SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, July 12, 2011

Rahsia Menjaga Diri

Bismillah...

Assalamu'alaykum w.b.t
Segala pujian buat rabbku yang tercinta, yang memegang hati-hati manusia, dan juga empunya pada perkara yang paling bernilai,yakni nur petunjuk dalam melalui jalan-jalan yang diredhaiNya.
Tiadalah jantungku berdegup,mata yang dapat melihat bahkan kudrah yang dirasai ini, melainkan segalanya kurniaan rahmat Nya, benarlah bahawa hanya Dia, Yang Maha Pemurah lagi Pengasih.
Alhamdulillah.

Sekadar ingin mengingatkan diri yang sering lalai dari mengingati Nya...bahawasanya tiadalah dicipta sekalian manusia ini melainkan semata-mata untuk mengabdikan diri pada penciptaNya walau apa jua keadaan...Kerana,adakala kita lupa akan status kita sebagai hamba bilamana kita dalam kesenangan,kesihatan...Seolahnya,kitalah tuan empunya nikmat yang dirasai itu, benarkah sedemikian?

Adapun bilamana kita ditimpa kesusahan,kesakitan...kita merintih, berdoa pada Tuhan untuk diberikan pertolongan atasnya..pada masa itu,hati sangat yakin akan bahawa hanya Tuhan pemilik segalanya,dan diri meyakini bahawa yang merintih berdoa ini hanyalah hamba yang lemah...Mengapakah manusia atau kita ini sedemikian rupa akhlaqnya?

Tidak lain,inilah petanda bahawa diri kita yang kurang 'ilmu, dan andai ada sekalipun..kita tidak benar-benar menghayati akan 'ilmu tersebut..Jadinya,aku ingatkan diri aku dan sahabat yang dikasihi sekalian, bahawa jangan sesekali berasa jemu dan letih dalam mencari 'ilmu khususnya 'ilmu yang membawa pd meningkatnya iman kita pada Allah...Begitu juga dalam soal beramal,jangan sesekali kita rasa sudah cukup dengan amal yang sedia kita lakukan,bahkan sentiasa berusahalah untuk menambah amal tersebut atau paling tidak,kita meningkatkan kualiti amal yang sedia ada...insyaAllah,sama-sama doakan ye untuk ke arah itu..


Sebelum kita beramal,maka PERTAMA nya penting bagi kita untuk membetulkan niat terlebih dahulu..kerana dengan niat,boleh jadi amal seseorang itu menjadi sia-sia...kerana ada sahaja mereka yang zahirnya beramal untuk akhirat seperti solat,qiam..namun niatnya untuk mendapat habuan dunia semata-mata,maka baginya apa yang diniatkannya...dan niat ini juga penting dalam pengukuhan untuk kita istiqamah dalam amal ketaatan..sebagai contoh,ada juga mereka yang kuat solat malamnya,panjang zikirnya pada Allah,tapi pada waktu bila? bila dia berkehendakkan sesuatu spt nak result SPM baguih2, pointer tinggi2, itulah,inilah..zahirnya mungkin dilihat tiada masalah,dan insyaAllah ada pahala bagi amal tersebut..namun,bagaimana kalau apa yang dihajatkan tersebut tidak tercapai? erm, mungkin semua dah sedia maklum bahawa kebanyakannya mereka yang sebegini mula enggan untuk istiqamah untuk bermunajat pada Allah kerana buruk sangkanya pada Allah...bahkan yang lebih teruk,mereka memandang remeh akan soal munajat dan ibadat pada Allah.. Na'uzibillah,ku doakan kita semua dijauhkan dari digolongkan dalam golongan sebegini.

