SALAM MUJAHADAH

Followers

Saturday, February 26, 2011

Indahnya Kehidupan



Assalamu'alaikum w.b.t,

Kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah s.w.t dan ku nukilkan serta ku pahatkannya pada hati ini agar setiap detik dan ketika ku ingat pada Dia yang paling ku cintai...

Di ketika ini,bukanlah ku berhajat untuk mewarnai blog ini dengan kata-kata atau kisah-kisah yang indah,namun hanya sekadar terdetik pada hati ku untuk memberi sedikit peringatan pada diriku yang masih lemah imannya,dan ku harapkan agar sedikit coretan ini menjadi asbab kepada turunnya Barakah dari Allah s.w.t dalam kehidupanku,dan ku syukur pada Allah s.w.t andai diizinkan ia untuk dijadikan pedoman dan manfaat pada insan-insan yang berkesempatan membacanya..insyaAllah...

Ada ketika,hati akan berasa gelisah dan kecewa dek kerana hajat yang tidak tercapai, atau mungkin kerana apa yang di kejar masih tidak mampu diperoleh...walaupun zahirnya dilihat seakan tiada apa-apa yang tidak baik,bahkan keceriaan jualah yang sentiasa terukir pada wajah..

Namun,kadang kala kesedihan itu tidak mampu untuk sentiasa disembunyikan..dan kadang kala ia akan diterjemahkan dengan wajahnya yang muram,atau perubahan pada sikapnya...yang suka bergaul,menjadi suka menyendiri...yang sentiasa ceria menjadi insan yang pendiam..Persoalannya,adakah salah tatkala ada perubahan pada sikap? salahkan meluahkan rasa hati yang gelisah dgn pelbagai persoalan?....

Ada yang berkata,bahawa semua ini tercetus bilamana hati dan diri yang jahil..dan ketahuilah bahawa ia benar,terimalah bahawa hati dan diri ini tidak tahu dan tidak kenal akan hikmah atas setiap yang berlaku...dan ketahuilah bahawa tiada suatu itu ditakdirkan atas kamu melainkan ia merupakan kehendak Allah s.w.t kepada kamu...dan itulah tarbiyah Allah s.w.t atas kamu,supaya kamu terus berfikir mengenal hikmahNya dan terus bergantung harapNya yakni Yang Maha Mengetahui akan segalannya....

Tidak dinafikan,sebanyak mana 'ilmu yang kamu tuntut,sejauh mana banyak usaha kamu untuk iman,pasti akan berlaku kelalaian dalam kehidupan kamu...sehingga pelbagai persoalan demi persoalan yang timbul dalam benak hati kamu...
> Dimanakah indah dalam kehidupan?
>Dimanakah kasih dan sayang Allah s.w.t pada makhluknya?
>Mengapa doaku masih tidak dimakbulkan walaupun berkali-kali ku meminta?
dan mungkin banyak lagi persoalan yang masih terbuku dalam diri, sesungguhnya, ketahuilah bahawa setiap persoalan itu,jawapannya hanya mampu diperoleh dengan SABAR dan TAAT.

Yakinlah,bahawa Allah s.w.t itu maha mendengar lagi maha mengetahui....Sematkanlah Cinta yang sepenuhnya pada Allah s.w.t,nescaya setiap persoalan itu akan terungkai satu demi satu...
Dan dari situlah,akan dinaikkan darjat kamu di sisi Allah s.w.t,yang membawa kamu ke darjat yang tertinggi yakni ihsan dalam setiap amal...yang mana ihsan inilah yang akan membawa kamu akan melihat,bahawa INDAH NYA KEHIDUPAN ini, kerana ketika itu,hanya di hati yang penuh kecintaan itulah akan melihat bahawa segala yang kamu lalui,yang kamu tempuhi,sama ada kejayaan atau kegagalan,kegembiraan atau kedukaan,kesenangan atau kesusahan,bahkan ketenangan atau kegelisahan...semuanya itu tidak lain dan tidak bukan ianya DATANG DARI DIA YANG PALING KAMU CINTAI....adakah sanggup hati kamu terdetik untuk bersangka buruk pada YANG PALING KAMU CINTAI ? adakah sanggup kamu menolak dengan pemberian yang diberi daripada YANG PALING KAMU CINTAI ?

Allahhurabbi..Engkaulah segala-galanya bagi diri ini,
Engkaulah kecukupan atas segalanya bagi diri ini,
Engkaulah tempat ku berharap dan berserah untuk menjadi pemutus atas segalanya dalam kehidupanku,
dan Engkaulah jualah akan ku jadikan sebagai tempat ku memohon perlindungan dari segala yang membawaku pada kemurkaan Mu, Ya Allah....

