SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, January 6, 2015

Pencinta Rasulullah

Betapa dalam-nya cinta kaum ansor itu kepada Saiyiduna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...
Dari kemunduran budi di bawa kemajuan akhlaq..
Dari kesempitan dunia di bawa keluasan akhirat..
Dari kegelapan perpecahan di bawa kecerahan kesatuan hati..

Ya Rasulullah, betapa diri-mu telah banyak berjasa kepada mereka kaum ansor, sehingga senantiasa berhubung cinta-Mu kepada mereka dan begitu pula cinta mereka kepada-Mu..
Sehingga di saat pembukaan Kota Mekah, hati mereka gelisah khuatir diri-mu akan terus tinggal di tempat kelahiran Baginda sallahu'alaihi wasallam dan tidak kembali lagi tinggal di Madinah..
Betapa hati mereka tidak ingin berpisah dengan-mu Ya Rasulullah..

Namun,kegembiraan yang teramat bagi mereka bilamana diri-mu memutuskan untuk memberikan kelebihan harta ghanimah pada al-muslimin di mekah, dan mereka kaum ansor dapat kembali ke Madinah bersama sebaik-baik kelebihan,jauh lebih baik dari harta dan sebarang pangkat..iaitu Habibuna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam pulang bersama mereka ke Madinah..

Begitulah khabar gembira yang paling di harap bagi hati seorang pencinta Rasulullah...
Maka apakah hati-mu kini jua ada pengharapan yang sama?
Apakah tidak hati-mu risau andai tidak diri-mu bersama Rasulullah di syurga kelak?


Teruslah menghidupkan akhlaq Rasulullah di sini, insyaAllah moga2 akan diri-mu di kenali Rasulullah di sana kelak..
Teruslah bersama dengan perjuangan Rasulullah di sini, insyaAllah moga2 akan diri-mu bersama Rasulullah di sana kelak..
~ Ayuh gembirakan Rasulullah dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda sallahu'alaihi wasallam ~
‪#‎UhibbukaYaRasulullah‬ =')
‪#‎SalamMaulidurRasul1436H‬
‪#‎SolluAlanNabiy‬


No comments:

Post a Comment