






1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2-( tentang kopi ni, sebelum ni dh post tapi di sebabkan ana dah rujuk guru ana al-fadhil ust muhadir, dan katanya belum pernah dengar lagi..jadi ana tarik balik statement tntg ni, maaf sblm ni post tanpa wt kajian terlebih dahulu..moga Allah taala ampunkan segala salah silap..ameen)
3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4- kita diajar bahawa makan "fastfood" adalah bagus, namun sebenarnya "fastfood" adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.Jadi fikir-fikirkanlah,at least jgn terlalu kerap sangat...dan mana2 brand yang rasa perlu boikot tu,faham-faham la yep...
6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.TOLONG SEBARKAN DAN MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM KITA.



Assalamu'alaikum wbt,
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya orang yang pertama sekali di putuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah swt) lalu Allah swt mengingatkannya akan nikmat yang pernah di anugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu,maka ia pun kembali mengingatinya,kemudian Allah swt lalu bertanya kepadanya, "Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah ku berikan kepadamu itu?".Ia menjawab :"Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid". Allah swt berkata kepadanya :"Engkau bohong ! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani,dan telah pun dikatakan orang begitu kepadamu". Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka.
Kemudian dihadapkan pula seorang lelaki yang belajar 'ilmu agama dan ia mengajarkannya kepada orang lain serta banyak membaca Al-Qur'an. Lalu Allah swt mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu dan ia pun kembali mengingatinya,kemudian Allah swt lalu bertanya kepadanya: "Apa yang telah engkau buat terhadap nikmat itu?". Ia lalu menjawab: "Aku telah belajar ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga aku membaca Al-Qur'an untuk mencari keredhaanMu". Allah swt berkata kepadanya: "Engkau bohong ! Sebenarnya engkau belajar ilmu supaya engkau disebut-sebut sebagai orang yang 'alim dan engkau membaca Al-Qur'an supaya engkau dikatakan seorang "Qari" yang pandai membaca Al-Qur'an, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu". Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam api neraka.


Assalamualaikum w.b.t.. Dan Rasulullah pernah bersabda, ada dua perkara yang aku banyakkannya di bulan Ramadhan iaitu aku banyakkan sedekah dan membaca Al-Quran.
Jadi,rasanya setakat ini dahulu untuk ana berkongsi..insyaallah andai ada kesempatan akan datang mugkin ada sedikit lagi perkongsian berkenaan bulan Ramadhan..moga dengan apa yang di kongsi ini.Allah taala mengurniakan kita taufik dan petunjuknya untuk kita banyakkan beramal,dan dibersihkan hati kita,diri kita dari segala segala perkara mazmumah dan dosa yang telah kita lakukan..yang paling penting..moga sebulan ini mampu menjadikan kita orang yang bertaqwa 11 bulan selepas ini...
"Laa'llakum tattakuun"



Ya Allah..bersihkan jiwaku dari mencintai perkara maksiat,krniakanlah daku keampunanMu Ya Allah, sesungguhnya aku yakin akan luasnya pintu pengampunanMu Ya Allah...
Temukanlah daku dengan kekasihMu...tanamkanlah kecintaanku yang mendalam padaNya serta ajaran yang dibawanya....
ameen ya rabbal a'lamin...



Dari kiri : Ust Muhadir, Sheikh Afifuddeen, Habib Ali
Assalamua'alaikum w.b.t , 






Perkara ini mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa inilah aset terpenting untuk kita membina pengaruh serta mengembalikan kerajaan islam sebagai sebuah kerajaan yang disegani.