SALAM MUJAHADAH

Followers

Monday, June 1, 2015

Nisfu Sya'ban.. Pilihan manakah yang kita pilih ?

Realitinya, tibanya malam 15 Sya'ban...maka akan ada beberapa kumpulan manusia yang berbeza cara pandangnya..

*Ada yang memilih untuk menghidupkan malam itu dengan amal-amal soleh sebagaimana yang di pedomankan oleh guru-gurunya yang juga bersandarkan kepada rujukan kitab-kitab dan para ulamak muktabar..
*Ada yang memilih untuk mengangap malam ini sama seperti mana malam2nya lain, iaitu meneruskan amal-amal sunnah hariannya..

Khair silakan yang mana satu menjadi pilihan...namun berhati-hati jika ini yang menjadi pilihan
*Ini adalah malam untuk membanteras kefahaman-kefahaman "sesat" konon istimewanya malam nisfu sya'ban lalu sibuk buat amal2 bid'ah, kalu buat maksiat2 haram xpe aku x kisah
*Ini adalah malam untuk aku tahu siapa ahli neraka sebab buat "bid'ah dholalah"

Khuatir kesesatan itu kembali kepada yang berkata...

Jadilah orang yang mencintai ilmu dan kebenaran yang ada pada-nya,
Dan sesudah itu rajinkan diri beramal dari ilmu itu,
Jikalau diri-mu bermalasan, jangan pula menghalang kepada orang lain kerana sesungguhnya itu bukan tugasan kamu tapi tugasan syaitan.

~ Ketahuilah, kita akan memperolehi di akhirat nanti dari apa yang kita pilih kini, baik itu adalah keuntungan ataupun kerugian di sana ~
‪#‎KhilafituRahmah‬ (^_^)v

No comments:

Post a Comment