SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, February 6, 2014

Memanfaatkan "Kelebihan"

"Bismillahirrahmanirrahim"

Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pengampun...
Selawat & Salam ke atas junjungan mulia Habiballah,Saiyiduna Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga & para sahabat-nya...
Alhamdulillah..dah lama tak menukilkan sesuatu secara khusus di blog ni...

InsyaAllah,di seketika masa terluang ini..tergerak hati alfaqir untuk menukilkan sesuatu di sini sekadar tazkirah untuk diri sendiri yang seringkali lalai ini dan mudah-mudahan bermanfaat buat mereka yang terbacanya..

      Sebagai manusia yang biasa, tidak dapat di nafikan akan lemahnya diri kita ini akan segala perkara melainkan berkehendaknya Allah s.w.t pada kita memiliki qudrah dalam melakukan sesuatu perkara..Namun,ketahuilah bahawa iradah Allah s.w.t itu telah menentukan akan setiap manusia itu dikurniakan kelebihan-kelebihan yang boleh jadi ianya sama antara manusia ataupun boleh jadi ianya berbeza antara manusia...
Sesetengah orang memandang bahawa sesuatu itu dikira sebagai kelebihan bilamana ianya dianggap besar disisi manusia ataupun kuantitinya itu jauh lebih besar dari yang dikurniakan pada orang lain.  Namun hakikat kelebihan yang sebenar bukanlah sebegitu,kerana jika dilihat pada anggapan manusia lain ianya pasti berbeza-beza mengikut apa yang digemari hatinya,seperti seorang yang minatnya bertukang akan beranggapan bertani itu suatu yang biasa. Begitu juga soal kuantiti, menjadi lumrah kebiasaan suatu yang kuantitinya dilihat banyak,maka pasti ianya mendatangkan manfaat yang banyak dan kuantitinya yang sedikit itu pasti manfaatnya juga sedikit. Sebagai contoh, nikmat harta yang sedikit itu,sesetengah manusia memandang remeh dengan kurniaan ini bahkan tidak menganggapnya suatu kelebihan padanya.
Ketahuilah,nilai suatu itu bukanlah terletak pada apa anggapan manusia ataupun jumlah kuantitinya..akan tetapi suatu itu akan menjadi kelebihan bilamana dimiliki akan sesuatu itu oleh seorang yang jiwanya benar-benar mencari ketaqwaan pada Allah s.w.t....Dengan hati yang mencari taqwa ini, nilai kuantiti yang banyak atau sedikit itu,akan menjadikan besar nilai manfaatnya di dunia & apatah lagi di akhirat kelak.. Dan sekiranya dikehendaki Allah s.w.t, di dunia lagi akan dibuktikan suatu anggapan manusia lain itu suatu yang salah ataupun tidak tepat dari hakikat kebenarannya.



       Maka sebagai hamba,menjadi tanggunjawab utama bagi kita adalah memastikan jiwa kita ini senantiasa mencari & berusaha pada menghiasinya dengan apa yang disebut sebagai sebenar-benar taqwa pada Allah s.w.t agar sesudah itu,mampu kita memanfaatkan setiap apa yang dikurniakan itu mengikut apa yang diperintah oleh Tuan empunya kelebihan itu iaitu Allah s.w.t. Dan sebagai hamba menjadi kewajipan bagi kita pada meyakini bahawa setiap perintahNya itu mendatangkan kebaikan pada diri kita khasnya dan perkara2 sekeliling amnya...Adalah suatu yang mencalarkan aqidah mukminin bilamana terdetik pada hatinya bahawa sekiranya menuruti setiap kehendak Tuhan dari kelebihan yang ada padanya,maka ianya suatu yang merugikan dirinya bahkan amatlah tercela jika menganggap perintah Allah itu suatu yang sudah tidak sesuai dengan zaman kini.
     
      Sebagai contoh,seorang yang dikurniakan padanya akal yang mampu berfikir dan mempelajari ilmu..sekiranya dirinya menganggap dengan memanfaatkan nikmat itu di jalan perjuangan Islam maka ianya merugikan dirinya, maka ketahuilah anggapan sebegini adalah bisikan2 iblis & syaitan yang menyebabkan seseorang itu mengkhianati & lalai dari nikmat yang dipinjamkan kepadanya.
Begitu juga seorang yang direzekikan kepadanya harta yang banyak atau boleh jadi kadarnya yang sederhana namun sedikitpun dari hartanya itu tidak diinfakkan di jalan Allah, maka ini juga suatu tanda tiada keberkatan pada harta itu, maka tiada di istilahkan suatu kelebihan dari suatu yang tiada keberkatan atasnya.

      Dalam kehidupan di dunia ini, hidup manusia tidak lari dari di uji oleh Allah s.w.t. Kesenangan & kesusahan dalam sesuatu itu,kedua-duanya adalah suatu bentuk ujian dari Allah s.w.t. Maka orang yang hatinya benar-benar mencari keredhaan Allah s.w.t, sesekali tidak akan dirinya bersangka buruk dengan setiap ujian Allah s.w.t itu, bahkan hati itu benar-benar2 yakin bahawa ujian yang dikurniakan itu sebagai wasilah & sebab untuk dirinya lebih dekat & cinta kepada Tuhan & Rasulnya...

Pesan seorang sahabatku, ujian itu tanda cinta Allah s.w.t kepada seseorang hambaNya..
Sebagaimana Rasulullah s.a.w,Kekasih Agung kepada Allah yang terlebih dahulu di uji dengan ujian yang jauh lebih besar dari apa yang di uji ke atas kita hari ini.
Dan ketahuilah ujian itu suatu hakikat kelebihan kepada mukminin kerana sekiranya dijalaninya dengan jalan sabar & penuh dengan sangkaan baik pada Allah,di ampunkan segala dosanya dahulu & di angkat darjat di sisi Tuhannya. Dan inilah antara tanda,hati itu dalam perjalanan menuju ketaqwaan kepada Allah s.w.t...

Wallahu'alam...Sekiranya ada salah & silap mohon teguran dan begitu juga dialu-alukan sebarang point tambahan..moga2 dimanfaatinya bersama.

(^_^)v

p/s: Di sertakan di sini nasihat dari seorang sahabat,moga2 bermanfaat.
 (kepada sahabat tu, maaf ye sebab tak minta izin dhulu untuk share kat sini,semoga beliau diredhai Allah)



No comments:

Post a Comment