SALAM MUJAHADAH

Followers

Wednesday, February 16, 2011

Nukilan Buat Hati Yang Terluka


Wahai diri yang memiliki hati,

andaikata hari ini kau dibaluti dengan kesedihan,
maka ingatlah bahawa itulah tanda kamu seorang manusia,

andaikata hari ini kau dibasahi dengan pengharapan,
maka jangan sesekali kau berharap selain dari Allah,

andaikata hari ini kau diuji dengan kekecewaan dek kerana hajat yang tidak tercapai,
maka jangan sesekali kau berhenti berdoa pada Allah,

andaikata hari ini dirimu ditimpa dengan pelbagai kesusahan,
maka itulah tanda cinta dan kasih Allah s.w.t kepada kamu,

andaikata hari ini dirimu berasa lemah dan tidak berdaya,
maka ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama kamu,

andaikata hari ini terdetik oleh kamu akan buruk sangka pada takdir,
maka ingatlah kembali keihklasan amal yang pernah diungkap oleh hati kamu,


Wahai diri yang memiliki hati,

Jangan sesekali kau putus asa pada rahmat Allah yang maha pemurah,
Jangan sesekali kau berhenti berharap kasih pada Allah yang maha penyayang,
Jangan sesekali kau berhenti bersyukur pada Allah yang maha kaya,
Jangan sesekali kau berhenti berusaha dan meminta pada Allah yang maha mengetahui akan segalanya.


Wahai diri yang memiliki hati,

Sentiasalah engkau bersama dengan syariat Allah s.w.t kerana disana ada keberkatan yang tidak terhingga.
Yakinlah dengan janji-janji Allah s.w.t bagi mereka yang ikhlas dan istiqamah dalam amal taat padaNya.




Nukilan ini ku tujukan khas kepada diriku yang masih lemah imannya,dan tiadalah ku berharap melainkan agar ku dikurniakan keampunan,rahmat dan keredhaan dari Allah s.w.t atas segala perkara dalam kehidupanku..Dan tiadalah tempat yang terbaik untuk ku letakkan segala harapan melainkan hanya pada Allah s.w.t, tuhan yang maha berkuasa atas segala perkara.


Wallahu'alam.

8 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt..

    Subhanallah, sebuah nukilan yang mampu menaikkan jazbah, alhamdulillah sangat-sangat membantu. Moga saban hari semakin bertambah iman dan amal kita padaNya dan sama-sama berjuang untuk terus menjadi indah dalam pandanganNya..insya'ALLAH
    jazakallah dik,
    barakallahu fiik..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wbt...

    InsyaAllag,ameen..
    Alhamdulillah,tiadalah setiap kalam itu melainkan didatangkan ia lubuk hati yang mengharapkan pandangan kasih dari Allah s.w.t.
    InsyaAllah,moga ia bermanfaat sbg bekalan buat diri dan semua bg menghiasi baki2 hidup ini dengan berjuang dijalanNya..

    ReplyDelete
  3. "Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan bloeh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

    ~hasbunallahu wa ni'mal wakil.. Allah adalah kecukupan kami, & hanya Dia lah sebaik- baik penolong..

    ReplyDelete
  4. salam ust..ade hikmah atas ape yang Allah tetapkan pd ust..Perancangan Nya itu adalah yg terbaek. Cuma kita yg perlu mencari hikmahnya..
    Moge ust akan mendapat sesuatu yg lebih baik atas apa yg berlaku.. Barakallahu Fiik~

    ReplyDelete
  5. wasalam,
    Syukran jazilan atas segalanya,
    InsyaAllah,ana berdoa pd Allah s.w.t agar sgla ujian ini sbg kafarah kpd dosa2 yg lalu,dan dibersihkan hati ini dari segala perkara yg tidak baik...
    Dan alhamdulillah,kian hari yg ana lalui,dengan izin Allah s.w.t ana mnjdi lebih matang dlm berfikir dan membuat sesuatu keputusan...moga jalan yg ana lalui ini,ana harapkan ia jalan yg menuju pada keredhaanNya..Allahumma ameen.
    Dan ana mendoakan smoga keberkatan jua kpd ustzh sekeluarga di dunia dan akhirat..
    Mohon maaf andai ada salah silap dari ana.Syukran atas kesudian komen di sini.

    ReplyDelete
  6. As-Salaam.banyak2 bersabar.ujian mematangkan diri.mendekatkan diri dengan Pencipta.bersyukurlah kerana terpilih menerima ujian itu,kerana kita bukan siapa-siapa, tetapi hanya setitis mani yg diangkat martabatnya oleh Tuhan.SubhanAllah.

    ReplyDelete
  7. Wasalam,
    insyaAllah,Moga Allah s.w.t mengurniakan iman yg teguh di hati ini dan sentiasa mendorong ke jalan yg diredhai..
    syukran ats nasihat dan peringatan..

    ReplyDelete
  8. insyaAllah...bukan mudah menjaga hati..
    ujian untuk disyukuri bukan utk diratapi..
    hati yg diuji menduga potensi diri..

    ReplyDelete