SALAM MUJAHADAH

Followers

Saturday, June 29, 2013

Kesusahan Yang Bermakna



"Bismillahirrahmanirrahim"
Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki sekalian 'alam & nikmat, selawat & salam ke atas junjungan mulia Sayyiduna Rasulullah s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat-nya.

Bahawa diriwayatkan oleh Saidatina 'Aisyah bahawa Sayyiduna Rasulullah s.a.w dan kami tidak pernah kenyang dalam 3 hari..
Dan di suatu ketika Saidina Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'U
mar Al-Khatab keluar dari Kota Madinah sambil mengikat 2 batu diperut, kerana ingin mencari suatu yang ingin dimakan,lalu terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lalu ditanya tujuan Rasulullah s.a.w...
Baginda s.a.w memberitahu bahawa tujuan yang sama dengan mereka bahkan diperut Rasulullah s.a.w itu diikat 3 batu...
AllahuAllah...begitu hebat tarbiyah Allah s.w.t...

Saiyiduna Rasulullah s.a.w itu sengaja memilih kehidupan yang susah walaupun Baginda s.a.w ditawarkan dengan kekayaan iaitu Jibril sendiri pernah menawarkan untuk ditukarkan suatu kawasan padang pasir menjadi emas untuk Baginda s.a.w,namun ditolak...
Begitu juga kisah pemimpin musyrikin yang menawarkan kekayaan & kuasa kepada Baginda Rasulillah s.a.w agar berhenti dari menyebarkan dakwah, namun ditolak juga...

Bahkan seperti sedia maklum,seorang kekasih Allah itu boleh sahaja meminta untuk memperoleh kehidupan yang mewah,namun Baginda s.a.w tidak meminta sedemikian..
Mengapa ?? Bukanlah bermaksud Baginda s.a.w memusuhi dengan kekayaan, kerana tiada pernah Baginda s.a.w melarang atau memarahi para sahabat yang kaya seperti Sayiduna Abdul Rahman Bin Auf r.anhu, Sayiduna Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'Umar Al-Khatab r.anhuma..
Bahkan para Nabi a.s terdahulu ada yang dikurniakan kekayaan seperti Nabi Yusof a.s selaku Menteri Kewangan Negara,& juga Nabi Sulaiman a.s.

Ini adalah sebagai tujuan bahawa Habibuna Rasulullah s.a.w itu ingin mengajar ummat bahawa :
1) Kesenangan dunia itu bukanlah syarat untuk mentaati Allah s.w.t
2) Memberi pengajaran kepada golongan yang miskin untuk bersyukur pada Allah s.w.t
3) Behati-hati dengan fitnah dunia yang telah banyak memesongkan orang-orang soleh terdahulu
4) Memanfaatkan apa yang mampu dari dunia ini untuk meraih kesenangan yang sebenar di akhirat kelak
5) Sesekali orang beriman itu tidak akan menggandaikan tanggungjawab & prinsip agamanya untuk kepentingan dunia yang sementara

Seterusnya,boleh rujuk juga kitab-kitab muktabar berkenaan hikmah kehidupan Sayyiduna Rasulullah s.a.w...
Sebagai akhir pada penulisan ini, sekadar berkongsi satu pesanan Sayyidul Wujud,Rasulillah s.a.w..iaitu mafhum & terjemahannya :

" Carilah apa sahaja untuk-mu di dunia ini,namun ketahuilah  kamu akan berpisah dengan kesemuanya. "

Semoga Allah s.w.t sentiasa mengurniakan taufiq & hidayah-Nya untuk kita menghayati dan mencontohi kehidupan kekasih-Nya insan teragung,Nabiyyuna Muhammad s.a.w.. Ameen Allahumma Ameen (^_^)v

~ Kesusahan dalam mentaati Allah & Rasul itu jauh lebih bermakna dari kesenangan melakukan maksiat ~