KEDUA nya..di samping mempunyai niat yang betul..maka penting juga bagi kita untuk mengiringi amal tersebut dengan tujuan yang jelas dan sahih..dan suka aku untuk memudahkan bicara tentang ini dengan mengambil perkara yang dikatakan falsafah solat..iaitu ada 'ulamak yang mengatakan bahawa seorang yang benar-benar jelas dengan tujuan beribadatnya,seperti seorang yang mempunyai akhlaq yang samua di dalam dan luar solatnya....
Iaitu sebagaimana seorang itu menutup aurat di dalam solat,begitu juga dia menutup aurat di luar solatnya..begitu juga sebagaimana beradabnya dia mengikut imam dalam solat, begitu juga dia taat pada pemerintahnya yang syaratnya sama juga seperti imam dalam solat yakni hendaklah imam itu seorang yang beriman pada Allah dan taat akan segala perintahNya.



Namun, apa yang lebih penting dari itu, sebagaimana hatinya khusyuk dalam solat, maka seharus juga baginya untuk "khusyuk" juga dalam amal diluar solat nya...Dan penjelasan bagi khusyuk ini, 'ulamak ada mengatakan bahawa ada dua perkara utama yang membawa kepada khusyuk,iaitu rasa takut(khauf) dan rasa berharap(roja')... Ringkasnya, setiap amal seharian kita, sama ada ber facebook,twitter, atau generalnya on laptop atau internet..penting bagi kita untuk hadirkan bersama atau "On" kn juga rasa takut dan berharap ini..takut apa?berharap apa? Tidak lain iaitu takut iaitu amal tersebut menjadi sia2 tanpa pahala bahkan yang lebih teruk takut kita sudah tidak dilindungi oleh Allah dari godaan syaitan..Oleh itu,penting pada masa yang sama untuk berharap agar setiap amal tersebut dikurnia pahala dan ganjaran yang baik di akhirat kelak, dan sentiasa kita dilindungi oleh Allah dari godaan syaitan..

Rasanya,cukuplah ini asbab pada 'ilmu ku yang sedikit dan terbatas, buat ingatan diri dan sdikit perkongsian kepada yang lain..moga-moga kalau tidak banyak,sedikit manfaat pun dah dikira nikmat yang besar buat diri..insyaAllah..Sampaikan juga pada sahabat2 lain..syukran

Thursday, June 23, 2011

Wahai para jundi,ayuh hidupkan perjuangan ini

Assalamu'alaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,tuhan yang mengurniakan segala yang terbaik dan diperlukan oleh sekalian makhluq..
Serta selawat dan salam ke atas baginda Nabi s.a.w ..insan yang paling dikasihi dan dicintai Allah, insan yang telah banyak berkorban demi ummatnya..dan juga menjadi segala contoh bagi setiap manusia atas muka bumi Allah s.w.t... Moga dimasukkan rasa kasih dan cinta pada Allah dan para Rasul yang tidak terhingga dalam hati ku,dan juga hati kalian, ameen insyaAllah...

Terasa sangat kerdil diri ini untuk menulis di sini, yakni perihal satu perkara yang sangat besar,iaitu ISLAM..kerana hakikat islam itu indah,cantik dan sungguh,ia memudahkan kehidupan dunia dan akhirat kerana ianya merupakan panduan untuk kedua-dua kehidupan.. Jadi,ku memohon petunjuk dari Allah s.w.t sentiasa memelihara ku dari kesesatan..Jadi,seandainya di lihat kesalahan,maka ku sangat berharap agar kalian yang faqih dapat menegur insan yang serba kekurangan ini..jazakallah khair..

Niat ku hanya sekadar berkongsi dari apa yang sangat sedikit diketahui...dan ingin ku mengajak kalian dan diriku sendiri untuk sama2 menuju ke arah menjadi insan yg sebenar-benar taqwa dan paling kurang,untuk perbaiki iman yang serba kurang ini,insyaAllah.







Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, sesungguhnya kehidupan ini hanya akan bermakna bila mana ianya diiringi dengan perjuangan yang bermakna dan haqiqi,yakni menegakkan kalimah Allah yang mulia di atas muka bumi ini..seseorang yang hidupnya sepi dari perjuangan ini, maka hidup nya hanyalah sia-sia walaupun dia seorang yang berjawatan besar,dan dikatakan dalam satu hadith bahawa orang ini seperti orang mati hatinya kerana menegakkan kalimah Allah inilah hakikat zikir yang besar amalannya..kerana inilah amalan para anbiya' dan sahabat2...untuk seketika ini,mungkin kita boleh renung kembali adakah hari ini kita telah meletakkan diri kita,bahkan hati kita di jalan perjuangan ini..seandainya,kita telah dipilih,maka alhamdulillah..tinggal sahaja diri kita sendiri yang perlu menghidupkan perjuangan ini dalam diri kita..dan seandainya kita masih tidak sebahagian dari mereka yang memperjuangkan agama Allah ini, maka berusahalah,carilah dan berkorbanlah untuk meletakkan diri kita di jalan yang mulia ini...insyaAllah.






Sekadar sedikit peringatan,bagi mereka yang berada di jalan perjuangan ini...Perlu di ingat bahawa yang bertanggungjawab untuk menghidupkan perjuangan ini adalah para jundi sekalian.. 'Izzahnya perjuangan ini,hebatnya perjuangan ini bergantung pada dua pekara utama yang perlu di ambi perhatian khususnya para jundullah sekalian. Iaitu yang pertama adalah TARBIYYAH. Bila mana di sebut berkenaan tarbiyyah,maka ianya paling dekat dengan perkara berkaitan akidah dan ibadat..Jadi,penting bagi setiap jundullah itu benar-benar memahami dan menghayati perkara yang disebut sebagai akidah yang membawa kita benar-benar mengenali Allah( ma'rifatullah) dan juga akidah perjuangan itu sendiri...tanpa wujudnya perkara-perkara ini,maka tiada ruh bagi sesuatu perjuangan..kerana mana mungkin seorang yang tidak mengenali Allah, maka baginya keutamaan untuk memperjuangkan agama Allah..seperti seorang yang tidak memahami peraturan jalanraya,maka mustahil baginya untuk berbicara perihal peraturan itu bahkan apatah lagi ingin memperjuangkan peraturan itu untuk masyarakat sejagat..

Dan sebagai analogi yang lebih mudah, perumpamaan perjuangan ini seperti satu juzu' badan manusia yang sempurna, dan tarbiyyah ini diumpamakan sebagai rangka dan tulang2 dalam juzu' badan itu...Jadi,hanya tulang yang kuat dan berkalsium mampu menggerakkan tubuh itu dan tulang yang rapuh atau lemah itu mustahil baginya untuk menggerakkan tubuh itu..Jadi,bergeraknya perjuangan ini hanya dari tarbiyyah yang "berkalsium" atau baik. Antara perkara yang penting dalam tarbiyyah,iaitu ISTIQAMAH nya para jundi akan amalan-amalan yang bersifat ruhiyyah..
p/s : kepada "barisan 7", usahakan untuk istiqamah dengan taklifat2 yang diberikan ye...






Perkara kedua,yakni menjadi keutamaan dalam perjuangan iaitu DAKWAH.
Kita ummat akhir zaman, ummat Baginda s.a.w di muliakan kerana kerja dakwah. Kerana,walaupun zahirnya sudah ketiadaan Nabi s.a.w, namun ummat akhir zaman ini meneruskan kerja yang mulia ini...jadi, mereka yang mengaku seorang pejuang islam,namun mengambil remeh soal dakwah, atau mereka yang tinggal kerja dakwah ini..maka mereka bukanlah seorang pejuang islam yang sebenar...Bila di sebut dakwah, maka ia tertakluk pada setiap perbuatan,percakapan bahkan juga penampilan. Jadi,penting bagi setiap jundi itu untuk menjaga perkara-perkara ini kerana 3 perkara inilah dikatakan sebagai akhlaq. Dan kata 'ulamak, dakwah yang paling dikatakan hikmah itu iaitu dengan mempunyai akhlaq yang soleh...Sebagaimana Nabi s.a.w sendiri menampilkan akhlaq baginda yang soleh sehingga bila 'aisyah ditanya bagaimana sahsiah Nabi s.a.w, maka 'aisyah menjawab sebagaimana keseluruhan isi Al-Quran,itulah sahsiah atau akhlaq Baginda s.a.w. Begitu juga para sahabat yang berdakwah diserata dunia, pada awal mereka tidak mempelajari bahasa setempat,namun hanya dengan penampilan akhlaq yang soleh,maka telah ramai yang tertarik dengan islam... Jadi,pada jundi sekalian, usahalah untuk mempunyai akhlaq yang soleh...tiadalah sebaik-baik contoh melainkan Baginda Nabi s.a.w sendiri.

