SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, March 9, 2010

Khas Buatmu Ibu..





Ibu..apa kau sedang buat ketika ini?
apakah kau wahai ibu berada dalam keadaan baik?...
mungkin kau nampak,aku biasa bila berhapadan denganmu,
namun jauh disudut hati ini,
aku ingin kau sentiasa bahagia...
aku ingin kau gembira bila melihatku...
aku harap kehadiranku menyenangkan urusan dirimu,
dunia dan akhirat wahai ibu...


setiap hari aku memandang wajahmu..
kerana aku takut ini adalah hari terakhir kita bertemu,
disini wahai ibu,di dunia yang sementara kita ditemukan...
tatkala aku masih kecil,kau melayani kerenahku dengan penuh kasih,
kau sempurnakan kehendakku,
sehingga kini,kau masih mengasihiku,kau belikan apa yang ku pinta...
kasih sayangmu ibu,sejak ku kecil sehingga kini,
sedikit pun tidak pernah berkurang wahai ibu,
dan ku tahu,hatimu ikhlas..tidak mengharapkan apa-apa dariku..
wahai ibu,pengorbananmu tiada tandingan...
tiada kasih yang pernah kurasai sehebat kasih mu ibu....
walau kau susah dan senang,kau ingin melihat aku senang...


terlalu banyak hendak ku beritahumu ibu,
aku ingin menatap wajahmu setiap hari,
aku ingin berbicara denganmu setiap hari,
aku ingin kau tahu...bahawa aku sangat sayang padamu ibu..
aku sangat cinta padamu ibu..
bagiku,tiada ungkapan yang mampu membalas jasamu ibu...
hanya yang ku harapkan...
doa ku dimakbulkan tuhan yang esa..



Ya Allah..redhalah,ampunkanlah dosa ibuku..
tenangkanlah hatinya..berkatilah pengorbanannya terhadapku..
selamatkannya dari azab kubur,azab neraka Ya Allah.......
aku merayu padaMu Ya Allah..
janganlah kau jadikan diriku penyebab dia diseksa...
jadikanlah aku hambaMu yang taat,anak yang soleh..
agar aku mampu berbakti padanya dunia akhirat...
ibu...kuharap agar kelak...
kita akan menjejak kaki bersama ke syurga Allah..
akanku pimpin tanganmu wahai ibu...
ampunilah aku ibu..restuilah aku ibu.....
kau akan sentiasa menjadi ratu hatiku,
aku berjanji untuk sentiasa berdoa padamu,
semoga kau berbahagia di dunia dan akhirat..




ISTAJIBILLAH HUMMA DUA' ANA YA ALLAH...


edly_aic/adli








5 comments:

  1. indah,sayup bce entry nie...teringat arwah mak sye yg dh lme pg..rindu xprnh hlg dr ht nie tuk arwah..rse mcm nk peluk n cium arwah mak walau skli..ak akn trus pnjtkn doa untukmu ibu..agr kebahagiaan menjadi milikmu disana..hargai dan sayangi kehadiran seorg ibu dalam hidup kita..thnx adli..

    ReplyDelete
  2. insyaallah..salam takziah buat anda...
    insyaallah,insanrabbani mendoakan moge ibu anda mendapar rahmat dan sentiasa sejahtera disana..amin ya allah..
    hrp dpt mendoakan insanrabbani jua...
    insanrabbani sekadar berkongsi dari naluri dari lubuk hati ini..yakni naluri seorang muslim

    ReplyDelete
  3. "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"

    :)

    ReplyDelete
  4. sayanglah ibu anda melebihi isteri anda...

    ReplyDelete
  5. syahdu & rasa berdosa sgt3 bila baca entry ni.. terkenang dosa2 yg pernah di buat pd mak...=(
    astaghfirullah..
    Ya Allah ampunilah hamba Mu yg sgt bnyak dosa ini YA ALLAH..

    ALLAHUMMA NASAULAK HUDA YA ALLAH..

    ReplyDelete