SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, June 23, 2011

Wahai para jundi,ayuh hidupkan perjuangan ini

Assalamu'alaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,tuhan yang mengurniakan segala yang terbaik dan diperlukan oleh sekalian makhluq..
Serta selawat dan salam ke atas baginda Nabi s.a.w ..insan yang paling dikasihi dan dicintai Allah, insan yang telah banyak berkorban demi ummatnya..dan juga menjadi segala contoh bagi setiap manusia atas muka bumi Allah s.w.t... Moga dimasukkan rasa kasih dan cinta pada Allah dan para Rasul yang tidak terhingga dalam hati ku,dan juga hati kalian, ameen insyaAllah...

Terasa sangat kerdil diri ini untuk menulis di sini, yakni perihal satu perkara yang sangat besar,iaitu ISLAM..kerana hakikat islam itu indah,cantik dan sungguh,ia memudahkan kehidupan dunia dan akhirat kerana ianya merupakan panduan untuk kedua-dua kehidupan.. Jadi,ku memohon petunjuk dari Allah s.w.t sentiasa memelihara ku dari kesesatan..Jadi,seandainya di lihat kesalahan,maka ku sangat berharap agar kalian yang faqih dapat menegur insan yang serba kekurangan ini..jazakallah khair..

Niat ku hanya sekadar berkongsi dari apa yang sangat sedikit diketahui...dan ingin ku mengajak kalian dan diriku sendiri untuk sama2 menuju ke arah menjadi insan yg sebenar-benar taqwa dan paling kurang,untuk perbaiki iman yang serba kurang ini,insyaAllah.







Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t, sesungguhnya kehidupan ini hanya akan bermakna bila mana ianya diiringi dengan perjuangan yang bermakna dan haqiqi,yakni menegakkan kalimah Allah yang mulia di atas muka bumi ini..seseorang yang hidupnya sepi dari perjuangan ini, maka hidup nya hanyalah sia-sia walaupun dia seorang yang berjawatan besar,dan dikatakan dalam satu hadith bahawa orang ini seperti orang mati hatinya kerana menegakkan kalimah Allah inilah hakikat zikir yang besar amalannya..kerana inilah amalan para anbiya' dan sahabat2...untuk seketika ini,mungkin kita boleh renung kembali adakah hari ini kita telah meletakkan diri kita,bahkan hati kita di jalan perjuangan ini..seandainya,kita telah dipilih,maka alhamdulillah..tinggal sahaja diri kita sendiri yang perlu menghidupkan perjuangan ini dalam diri kita..dan seandainya kita masih tidak sebahagian dari mereka yang memperjuangkan agama Allah ini, maka berusahalah,carilah dan berkorbanlah untuk meletakkan diri kita di jalan yang mulia ini...insyaAllah.






Sekadar sedikit peringatan,bagi mereka yang berada di jalan perjuangan ini...Perlu di ingat bahawa yang bertanggungjawab untuk menghidupkan perjuangan ini adalah para jundi sekalian.. 'Izzahnya perjuangan ini,hebatnya perjuangan ini bergantung pada dua pekara utama yang perlu di ambi perhatian khususnya para jundullah sekalian. Iaitu yang pertama adalah TARBIYYAH. Bila mana di sebut berkenaan tarbiyyah,maka ianya paling dekat dengan perkara berkaitan akidah dan ibadat..Jadi,penting bagi setiap jundullah itu benar-benar memahami dan menghayati perkara yang disebut sebagai akidah yang membawa kita benar-benar mengenali Allah( ma'rifatullah) dan juga akidah perjuangan itu sendiri...tanpa wujudnya perkara-perkara ini,maka tiada ruh bagi sesuatu perjuangan..kerana mana mungkin seorang yang tidak mengenali Allah, maka baginya keutamaan untuk memperjuangkan agama Allah..seperti seorang yang tidak memahami peraturan jalanraya,maka mustahil baginya untuk berbicara perihal peraturan itu bahkan apatah lagi ingin memperjuangkan peraturan itu untuk masyarakat sejagat..

