SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, June 22, 2010

Wasiat U'lamak pada Bulan Rejab

Assalamua'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....

Rasa begitu pantas masa berlalu,kini sudah berada pada bulan Rejab yang mana kurang 2 bln lagi untuk bertemunya kita dengan bulan yang penuh barakah Ramadhan...

Namun,ketahuilah bahawasanya Allah taala jualah pemilik kepada barakah dan rahmat itu..dan hanya padaNya sahajalah tempat memintanya dan tiadalah jalan yang paling mulia melainkan jalan mencari barakah dan rahmat di sisi Allah taala...
Maka,tiadalah yang paling mengetahui jalan itu melainkan insan yang termulia di sisiNya iaitu Rasulillah s.a.w serta pewarisnya yakni u'lamak...
Hadith Nabi s.a.w :
" Al u'lamak warisatun anbiya' "
-U'lamak itu pewaris bagi para nabi-

Bercakap tentang u'lamak...suka ana berkongsi bersama berkenaan pesanan u'lamak pada kita di bulan Rejab ni dan pesanan ini alhamdulillah sampainya pesanan ini pada ana dari guru kami sewaktu di pondok, al-fadhil ust muhammad fuad bin abdul wahab.
Pesan u'lamak :

"Rejab bulan banyakkan istighfar, Sya'ban bulan banyakkan selawat,
Ramadhan bulan banyakkan baca quran."

Untuk itu, pesan guru kami jua untuk mengamalkan satu doa ini sepanjang bulan Rejab .
"Allaahummaghfirli warhamni watub 'alayya" --> 70x pagi dan petang sambil menadah tangan
maksudnya : "Ya Allah ampuni dosaku, kasihanilah daku dan terima taubatku"
Dan teringat ana tentang kata-kata dalam satu hadith yang pernah disampaikan oleh Sayyidatina Aisyah r.a iaitu :
"Aku tidak pernah Nabi s.a.w kerap(banyak) berpuasa melainkan pada bulan Rejab dan
Sya'ban dan tidak pernah aku melihat Nabi s.a.w berpuasa penuh melainkan pada bulan
Ramadhan."
Jadi, ana mengajak diri sendiri dan sahabat2 sekalian untuk sama2 mujahadah,mengerapkan diri untuk berpuasa sunat pada bulan yang dinyatakan dalam hadith di atas,INSYAALLAH....

Moga kita semua di beri taufik dan hidayat untuk mengamalkan dan di pilih dari kalangan mereka yang sering bertaubat serta diterima taubatnya oleh Yang Maha Menerima Taubat.
Mohon didoakan keberkatan buat diri yang faqir ilmunya ini serta ahli keluarga...syukran
wallahua'lam




Sunday, June 20, 2010

Adab Kepada Ibu Bapa


Assalamua'alaikum w.b.t,
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Di kesempatan ini, ana selaku hamba yang faqir sekadar ingin berkongsi suatu perkara yang cukup penting buat setiap insan yang bergelar anak..moga bermanfaat buat kita semua.
ameen ya rabb...


1- Wajib mendengar dan mematuhi segala perkataan dan perkara yang disuruh oleh ibu dan bapa..dan ketahuilah bahawasanya haram andai mengingkarinya.

2- Hendaklah berdiri pada ketika berdiri ibu bapa itu kerana memuliakan akan mereka.

3- Jangan berjalan di hadapan ibu bapa.

4- Jangan meninggikan suara atas suara ibu bapa

5- Apabila di panggil ibu bapa,maka hendaklah dijawabnya dengan lemah lembut sebagaimana memuliakan manusia teragung.

6-Hendaklah bersungguh-sungguh dalam memeliharakan atas menuntut keredhaan ibu bapa itu daripada perbuatan dan perkataan yang merendahkan dan menghinakan diri ibu bapa itu.

7- Jangan mengungkit atas ibu bapa itu dengan sebab berbuat kebajikan kepada mereka.

8-Jangan melihat kepada ibu bapa dengan penglihatan yang menyakiti akan mereka seperti
"penglihatan marah" pada mereka.

9- Jangan memasamkan muka pada hadapan ibu bapa itu sebab marah akan keduanya itu.

