Bismillah...
Assalamu'alaykum w.b.t
Segala pujian buat rabbku yang tercinta, yang memegang hati-hati manusia, dan juga empunya pada perkara yang paling bernilai,yakni nur petunjuk dalam melalui jalan-jalan yang diredhaiNya.
Tiadalah jantungku berdegup,mata yang dapat melihat bahkan kudrah yang dirasai ini, melainkan segalanya kurniaan rahmat Nya, benarlah bahawa hanya Dia, Yang Maha Pemurah lagi Pengasih.
Alhamdulillah.
Sekadar ingin mengingatkan diri yang sering lalai dari mengingati Nya...bahawasanya tiadalah dicipta sekalian manusia ini melainkan semata-mata untuk mengabdikan diri pada penciptaNya walau apa jua keadaan...Kerana,adakala kita lupa akan status kita sebagai hamba bilamana kita dalam kesenangan,kesihatan...Seolahnya,kitalah tuan empunya nikmat yang dirasai itu, benarkah sedemikian?
Adapun bilamana kita ditimpa kesusahan,kesakitan...kita merintih, berdoa pada Tuhan untuk diberikan pertolongan atasnya..pada masa itu,hati sangat yakin akan bahawa hanya Tuhan pemilik segalanya,dan diri meyakini bahawa yang merintih berdoa ini hanyalah hamba yang lemah...Mengapakah manusia atau kita ini sedemikian rupa akhlaqnya?
Tidak lain,inilah petanda bahawa diri kita yang kurang 'ilmu, dan andai ada sekalipun..kita tidak benar-benar menghayati akan 'ilmu tersebut..Jadinya,aku ingatkan diri aku dan sahabat yang dikasihi sekalian, bahawa jangan sesekali berasa jemu dan letih dalam mencari 'ilmu khususnya 'ilmu yang membawa pd meningkatnya iman kita pada Allah...Begitu juga dalam soal beramal,jangan sesekali kita rasa sudah cukup dengan amal yang sedia kita lakukan,bahkan sentiasa berusahalah untuk menambah amal tersebut atau paling tidak,kita meningkatkan kualiti amal yang sedia ada...insyaAllah,sama-sama doakan ye untuk ke arah itu..
Sebelum kita beramal,maka PERTAMA nya penting bagi kita untuk membetulkan niat terlebih dahulu..kerana dengan niat,boleh jadi amal seseorang itu menjadi sia-sia...kerana ada sahaja mereka yang zahirnya beramal untuk akhirat seperti solat,qiam..namun niatnya untuk mendapat habuan dunia semata-mata,maka baginya apa yang diniatkannya...dan niat ini juga penting dalam pengukuhan untuk kita istiqamah dalam amal ketaatan..sebagai contoh,ada juga mereka yang kuat solat malamnya,panjang zikirnya pada Allah,tapi pada waktu bila? bila dia berkehendakkan sesuatu spt nak result SPM baguih2, pointer tinggi2, itulah,inilah..zahirnya mungkin dilihat tiada masalah,dan insyaAllah ada pahala bagi amal tersebut..namun,bagaimana kalau apa yang dihajatkan tersebut tidak tercapai? erm, mungkin semua dah sedia maklum bahawa kebanyakannya mereka yang sebegini mula enggan untuk istiqamah untuk bermunajat pada Allah kerana buruk sangkanya pada Allah...bahkan yang lebih teruk,mereka memandang remeh akan soal munajat dan ibadat pada Allah.. Na'uzibillah,ku doakan kita semua dijauhkan dari digolongkan dalam golongan sebegini.
KEDUA nya..di samping mempunyai niat yang betul..maka penting juga bagi kita untuk mengiringi amal tersebut dengan tujuan yang jelas dan sahih..dan suka aku untuk memudahkan bicara tentang ini dengan mengambil perkara yang dikatakan falsafah solat..iaitu ada 'ulamak yang mengatakan bahawa seorang yang benar-benar jelas dengan tujuan beribadatnya,seperti seorang yang mempunyai akhlaq yang samua di dalam dan luar solatnya....
Iaitu sebagaimana seorang itu menutup aurat di dalam solat,begitu juga dia menutup aurat di luar solatnya..begitu juga sebagaimana beradabnya dia mengikut imam dalam solat, begitu juga dia taat pada pemerintahnya yang syaratnya sama juga seperti imam dalam solat yakni hendaklah imam itu seorang yang beriman pada Allah dan taat akan segala perintahNya.
Namun, apa yang lebih penting dari itu, sebagaimana hatinya khusyuk dalam solat, maka seharus juga baginya untuk "khusyuk" juga dalam amal diluar solat nya...Dan penjelasan bagi khusyuk ini, 'ulamak ada mengatakan bahawa ada dua perkara utama yang membawa kepada khusyuk,iaitu rasa takut(khauf) dan rasa berharap(roja')... Ringkasnya, setiap amal seharian kita, sama ada ber facebook,twitter, atau generalnya on laptop atau internet..penting bagi kita untuk hadirkan bersama atau "On" kn juga rasa takut dan berharap ini..takut apa?berharap apa? Tidak lain iaitu takut iaitu amal tersebut menjadi sia2 tanpa pahala bahkan yang lebih teruk takut kita sudah tidak dilindungi oleh Allah dari godaan syaitan..Oleh itu,penting pada masa yang sama untuk berharap agar setiap amal tersebut dikurnia pahala dan ganjaran yang baik di akhirat kelak, dan sentiasa kita dilindungi oleh Allah dari godaan syaitan..
Rasanya,cukuplah ini asbab pada 'ilmu ku yang sedikit dan terbatas, buat ingatan diri dan sdikit perkongsian kepada yang lain..moga-moga kalau tidak banyak,sedikit manfaat pun dah dikira nikmat yang besar buat diri..insyaAllah..Sampaikan juga pada sahabat2 lain..syukran
No comments:
Post a Comment