Semoga Kau permudahkanlah segala urusanku sama ada di dunia ini mahupun di akhirat...
dan ku memohon agar Cinta yang terpahat pada hati ini bukanlah Cinta palsu,namun ia adalah Cinta yang akan sentiasa mendorongku untuk lebih mendekatiMu dan sentiasa mengasihi RasulMu...

Allahhumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasallim

Wednesday, February 16, 2011

Nukilan Buat Hati Yang Terluka


Wahai diri yang memiliki hati,

andaikata hari ini kau dibaluti dengan kesedihan,
maka ingatlah bahawa itulah tanda kamu seorang manusia,

andaikata hari ini kau dibasahi dengan pengharapan,
maka jangan sesekali kau berharap selain dari Allah,

andaikata hari ini kau diuji dengan kekecewaan dek kerana hajat yang tidak tercapai,
maka jangan sesekali kau berhenti berdoa pada Allah,

andaikata hari ini dirimu ditimpa dengan pelbagai kesusahan,
maka itulah tanda cinta dan kasih Allah s.w.t kepada kamu,

andaikata hari ini dirimu berasa lemah dan tidak berdaya,
maka ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama kamu,

andaikata hari ini terdetik oleh kamu akan buruk sangka pada takdir,
maka ingatlah kembali keihklasan amal yang pernah diungkap oleh hati kamu,


Wahai diri yang memiliki hati,

Jangan sesekali kau putus asa pada rahmat Allah yang maha pemurah,
Jangan sesekali kau berhenti berharap kasih pada Allah yang maha penyayang,
Jangan sesekali kau berhenti bersyukur pada Allah yang maha kaya,
Jangan sesekali kau berhenti berusaha dan meminta pada Allah yang maha mengetahui akan segalanya.


Wahai diri yang memiliki hati,

Sentiasalah engkau bersama dengan syariat Allah s.w.t kerana disana ada keberkatan yang tidak terhingga.
Yakinlah dengan janji-janji Allah s.w.t bagi mereka yang ikhlas dan istiqamah dalam amal taat padaNya.




Nukilan ini ku tujukan khas kepada diriku yang masih lemah imannya,dan tiadalah ku berharap melainkan agar ku dikurniakan keampunan,rahmat dan keredhaan dari Allah s.w.t atas segala perkara dalam kehidupanku..Dan tiadalah tempat yang terbaik untuk ku letakkan segala harapan melainkan hanya pada Allah s.w.t, tuhan yang maha berkuasa atas segala perkara.


Wallahu'alam.

Wednesday, January 26, 2011

Jom Talaqi Di Uiam Gombak


,
Semua muslimin dan muslimat sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus, dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini,insyaAllah...
Moga-moga kita dikurnia keberkatan umur dengan dipenuhi masa kita dengan perkara-perkara 'ilmu dan yang bermanfaat...Allahumma ameen.
Barakallahfikum.
p/s : Maklumat lanjut boleh kunjungi http://jomtalaqi.blogspot.com/

Monday, January 17, 2011

Buat Para Pejuang Islam



Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma


Dalam peperangan Uhud,Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.a, “Marilah kita berdoa bersama-sama.Setiap orang berdosa sesuai dengan keinginannya dan seorang lagi menaminkan doa itu maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke suatu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad r.a berdoa, “Ya Allah,esok,sewaktu peperangan berlaku,tentukanlah untukku seorang lawan yang sangat beranai dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat.Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanMu dan supaya dapat aku memiliki harta rampasan.” Maka Hazrat ‘Abdullah r.a telah mengatakan, “Amin”.

Selepas itu Hazrat ‘Abdullah r.a pula berdoa, “Ya Allah,esok dalam medan peperangan,temukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat apabila dibentangkan amalan dihadapanMu,Engkau akan berkata, “Wahai ‘Abdullah,kenapakah hidung dan telingamu dipotong?” Lalu aku menjawab, “Ya Allah,hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau berkata, “Benarlah,ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.a pun berkata “Amin”.

Pada keesokan hari,peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah dipinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.a berkata, “Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang”.

Dalam peperangan Uhud itulah,pedang Hazrat Sa’ad r.a telah patah. Rasulullah s.a.w telah memberi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau.Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar[isobah]. Dinar ialah nama bagi matawang emas.

