SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, May 19, 2011

Berkatalah apa yang ingin kau cintai...

Assalamu'alaikum w.b.t,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatNya.

Agak lama tidak ku nukilkan kata-kata di sini,namun beerti naluri ku berdiam diri kerana aku dan kamu,naluri itu sentiasa berbicara walau siapa kita,baik yang seorang pemimpin mahupun seorang petani...namun harus diketahui,bahawa apa yang dikatakan sebagai naluri itu tidak lain datangnya dari hati...jadi persoalannya, apabila hati ini berbicara..sejauh mana ia berbicara atas tujuan keimanan atau ianya dipandu oleh nafsu yang memuaskan kehendak diri..??? tepuk dada tanya diri yang mempunyai hati...



Sekadar berkongsi satu kata-kata yang ku pelajari oleh seorang guru yang kini sedang menimba 'ilmu di syria yang mana ketika itu kami dibacakan kitab yang berkaitan aqidah.
Kata 'ulamak yang mana mafhumnya :

"Seorang itu akan membicarakan apa yang dicintai hatinya"

Pelbagai penafsiran yang boleh dibuat dari kata-kata ini..sebagai contoh, orang yang hatinya mencintai hiburan,maka akan sering kalamnya itu berkaitan hiburan..orang yang hatinya cinta akan keenakan dunia,maka akan sering baginya berbicara soal dunia.. dan seandainya orang yang hatinya mencintai akhirat,maka hal yg selalu dibicarakan adalah soal akhirat...begitu juga bagi mereka yang hati nya mencintai Allah dan RasulNya, maka setiap perkara yang diungkapnya adalah yang berkaitan cintanya pada Allah dan Rasul...

Namun,mungkin itu adalah kata-kata yang membawa kita pada muhasabah diri dan menilaikan kembali arah tuju hati kita...Apa yang ku ingin bawa juga bersama di sini,adalah sangat penting untuk "mentarbiah" dan mendidik hati kita untuk berada pada arah tuju yang benar...sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh Allah s.w.t pada hambaNya...
Atas maksud itu,harus dititik beratkan akan kalam yang ingin kita keluarkan hatta di dalam gurauan sekalipun..seandainya kita ingin merasa kemanisan hati yang mencintai Allah dan Rasul,maka banyakkanlah kita memuji Allah dan RasulNya serta menghadirkan diri kita pada majlis yang membicarakan soal kecintaan pada Allah dan RasulNya...insyaAllah,tiadalah kalam yang mampu yang menyentuh dan menggetarkan hati ini melainkan kalam mulia Allah (Al-Qur'an) dan hadith.
Mungkin ada yang mengatakan,apakah ada manfaat dariku membaca Al-Quran sedangkan ku tidak memahaminya..untuk ini,suatu analogi yang ingin dikongsi iaitu seandainya ada seorang yang ingin memenuhkan air dalam sebuah baldi,dan di ambilnya air itu dari telaga dengan menggunakan "cebok"..diulang aliknya mengambil air dari telaga dan dibawanya ke baldi..sedar-sedar,cebok nya itu berlubang besar..dalam analogi ini,dua perkara yang dapat diambil, pertama seandainya cebok itu tidak bocor,maka baldi itu akan penuh dengan air dan cebok itu akan bersih dek kerana air yang sentiasa melalui di dalamnya..kedua seandainya cebok itu bocor,maka baldi itu tidak akan penuh namun paling kurang cebok nya itu akan bersih dek kerana air yang melaluinya berulang-kali..so,tidak kurang bezanya dengan bacaan Al-Qur'an,sendainya kita membaca dan mampu memahaminya,maka ilmu kita dapat,hati juga akan jadi bersih,dan seandainya kita sekadar membaca dan tidak memahaminya,paling kurang ia akan menyucikan hati kita..jadi nasihat buat diri ku juga, banyak2 kanlah baca Al-Quran dan hadith ye,dan kalau nak lebih advance,selalu2 lah hadir majlis yang membantu kita memahaminya.... :)

