SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, September 5, 2014

Kisah Rasulullah Di Sihir


Suatu ketika, setelah Sayyiduna Rasulullah dan as-sohabah Muhajirin telah berhijrah ke Yathrib, yang setelah terdirinya Kota Islam yang pertama ditukar namanya kepada Madinah Al-Munawarah.
Di persatukan suku kaum Aus & Khazraj oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam lalu di gelar mereka sebagai Ansorullah yakni asbab pertolongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk agama Allah s.w.t..

Di ketika itu,terdapat jua suku Bani Nadhir & Bani Quraizah yang keduanya adalah golongan yahudi yang berhijrah dari Kota Mesir ke Kota Yathrib kerana ingin melarikan diri dari kaum muslimin dari Nabi Musa 'alaihissalam.
Melihat pada kekuatan Al-Muslimin Kota Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam yang semakin kukuh..lalu kerisauan mereka mula timbul yang kemudiannya 3 orang tertinggi yahudi iaitu Kaab bin Asyraf dari Al-Madinah,Marhub dari Khoibar dan Abdullah bin Saba' dari Yaman, bermusyawarah untuk menjatuhkan kepimpinan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Maka dari situ,mereka berpakat untuk mengenakan sihir kepada Rasulullah dan memilih khidmat dari tukang sihir Latib bin 'Assom..
Di syaratkan kepada mereka pengeras sebanyak 2 dirham(nilai seperti hari ni ratusan juta utk ketika itu)..
Latib bin 'Assom mengupah seorang budak untuk mendekati Rasulullah di rumah dan di majlis-majlis yang kononnya ingin mempelajari Islam..Setelah mengetahui,setiap jumaat akan Rasulullah mengemaskan rambut,janggut dan memotong kuku dan membuangnya di suatu tempat,lalu Latib menyuruh budak itu mengambil semua yang dibuang Rasulullah sallahu'alaihi wasallam itu..

Kesemuanya itu di sihir dan di ikat dalam satu kain kuning dan digantung di suatu pokok...
3 orang ketua yahudi tadi setiap hari memerhatikan keadaan Rasulullah dan di hantar seseorang untuk mengintip adakah Rasulullah masih hadir untuk solat...setelah 40 hari tidak apa-apa perubahan kepada Rasulullah, lalu 3 yahudi itu kembali bertemu Latib bin 'Assom..
Setelah itu,Latib mengambil kembali bungkusan kuning yang di dalamnya ada helaian rambut dan kuku Rasulullah itu,di sihirkan dengan cara yang lebih kuat di awal bulan,di pertengahan bulan dan di
akhir bulan, kemudian di campakkan bungkusan kuning itu dalam suatu perigi(sudah tiada air) berdekatan Masjid Quba'...

Dengan takdir Allah,keadaan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam mula berubah iaitu badan Baginda sallahu'alaihi wasallam terasa lemah, sehingga memerlukan as-sohabah memapah tubuh mulia Baginda untuk bersolat di masjid....khabar itu telah sampai kepada Latib bin 'Assom dan 3 orang yahudi itu dan ini kegembiraan buat mereka...

Sehinggalah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam terbaring di rumah kerana terlalu lemah..kamudian Allah s.w.t mengutuskan 2 orang Malaikat kepada Rasulullah,satu darinya ke bahagian kaki dan satu darinya ke bahagian kepala..
Di ketika itu berlaku soal jawab yang didengari Rasulullah sallahu'alaihi wasallam iaitu,
Malaikat di bahagian kaki ( 1 ) :
Apakah punca perkara ini ?
Malaikat di bahahian kepala ( 2 ) :
Di sihir oleh seseorang bernama Latib bin 'Assom
( 1 ) : Di manakah tempat di lemparkan sihir itu ?
( 2 ) : Di perigi berdekatan Masjid Quba'
( 1 ) : Bagaimanakah cara mengubati sihir ?
( 2 ) : Bacalah 70x Al-Muawwajatain ( Surah Al-Falaq & Surah An-Nas ) di setiap pagi dan petang selama 40 hari.
( 1 ) : Apakah ada cara lain (khuatir tidak mampu dalam keadaan sakit)?
( 2 ) : Bacalah Al-Muawwajatain 7x di setiap pagi dan petang & mandilah dengan air yang dicampur daun tanjung bidara.

Setelah di dengari dan di amalkan oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, dengan keizinan Allah Baginda sallahu'alaihi wasallam kembali pulih.
Berita itu sampai kepada 3 Yahudi lalu merungut kepada Latib bin 'Assom. Jawab Latib, pasti ada turunnya wahyu lalu disembuhkan keadaan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Setelah kejadian itu, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam menyarankan (hampir2 wajib) untuk menanam helaian rambut dan kuku yang di potong dan melazimi dengan Surah Al-Falaq & Surah An-Nas.

Di sampaikan kisah ini oleh
Al-Fadhil Syeikh Syed Anas,keturunan Asy-Syahid Syeikh Syed Ahmad Yasin Hafizahumallah
Kuliah Subuh : Tafsir Surah Al-Falaq & Surah An-Nas
10 Zulkaedah 1435 / 5 sept 2014
Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Taman Cenderawasih
(Komuniti Msuak)