Analogi mudahnya,iaitu Dakwah ini diumpamakan sebgai segala otot dan daging di dalam satu juzu' badan manusia...Jadi,sekuat mana tulang(tarbiyyah), maka masih tidak mampu baginya menghidupkan tubuh(perjuangan) itu tanpa otot(dakwah) yang menolaknya...

Semoga kita sentiasa dalam taufiq dan hidayah Allah s.w.t.
Wallahu'alam

Wednesday, June 22, 2011

Demi-Nya,"atas nama cinta"...

Tika mata
Di uji manis senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana'
Moga dalam hitungan
Setiap perngorbanan
Agar di suluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


p/s : lirik yang dipetik dari sebuah lagu dendangan UNIC- atas nama cinta

Thursday, June 9, 2011

"The Facts behind the Killing of Osama Laden"


السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته
!!! هيا نحضر إلى المنتدى الكبير والممتع جدا

منتدى العنوان : حقائق وراء قتل أساما بن لادن

(تاريخ الميلاد : 15 يونيو 2011 (الأربعاء

IIUM Gombak المكان : قاعة المحاضرات الرئيسية

Kamaruzaman Yusoff Madya المحاضر 1 : الأستاذ الدكتور
Mazlee المحاضر 2 : الدكتور مالك
Syaari رئيس الجلسة :الأستاذ

Ana mewakili komiti program forum anjuran Maaruf Club dengan berbesar hatinya menjemput semua ke majlis ilmu yg insyaAllah barakah ini :

Tajuk Forum : The Facts Behind The Killing Of Osama Laden
Tarikh : 15 Jun 2011 (Rabu)
Tempat : Main Auditorium UIAM Gombak

Panel 1 : Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff
Panel 2 : Dr Mazlee Malik
Moderator : Ust Syaari

Grand Forum on "The Fact behind the Killing of Osama Laden"

Date: 15 JUNE 2011
Time: 8pm
Venue: Main Auditorium IIUM
Moderator:
Syaari Ab Rahman(Principal Trainer of Ibrah Paradigm Training & Consultancy)

Panelist :
1. Assoc. Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff (Senior Fellow, Institute of West Asian Studies, UKM)
2 . Dr. Maszlee Malik (Lecturer of Department Fiqh & Usul fiqh, IIUM)

Don't forget and see you there :)
Mohon sesiapa sahaja untuk sama-sama menyebar luaskan program ini...InsyaAllah, semoga Maaruf yang kita buat ini mendapat penilaian yang baik dari Allah..Syukran

Thursday, May 19, 2011

Berkatalah apa yang ingin kau cintai...

Assalamu'alaikum w.b.t,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatNya.

Agak lama tidak ku nukilkan kata-kata di sini,namun beerti naluri ku berdiam diri kerana aku dan kamu,naluri itu sentiasa berbicara walau siapa kita,baik yang seorang pemimpin mahupun seorang petani...namun harus diketahui,bahawa apa yang dikatakan sebagai naluri itu tidak lain datangnya dari hati...jadi persoalannya, apabila hati ini berbicara..sejauh mana ia berbicara atas tujuan keimanan atau ianya dipandu oleh nafsu yang memuaskan kehendak diri..??? tepuk dada tanya diri yang mempunyai hati...



