SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, November 4, 2010

Sekilas hikmah dari 2 peristiwa

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah..syukur yg tidak terhingga pada Allah taala atas segala kurniaan nikmatNya padaku dan aku berharap agar segala nikmatnya bukanlah seperti yang dikurniakan kepada Firaun,abu jahal dan segala mereka yang munafiq yang mana membawa mereka kepada kemurkaan Allah s.w.t, walya'uzubillahi min zaalik...namun apa yang ku harapkan hanyalah ihsan,kasih sayang Allah s.w.t agar ku di kekalkan dalam kenikmatan yang membawa kepada redhaNya bahkan diriku yang terasa lebih hampir padaNya insyaAllah...Allahumma ameen..

Sekadar mengingatkan diriku dan moga sekalian yang membaca juga peroleh manfaat bersama,insyaAllah...Beberapa perkara yang telah ku alami dan tergerak hati ini untuk dikongsikan bersama sahabat2 iaitu akan dua peristiwa terdekat baru-baru ini...

Peristiwa pertama :
Satu ketika,di malam hari selepas aku balik dari solat isyak..entah kenapa sangat banyak serangga seperti ulat lampu berterbangan dalam bilikku...kelihatan sahabat sebilikku memegang sebatang penyapu untuk menghalau serangga tersebut..aku ketika itu tidak tergerak hati untuk buat apa-apa kerana bagiku serangga itu tidak menganggu aku..malam itu aku teruskan aktiviti aku seperti biasa tanpa menghiraukan kehadiran serangga tersebut..cuma terdetik juga,dari mana datangnya serangga2 ni..sebelum ni x pernah2 masuk dalam bilik..tapi kata sahabatku,"mungkin masuk dari tingkap,pintu aku lupa tutup tadi..". Kemudian,setelah dah lewat malam,aku mengambil langkah untuk tutup lampu di compartment aku dan biarkan lampu di tengah sahaja yang terbuka dengan tujuan elak serangga2 tu ganggu aku dan aku pun memudaratkan nyawa2 mereka..huhu..
kemudian,di pagi yang hening..aku terdengar sayup seruan azan subuh..entah kenapa pagi tu rasa berat je mata nak bukak,seolah tidak terdaya nak bangun dn nk terus tidur..kemudian,tiba-tiba,sedang aku terbaring meniarap(muka aku terkehadapan sedikit),terasa ada sesuatu yang menolak kelopak mata ku beberapa kali....aku pun membuka mataku dan kelihatan seekoR serangga yang seperti ulat lampu itu berada di depan mataku...RUPA2 nya serangga itulah yang aku rasa seperti menolak-nolak kelopak mataku..setelah itu aku pun terus terbangun dan terus menuju ke rumah Allah taala yang mulia (alhamdulillah aku menerima jemputan ke rumahNya).

Pengajaran yang ku dapat ambil, benarlah bahawa segala ciptaan di muka bumi ini seperti angin air,tumbuhan dan serangga sekalipun merupakan makhluk yang berkhidmat pada kita manusia,yakni khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t..sebagai khalifah di muka bumi,cukup penting juga bagi kita untuk sentiasa berbuat ihsan dan kena ada kasih sayang kita pada mereka juga..insyaAllah,andai kita sentiasa berbuat ihsan kepada mereka nescaya mereka juga dengan izin Allah taala akan membawa kita kepada petunjuk Allah s.w.t..kalau contoh yang ada seorang ustaz bg, kalau nampak semut tengah lemas,maka selamatkan lah..atau apa2 lagi lah,siram tumbuhan ke...Wallahu'alam

Peristiwa kedua :
Hari itu hari sangat sukar bagi aku..terasa badan sangat letih dan tidak bermaya, sehinggakan terasa tidak mampu untuk melemparkan senyuman bila bertemu dengan sahabat2..tapi,tidaklah sedemikian kerana jujurnya,aku tidak prefer untuk orang lain tahu akan diriku yg menghadapi masalah,orang2 tertentu tahulah kot...
Di pendekkan cerita,selepas aku selesai baca surah al-mulk dan doa..aku rebahkan diriku..di sebabkan terasa sangat letih,dalam masa yang singkat aku terus terlelap...
Tatkala pagi,jam 5.15,aku terdengar bunyi alarm yang aku setkan di handphone.Aku pun kata pada diri, "jap2, 5 minit lagi..jam 5.20 aku bangun"..setelah itu,dalam keadaan yang tidak berlampu ketika itu,tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki yang menuju ke compartment aku,orang itu menolak pintu locker aku yang jadikan ia seperti pintu di compartment aku..bunyi pintu locker yg perlahan-lahan terbuka...kemudian kelihatan seperti seorang lelaki,berdiri di sebelah aku sambil memerhatikan aku..ketika itu,aku membuka sedikit kelopak mataku,cuba untuk melihat siapa dia..ketika itu aku sangkakan sahabat aku yang ingin mengejut aku..tapi lelaki itu terus pergi selepas beberapa ketika memerhatikanku...hatiku berdebar dan rasa hairan...setelah itu aku terus bangun dan siapakan diri untuk 2 rakaat solat. Dan,untuk kepastian,aku tanya kepada sehabat di bilik sama ada,ada tak mereka datang ke bilik ku pada pagi tu,ternyata mereka kata tiada.dan bertambah pelik lagi pintu bilik aku berkunci.

