SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, January 17, 2012

Ayuh Hidupkan Suasana Beragama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada Allah s.w.t, Tuhan yang maha memberi segala rezeki dan tiadalah yang lebih berhak sesuatu makhluq itu berharap pada memperoleh rezeki melainkan hanya pada Allah s.w.t.  Selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Rasulullah s.a.w, insan yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t, dan moga2 hatiku dikurnia dan dipenuhi kepada kecintaan yang tulus bagi Baginda Nabi s.a.w dan semoga impian ku untuk bersama dengan Baginda s.a.w dikabulkan dengan rahmat Allah s.w.t. Allahumma ameen.

Sahabat2 yang dikasihi oleh Allah s.w.t,
Tiadalah lain ku harapkan dari setiap nukilan ku di sini melainkan berharap setiap kali ku nukil,baca dan baca kembali, moga-moga bertambah keimanan,kecintaan dan ingatan ku pada Tuhan Yang Maha Mengasihi sekalian makhluqNya,dan juga kepada insan yang menangisi,merindui ummatnya walau di saat akhir hidupnya,Nabi Muhammad s.a.w.. Ku doakan jua kepada kalian yang membaca segala nukilan ini.

                                   

 
Nukilan ku untuk kali ini, adalah ingin mengajak diri ku dan juga sahabat2 semua untuk sama-sama berusaha,bermujahadah untuk menghidupkan kehidupan yang seketika  ini dengan agama yakni pancaran sinar islam yang diredhai. Kemuncak kenikmatan dalam hidup ini, adalah bilamana dikurnia hati yang benar-benar berasa kehambaan pada Allah s.w.t, dan ini menjadi kecukupan dari segala nikmat yang ada di muka  bumi ini sehingga saat itu,segala kesusahan yang menimpanya,dilihat padanya itu rahmat daripada Allah s.w.t padanya yakni lebih membawa pengharapannya pada Allah s.w.t, dan andai diberikan pada kesenangan padanya maka dilihatnya sebagai peringatan Allah s.w.t padanya yakni bertambah kesyukurannya dan mengingatkannya akan kekayaan rezeki Allah s.w.t.
     Dan ketahuilah bahawasanya inilah yang telah dilalui Baginda Nabi s.a.w ,para sahabat radhiallahuanhum dan juga para solihin selepasnya,sebagaimana dilihat dalam kisah2 mereka yang kelihatan "1001" pengorbanan mereka curahkan pada islam yang tercinta. Jadi,ini bukanlah suatu pengkhususan pada para anbiya' dan sahabat sahaja,bahkan ia juga mampu dicapai oleh sekalian hambanya yang solihin. Untuk itu,ayuh sama2 kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelimuti diri dan hati ini dengan cahaya islam,yakni dengan memenuhi masa-masa kita dengan amal soleh, seperti banyakkan menyebut nama2 Allah dan selawat pada Nabi s.a.w.Sebagai contoh, paling kurang dari 24 jam yang kita ada ini, usahakanlah untuk berselawat pada Nabi s.a.w 10x sehari, kerana sekali kita berselawat itu maka dikurnia daripadanya 10x selawat Allah s.w.t pada kita yakni dicurahkan rahmatNya. Jadi andai 10x, maka 100x sehari dikurnia rahmat Allah s.w.t pada kita.. MASYAALLAH, ^_^ begitu jua kalimah2 pujian pada Allah yang lain yang mana setiapnya ada fadhilat yang cukup2 besar pada kita. InsyaAllah,sama-sama usahakan yep.

                                         

Antara tanda bersyukurnya kita pada nikmat islam yang dikurnia pada kita ini, adalah dengan hidup sebagai seorang yang sama ada jasadiyahnya mahupun rohaniyahnya,atau mudahnya sama ada luarannya mahupun dalamannya, maka di isi dengannya syariat Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w.  Oleh itu,sama-sama lah meletakkan diri kita pada perkara yang boleh menguatkan diri kita untuk terus berpegang pada syariat Allah s.w.t dan mendatangkan kecintaan kita pada Nabi s.a.w. Sebagai contoh, melazimilah diri kita pada majlis-majlis ilmu,zikir kerana di sanalah tempat untuk mencari Nur Hidayah Allah s.w.t. Begitu sahabat yang hampir dengan kita, banyakkan oleh kita untuk meluangkan masa,berdiskusi dan meminta nasihat dari sahabat-sahabat yang hampir dengan Allah s.w.t  dan mencintai Nabi s.a.w. Seumpama mereka yang banyak melapangkan masa mereka dengan penjual minyak wangi,andai didapati akannya minyak wangi,paling tidak didapati akannya haruman minyak wangi tersebut. Jadi, andai diri benar2 ingin yakin akan kehidupan akhirat yang kekal itu,maka hampirilah mereka yang hatinya sudah meyakini dan mengetahui akannya hal ehwal hari akhirat itu.
      Sekadar sedikit ingin ku ingatkan diri ku dan kalian, bahawa selain akan sahabat2 itu,maka awasi juga ke mana dan bagaimana kita luangkan masa kita yakni saat kita bersendirian. Adakah Al-Quran/kitab agama/ceramah agama/blog agama yang menjadi teman baik kita atau perkara-perkara yang  melalaikan menjadi teman baik kita yakni saat kita bersendirian? Tepuk dada tanya iman......

    
 Ada yang bertanya, bagaimana internet? adakah ia perkara yang melalaikan atau tidak... jawapannya ia bergantung pada keadaan ilmu dan iman masing2...suka ku andaikan ia seumpama pisau,andai ia pada tangan seorang yang berilmu dan beriman,maka insyaAllah ia mendatangkan manfaat pada dirinya dan masyarakat, namun andai ia pada tangan seorang yang jahil lagi lemah imannya, maka berkemungkinan besar ia banyak mendatangkan mudharat pada dirinya dan masyarakat. So,panduannya berbalik pada ilmu iaitu ia memandu pada bagaimana kita menggunakan internet sebaiknya dan iman iaitu ia akan memandu tujuan kita menggunakan internet.

     Cukup sekadar ini, andai ada salah dan silap mohon sahabat2 menegur dan memberi nasihat pada insan yang serba kekurangan ini. Syukran atas kesudian membaca blog ini. Wallahu'alam.

3 comments:

  1. InsyaAllah..selalu musahabah diri dan terima kasih atas peringatan ini...

    tentang internet tu betul..kita yang mengaturnya kan? kalau kita guna untuk kebaikan InsyaAllah...iakan mendatangkan kebaikan dan begitu juga sebaliknya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, jom lawat cni lak..

    ReplyDelete