SALAM MUJAHADAH

Followers

Monday, July 22, 2013

Sebaik-baik Teman Hidup

Alhamdulillah,berkat bulan Ramadhan dibukakan oleh Allah s.w.t pelbagai pintu-pintu kebaikan, tinggal kesungguhan diri sahaja untuk mengambil kesempatan yang ada ni demi menyuburkan keimanan kepada Allah s.w.t...

Seusai bermunajat & bersahur pagi tadi, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk membantu seorang hamba yang insyaAllah dikasihi & dicintai-Nya, setelah selesai tugasan oleh Allah s.w.t itu, hati berasa kurang tenang,mungkin sebab masih teringat exam yang agak susah pada khamis minggu lepas ( agk kurg semangat gi kelas pagi td )...
tp masih terasa seakan ada sesuatu yang lain... tiba masa waktu untuk subjek seterusnya di petang hari, rupanya subjek ni pulak dah keluar result untuk midterm exam yang 1st... Allahu Allah, result tu cukup men"down"kan diri & terasa berat-nya ujian Allah s.w.t pada-ku....

Asbab lemah & nipis-nya iman di hati..menjadikan masa2 yang dilalui dari pagi sampai petang tadi kurang dimanfaatkan seperti hari-hari sebelumnya,sehinggalah selepas solat asar, terlelap sekejap......
ditakdirkan Allah s.w.t,dikurniakan satu mimpi...

Al-faqir seperti berada di dalam sebuah hospital,2 tingkat tempat tu..semasa berada ditempat 1, seorang nurse bagitahu boleh naik ke tingkat atas, alfaqir naik ke atas & kelihatan banyak sangat katil tersusun yang disetiap katil tu ada pesakit sedang baring dalam pelbagai keadaan..
terdengar suara(mungkin nurse) bertanya,sakit di mana..alfaqir pun tunjuklah dikaki,kemudian kelihatan ada suatu luka yang kecilnya seperti satu titik je..lantas suara tu memberitahu "sikit je",kata-kata tu membuat alfaqir terus melihat pesakit2 di katil lain...

Allah,ada yang kakinya berbalut & tergantung ke atas, ada yang penuh dengan wayar2 bantuan yang dicucuk ke tubuh mereka, dan di sebelah alfaqir,kelihatan seorang yang kelihatan banyak wayar di tubuhnya,di alat bantuan pernafasan di wajahnya... beliau memesan kepada alfaqir, begitu ramai yang ditimpakan ujian yang jauh lebih berat, maka banyakkan bersabar & bersyukur...

Setelah itu,alfaqir terus terjaga dan di hati benar2 rasa insaf & bersyukur pada Allah s.w.t atas hidayah & taufiq yang dikurniakan ini.. & apabila selesai bersolat tarawikh,dikurniakan ilham di hati bahawa mimpi itu asbab dari doa amal-amal kebaikan terdahulu,terdetik boleh jadi amalan bacaan Al-Quran lah yang mendoakan alfaqir,kerana lemahnya hati dari ujian yang dilalui, hari ni amalan itu menjadi kurang dari sebelum ni..

Maka alfaqir dengan rendah hati berpesan pada diri & sahabat2 lain,benarlah sebaik-baik teman itu ialah amal-amal soleh sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak...

Ya Allah, Hanya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..maka hanya Engkaulah selayaknya ku serahkan tawakal & pengharapan & hanya daripada kekuatan taufiq & hidayah Engkaulah diri-ku mampu melalui segala ujian di dunia ini.. Hanya kepada Engkau jualah hati ni menaruh cinta & rindu, semoga senantiasa rahmat-Mu bersama dengan diri yang lemah & hina ini...  :')

~ Apabila hati telah mencintai & merindui Allah,maka segala amal kebaikan disisi Allah itu juga akan turut mencintai & merindui diri-mu ~


Monday, July 1, 2013

Saat Allah Mencintai diri-mu




Saturday, June 29, 2013

Kesusahan Yang Bermakna



"Bismillahirrahmanirrahim"
Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki sekalian 'alam & nikmat, selawat & salam ke atas junjungan mulia Sayyiduna Rasulullah s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabat-nya.

