SALAM MUJAHADAH

Followers

Friday, January 1, 2010

"Pengantin RnR"


Alhamdulillah..setelah sekian lama aku mendiamkan diri..atas beberapa sebab termasuk sebab masalah teknikal..akhirnya aku kembali di wadah yg ku harapkankan bermanfaat pada diriku dan sahabat2 ku...

Kehidupan ni sangatlah singkat...yang mana ia menjadi penyebab kepada orang-orang yg beriman berlumba-lumba dalam beramal,mencari apa yang sepatut nya di cari...tidak dapat dinafikan,semua yang berada di dunia sekarang ni sedang mencari yang sepatutnya..persoalannya,benarkah apa yang sepatutnya dicari itu benar-benar yang sepatutnya?...

yelah,kadang2 kita tidak sedar perkara dikejarkan kita ketika ini benar2 blh dikatakan sepatutnya dek kerana ombak serta arus yang kita lalui terlalu deras yang menjadikan mata dan hati kelabu dalam menilai sesuatu....

sebagai contoh,ada yang sibuk memikirkan,bagaimana nk memahatkan namanya dihati2 manusia..dalam pekerjaannya,kebajikannya dan sedih lagi dalam amal ibadahnya...ini dah masuk bab riak ni..erm,ana x berhajat membincangkan bab riak ni lagi,namun saat ni,mudahnya ana blh kata riak ini lah racun kepada hati kita yakni menjadi antara penyebab mata dan hati menjadi kabur...

bagi kita yg masih kabur..cuba kita renung satu analogi ni...
seorang dari pahang yg sedang bermusafir,jauh perjalanannya...katanya nak pergi angkat nikah kt perlis..(huhu)..dalam perjalanan,hatinya tersangatlah gembira seolah2 dirinya sudah bernikah..di fikirannya..terbayanglah pelbagai perkara,menatap wajah isteri yg sungguh cantik,makan bersama isterinya,menghias rumahnya bersama isterinya dan lain2 yg dianggapnya indah...
Tatkala itu,abangnya yg sedang memandu terasa ingin ke tandas..lalu,menyinggah mereka di RnR karak...sedang itu,dia serta rombongan yg mengikuti nya keluar dari kereta dan menuju ke tempat rehat..Sebelum itu,abangnya yg mengetuai rombongan itu memesan terlebuh dahulu,bahawa mereka hanya berhenti seketika kerana khuatir akan lewat sampai di rumah pengantin perempuan..
Sejurus itu,ahli rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli bermacam antaranya,ada yg membeli makanan,minuman,ada yang membeli ubat-ubatan...dan yang paling mengejutkan,ada yang membeli semuanya...sehingga ada yang bertanya, "Kenapa beli banyak2,x ke menyusahkan diri?..nak bawa lagi?"..jawabnya,"ish ape susahnya,nanti kalau ade ape2 senang skit"..kata yang bertanya tadi,"betul juga ya.."

Sedang sibuk mereka sibuk mencari bekalan,si pengantin tadi masih termenung dalam keadaan senyum..nak kata angau,boleh la..Tiba-tiba,dalam keadaan seperti itu..si pengantin lantas mengambil barang2 perhiasan dan hadiah daripada kereta seperti langsir,alas meja,dan barang2 perhiasan kecil-kecil..lagi pelik,cat yang ade dalam salah sebuah kereta pun dibawanya keluar...mmm apa kejadahnya dia ni..
Sedang itu,yang lain mula menyedari tindakan pelik si pengantin namun mereka sekadar memerhatikan sahaja sambil terpinga-pinga...dilihat,si pengantin menggantung langsir di penjuru berdekatan sebuah meja tampat makan RnR dan dihamparkan juga alas meja yang berkilauan di meja disitu...ditaburkan manik-manik agar meja itu kelihatan menarik..tidak ketinggalan dia menyembur pula wangi-wangian di seluruh kawasan itu..kemudian dicatkannya di dinding-dinding berdekatan..sesudah itu,dia pun duduk disitu sambil tersenyum....

Selang beberapa minit,abangnya yang menjadi pemandu keretanya,keluar dari tandas dan terus menuju ke arahnya...lalu bertanya,"kau buat apa ni?"..lalu dijawabnya,"alangkah indah suasana sebegini....",lantas abangnya berkata dengan suara yang agak tegas.."eh,kau ni dah gila apa,ini bukan destinasi kita,dan kau dah guna barang2 ni,nanti disana kau nak guna apa?..memang kau rase indah ape yang kau buat ni indah,tapi kat sana nanti jauh lagi indah,tambah pulak bakal isteri kau ada kat sana...."..tersentak si pengantin tadi lalu berkata,"Alamak apa aku buat ni!!,macam mana ni..habis barang-barang aku dah gunakan..aduh,menyesal lah..."

Haa,itulah analoginya..jadi,penting untuk kita sama-sama renung kembali...adakah diri kita ini seperti apa yang digambarkan tadi iaitu si pengantin,yang inginkan keindahan namun dirinya kabur akan keindahan yang sebenar..ini merupakan perumpamaan kepada seseorang yang terlalu mengejar dunia yang sementara ini yakni RnR perjalanan hidup kita..hendaklah berfikiran seperti ahli2 rombongan iaitu sibukkanlah diri kita mencari apa-apa yang patut dan penting yakni bekalan untuk kita meneruskan perjalanan yang masih jauh..dan matlamat kita juga mestilah jelas,tak lain dan tak bukan iaitu menghadap Allah swt.

Janganlah kita menjadi seperti si PENGANTIN RnR yang leka dengan keindahan yang sementara....Berkenaan dengan kesudahan cerita ni,andai ada permintaan..ana akan habiskan..k

Maaf andai salah silap dan ana galakkan sesiapa sahaja yang baca kisah ni,untuk berkongsi ape2 perkara disebalik kisah ni..dan nk komen pun boleh..k

Wallahuakalam..

5 comments:

  1. kullu sanah enta toyyibin...sllu dgr kata2 ni..yg sering diucpkn oleh org arab mesir..apabila msk thn baru..oleh itu, marila kita same2 tingkatkn amalan n mengurangkn dOsa..ok?

    ReplyDelete
  2. sedang mempelajari ciptaan tuhan--parts in brain & pathways-- konklusi>> mediCine is the bEst to kNow HIM-subhanallah

    ReplyDelete
  3. rase lucu bile bace analogi 2..namun mgkn e2lah realiti sebenarnye bile kite jauh sgt m'mikirkan yg berada jauh kat depan mata padahal e2 bukan realiti sebenar yg bakal kite hadapi..

    ReplyDelete
  4. cter kureng..cam nk cpt siap jer.bg detail skit..

    ReplyDelete