SALAM MUJAHADAH

Followers

Saturday, August 27, 2011

Ingatan di akhir Ramadhan al-Mubarak


Assalamu'alaikum w.b.t,

Ramadhan kian sampai ke penghujungnya..bagaimana iman kita? bagaimana taqwa kita? bagaimana hubungan kita dengan Allah,lebih akrab atau sebaliknya? 'ala kulli hal, ketahuilah akan bahawasanya 3 perkara utama yang kita benar2 di didik bulan barakah ini adalah berkenaan 3 fasa iaitu rahmat,keampunan Allah dan itqun minannar..

dan TERUSKANLAH, ISTIQAMAHLAH utk kita terus mencari 3 perkara ini selepas Ramadhan ini, kerana yg memberi rahmat itu,yang memberi keampunan itu dan yang menyelamatkan kita dari azab neraka itu ialah Allah s.w.t .dan Dia lah yang maha kekal yang tiada mula dan tiada pula akhir baginya..bukanlah seperti Ramadhan yang ada mula dan ada akhirnya..Maka,beruntunglah mereka yang berharap dan meminta dan terus meminta dari Allah s.w.t dan rugilah serugi2 nya bagi mereka yang meminta dengan Ramadhan yang kini kian meninggalkannya.

Oleh itu, antara sifat mereka yang peroleh taqwa itu adalah bertambah rasa kehambaan dirinya pada Allah s.w.t.. dan antara tanda mereka yang tidak peroleh taqwa akhirnya Ramadhan ini,mereka akan berhenti mencari 3 perkara tadi bahkan akan berhenti untuk melakukan amal seperti sudah tidak mengejar pahala membaca Al-Qur'an,solat berjemaah,Qiamulail etc.....

Akhir sekali,pasakkanlah dalam hati kita ketika ini,untuk ada cita-cita menjadi hamba Allah s.w.t yang diredhaiNya,nescaya insyaAllah kita akan istiqamah dalam beramal, dan jauhlah hati kita dari merasakan kita ini tidak lain seperti hamba Ramadhan,iaitu takbir raya yang bakal dilaungkan sebagai tanda berakhirnya amal taat kita,wana'uzubillahi min zaalik.. Doakan keberkatan buat diriku dan keluargaku,dan dirimu dan keluargamu..barakalahfikum :')

Monday, August 15, 2011

Muhasabah Ramadhan :')


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Assalamu'alaikum w.b.t, sekadar sedikit muhasabah setelah 15 hari kita berpuasa...
hadith Nabi s.a.w, yg ertinya :

"Allah berfirman (di dalam hadith qudsi) bahawa setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali sehingga sampai tujuh ratus kali ganda (mengikut keikhlasan dan keindahan amalan tersebut) kecuali puasa,maka puasa itu untukKu dan Akulah yang akan langsung membalasnya(dengan balasan sangat banyak yang tidak terbilang banyaknya)".....

so sama2 ambillah peluang ramadhan kali ni untuk memperbanyakkan amal soleh,dan moga2 akhirnya ramadhan ni, kita dibersihkan dari segala dosa2 yg lalu,insyaAllah :)

Dan teringat akan satu ketika Nabi s.a.w telah mengatakan "ameen" sebelum Baginda naik ke mimbar untuk berkhutnah..lalu sahabat bertanya mengapa Nabi s.a.w berkata ameen..lalu jawab baginda..sebentar tadi aku telah mendengar Malaikat Jibril berdoa pada Allah iaitu termasuklah mereka(manusia) dari mereka yang kerugian yang teramat sangat di dunia dan akhirat, iaitu mereka yang sempat bersama Ramadhan,namun bagi mereka tidak mendapat keampunan Allah s.w.t...kemudian Baginda mengaminkan doa tersebut...

Sahabat2,inilah doa yang didoakan oleh ketua malaikat,sayyidul malaikat dan di aminkan oleh ketua anbiya'..maka inilah doa yang paling makbul...jadinya,bersyukurlah kita yang berkesempatan di bulan keampunan ini, untuk benar2 mohon keampunan dari Allah s.w.t..dan perbanyakkanlah kita dengan amal2 soleh..moga2 ia menjadi kafarah bagi dosa2 kita yang lalu...

