SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, May 1, 2011

Sepi Hati Tanpa Cinta

Assalamu'alaikum w.b.t ,


Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, yang memberikan segalanya yang diperlukan kepadaku..selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatNya..




Kehidupan dan ujian..adalah suatu perkara yang seiring,

seandainya kehidupan itu suatu pilihan,itu dusta..

seandainya ujian itu suatu pilihan,itu dusta..

kerana keduanya merupakan suatu takdir Allah s.w.t atas hambanya..

kehidupan itu rahmat...

ujian itu rahmat...

kerana ia merupakan kurniaan dari Pencipta Yang Maha Pemurah...



Namun,hati akan kabur bahkan akan tuli akan semua ini...

kehidupan seolahnya suatu pilihan baginya.."aku bernafas kerana aku hendak bernafas"..
ujian itu seolahnya suatu yang tidak penting baginya.." susah? kenapa perlu lalu jalan susah.."

seolahnya, segalanya itu ditentukan oleh dirinya sendiri....







Inilah yang dikatakan hakikat sepinya hati seseorang...

hati yang buta pada erti kesyukuran,

hati yang hanya menagih kesenangan yang sementara,

hati yang alpa dari mencari kebenaran,

bukan seperti yang disangkakan ramai orang ketika ini iaitu

"aku sepi berseorangan tanpa teman"...



Bilamana hati sepi..dunia yang dilihat menjadi sangat sempit..

segala nikmat dari illahi itu seakan hanya setitis yang dilihatnya..

hatinya tiadalah lain menginginkan keseronokkan yang sementara..

seandai hati itu di timpa kesusahan dan kesukaran..ia akan merungut seribu bahasa..

seakan kesalahan itu dari Tuhan yang padanya tidak memahami dan tidak mengetahui..

seandainya hati itu di timpa kesenangan dan kelapangan..ia akan memuji dirinya seribu kata2,

seakan dialah yang mencipta segala macam kesenangan dan kemewahan di dunia ini..



Ketahuilah, bahawa inilah hati yang tidak kenal pada Penciptanya,

hati yang tidak kenal erti syukur pada Penciptanya,

hati yang sepi, hati yang sepi, hati yang sepi....

dek kerana ketiadaan cinta pada Penciptanya.



Apa yang dinukilkan ini,sekadar renungan dan muhasabah bersama..

untuk kita sentiasa menilaikan kembali..apakah raja pada segala anggota kita ini,yakni hati ini sudah disemai rasa kecintaan pada Allah s.w.t, atau hati ini masih seperti apa yang dinukilkan..wallahu'alam, sama-sama renungkan buat diri sendiri,moga-moga kita dikurnia kekuatan dan ditetapkan iman untuk menghadapi perkara yang mendatang...

.

4 comments:

  1. insyaAllah chill yep.. :D

    sj je berkongsi muhasabah...
    kata saidina 'umar : "..dan sentiasalah menghitungkan diri sebelum diri dihitung oleh Allah di akhirat kelak"

    ReplyDelete
  2. hati xpernah tenang tanpa cinta :) kalau nak ketenangan yg hakiki, maka cinta hakiki sudah tentu pilihan. teruskn menulis adli!

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..mohon didoakan moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah s.w.t dan isitiqamah di jalanNya. syukran

    ReplyDelete