SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, May 15, 2015

Tausiah Israk & Mikraj

" Ketahuilah bahawa hakikat keseluruhan rahsia dari perjalanan Israk Mikraj itu khusus kepada Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, adapun yang di kongsi oleh Nabi itu hanyalah sebahagian rahsia agar supaya menjadi iktibar kepada ummat..
Seumpama kisah yang di perlihatkan kepada Nabi akan beberapa golongan iaitu

*Azab orang yang meninggalkan solat - satu kaum yang menghantukkan kepala ke batu sehingga berdarah dan berkecai
*Azab penyebar fitnah dan mengadu domba - satu kaum yang menggunting lidah2 dan bibir kereka dengan gunting besi
*Azab pelaku zina - memakan daging mentah yang busuk

Di gambarkan dua perjalanan ini di dua surah iaitu Israk pada surah Al-Israk dan Mikraj pada surah An-Najm.
Dan di antara kemuliaan Nabi di perjelaskan iaitu ciri kehambaan yang ada pada diri Baginda Rasulullah sallahu'alaihi wasallam..Hasil rasa kehambaan itu pula terhasil dari rasa cinta yang mendalam Nabi kepada Allah s.w.t sehingga tiada di kisah kemurkaan makhluq selagi mana Allah tiada memurkainya...
Barangsiapa yang merendahkan dirinya di hadapan Allah, maka akan di angkat darjatnya oleh Allah baik di dunia mahupun di barzakh serta nanti di akhirat kelak. ..
Di dalam suatu hadis qudsi pula,iaitu mafhumnya bagi mereka yang benar menghinakan dirinya di hadapan Allah maka bagi setiap perbuatan tangannya dan langkahnya serta pertuturannya senantiasa dalam pemeliharaan Allah s.w.t
Bagi sifat ada rasa kehambaan kepada Allah itu di antara tandanya sesekali tiada merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain.
Walau di ketika datang kepadanya cercaan tetap ia tiada menuruti nafsu akan tetapi berterusan akan sikap tawadhuk pada hatinya.
Kerana di yakini bahawa itu akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
"Man tawadhu'a rafaa'hullah"
Dan sesungguhnya, cukuplah bagi seorang muslim itu keji dengan dirinya mengeji muslim yang lain sama ada dengan lisan ataupun dengan sekadar jeling pandangannya..
Maka, adalah penting untuk ummat benar-benar mengambil intipati utama Israk Mikraj ini iaitu menanam rasa kehambaan diri kepada Allah s.w.t.."
- Sheikhuna Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid -

"Terus dan teruslah menyingkapi rahsia dari peristiwa besar ini iaitu Israk Mikraj yang rahsianya itu tidak akan habis sehinggalah ke akhirat"
- Habib Ibrahim, Pendakwah dari Yaman -


~ Maulid Rasulullah, Israk & Mikraj 1436H ~
‪#‎MasjidMuazBinJabalSetiawangsa‬

No comments:

Post a Comment