Kata 'Ulamak : "Ada dua perkara penting yang harus setiap muslim mengingati dan menyedarinya supaya mampu untuk kita manfaatkan sebaik mungkin Ramadhan al-mubarak ini, iaitu pertama akan PASTI datang suatu ketika dan masa nanti,akan sudah ketidakmampuan kita untuk berselawat tatkala disahut ketika bilal solat tarawih dan sudah tidak mampu juga untuk berpuasa di siang hari dan bertarawih di malam harinya yakni hayatilah akan kebenaran ungkapan "andai ini Ramadhan terakhirku"...

keduanya perlu disedari akan Rahmatnya,kasihNya Allah s.w.t pd sekalian hambaNya yang beriman di bulan Ramadhan,yang mana digandakan pahala bagi setiap amal baik,dan diampun juga dosa2 yang lalu.." insyaAllah,sedarnya akan dua perkara ini..maka kita akan termasuk dlm mereka yang Beruntung di dunia dan akhirat..

Sebagai akhir,sentiasalah kita menghitung diri adakah diri dan hati kita benar2 mengingati Allah s.w.t dan terasa akan kemanisan cinta kepada Allah dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w...
dan antara tanda mereka yang diterima taubatnya, maka dicampakkan dalam hatinya rasa kasih dan rindu akan amal taat..dan dirinya menjadi lebih baik dari sebelum ini, dari yang tidak menutup aurat kepada menutup aurat, dari yang tinggal solat kepada orang yang menjaga solat dan dari orang yang kurang baktinya kepada keluarga kepada orang sangat berbakti dan mengasihi keluarganya... Moga2, Allah mengurniakan kita petunjuk dan taufiknya dari sedikit muhasabah ini.. Allahumma ameen :')

Monday, August 1, 2011

2 Sunnah Nabi Yang Sering Ditinggalkan



Syaikhuna, Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, hafizhahullah, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Begitulah keikhlasan beliau dalam ceramah-ceramah dan taushiyahnya, selalu mengingatkan para imam dan para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat agar “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …” Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab ilmu, nafa‟anallahu bihi wa bi „ulumihi fid darain, Amiin…
.
Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan yang dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikhuna itu, iaitu:

(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:

"Laa ilahaillah wah dahu lasyarikalah, lahul mulk hamduyuhyi wayumit wahua 'ala kulli syai in qodir"

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

(Riwayat Imam Tarmizi dengan Sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306. Imam An-Nasa'i menambah selepas dengan ' '. Beliau (Imam An-Nasa'i)juga menambah (tentang ganjarannya):

"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba."
Imam Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...". Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah as-Sadah al-Akhyar susunan Al-Allamah al-Muhaddith al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)

(2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :



“Ya Allah,peliharalah aku dari api neraka.”

Fadhilat:
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: “Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirni min nar”, 7 kali,maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:

“Allahumma ajirni min nar”,

7 kali,maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472)
Catatan: Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya:
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka.”

Rumusan:

1. Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10 kali. Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-masing. Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.

2. Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membacanya. Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.

3. Hendaklah berusaha mengamalkan kedua-dua Sunnah Nabi yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk mana sekalipun.

4. Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua) kerana ada majlis ceramah/ kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang. Ketahuilah bahawa kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil masa yang panjang (bacaan pertama +- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20 saat).

5. Usahakan agar kita “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …”. Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin beranggapan „boleh‟ atau „tidak apa‟ ditinggalkan dengan alasan para imam dan ustaz sendiripun tidak melakukannya… Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama., fata‟ammalu…

6. Mengamal Sunnah Nabi sahaja sudah sangat besar ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri.

7. Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah ialah dengan mengamalkan Sunnah Baginda .
“Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid.” Dan dalam riwayat lain: “Maka baginya pahala sekali mati syahid.”

(Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dalam kitabnya Az-Zuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-I’tidal)

Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-„Ilm wa Ahlih,
Muhadir Haji Joll
1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M
* dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.