Sekadar berkongsi satu kata-kata yang ku pelajari oleh seorang guru yang kini sedang menimba 'ilmu di syria yang mana ketika itu kami dibacakan kitab yang berkaitan aqidah.
Kata 'ulamak yang mana mafhumnya :

"Seorang itu akan membicarakan apa yang dicintai hatinya"

Pelbagai penafsiran yang boleh dibuat dari kata-kata ini..sebagai contoh, orang yang hatinya mencintai hiburan,maka akan sering kalamnya itu berkaitan hiburan..orang yang hatinya cinta akan keenakan dunia,maka akan sering baginya berbicara soal dunia.. dan seandainya orang yang hatinya mencintai akhirat,maka hal yg selalu dibicarakan adalah soal akhirat...begitu juga bagi mereka yang hati nya mencintai Allah dan RasulNya, maka setiap perkara yang diungkapnya adalah yang berkaitan cintanya pada Allah dan Rasul...

Namun,mungkin itu adalah kata-kata yang membawa kita pada muhasabah diri dan menilaikan kembali arah tuju hati kita...Apa yang ku ingin bawa juga bersama di sini,adalah sangat penting untuk "mentarbiah" dan mendidik hati kita untuk berada pada arah tuju yang benar...sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh Allah s.w.t pada hambaNya...
Atas maksud itu,harus dititik beratkan akan kalam yang ingin kita keluarkan hatta di dalam gurauan sekalipun..seandainya kita ingin merasa kemanisan hati yang mencintai Allah dan Rasul,maka banyakkanlah kita memuji Allah dan RasulNya serta menghadirkan diri kita pada majlis yang membicarakan soal kecintaan pada Allah dan RasulNya...insyaAllah,tiadalah kalam yang mampu yang menyentuh dan menggetarkan hati ini melainkan kalam mulia Allah (Al-Qur'an) dan hadith.
Mungkin ada yang mengatakan,apakah ada manfaat dariku membaca Al-Quran sedangkan ku tidak memahaminya..untuk ini,suatu analogi yang ingin dikongsi iaitu seandainya ada seorang yang ingin memenuhkan air dalam sebuah baldi,dan di ambilnya air itu dari telaga dengan menggunakan "cebok"..diulang aliknya mengambil air dari telaga dan dibawanya ke baldi..sedar-sedar,cebok nya itu berlubang besar..dalam analogi ini,dua perkara yang dapat diambil, pertama seandainya cebok itu tidak bocor,maka baldi itu akan penuh dengan air dan cebok itu akan bersih dek kerana air yang sentiasa melalui di dalamnya..kedua seandainya cebok itu bocor,maka baldi itu tidak akan penuh namun paling kurang cebok nya itu akan bersih dek kerana air yang melaluinya berulang-kali..so,tidak kurang bezanya dengan bacaan Al-Qur'an,sendainya kita membaca dan mampu memahaminya,maka ilmu kita dapat,hati juga akan jadi bersih,dan seandainya kita sekadar membaca dan tidak memahaminya,paling kurang ia akan menyucikan hati kita..jadi nasihat buat diri ku juga, banyak2 kanlah baca Al-Quran dan hadith ye,dan kalau nak lebih advance,selalu2 lah hadir majlis yang membantu kita memahaminya.... :)