Pengajaran :

Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama,dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua,dari segi ketulusan cinta. Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a yang cintakan Allah s.w.t ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah dan berharap apabila Allah s.w.t bertanya, “Kenapa ini semua telah terjadi?” Beliau menjawab, “Demi untuk Mu”[Tarikhul-Khamis]

sumber: Kitab Fadhilat 'Amal

(Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih)


Thursday, January 6, 2011

Coretan Hakikat Kehidupan

Assalamu'alaikum w.b.t,

Alhamdulillah,tiadalah yang lebih layak menerima pujian melainkan Allah s.w.t, serta tiadalah makhluk dan insan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t melainkan Rasulullah s.a.w yang tercinta..
Allahumma solli'ala saidina muhammad, wa'ala'ali saidina muhammad...

Tiadalah perkara yang terlebih ku pentingkan dalam kehidupan ini melainkan setiap detik dan ketika,dengan taufiqNya di hati ini,hanya yang aku harapkan dan impikan adalah keampunan Allah s.w.t,kerana aku insan berdosa lagi faqir kepadaNya, dan aku doakan moga aku dan seluruh ahli keluargaku serta sahabat2 ku..agar sama2 kita digolongkan dikalangan mereka soleh dan solehah dan di izinkan untuk bersama atau hampir dengan para anbiya' dan para 'ulamak di syurga kelak..Allahumma ameen..

Insyallah,sama2 lah kita hayati dan benar2 renungi suatu kisah yg dipersoalkan Al-imam al-ghazali kepada murid-muridnya.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya iaitu beliau bertanya :

1) Imam Al-Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3: Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling hampir,dekat dengan kita ialah Mati. Sebab itu janji Allah bahawa setiap orang yang bernyawa pasti akan mati (surah Ali-imran : 185).


2)Imam Al-Ghazali: Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3)Imam Al-Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar,tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-'Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah),dan yang mempunyai mata(tetapi) tidak mahu melihatnya(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya(ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai", (surah al-'araf: 179).

4)Imam Al-Ghazali : Apa yang paling berat di dunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (surah al-ahzab : 72),"Tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah".

Sama renungkan buat diri sendri..moga sama-sama dikurnia taufiq dan hidayahNya untuk mengambil manfaat dan pengajaran dari kisah ini.

Wallahu'alam.

Tuesday, December 7, 2010

Bersyukurlah wahai diri

Assalamu'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w serta ahli keluarganya dan juga para sahabatnya..

Sekadar menukilkan sesuatu yakni tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...

Hidup tidak selalunya indah sepertimana langit juga tidak selalunya cerah,
kadangkala malam juga suram tiada bintang..namun ketahuilah bahawa itulah lukisan alam iaitu sesuatu ketentuan dari Allah s.w.t kepada makhluknya,
bukanlah kerana ingin menyiksa hambaNya kerana Dia lah yang maha penyayang, dan ketahuilah wahai kerana penyayang dan pemurahNya lah ditentukan segala ini, untuk mengingatkan kita akan kebesaranNya dan kekuasaanNya atas segalanya...

Mungkin,terkadang kita merasakan sesuatu itu diperoleh kerana usaha kita,bakat yang kita ada,atau hebatnya kita dalam sesuatu...Namun,hakikatnya tidaklah sedemikian...kerana tiadalah yang mampu memberi dan mengurnia,melainkan Allah s.w.t yang tiada berhajat pada sesiapa...
Andai ada yang berkata, aku jadi sebegini kerana aku hebat atau disebabkan guru aku, ingatlah bahawa "aku" dan "guru" itu juga berhajat pada sesuatu yakni Allah s.w.t...
Jadi, ketika mana kita berada dalam kegembiraan, maka sentiasa beringatlah dan bersyukurlah pada tuan yang memberinya yakni Allah s.w.t..dan bermohonlah agar itu adalah kegembiraan yang diberkati...

Namun,ketika mana kecewa atau kesedihan, maka ingatlah wahai diri bahawa jangan sesekali ada rasa putus asa pada rahmat Allah s.w.t...kerana rahmat Allah itu luas..

wahai diri, sesungguhnya tidak dikurnia apa yang kau hajati bukanlah kerana engkau dihinakan oleh Allah s.w.t, bahkan itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada kamu, Dia ingin terus mendengar rintihan kamu kepadaNya, dan dengan itulah Dia kan membalas kepada kamu dengan balasan yang lebih baik di akhirat kelak..

wahai diri, cuba engkau renung kembali dengan apa yang telah kau lalui selama ini, tidakkah kau sedar bahawa telah banyak kegembiraan yang dikurniakan kepada kamu sebelum ini,telah banyak perkara yang kau hajati dan dikurniakan ia kepada kamu...sehingga di ibaratkan kecewa kamu hari ini hanyalah setitis air dan selautan kegembiraan dalam kehidupan kamu..