Bahawa diriwayatkan oleh Saidatina 'Aisyah bahawa Sayyiduna Rasulullah s.a.w dan kami tidak pernah kenyang dalam 3 hari..
Dan di suatu ketika Saidina Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'U
mar Al-Khatab keluar dari Kota Madinah sambil mengikat 2 batu diperut, kerana ingin mencari suatu yang ingin dimakan,lalu terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lalu ditanya tujuan Rasulullah s.a.w...
Baginda s.a.w memberitahu bahawa tujuan yang sama dengan mereka bahkan diperut Rasulullah s.a.w itu diikat 3 batu...
AllahuAllah...begitu hebat tarbiyah Allah s.w.t...

Saiyiduna Rasulullah s.a.w itu sengaja memilih kehidupan yang susah walaupun Baginda s.a.w ditawarkan dengan kekayaan iaitu Jibril sendiri pernah menawarkan untuk ditukarkan suatu kawasan padang pasir menjadi emas untuk Baginda s.a.w,namun ditolak...
Begitu juga kisah pemimpin musyrikin yang menawarkan kekayaan & kuasa kepada Baginda Rasulillah s.a.w agar berhenti dari menyebarkan dakwah, namun ditolak juga...

Bahkan seperti sedia maklum,seorang kekasih Allah itu boleh sahaja meminta untuk memperoleh kehidupan yang mewah,namun Baginda s.a.w tidak meminta sedemikian..
Mengapa ?? Bukanlah bermaksud Baginda s.a.w memusuhi dengan kekayaan, kerana tiada pernah Baginda s.a.w melarang atau memarahi para sahabat yang kaya seperti Sayiduna Abdul Rahman Bin Auf r.anhu, Sayiduna Abu Bakar As-Sidiq & Saidina 'Umar Al-Khatab r.anhuma..
Bahkan para Nabi a.s terdahulu ada yang dikurniakan kekayaan seperti Nabi Yusof a.s selaku Menteri Kewangan Negara,& juga Nabi Sulaiman a.s.

Ini adalah sebagai tujuan bahawa Habibuna Rasulullah s.a.w itu ingin mengajar ummat bahawa :
1) Kesenangan dunia itu bukanlah syarat untuk mentaati Allah s.w.t
2) Memberi pengajaran kepada golongan yang miskin untuk bersyukur pada Allah s.w.t
3) Behati-hati dengan fitnah dunia yang telah banyak memesongkan orang-orang soleh terdahulu
4) Memanfaatkan apa yang mampu dari dunia ini untuk meraih kesenangan yang sebenar di akhirat kelak
5) Sesekali orang beriman itu tidak akan menggandaikan tanggungjawab & prinsip agamanya untuk kepentingan dunia yang sementara

Seterusnya,boleh rujuk juga kitab-kitab muktabar berkenaan hikmah kehidupan Sayyiduna Rasulullah s.a.w...
Sebagai akhir pada penulisan ini, sekadar berkongsi satu pesanan Sayyidul Wujud,Rasulillah s.a.w..iaitu mafhum & terjemahannya :

" Carilah apa sahaja untuk-mu di dunia ini,namun ketahuilah  kamu akan berpisah dengan kesemuanya. "

Semoga Allah s.w.t sentiasa mengurniakan taufiq & hidayah-Nya untuk kita menghayati dan mencontohi kehidupan kekasih-Nya insan teragung,Nabiyyuna Muhammad s.a.w.. Ameen Allahumma Ameen (^_^)v

~ Kesusahan dalam mentaati Allah & Rasul itu jauh lebih bermakna dari kesenangan melakukan maksiat ~

Tuesday, April 16, 2013

Muhasabah Politik


                                                               [ Muhasabah Politik ]

Ada satu kumpulan itu menyatakan bahawa mereka lah yang memberi kemajuan, menjamin rezeki rakyat, & merekalah yang membawa keamanan negara..dan selain mereka, semuanya ini akan binasa...

