SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, September 3, 2013

Istimewa buat-mu, Wahai Hawa

[ Wahai Hawa ]

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa Allah amat-amat menyayangi diri-mu,
di ciptakan diri-mu dengan sebaik-baik kecantikan,
di perindahkan diri-mu dengan hati yang penuh kasih sayang,
di sediakan mahkota istimewa buat diri-mu..itulah Mahkota Solehah,
yang menjadi diri-mu jauh lebih mulia dari sang bidadari syurga..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa mulia-nya diri-mu itu dengan syariat Allah,
maka bersungguhlah diri-mu menjaga syariat Allah demi kemuliaan diri-mu,
peliharalah hubungan diri-mu dengan Allah dengan solat & zikir,
perhiaskanlah diri-mu dengan ilmu yang bermanfaat,
serta tunaikanlah hak kamu ke atas ibu bapa & suami -mu..iaitu dengan memenuhi tanggungjawab diri-mu sebagai anak solehah & isteri solehah,
& senantiasalah diri-mu menghormati & berlembut dengan mereka,
dengan itu insyaAllah nama-mu akan tercatat di pintu syurga Firdaus..

Wahai Hawa,
ketahuilah bahawa martabat diri-mu itu amatlah tinggi di kalangan ummat,
maka janganlah sesekali diri-mu sendiri yang merendahkan martabat itu,
peliharalah aurat & jauhilah zina....sungguh dengan itu adalah terlebih baik  buat diri-mu di dunia mahpun akhirat...
peliharalah batas hubungan kamu dengan kaum adam.. & ketahuilah sebaik-baik kaum adam yang mendekati diri-mu itu ialah yang mereka menghormati & memelihara maruah diri-mu sebagai muslimah solehah..

Ketahuilah,jika kamu solehah..
kamu telah menggembirakan  Sayyiduna Rasulullah s.a.w   (^_^)v

~Kerana diri-mu begitu berharga~

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum..

    Subhanallah, peringatan yg sgt baik buat kaum hawa, alhamdulillah..jazakallahu khairan, barakallahu fik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt...

      Alhamdulillah,mudah-mudahan bermanfaat buat ummat especially kaum hawa yang dikasihi oleh Allah s.w.t...

      waiyyaki.. syukran sudi bertandang di blog ni :)

      Delete