SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, July 23, 2014

Adab Kepada Guru


Peranan para 'ulamak dan guru itu amat besar kepada ummat..
Iaitu membimbing ummat dari kegelapan jahil kepada keindahan berilmu sebagai bekalan menuju Allah s.w.t...

Maka memuliakan mereka itu adalah amat di tuntut dalam Islam..
Antara cara memuliakan mereka adalah dengan memelihara adab tikamana bersama mereka...
Antara adab kepada guru itu :
1) Tidak melunjurkan kaki di hadapan-nya.
2) Tidak meninggikan suara melebihi suara-nya.
3) Tidak berjalan dihadapan sewaktu berjalan bersama-nya.
4) Menganggukkan kepala semasa dalam majlis sebagai isyarat
difahami apa yang disampaikannya.
5) Memastikan handphone dalam keadaan silent terutama semasa
dalam majlis ilmu
6) Memohon izin jika ingin bertanya soalan kepada-nya.
7) Jika ada jawapannya yang berlainan dari jawapan seorang guru yang
lain,maka tidak membandingkan perbezaan itu dihadapan-nya.
8) Jika dilihat guru berbuat sesuatu kesalahan,jangan pula ditegur di
khalayak umum namun usahakan untuk ambil kesempatan
berjumpa secara peribadi sebagai berbincang kembali.

Berpesan guru kami Sheikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll As-Senariy:
"Peliharalah adab kita kepada guru,kerana dengan itu hadirnya barakah dan boleh sahaja ilmu atau hikmah dari guru itu ter'bluetooth' kepada kita.."

~ Laula murobbi ma'aroftu robbi ~ (^_^)v

No comments:

Post a Comment