SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, March 27, 2011

Peluang Yang Tidak Di Rebut

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"

Daripada Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Ada dua macam ni'mat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu ni'mat sihat dan ni'mat kelapangan masa".



Keterangan :


Kesihatan badan dan kelapangan masa adalah ni'mat yang besar setelah ni'mat iman dan islam, namun ramai orang yang tidak menyedari kebesaran kedua-dua ni'mat ini kecuali setelah terlambat dan terluput waktunya. Apabila badan sihat dan masa pun lapang, ramai orang yang akan membuang masa,duduk bersenda-senda dan menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bahkan terkadang sampai kepada perkara-perkara yang membawa kepada kemaksiatan.


Mereka berasa malas untuk membuat amal ibadat yang sebenarnya bukanlah terlalu payah dan tidak pula memerlukan kepada banyak tenaga. Sembahyang bukanlah terlalu payah,apatah lagi membaca al-qur'an dan berzikir. Seseorang boleh membaca al-qur'an dan berzikir sambil berjalan,sambil memandu kereta bahkan sambil bekerja, namun rasa segan dan malas itu sangat susah hendak dibuang.


Walaupun demikian,namun ramai orang yang berjalan,memandu kereta dan bekerja sambil merokok, sekalipun mereka menghadapi kepayahan dalam mengendalikan rokok tersebut dan ramai pula yang memandu kereta sambil mendengar lagu-lagu dan alunan muzik yang melalaikan daripada mengingati Allah s.w.t, padahal orang yang berada di dalam kenderaan di tengah perjalanan itu adalah sangat dekat kepada kematian. Hanya terlalai sedikit,kereta sudah boleh terjun ke dalam parit atau nahas di jalanraya yang meragut nyawa, maka ia berhajat kepada pemeliharaan dan perlindungan daripada Allah s.w.t agar ia dapat sampai ke tujuannya dengan selamat.


Beginilah keadaan orang-orang yang tidak menghargai kesihatan badan dan kelapangan masa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t sehingga apabila mereka jatuh sakit dan sudah terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itu barulah mereka mengerti besarnya ni'mat kesihatan dan kelapangan masa yang telah mereka sia-siakan. Ketika itu barulah mereka hendak sembahyang,membaca al-qur'an dan berzikir.Bermacam-macam nazar dan hajat yang dijanjikan kepada Allah s.w.t, namun apalah hendak dikata jikalau nasi sudah menjadi bubur.


Oleh itu,rebutlah peluang kesihatan dan kelapangan masa yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita dan berusahalah untuk mengisinya dengan ketaatan dan ama-amal kebaikan.



sumber : Kitab Empat Puluh Hadis Penawar Hati

susunan : Abu Ali Banjari An Nadwi ( Sheikh Ahmad Fahmi ZamZam)


Thursday, March 3, 2011

Aku ingin kembali pada jalanNya....




-"Bismillahhirrahmanirrahim"-
Assalamu'alaikum w.b.t,

Alhamdulillah...tiadalah yang terlebih berhak menerima segala pujian melainkan Dia yang mengurniakan segala macam nikmat bahkan dia jugalah yang berhak menentukan atas segala ganjaran bagi mereka yang mensyukurinya dan atas segala azab bagi mereka yang mengkufurinya....
Moga-moga Allah s.w.t mengolongkan kita dikalangan mereka yang mendapat kasih dan petunjuk di sisi Allah s.w.t...

Untuk seketika waktu ini,tiadalah kalam yang indah mampu ku ungkapkan,namun hanya sekadar ingin menukilkan rasa hati yang penuh dengan kekesalan atas tindakan hatiku selama ini.....

Dalam tiada sedar,
telah ku jadikan dunia yang fana' ini sebagai ukuran segalanya,
meletakkan dunia sebagai kayu ukur Pencipta yang maha agung kepada makhlukNya,
walaupun dalam diriku,telah tersedia hujah yang dipinjamkan pada ku...bahawa tiada tara makhluk yang bernama dunia ini disandarkan sebagai "ghanimah" dari Allah s.w.t yang maha kaya kepada hamba yang dikasihi Nya...Kerana ku sedar dan tahu,bagaimana kehidupan Rasulullah s.a.w,hamba yang paling dan tersangat dikashi oleh s.w.t, dan ku juga tahu bagaimana keadaan para sahabat baginda Radiallahu anhum...
Namun,ku telah ku sia-siakan segalanya,
telah ku ketepikan segala penghujahan ini..dan ku dahulukan nafsu yang tercela,
andai di nisbahkan ujian mereka dengan apa yang diuji padaku,bagaikan sebutir pasir di pantai...betapa sedikit ku uji... Ya Allah,tiadalah yang lebih beraharap pada saat ini,melainkan keampunan dari Mu Ya Allah...


Dalam tiada sedar,
kini..diri ku semakin sepi dari kalimah-kalimah Mu yang mulia,
andai dulu,hati dan fikiranku hanyalah untukMu,
andai dulu,saat dan ketikaku hanyalah mencari redha dan kasih sayang Mu,
andai dulu,siang dan malamku, ku tujukan segala hala tuju hidupku mencari jalan mendekatiMu,

Ya Allah,kini ku sedar akan kesilapan yang telah ku lakukan,
telah ku dahulukan makhluk daripada Mu,
telah ku lebihkan fitrah cinta yang ada padaku ini kepada makhluk yang juga seperti ku,
yang berhutang budi padaMu,
yang akan dipersoal olehMu,
yang turut berharap segalanya dari Mu,


Ya Allah,aku ingin kembali pada mencintaiMu lebih dari segala-galanya,
maka ku bermohon agar ku dikurnia taufiq dan hidayah,
agar mampu ku ikuti jalan yang ditunjuki Baginda Nabi s.a.w,
perlihatkanlah ku akan segala kebesaran dan kehebatan Mu,
agar mampu ku syukuri segala nikmatMu...
dan perlihatkanlah ku jalan yang benar,
agar mampu ku perbaiki diri yang serba kekurangan ini...

Dan andai suatu ketika nanti,ku mohon agar kelak,
ku dikekalkan dalam lamunan cinta pada Mu,
dan ditemukan pada aku,seseorang yang jua dirinya dalam kehangatan bercinta dengan Mu.

Allahumma ameen...