Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.anhuma
Dalam peperangan Uhud,Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqas r.a, “Marilah kita berdoa bersama-sama.Setiap orang berdosa sesuai dengan keinginannya dan seorang lagi menaminkan doa itu maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke suatu penjuru dan berdoa.
Mula-mula Hazrat Sa’ad r.a berdoa, “Ya Allah,esok,sewaktu peperangan berlaku,tentukanlah untukku seorang lawan yang sangat beranai dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat.Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalanMu dan supaya dapat aku memiliki harta rampasan.” Maka Hazrat ‘Abdullah r.a telah mengatakan, “Amin”.
Selepas itu Hazrat ‘Abdullah r.a pula berdoa, “Ya Allah,esok dalam medan peperangan,temukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawan aku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat apabila dibentangkan amalan dihadapanMu,Engkau akan berkata, “Wahai ‘Abdullah,kenapakah hidung dan telingamu dipotong?” Lalu aku menjawab, “Ya Allah,hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalanMu dan di jalan RasulMu.” Kemudian Engkau berkata, “Benarlah,ia telah dipotong di jalanKu.” Hazrat Sa’ad r.a pun berkata “Amin”.
Pada keesokan hari,peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah dipinta [Tarikhul-Khamis]. Hazrat Sa’ad r.a berkata, “Doa Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang”.
Dalam peperangan Uhud itulah,pedang Hazrat Sa’ad r.a telah patah. Rasulullah s.a.w telah memberi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau.Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar[isobah]. Dinar ialah nama bagi matawang emas.
Pengajaran :
Dalam kisah ini terdapat beberapa pengajaran. Pertama,dari segi keberanian yang sejati. Pahlawan sejati sentiasa bercita-cita untuk bertemu dengan musuh yang gagah berani. Kedua,dari segi ketulusan cinta. Hazrat ‘Abdullah bin Jahsh r.a yang cintakan Allah s.w.t ingin supaya badannya dicincang di jalan Allah dan berharap apabila Allah s.w.t bertanya, “Kenapa ini semua telah terjadi?” Beliau menjawab, “Demi untuk Mu”[Tarikhul-Khamis]
sumber: Kitab Fadhilat 'Amal
(Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSirah perjuangan nabi dan sahabat-sahabat baginda terlalu banyak untuk kita jadikan ibrah. Kenang kembali di saat berlakunya peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Bagaimana jerih perih baginda dalam menegakkan Islam dan menyebarkan dakwahnya kepada umat ketika itu. Subhanallah!
"AKU ADALAH ANAK PANAH ISLAM.. CAMPAKKAN AKU KEMANA SAHAJA, NESCAYA AKU AKAN BERJUANG UNTUK ISLAM.." -SAAD BIN ABI WAQAS-
Jazakallah, teruskan perkongsian kisah2 sahabat disini, buat renungan dan pengajaran bersama..
Wa'alaikumussalam...
ReplyDeleteInsyaAllah..mohon didoakan utk diri ini untuk terus istiqamah dijalanNya dan dibersihkan diri dan hati ini dari sebarang dosa dn sifat2 mazmumah agar mampu merasai manisnya ikhlas dalam beramal kepadaNya..insYaAllah ana doakan pada nti juga..Allahumma ameen..
syukran atas penambahan pengisian..moga perkongsian mampu dimanfaatkan sebaik mungkin..insyaAllah..
-barakallahfik-