SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, January 26, 2011

Jom Talaqi Di Uiam Gombak


,
Semua muslimin dan muslimat sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus, dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini,insyaAllah...
Moga-moga kita dikurnia keberkatan umur dengan dipenuhi masa kita dengan perkara-perkara 'ilmu dan yang bermanfaat...Allahumma ameen.
Barakallahfikum.
p/s : Maklumat lanjut boleh kunjungi http://jomtalaqi.blogspot.com/

Monday, January 17, 2011

Buat Para Pejuang Islam



Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma


Dalam peperangan Uhud,Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.a, “Marilah kita berdoa bersama-sama.Setiap orang berdosa sesuai dengan keinginannya dan seorang lagi menaminkan doa itu maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke suatu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad r.a berdoa, “Ya Allah,esok,sewaktu peperangan berlaku,tentukanlah untukku seorang lawan yang sangat beranai dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat.Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanMu dan supaya dapat aku memiliki harta rampasan.” Maka Hazrat ‘Abdullah r.a telah mengatakan, “Amin”.

Selepas itu Hazrat ‘Abdullah r.a pula berdoa, “Ya Allah,esok dalam medan peperangan,temukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat apabila dibentangkan amalan dihadapanMu,Engkau akan berkata, “Wahai ‘Abdullah,kenapakah hidung dan telingamu dipotong?” Lalu aku menjawab, “Ya Allah,hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau berkata, “Benarlah,ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.a pun berkata “Amin”.

Pada keesokan hari,peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah dipinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.a berkata, “Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang”.

Dalam peperangan Uhud itulah,pedang Hazrat Sa’ad r.a telah patah. Rasulullah s.a.w telah memberi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau.Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar[isobah]. Dinar ialah nama bagi matawang emas.

Pengajaran :

Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama,dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua,dari segi ketulusan cinta. Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a yang cintakan Allah s.w.t ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah dan berharap apabila Allah s.w.t bertanya, “Kenapa ini semua telah terjadi?” Beliau menjawab, “Demi untuk Mu”[Tarikhul-Khamis]

sumber: Kitab Fadhilat 'Amal

(Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih)


Thursday, January 6, 2011

Coretan Hakikat Kehidupan

Assalamu'alaikum w.b.t,

Alhamdulillah,tiadalah yang lebih layak menerima pujian melainkan Allah s.w.t, serta tiadalah makhluk dan insan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t melainkan Rasulullah s.a.w yang tercinta..
Allahumma solli'ala saidina muhammad, wa'ala'ali saidina muhammad...

Tiadalah perkara yang terlebih ku pentingkan dalam kehidupan ini melainkan setiap detik dan ketika,dengan taufiqNya di hati ini,hanya yang aku harapkan dan impikan adalah keampunan Allah s.w.t,kerana aku insan berdosa lagi faqir kepadaNya, dan aku doakan moga aku dan seluruh ahli keluargaku serta sahabat2 ku..agar sama2 kita digolongkan dikalangan mereka soleh dan solehah dan di izinkan untuk bersama atau hampir dengan para anbiya' dan para 'ulamak di syurga kelak..Allahumma ameen..

Insyallah,sama2 lah kita hayati dan benar2 renungi suatu kisah yg dipersoalkan Al-imam al-ghazali kepada murid-muridnya.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya iaitu beliau bertanya :

1) Imam Al-Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3: Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling hampir,dekat dengan kita ialah Mati. Sebab itu janji Allah bahawa setiap orang yang bernyawa pasti akan mati (surah Ali-imran : 185).


2)Imam Al-Ghazali: Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3)Imam Al-Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar,tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-'Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah),dan yang mempunyai mata(tetapi) tidak mahu melihatnya(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya(ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai", (surah al-'araf: 179).

4)Imam Al-Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (surah al-ahzab : 72),"Tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah".

Sama renungkan buat diri sendri..moga sama-sama dikurnia taufiq dan hidayahNya untuk mengambil manfaat dan pengajaran dari kisah ini.

Wallahu'alam.