Secara ringkasnya,untuk seteruskan dalam kehidupan seharian kita..maka penting untuk kita berbicara akan soal yang mampu mendatangkan manfaat bagi kita dan pada masa yang ianya menjadi kemampuan dan kepentingan bagi kita...Sebagai contoh,seorang yang dirinya ingin berjaya dalam hidupnya,maka penting baginya berbicara soal2 yang mampu memotivasikan dirinya untuk meningkatkan tahap hidupnya, bak kata pakar-pakar motivasi dan juga ayahku, always talk positively and at the same time,put your mind in positive way....so kawan2 sekeliling pun bantu gk la ye to make things positively..dan sudut akidahnya,haruslah kita sentiasa meletakkan sangkaan yang baik pada setiap takdir itu,kerana tiada ditakdirkan sesuatu itu melainkan datangnya dari Allah s.w.t..dan tiadalah ditakdirkan sesuatu itu pada hambaNya melainkan ia sebagai ujian kepada hambaNya dalam soal keimanannya pada Qada' dan Qadar..dan tiadalah ia melainkan yang dikehendaki kepada hambanya yang beriman,untuk ditambahkan keimanannya pada Allah dan dihampirkan dirinya pada bertambah pengharapannya pada Allah s.w.t...
Begitu juga dengan soal-soal yang lain...orang yang sentiasa berbicara soal pernikahan,maka hati dan fikirannya akan dipenuhi dengan soal pasangan hidup..bukanlah ini suatu kesalahan,namun ia berbalik pada kesediaan diri dan keutamaan buat hati masing2..

"Mana mungkin hati yang tidak dipenuhi dengan nur kasih pada ilahi mampu melebarkan nur kasih itu pada orang lain yang hampir padanya"



Jadi,cukup sekadar ini untuk direnung dan dihayati bersama...sebagai kesimpulan,untuk mencapai hati yang mampu membisikkan naluri yang suci yang bersamanya atas tujuan keimanan dan ketaqwaan,penting untuk kita meletakkan apa yang paling utama daripada yang utama.. WALLAHU'ALAM

P/S : sebarang teguran,nasihat,komen atau penambahan sangatlah dialu-alukan.

Sunday, May 1, 2011

Sepi Hati Tanpa Cinta

Assalamu'alaikum w.b.t ,


Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, yang memberikan segalanya yang diperlukan kepadaku..selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatNya..




Kehidupan dan ujian..adalah suatu perkara yang seiring,

seandainya kehidupan itu suatu pilihan,itu dusta..

seandainya ujian itu suatu pilihan,itu dusta..

kerana keduanya merupakan suatu takdir Allah s.w.t atas hambanya..

kehidupan itu rahmat...

ujian itu rahmat...

kerana ia merupakan kurniaan dari Pencipta Yang Maha Pemurah...



Namun,hati akan kabur bahkan akan tuli akan semua ini...

kehidupan seolahnya suatu pilihan baginya.."aku bernafas kerana aku hendak bernafas"..
ujian itu seolahnya suatu yang tidak penting baginya.." susah? kenapa perlu lalu jalan susah.."

seolahnya, segalanya itu ditentukan oleh dirinya sendiri....







Inilah yang dikatakan hakikat sepinya hati seseorang...

hati yang buta pada erti kesyukuran,

hati yang hanya menagih kesenangan yang sementara,

hati yang alpa dari mencari kebenaran,

bukan seperti yang disangkakan ramai orang ketika ini iaitu

"aku sepi berseorangan tanpa teman"...



Bilamana hati sepi..dunia yang dilihat menjadi sangat sempit..

segala nikmat dari illahi itu seakan hanya setitis yang dilihatnya..

hatinya tiadalah lain menginginkan keseronokkan yang sementara..

seandai hati itu di timpa kesusahan dan kesukaran..ia akan merungut seribu bahasa..

seakan kesalahan itu dari Tuhan yang padanya tidak memahami dan tidak mengetahui..

seandainya hati itu di timpa kesenangan dan kelapangan..ia akan memuji dirinya seribu kata2,

seakan dialah yang mencipta segala macam kesenangan dan kemewahan di dunia ini..



Ketahuilah, bahawa inilah hati yang tidak kenal pada Penciptanya,

hati yang tidak kenal erti syukur pada Penciptanya,

hati yang sepi, hati yang sepi, hati yang sepi....

dek kerana ketiadaan cinta pada Penciptanya.