Dan sebagai analogi yang lebih mudah, perumpamaan perjuangan ini seperti satu juzu' badan manusia yang sempurna, dan tarbiyyah ini diumpamakan sebagai rangka dan tulang2 dalam juzu' badan itu...Jadi,hanya tulang yang kuat dan berkalsium mampu menggerakkan tubuh itu dan tulang yang rapuh atau lemah itu mustahil baginya untuk menggerakkan tubuh itu..Jadi,bergeraknya perjuangan ini hanya dari tarbiyyah yang "berkalsium" atau baik. Antara perkara yang penting dalam tarbiyyah,iaitu ISTIQAMAH nya para jundi akan amalan-amalan yang bersifat ruhiyyah..
p/s : kepada "barisan 7", usahakan untuk istiqamah dengan taklifat2 yang diberikan ye...






Perkara kedua,yakni menjadi keutamaan dalam perjuangan iaitu DAKWAH.
Kita ummat akhir zaman, ummat Baginda s.a.w di muliakan kerana kerja dakwah. Kerana,walaupun zahirnya sudah ketiadaan Nabi s.a.w, namun ummat akhir zaman ini meneruskan kerja yang mulia ini...jadi, mereka yang mengaku seorang pejuang islam,namun mengambil remeh soal dakwah, atau mereka yang tinggal kerja dakwah ini..maka mereka bukanlah seorang pejuang islam yang sebenar...Bila di sebut dakwah, maka ia tertakluk pada setiap perbuatan,percakapan bahkan juga penampilan. Jadi,penting bagi setiap jundi itu untuk menjaga perkara-perkara ini kerana 3 perkara inilah dikatakan sebagai akhlaq. Dan kata 'ulamak, dakwah yang paling dikatakan hikmah itu iaitu dengan mempunyai akhlaq yang soleh...Sebagaimana Nabi s.a.w sendiri menampilkan akhlaq baginda yang soleh sehingga bila 'aisyah ditanya bagaimana sahsiah Nabi s.a.w, maka 'aisyah menjawab sebagaimana keseluruhan isi Al-Quran,itulah sahsiah atau akhlaq Baginda s.a.w. Begitu juga para sahabat yang berdakwah diserata dunia, pada awal mereka tidak mempelajari bahasa setempat,namun hanya dengan penampilan akhlaq yang soleh,maka telah ramai yang tertarik dengan islam... Jadi,pada jundi sekalian, usahalah untuk mempunyai akhlaq yang soleh...tiadalah sebaik-baik contoh melainkan Baginda Nabi s.a.w sendiri.

Analogi mudahnya,iaitu Dakwah ini diumpamakan sebgai segala otot dan daging di dalam satu juzu' badan manusia...Jadi,sekuat mana tulang(tarbiyyah), maka masih tidak mampu baginya menghidupkan tubuh(perjuangan) itu tanpa otot(dakwah) yang menolaknya...

Semoga kita sentiasa dalam taufiq dan hidayah Allah s.w.t.
Wallahu'alam

1 comment:

  1. "dakwah yang paling dikatakan hikmah itu iaitu dengan mempunyai akhlaq yang soleh"

    benar tu, saya setuju. Seperti yang diperlihatkan sekarang ini, apabila seseorang memberi sesuatu teguran atau cuba mendakwah, apa yang diambil kira oleh si penerima tersebut ialah peribadi si penegur itu sendiri. Sebab itu, ungkapan seperti "mengata dulang paku serpih" diwujudkan dan kemudiannya dijadikan alasan bagi si penerima.

    Bukannya menyusahkan lagi jalan dakwah, tetapi jadikannya sebagai panduan dalam menambah keberkesanan dalam dakwah tersebut.. waallahu 'alam

    teruskan menulis dan berdakwah ^_^

    ReplyDelete