SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, January 6, 2015

Wajah : Kemuliaan Atau Kehinaan

Jangan pernah rasa mulia jika yang ada pada-mu kini kulit wajah yang cerah dan jangan pula pernah rasa hina jika yang ada pada-mu kini kulit wajah yang gelap..
Kerana ketahuilah sedikitpun tiada ia di pandang dan ukuran oleh Allah di dunia kini..

Sesungguhnya bagi mereka yang benar2 memelihara iman-nya di dunia dengan mendekati amal2 soleh maka akan di serikan wajahnya dengan sebaik-baik cahaya di akhirat kelak bahkan di muliakan wajah itu untuk mendapat pandangan dari Allah dan Saiyiduna Rasulullah sallahu'alaihi wasallam...

Namun,walau bagaimana pujian cantik yang diberikan ketika di dunia, andai tiada ia memelihara iman iaitu meletakkan dirinya di lembah kebinasaan maksiat,maka wajah itu akan di gelapkan sehitam-hitamnya di akhirat kelak bahkan di hinakan dengan di seret wajah itu menuju ke neraka yang perit azabnya..

 Lebih malang, ada wajah yang langsung tiada mendapat pandangan dari Allah sebagaimana yang di beritahukan oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam, iaitu mereka yang :
- derhaka kepada ibu bapa
- perempuan yang menyerupai lelaki atau sebaliknya
- suami yang dayus yakni yang tidak mengendahkan isteri dan anak2 bermaksiat

~ Perserikanlah wajah-mu di sana dengan diri-mu perhiasi diri-mu dengan amal soleh di sini ~
‪#‎NeverGiveUp‬ (^_^)/"


No comments:

Post a Comment