Apa yang dinukilkan ini,sekadar renungan dan muhasabah bersama..

untuk kita sentiasa menilaikan kembali..apakah raja pada segala anggota kita ini,yakni hati ini sudah disemai rasa kecintaan pada Allah s.w.t, atau hati ini masih seperti apa yang dinukilkan..wallahu'alam, sama-sama renungkan buat diri sendiri,moga-moga kita dikurnia kekuatan dan ditetapkan iman untuk menghadapi perkara yang mendatang...

.

Wednesday, April 6, 2011

Naluri Yang Tercipta Buat Diri


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekarang masih dalam musim exam...erm, jadi sekadar ingin berkongsi sedikit pengisian buat hati-hati yang berkehendak pada peringatan dan nasihat..termasuklah diriku yang masih dan sentiasa mengharapkan tunjuk ajar dan nasihat..moga Allah s.w.t menggolongkan kita dikalangan mereka yang dibawah naungan petunjukNya.


Bertepatan dengan tema blog ni, Naluri seorang muslim..ku tidak nafikan akan setiap naluri dan fitrah yang tercipta dalam diri ku kerana walaupun terkadang dilihat,seolahnya naluri itu menjadikan diriku berfikir,dan apa yang difikirkan itu tidak seperti biasa yang ku fikirkan sebelum ni,dan kadang kala ia membuatkan diriku sudah berubah...tapi bak kata seorang sahabatku,itulah proses yang kematangan dalam kehidupan...dan ketahuilah wahai diri,bahawa itu merupakan salah satu kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya..supaya darinya,kita lebih mengingatiNya,berharap padaNya,dan menjadikan diri kita lebih bertaqwa padaNya....namun,ketahui juga bahawa darinya,ada yang menyebabkan dirinya semakin lupa padaNya,semakin meletakkan pergantungannya selain dariNya,dan semakin luntur iman dihatinya.....


Faktor yang menjadikan antara dua ini,tak lain dan tak bukan sejauh mana naluri dan fitrah yang dikurnia itu di pandu oleh hati yang "bercahaya" ataupun hati yang "malap"...kerana hanya hati "bercahaya" mampu menjadi penyuluh kepada jalan yang lurus..oleh itu,sama-sama kita renung kembali dimanakah kedudukan hati kita?..erm,andai ia malap atau kurang cahayanya,ayuh kita terangi ia kembali dengan banyakkan mendengar 'ilmu, kerana hakikat sifat 'ilmu itu yang bercahaya dan bertambah pula ia seperti "sportlight" andai ia dihiasi pula dengan kita memperbanyakan amal soleh...

Dan soal 'ilmu,kata 'ulamak..walau apa pun kerjaya dan bidang diceburi,jangan sesekali tinggal pada 3 perkara 'ilmu yang utama..iaitu :

1) 'ilmu akidah - kerana disinilah akar pada kebenaran dan keteguhan kita dalam berpegang
pada ajaran Islam yang benar.
2)'ilmu tasawuf- kerana disinilah penentuan kepada penerimaan amal kita oleh Allah s.w.t yakni
mendidik hati untuk peroleh hakikat ikhlas yang benar dan bebas dari
sebarang penyakit hati.
3)'ilmu feqah - kerana disinilah yang memberi kita kekuatan untuk menghalalkan apa yang
dihalalkan Allah s.w.t dan mengharamkan segala apa yang diharamkan Allah.

InsyaAllah,bersusah-susahlah pada 3 cabang 'ilmu ini..insyaAllah moga-moga naluri dan fitrah yang tersedia dalam diri ini terpandu dengan cahaya petunjuk dari Allah s.w.t.

Sebagai akhir,sekadar berkongsi satu kata-kata..yang ku dapat dari seorang sahabat..insyaAllah moga sama-sama ambil manfaat.

" Teruskan berdoa dan berusaha mensoleh/hahkan diri,
insyaAllah pasangan yang soleh/hah akan diperolehi..
berusahalah untuk mencintai Allah,
insyaAllah Allah akan kurniakan pasangan yang Dia cintai ."

wallahu'alam