Sedangkan ianya amatlah bersalahan sekali dengan 'iktiqod Aqidah ummat Islam, iaitu :
1) Yang menjamin setiap rezeki manusia termasuk mereka sendiri hanyalah Allah s.w.t..
2) Yang mengkehendaki kemajuan & keamanan itu hanyalah Allah s.w.t...

Dan sama2 muhasabah kembali apakah segala kebaikan yang dikecapi ini dikurniakan atas sebab dari manusia2 :
1) Mempersoalkan kesesuaian hukum2 Al-Quran
2) Menyebarkan fitnah2 secara berleluasa di media demi kepentingan kumpulan sendiri
3) Mempergunakan politik2 lucah sebagai senjata menjatuhkan kumpulan lain
4) Menyeleweng amanah rakyat demi memungut kekayaan keluarga masing2
5) Memisahkan politik dari agama Islam (mendokong sekularisme)
Amatlah jauh jika ini yang dikatakan sebagai sebab turun-nya rahmat Allah s.w.t...

Sesungguhnya sesuatu kebaikan yang masih diturunkan oleh Allah itu boleh jadi kerana masih ada manusia-manusia yang masih mengasihi Allah & Rasul dan setia dalam memperjuangkan Islam..

Maka dalam bermuhasabah ini,ketepikan dahulu warna politik masing2,dan buatlah penilaian dengan kacamata matlamat sunnah Rasulullah s.a.w berpolitik...

Wallahu'alam (^_^)v

~Bersama memilih perjuangan Islam~

Friday, April 5, 2013

JALAN KEBENARAN DI PRU-13



Sesungguhnya KEBENARAN itu adalah datang-nya dari Agama Wahyu yang tiada keraguan dengan-nya...
Dan KEBENARAN inilah yang memandu manusia kepada kebaikan bukan sahaja di dunia yang sementara, bahkan yang lebih utama kebaikan di akhirat kelak...

Namun lumrah bagi perjuangan menegakkan KEBENARAN ini sesekali tidak pernah mudah kerana turut di janjikan bersama-nya golongan-golongan Pencinta Dunia yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggelapkan KEBENARAN ini...
Sungguh amat sia-sia lah golongan ini kerana menyangka suatu yang sia-sia...
Telah di janjikan Allah s.w.t bahawa tidak akan pernah padam Cahaya Allah s.w.t ini dan akan senantiasa ada segolongan manusia yang sentiasa mempertahankan-nya...

Maka PRU-13 yang bakal tiba ini, kenali-lah KEBENARAN itu berlandaskan Agama Wahyu yakni Islam dan sesekali jangan kerana
-->Propaganda Fitnah
-->Habuan Dunia
-->Semangat Assobiah Kaum
menjadi sebab tergadainya Kebenaran Agama dalam diri...

Kemuliaan diri dengan Keteguhan Islam, maka tanpa Keteguhan Islam, akan ke lembah Kehinaan bagi diri (^_^)/"

~ Bersama Memilih Perjuangan Islam ~


Sunday, March 17, 2013

Yang Terindah Masih Ada



"Bismillahirrahmanirrahiim"

Di kala diri keseorangan, hati mula rasa sepi..
Kesepian yang mungkin berpanjangan,kerana dirasakan tiada yang menemani di sisi..
Tatkala diri itu berharap agar diperkenankan hajat di hati,
Lalu tangan di tadah bermohon hajat pada ilahi..

Namun,lain pula yang semakin menyerlah di hati,
tersingkap akan sekalian kekurangan & kelalaian diri..
Maka semakin luput hajat-hajat di hati,
Merasakan amatlah tidak layak pada meminta pada ilahi..

