyayang,
menyayangi akan diri walau tanpa dibalasi..

Sungguh,kehadiran-Nya di hati itu teramatlah bermakna..
Yang kotor menjadi bersih,
Yang berat menjadi ringan,
Yang susah menjadi senang,
Yang gelisah menjadi tenang...
Menyedarkan kepada-ku bahawa Yang Terindah Itu Masih Ada..
Sungguh, Engkaulah segala-galanya bagi-ku...

~ Aku Cinta Pada-Mu Ya Allah,Ya Rabbal'alamin..  =')  ~



Wednesday, March 6, 2013

Bagaimanakah Kaedah Beristikharah ?


                                                                     

                                                         [ Istikharah ]


Menjadi suatu kebiasaan bilamana di sebut soal istikharah, maka akan terlintas di fikiran ianya berkaitan soal jodoh...
Hakikatnya ianya bukanlah hanya perlu ketika soal jodoh sahaja,bahkan segala pekerjaan yang memerlukan untuk membuat suatu pilihan,maka disunatkan untuk beristikharah pada Allah s.w.t.. dengan niat mudah-mudahan setiap pilihan yang dibuat itu merupakan pilihan terbaik yang di ilhamkan oleh Allah s.w.t...

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w,mafhumnya :
"Tidak akan menyesal seorang yang bermusyawarah & beristikharah."

InsyaAllah di sini sekadar berkongsi sedikit kaedah beristikharah yang diajarkan oleh murobbi tercinta Sheikhuna Ust Muhadir Bin Hj Joll As-Senary :

1) Seeloknya pada khamis malam jumaat
2) Bepuasa di siang hari itu
3) Bermula maghrib,elakkan melayari internet sbg 'illah agar terhindar dari melihat & mendengar perkara maksiat
4) Berselawat 1000x, atau at least jangan kurang 100x
5) Selepas solat isyak, usahakan untuk tidak bercakap.

dan pesan beliau juga, bahawa adab istikharah itu antara terbaik adalah di lakukan sewaktu masih tiada pilihan,sebagai tidak dilihat seakan "memaksa" Allah bila ianya sudah ada pilihan...

Seterusnya, Rasululllah s.a.w telah mengajarkan suatu doa istkharah iaitu :

" Ya Allah, bahawa aku meminta pilihan Engkau dengan pengetahuan Engkau, dan aku meminta Engkau takdirkan dengan qudrat Engkau, dan aku meminta kepada Engkau daripada kelebihan Engkau yang besar,kerana bahawasanya Engkay berkuasa dan aku tiada kuasa, dan Engkau mengetahui dan aku tiada mengetahui, dan Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini terlebih baik bagi-ku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku iaitu pekerjaan duniaku dan akhiratku, maka takdirkan bagiku dan mudahkannya bagiku, kemudian berkatkan bagiku padanya.
Dan jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini kejahatan bagiku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku, maka palingkan dia daripada aku dan palingkan aku daripadanya dan takdirkan bagiku kebajikan di mana ada kebajikan itu,kemudian redhakan aku dengannya. "

Selamat beramal (^_^)v

~Sesungguhnya istikharah itu membina pengharapan & tawakkal hati pada Allah s.w.t~

Thursday, February 7, 2013

Bila di tanya soal jodoh ?


[ Bila di tanya soal jodoh ? ]




Siapalah jodoh-ku ?

Sejak usia manusia mencecah 4 bulan di alam kandungan lagi, maka telah ditakdir akan perihal jodoh bagi-mu...
Maka tiada perlu runsing & gelisah dengannya kerana ianya suatu yang pasti dan telah ditentukan buat-mu...


Perlu berusaha tak untuk bertemu jodoh ?

Na'am, seperti mana rezeki yang perlu diusahakan pada mendapatinya begitu juga jodoh...
Persoalan dapat atau tidak itu Hak Ketentuan Allah, oleh itu yang lebih penting adalah bagaimana usaha yang dibuat-mu, menepati syarak atau tidak?
Bila menepati syarak,walaupun tidak dapat(bukan jodoh) maka usaha-mu itu sesekali tidak sia2 bahkan ianya sebahagian ibadah yang ada nilai disisi Allah s.w.t...
Bila tak menepati syarak...hurm 'alamat azab lah diakhirat(jika x bertaubat),dah tu andai bukan jodoh pula..ini barulah sia-sia..


Bagus yang bertemu jodoh awal ke lambat ?

Umumnya,ianya subjektif dan bergantung pada keadaan masing2, kerana ketentuan ujian Allah s.w.t itu berbeza bagi setiap orang..
jadi awal atau lambat itu atas bagaimana kehendak Allah s.w.t..
Maka sebagai hamba, teruskan berusaha(beribadah) dengan ikhlas dan banyakkan untuk berdoa pada Allah agar awal atau lambat yang ditentukan itu sebagai asbab pada dikurniakan keindahan(mawaddah wa rahmah) yang berpanjangan tikamana sudah bertemu jodoh.

Sekadar perkongsian buat renungan bersama..Semoga ianya bermanfaat sbg bekalan buat yang masih menanti jodohnya. (^_^)

~Ikhlaskan niat dihati,kerana ditentukan seorang yang ikhlas itu utk seorang yg ikhlas juga~