wahai diri, jangan sesekali kau rasa usaha kamu yang lepas itu sia-sia bagi kamu kerana di sebalik itu ada yang melihat, mengetahui dan menilai segala usaha kamu dan dijanjikanNya kelak balasan yang baik atas usaha kamu..jadi,teruskan berusaha untuk akan datang,kuatkan semangat kamu walaupun mungkin seluruh manusia memandang kamu lemah,namun andai kamu istiqamah dalam berusaha,kamulah yang paling gagah di sisi Allah s.w.t, kerana kamu mampu melawa nafsu dan ikhlas dalam berusaha...


wahai diri,tanamkan azam dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik,buatlah yang terbaik dan gunalah segala kemampuan yang ada..insyaAllah kamu akan berjaya kelak..insyaAllah

Mungkin hari ini aku gagal untuk mencapai apa yang diinginkan, namun tidak akan selamanya aku ingin gagal..suatu hari nanti insyaAllah kejayaan yang ku idamkan pasti ku kecapi..

Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku bergantung harap dan memohon agar Kau sentiasa di sisi ku membantu aku dalam menempuh segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan, semoga suatu hari nanti,ketika mana aku menghadapMu kelak,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya..Allahumma Ameen



Monday, December 6, 2010

Beramallah walau perkara kecil

Assalamu'alaikum w.b.t,


Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah atas segala kurniaanNya yang tidak terhingga pada diri ini, terutamanya nikmat hati yang masih dikurniakan ingatan padaNya, serta lidah yang masih di izinkan untuk terus mengungkap kalimah mulia namanya,serta anggota yang sihat..tiadalah aku meminta melainkan untuk kekal dikurniakan rasa kehambaan padaNya walau dalam keadaan apa sekalipun...


Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w, ku memohon agar kelak ku dapat menatap wajahnya yang mulia,dan paling ku berharap agar suatu hari kelak aku dapat bersamanya selama-lamanya,agar terluah segala kecintaan di hati ini...


Tiadalah setiap apa yang ku sampaikan disini melainkan segalanya datang dari Allah s.w.t,dan segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, dan ku memohon agar segala salah silapku mendapat keampunan dan keredhann Allah s.w.t...


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, sungguh..setiap detik dan saat yang dilalui itu adalah tanda kasihnya Allah pada kita, kerana detik dan saat itulah mampu menjadi asbab atau wasilah kepada hampirnya kita pada Allah, yang mana dijanjikan dengan ganjaran yang cukup hebat daripadanya..namun,ada juga dalam kalangan kita yang mana dengan detik dan masa ini jugalah asbab kepada mereka lupa dan semakin jauh pada Allah...seolahnya cahaya iman yang pernah dikurnikan padanya semakin malap dan terpadam dek kerana diri yang tidak tahu menghargai nilai hidayah Allah..Allah,kita sentiasa minta untuk dijauhkan dari tergolong dalam kelompok sebegini...


Jadi,sangat-sangat penting untuk kita banyakkan amal sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai akan nikmat petunjuk yakni islam dan iman..kerana petunjuk yang dikurnia kepada hati ini adalah bukan dari mana2 tokey kedai makan,atau jutawan dunia yang mereka sendiri bergantung pada manusia lain,namun ia adalah dari tuhan yang Maha Kaya,yang memiliki segala perkara di langit dan bumi,yanag mana sedikit pun tidak pernah berhajat daripada apa yang diciptaNya,bahkan sekalian alam lah yg berhajat padaNya....oleh kerana itulah,tiadalah mustahil bagiNya untuk mengurnia apa sahaja kepada hamba yang dikasihi dan disayangiNya..


Satu kisah yang dihendak dikongsi disini,yang mana mungkin sahabat yang pernah mengikuti tazkirah yang aku sampaikan,mungkin dah pernah dengar tentang kisah ini..iaitu satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, yang mana satu ketika ada seorang sahabat yang berada dalam keadaan nazak dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang lain..sebelum menghembuskan nafas terakhir,sahabat2 yg mengilinginya itu mendengar beberapa kalimah yang diucapkan oleh sahabat yang nazak tersebut,iaitu beliau menyebut, "andai lebih jauh.....andai yang baru.....andai kesemuanya"...selepas itu dikatakan beliau terus mengucap kalilah syahadah dan meninggal dunia...