10-Jangan musafir melainkan dengan izin ibu bapa melainkan musafirnya itu kerana
menunaikan haji yang fardhu ain..namun sunnat jua andai di minta izin dari ibu bapa.
Insyaallah sama-samalah kita berazam untuk mengamalkan segala adab yang dinyatakan walau di mana kita berada dan siapa pun kita..moga dengan itu Allah taala sentiasa memberkati setiap apa yang kita lakukan dan menjadi asbab kepada kemuliaan kita dan ibu bapa kita di dunia dan akhirat... ameen.. mohon di doakan bersama...
Dan pesan guru ana, tiadalah makna diri dan kehidupan walau dipenuhi ilmu mahupun harta yang melimpah andai tiada kita memuliakan ibu dan bapa..
wallahua'lam

Monday, June 14, 2010

Catatan Ringkas Dariku

Assalamua'laikum...erm,agak lama jari jemari ini tidak menyentuh laptop ini..terasa sedikit kekok plak nak type..
p/s: sebenarnya sebelum ni pun kekok gk dan x pandai sangat bidang penulisan ni...
tapi teringat pada pesanan Nabi kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w yakni
sampaikanlah walau satu ayat..atas maksud itu diri yang faqir ini cuba jugalah berkongsi
apa yang termampu..andai ada kesalahan atau ikhtilaf, mohon ditegur dan dikongsi bersama..
Alhamdulillah,dengan izin Allah taala dapat jua ana dan sahabat-sahabat merealisasikan niat kami untuk mendalami ilmu-ilmu agama di pondok dalam cuti sebelum masuk main camp ni...

Mula-mula,kami tak tahu gk pondok mana nak pi..namun Alhamduillah dipermudahkan setelah kami minta nasihat daripada guru talaqqi kami masa di uia pj dulu,ust muhadir..beliau ada cadangkan kepada kami beberapa pondok dan setelah ambil kira pandangan orang tua kami.. akhirnya,syura antara kami memutuskan di Pondok Pasir Tumboh atau nama lainnya Madrasah Diniah Bakriah..Di sini ana sertaka beberapa gambar untuk sahabat2 blh kenal..

masjid pondok pasir tumboh

asrama wakaf , asrama selangor

area pondok kayu , pondok ana yg atap merah

Suasana di sini cukup berbeza dengan tempat belajar lain..kalau di uia tu dalam usaha mewujudkan biah solehah,tapi di sini mungkin ana boleh kata sudah biah solehah..alhamdulillah moga ia berkekalan...Selama 40 hari ana di sini,dengan kudrah dan iradah Yang Maha Esa..sempat jua ana menadah beberapa kitab berkaitan usuluddin bersama Ust Naim-kitab faridah, Ust Fuad-kitab sifat 20, Ust Din-kitab taqribul ikhwan....feqah bersama Ust Alim-kitab rahmatul ummah fi ikhtilafil aimmah, Ust Lah-kitab muafik masbuk, Ust Din-kitab munyatul musolli...tasawuf bersama Ust Suffian-kitab hidayatus salikin, Ust Hazree+ Ust Din-kitab penawar bagi hati..dan sempat jua ana mendalami serba sedikit bab adab bersama Ust Fuad + Ust Azrai'e-kitab pelita penuntut....dan beberapa kitab lain yang secara mingguan seperti kitab muhimmah etc....
talaqqi lps asar bersama ust alim di madrasah tengah

Moga Allah merahmati dan memberkati sekalian guru ku dan segala ilmu yang dicurahkan kepada ku....ameen ya rabb

Manisnya ukhwah..mungkin itulah yang dapat ana gambarkan walau hakikatnya tidak dapat digambarkan dengan kata..kalau sebelum ini,ana sekadar mendengar sahabat itu ibarat cermin pada diri kita dan sahabat jua guru kepada diri...kini ana dah merasainya sendiri..syukran jazilan kepada sahabat2 atas segalanya..insyaallah segala teguran dan ilmu yang dikongsi akan ana jadikan ia pedoman untuk menjadi lebih baik....dan harap sahabat yang "sepondok" sentiasa mendoakan keberkatan buat diri ana dan keluarga...




Salam ukhwah buat 'umar,amir(saah),hafiz ibrahim,hafis firdaus,hafiiz zakaria...dan juga sahabat2 dari u lain..azim(um),hamdan(uitm jengka),mahmud(udm)muslim(usm),saiful(usim)
dan semua sahabat2 yg mengenali....
syukran jua buat pelajar tetap pondok pasir tumboh yang byk membantu dan membimbimg...
barakallahfikum...
Rasanya setakat ni jela...kepada sahabat2,kalau nk tgk gambar2 dan video2 kami sepanjang kami di pondok,blh jumpa kami personal ye..ada dlm laptop+handphone.....