Hati mula menjadi sebak,
seakan hati itu mula menangis tanpa diminta,
tiada yang tahu akan keadaan itu,
Namun iman mula membisik bahawa ada yang mengetahui,
bahkan diketahui juga akan sekalian hajat-hajat yang dipendam itu,
mendengar bisikan itu, hati yang sebak menjadi gembira..
gembira yang tiada mampu di ungkapkan dengan lisan akan indahnya apa yang dirasai,

Kesepiaan yang dirasai mulai surut,
Kerana mengetahui bahawa di sana ada Yang Maha Mengetahui,
mengambil berat akan diri walau tanpa diluahkan,
diri mula menyedari bahawa di sana ada Yang Maha Penyayang,
menyayangi akan diri walau tanpa dibalasi..

Sungguh,kehadiran-Nya di hati itu teramatlah bermakna..
Yang kotor menjadi bersih,
Yang berat menjadi ringan,
Yang susah menjadi senang,
Yang gelisah menjadi tenang...
Menyedarkan kepada-ku bahawa Yang Terindah Itu Masih Ada..
Sungguh, Engkaulah segala-galanya bagi-ku...

~ Aku Cinta Pada-Mu Ya Allah,Ya Rabbal'alamin..  =')  ~



Wednesday, March 6, 2013

Bagaimanakah Kaedah Beristikharah ?


                                                                     

                                                         [ Istikharah ]


Menjadi suatu kebiasaan bilamana di sebut soal istikharah, maka akan terlintas di fikiran ianya berkaitan soal jodoh...
Hakikatnya ianya bukanlah hanya perlu ketika soal jodoh sahaja,bahkan segala pekerjaan yang memerlukan untuk membuat suatu pilihan,maka disunatkan untuk beristikharah pada Allah s.w.t.. dengan niat mudah-mudahan setiap pilihan yang dibuat itu merupakan pilihan terbaik yang di ilhamkan oleh Allah s.w.t...

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w,mafhumnya :
"Tidak akan menyesal seorang yang bermusyawarah & beristikharah."

InsyaAllah di sini sekadar berkongsi sedikit kaedah beristikharah yang diajarkan oleh murobbi tercinta Sheikhuna Ust Muhadir Bin Hj Joll As-Senary :

1) Seeloknya pada khamis malam jumaat
2) Bepuasa di siang hari itu
3) Bermula maghrib,elakkan melayari internet sbg 'illah agar terhindar dari melihat & mendengar perkara maksiat
4) Berselawat 1000x, atau at least jangan kurang 100x
5) Selepas solat isyak, usahakan untuk tidak bercakap.

dan pesan beliau juga, bahawa adab istikharah itu antara terbaik adalah di lakukan sewaktu masih tiada pilihan,sebagai tidak dilihat seakan "memaksa" Allah bila ianya sudah ada pilihan...

Seterusnya, Rasululllah s.a.w telah mengajarkan suatu doa istkharah iaitu :

" Ya Allah, bahawa aku meminta pilihan Engkau dengan pengetahuan Engkau, dan aku meminta Engkau takdirkan dengan qudrat Engkau, dan aku meminta kepada Engkau daripada kelebihan Engkau yang besar,kerana bahawasanya Engkay berkuasa dan aku tiada kuasa, dan Engkau mengetahui dan aku tiada mengetahui, dan Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini terlebih baik bagi-ku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku iaitu pekerjaan duniaku dan akhiratku, maka takdirkan bagiku dan mudahkannya bagiku, kemudian berkatkan bagiku padanya.
Dan jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini kejahatan bagiku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku, maka palingkan dia daripada aku dan palingkan aku daripadanya dan takdirkan bagiku kebajikan di mana ada kebajikan itu,kemudian redhakan aku dengannya. "

Selamat beramal (^_^)v

~Sesungguhnya istikharah itu membina pengharapan & tawakkal hati pada Allah s.w.t~