SALAM MUJAHADAH

Followers

Monday, August 10, 2015

Hati itu tidak selama-nya keras

Pernah suatu ketika seorang anak murid yang telah mempelajari selama 40 tahun namun beliau masih tidak bijak, mungkin kerana kerasnya hati beliau..
Sesudah itu beliau melarikan diri ke suatu gua walaupun telah guru beliau menasihati agar tidak larikan diri dan terus belajar...
Lalu di gua itu, beliau melihat satu batu yang lekuk hasil dari titisan air yang berulang kali jatuh kepada-nya, setelah itu beliau mulai insaf dan mula dari saat itu beliau tidak pernah berputus asa untuk terus mempelajari ilmu yang kemudian beliau menjadi seorang yang bijak...

Begitulah hati-mu wahai penuntut ilmu..adakala hati-mu mulai keras kerna banyaknya kelalaian-mu pada Allah..
Suburkanlah kembali hati-mu itu dengan zikrullah, serta lembutkan ia dengan curahan ilmu yang berterusan...

Walau mungkin hari ini diri-mu masih belum memahami, dengan usaha-mu yang berterusan pasti suatu hari diri-mu mula memahami dengan penuh nikmat..
Walau mungkin hari ini diri-mu masih tidak di kenali sebagai 'alim, dengan usaha-mu yang berterusan pasti suatu hari diri-mu mula memahami nikmatnya beramal dengan ilmu...

Bersihkan kembali hati-mu agar kehidupan-mu kembali hidup


No comments:

Post a Comment