Lalu,sahabat2 lain merasa kehairanan dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w untuk menanyakan perihal kejadian tersebut..setelah itu,baginda Nabi s.a.w yang dikurnia kelebihan untuk mengetahui perkara ghaib melalui wahyu,menceritakan sebab2 di ungkap kalimah2 tersebut..yang pertama Rasulullah menerangkan tentang "andai lebih jauh"...ketika sahabat tersebut nazak,maka telah dibukakan gambaran akhirat padanya..ketika dia hidup dahulu,satu ketika,sewaktu perjalanan untuk ke solat di masjid,sahabat tersebut terserempak dengan seorang tua yang buta yang juga menuju ke masjid dan sudah hampir sampai..lalu di pimpinnya untuk mengambil wudhu' dan ditempatkannya di saf pertama..jadi asbab kebaikan ini,maka dinampakkan kepada shbt ni ketika nazak tersebut ganjaran sebesar gunung uhud,disebabkan sgt terkejut maka disebutkan " andai lebih jauh" yakni andai dia dapat menolong org tua dari jarak yang lebih jauh,maka sudah tentu ganjaran yang lebih padanya..masyaAllah...


Kedua disebutkan "andai yang baru"..satu ketika sahabat ini sedang berjalan untuk menunaikan solat subuh di masjid,dan dipakainya dua lapis jubah kerana kesejukkan pagi,iaitu jubah baru dan jubah lama..tiba2 dia terserempak dengan seorang tua yang sedang kesejukkan dan juga sedang menuju ke masjid,lalu disedekahkan kepada orang tua itu jubah yang lama..asbab kepada kebaikan ini,maka dinampakkannya ketika nazak suatu ganjaran kepadanya yang seperti luas lautan banyaknya...lalu diungkapnya "andai yang baru" iaitu andai ketika itu disedekahkannya jubah yang baru itu,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia kepadanya...masyaAllah...


Ketiga disebutkan "andai kesemuanya"..satu hari sahabat ini sedang berpuasa dan menunggu waktu untuk berbuka puasa...tiba-tiba ada satu orang mengetuk pintu rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa orang itu sudah tidak makan beberapa hari,lalu ketika itu dia yang hanya ada satu roti untuk berbuka,di bahagikan dua roti tersebut dan separuh itu disedekahkan kepada orang itu..asbab kabaikan ini,maka dinampakkan ganjanran padanya seolahnya seluas langit,iaitu sangat banyak...lalu diungkapkannya "andai kesemuanya" iaitu andai dia menyedekahkan kesemua rotinya,maka bagaimanakah ganjaran yang dikurnia padanya..masyaAllah...


Maka,daripada kisah ini...aku menyeru diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi semua untuk berbuat apa sahaja kebaikan walaupun mungkin kecil amal tersebut seperti buang sampah,senyum atau perkara2 lain yang dianggap kecil..namun ganjarannya sangatlah besar kerana pembalas segala kebaikan ini adalah Maha Kaya lagi Maha Penyayang...namun diingatkan supaya diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t,barulah diperoleh ganjaran yang hebat..


Selagi detik dan masa masih ada, maka sangat penting untuk dimanfaatkan sebaik mungkin, yakni menyediakan bekal-bekal untuk dibawa untuk menghadap Allah di hari hisab kelak..tiadalah perkara yang bernilai ketika itu melainkan hanya amal..harta dan pangkat sudah tiada nilai,bahkan pertalian keluarga sekalipun sudah tiada makna,masing2 dengan amal masing2...

insyaAllah,bersempena tahun baru hijrah ini, sama-sama lah kita berazam di tahun baru ini, untuk banyakkan mencari ilmu dan amal,serta sentiasa bertaubat agar diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang...

Walau apa pun,bagaimana pun kita di uji dengan bermacam perkara, jangan lupa bahawa itulah ujian Allah taala kepada hambanya,yakni tidak lain dan tidak bukan untuk menguji dan menilik siapakah di antara hambanya yang benar-banar beriman yakni iman yang sebenar kepadaNya, dan setiap ujian itu kita mampu bertahan dan meletakkan iman sebagai panduannya,maka insyaAllah kitalah hamba yang mendapat kasih sayang Allah dunia akhirat,yang sentiasa mendapat perlindungan dariNya dari sebarang yang membawa kita kepada kekufuran...

Alllah, hanya kepadaMu sahajalah aku memohon perlindungan dan segala bantuan agar ku terus berada di jalan yang benar sehingga lah aku bertemu dengan Mu kelak..Allahumma ameen..

Salam Maal Hijrah 1432


-wallahu'alam-