SALAM MUJAHADAH

Followers

Monday, May 11, 2015

Warkah Buat Abah & Mama

Bermula aku dahulu, dari setitis mani yang hina
Dengan rahmat Tuhan, di rezekikan singgah ke dunia..
Tangisan aku di waktu subuh ketika itu di nanti-nanti oleh dua orang insan yang telah bersusah-susah selama 9 bulan..
Kelibat senyuman mula terukir di wajah mereka di saat mengetahui kesihatan aku
Tiada sebarang apa yang mampu aku lakukan melainkan senyuman yang aku sendiri baru untuknya


Membesarkan aku bukanlah perkara mudah bagi mereka...aku tahu itu
Melayani kenakalan dan kehendak aku memerlukan kesabaran pada mereka
Namun sesukar mana sekalipun tidak di rasai beban bagi mereka
Kerana kasih yang tersemat di hati mereka kepada aku terlalu dalam menenggelamkan penat yang dirasai...

Melihat perubahan tindak tanduk aku yang semakin memahami kehidupan 
Serta mendengar kepetahan lidah aku menutur kata-kata..cukup menenangkan mereka
Ya..itulah yang di harapkan dari didikan mereka yang di curahkan sedaya yang termampu..
Tiada yang lebih menggembirakan melainkan melihat aku mula mengukir kejayaan demi kejayaan..
Walau bukanlah terbaik bagi mata lain yang melihat, namun di mata mereka aku adalah yang terbaik dalam kehidupan mereka...

Saat nama aku di sebut di pentas gemilang bersama nama mereka...tiada terungkap kegembiraan hati
Bukan kerana pujian orang dengan apa yang di capai, tetapi itulah kegembiraan yang hadir kerana 
melihat aku gembira....



Lalu tiada yang menyedihkan bagi mereka melainkan di saat mengetahui hati aku sedang sedih
Walau tiada mulut yang memberitahu, namun hati mereka tidak pernah terlepas dari mengetahui..

Duhai aku yang bergelar anak...
Sesekali jangan engkau mengecewakan mereka dengan kata-kata mahupun wajah-mu
Melayani kehendak nafsu-mu yang tiada berkesudahan itu, jangan sampai engkau membebankan mereka...
Tahanlah kemarahan hati-mu yang sedang panas itu
Usaplah air mata-mu yang berderai kerana dunia yang engkau harap itu
Gembirakanlah kembali hati mereka sebagaimana pertemuan pertama sewaktu engkau bayi dahulu..

Duhai aku yang bergelar anak...
Umur mereka semain lanjut, pengakhiran yang bagaimanakah engkau harapkan buat mereka?
Senantiasa gembirakanlah hati yang wajah mereka...
Bersopan dan berlembutlah dalam menutur kata bersama mereka
Penuhilah hajat-hajat mereka semampunya..
Balaslah kasih sayang mereka dahulu itu dengan cara yang lebih baik dari-mu

Jika mereka tidak pernah jemu mengasihi engkau sejak dari bayi sehinggalah kini engkau telah dewasa, maka begitulah seharusnya bagi engkau sebagai anak
Curahkanlah sepenuh kasih selagi masa engkau bersama masih ada...
Kerana nanti, saat telah hilang dari mata pandangan, barulah engkau tahu betapa bernilai kasih yang hanya di dapati sekali dalam hidupmu.....itulah kasih ibu bapa yang tiada ganti

Terima kasih Mama & Abah...I love you forever till jannah ;)
Semoga sama-sama kita berbahagia di sini dan juga nanti di syurga firdaus 

Nukilan,
Nur Mohamad Adli Bin Rosli
23 Rejab 1436H
12:35am
UIA Gombak

Khas buat insan tersayang,
Rosli Bin Bahrom
Noorliah Binti Ibrahim






No comments:

Post a Comment