Pengajaran:
Ketika, dan selepas apa yang berlaku iaitu aku diperhatikan oleh seorang yang aku tidak kenali...di hati ku,ada satu firasat..mengatakan bahawa yang memerhatikan aku itu adalah bukan manusia,dan apa yang ku rasakan..mungkin itu adalah malakul maut, wallahu'alam...
Aku teringat akan satu perkara yang dikhabarkan oleh seorang ustaz padaku,bahawa setiap manusia itu akan dilawati oleh izrail sebanyak 70x sehari sehinggalah tiba ajal seseorang itu,maka lawatan itu akn bertujuan untuk mengambil nyawanya...jadi,buat diriku yang penuh dosa,muhasabahlah kembali akan amal yang dikerjakan seharian..adakah ketika mana aku dilawati malakul maut itu,aku dalam keadaan taat atau sebaliknya....Allah...moga aku dikurnia taufiq,moga aku sentiasa dalam lindungan rahmatNya dan di akhirkan hayat ku di dunia dalam keadaan hatiku,amalku yang sujud dan taat padaNya..AMEEN YA ALLAH...

P/S : segala apa yang di nukilkan hanyalah semata-mata dari diri yang hina dan hati yang harapkan keampunanNya..mana yang baik sama-sama ambil 'iktibar, mana yang tidak baik mohon untuk sama saling nasihat-manasihati...

Wallahu'alam

12 comments:

  1. wuish, 70kali ka?
    kene banyak muhasabah ni...

    ReplyDelete
  2. salam..terima kasih entri ini, mari ambil iktibar..moga istiqamah.

    ReplyDelete
  3. wasalam..insyaallah sama2 muhasabah dan ambil iktibar...syukran atas komen dan sudi baca entri ni...barakallhumma fiik

    ReplyDelete
  4. salam~
    syukran.amat terkesan dgn entry ini.. T_T

    ReplyDelete
  5. Salam ukhwah..

    Terima kasih perkongsiaan ni, ade pengajaran yg dpt diambil..teruskan menulis

    ReplyDelete
  6. to hikari,wasalam...
    afwan,insyaallah moga dikurniakan taufiq hidayah dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t,ameen...sama2 doakan yep...
    syukran atas kesudian melawat blog ni..

    ReplyDelete
  7. to muslimah soleha,

    insyaallah,sama2...alhamdulillah,syukur pd Allah,mmg diniatkan moga ana dan shbt peroleh manfaat dari apa yg dikongsikan,moga segalanya dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk sentiasa mengingati dan taat pada Yang Maha Esa,Allah s.w.t

    ReplyDelete
  8. slm..

    syukran ats perkongsiannya..mati itu sentiasa dekat dgn kita cuma kita sj slalu alpa ..termasuk diri ini..

    trima kasih ats komen kat blog sy..

    komen yg kedua tu dah dpt da..jazakllh khairan.

    ReplyDelete
  9. allah..x pernah terasa diri sentiasa diziarahi malaikat maut..astaghfirullah..

    Dua hari lpas (9 nov) dapat msj-
    "Genap 5 bulan pemergian Allahyarhamah Fatima Zurwanty Zulkifly, minta didoakan sbg tanda ingatan.." sama2 sedekahkn alfatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  10. to nisa90

    moga kita digolongkan di kalangan mereka yang mana Rasulullah s.a.w kata mereka ni golongan yang paling bijak iaitu mereka yang sentiasa mengingati mati yg buat persediaan untuknya..ameen...

    p/s:moga komen2 yang dikongsikan bermanfaat buat sesiapa shj yg membaca terutama diri sendiri sebagai yang menulis..

    ReplyDelete
  11. to anynomous

    bahkan diri ni juga sentiasa leka dan lalai akn alam yg pasti dan pasti akn ditempuhi,iaitu alam barzakh,terasa begitu jauh,masih lambat untuk semua ni namun hakikatnya yg paling hampir,yg paling dekat dgn kita adalah kematian,kerana tidak perlu pada kenderaan,atau tempoh perjalanan yg lama untuk ke sana andai ajal telah tiba..moga kita sentiasa dalam rahmatnya sewaktu di dunia,dan dipermudahkan segalanya di akhirat kelak,insyaAllah semoga kelak bertemu kembali kita dn shbt2 di syurga yg abadi,insyaAllah...

    p/s:syukran krn ingtkan tntg Allahyarhamah,moga rohnya sentiasa di rahmati dn digolongkan dlm kalangan mereka yg solehah,Al-Fatihah

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah. Allah sentiasa menitipkan pengawal2Nya utkmu rang muda. Teruskan istiqomah dan ketaqwaan.

    ReplyDelete