Secara ringkasnya,untuk seteruskan dalam kehidupan seharian kita..maka penting untuk kita berbicara akan soal yang mampu mendatangkan manfaat bagi kita dan pada masa yang ianya menjadi kemampuan dan kepentingan bagi kita...Sebagai contoh,seorang yang dirinya ingin berjaya dalam hidupnya,maka penting baginya berbicara soal2 yang mampu memotivasikan dirinya untuk meningkatkan tahap hidupnya, bak kata pakar-pakar motivasi dan juga ayahku, always talk positively and at the same time,put your mind in positive way....so kawan2 sekeliling pun bantu gk la ye to make things positively..dan sudut akidahnya,haruslah kita sentiasa meletakkan sangkaan yang baik pada setiap takdir itu,kerana tiada ditakdirkan sesuatu itu melainkan datangnya dari Allah s.w.t..dan tiadalah ditakdirkan sesuatu itu pada hambaNya melainkan ia sebagai ujian kepada hambaNya dalam soal keimanannya pada Qada' dan Qadar..dan tiadalah ia melainkan yang dikehendaki kepada hambanya yang beriman,untuk ditambahkan keimanannya pada Allah dan dihampirkan dirinya pada bertambah pengharapannya pada Allah s.w.t...
Begitu juga dengan soal-soal yang lain...orang yang sentiasa berbicara soal pernikahan,maka hati dan fikirannya akan dipenuhi dengan soal pasangan hidup..bukanlah ini suatu kesalahan,namun ia berbalik pada kesediaan diri dan keutamaan buat hati masing2..

"Mana mungkin hati yang tidak dipenuhi dengan nur kasih pada ilahi mampu melebarkan nur kasih itu pada orang lain yang hampir padanya"



Jadi,cukup sekadar ini untuk direnung dan dihayati bersama...sebagai kesimpulan,untuk mencapai hati yang mampu membisikkan naluri yang suci yang bersamanya atas tujuan keimanan dan ketaqwaan,penting untuk kita meletakkan apa yang paling utama daripada yang utama.. WALLAHU'ALAM

P/S : sebarang teguran,nasihat,komen atau penambahan sangatlah dialu-alukan.

6 comments:

  1. Salam

    Mas'ul aku ade kata, "tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya adalah dengan tarbiyah."

    Nak makan kene tarbiyah, nak duduk pun kene tarbiyah, tu belum lagi tarbiyah solat kita dan ibadah kita yang lain.

    The point is, penting untuk kita sebagai hamba untuk meng'islah'kan diri menjadikan Allah sebagai matlamat kita.

    Matlamat tarbiyah adalah menambah amal soleh, memperbaiki kefahaman islam, mendidik nafsu dan menerima ilmu yang sahih selain daripada memberi sesuatu bermanfaat kepada masyarakat (dakwah islamiah)

    "Sesungguhnya, mereka datang kepada Allah dengan sendiri-sendiri" (al-isra ; 13-14)

    sekadar berkongsi, anyway, i love your writing when it comes to Self-improvement.

    Allahu'alam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Alhamdulillah..dapat ilmu baru sbg muahasabah diri & hati sndiri
    Membaca pnulisan anda mmbuat diri sy brasa sngguh trkesan..
    Pnggunaan analogi yg mnarik & mmbuat pmbaca brfkir trutamanya pd ayat
    "orang yang sentiasa berbicara soal pernikahan,maka hati dan fikirannya akan dipenuhi dengan soal pasangan hidup..bukanlah ini suatu kesalahan,namun ia berbalik pada kesediaan diri dan keutamaan buat hati masing2"

    truskan menulis ^_^

    ReplyDelete
  3. to hiromi ichiban :

    Khair,syukran ats penambahan pengisian di sini..
    insyaAllah,moga2 segala apa yang dilalui mampu dipandang sbg tarbiyah..dan moga dgn itu bertambah iman dan amal,serta lbh memahami erti kehidupan...

    lain kali datang lg ye kt sini.. :)

    ReplyDelete
  4. to Nurul Hidayah Abu Seman :

    Alhamdulillah..moga2 diri kamu, dan diri ku serta seluruh umat islam sentiasa berada dalam nur Hidayah Allah s.w.t, moga dgn itu terpandu hati ini dalam membezakan perkara yg haq dan batil,serta bertambahnya pengharapan akan taufiqNya untuk terus mencintai segala amal taat dan membenci segala perkara mungkar..

    insyaAllah,sama-sama doakan ye..syukran sudi ziarah dan komen di sini... barakallahu fiik

    ReplyDelete
  5. to mr IQ :

    Alhamdulillah..moga sama-sama ambil manfaat yep..syukran 'ala ziarah :)

    ReplyDelete