Assalamu'alaikum w.b.t ,
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w serta ahli keluarganya dan juga para sahabatnya..
Sekadar menukilkan sesuatu yakni tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...
Hidup tidak selalunya indah sepertimana langit juga tidak selalunya cerah,
kadangkala malam juga suram tiada bintang..namun ketahuilah bahawa itulah lukisan alam iaitu sesuatu ketentuan dari Allah s.w.t kepada makhluknya,
bukanlah kerana ingin menyiksa hambaNya kerana Dia lah yang maha penyayang, dan ketahuilah wahai kerana penyayang dan pemurahNya lah ditentukan segala ini, untuk mengingatkan kita akan kebesaranNya dan kekuasaanNya atas segalanya...
Mungkin,terkadang kita merasakan sesuatu itu diperoleh kerana usaha kita,bakat yang kita ada,atau hebatnya kita dalam sesuatu...Namun,hakikatnya tidaklah sedemikian...kerana tiadalah yang mampu memberi dan mengurnia,melainkan Allah s.w.t yang tiada berhajat pada sesiapa...
Andai ada yang berkata, aku jadi sebegini kerana aku hebat atau disebabkan guru aku, ingatlah bahawa "aku" dan "guru" itu juga berhajat pada sesuatu yakni Allah s.w.t...
Jadi, ketika mana kita berada dalam kegembiraan, maka sentiasa beringatlah dan bersyukurlah pada tuan yang memberinya yakni Allah s.w.t..dan bermohonlah agar itu adalah kegembiraan yang diberkati...
Namun,ketika mana kecewa atau kesedihan, maka ingatlah wahai diri bahawa jangan sesekali ada rasa putus asa pada rahmat Allah s.w.t...kerana rahmat Allah itu luas..
wahai diri, sesungguhnya tidak dikurnia apa yang kau hajati bukanlah kerana engkau dihinakan oleh Allah s.w.t, bahkan itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada kamu, Dia ingin terus mendengar rintihan kamu kepadaNya, dan dengan itulah Dia kan membalas kepada kamu dengan balasan yang lebih baik di akhirat kelak..
wahai diri, cuba engkau renung kembali dengan apa yang telah kau lalui selama ini, tidakkah kau sedar bahawa telah banyak kegembiraan yang dikurniakan kepada kamu sebelum ini,telah banyak perkara yang kau hajati dan dikurniakan ia kepada kamu...sehingga di ibaratkan kecewa kamu hari ini hanyalah setitis air dan selautan kegembiraan dalam kehidupan kamu..
wahai diri, jangan sesekali kau rasa usaha kamu yang lepas itu sia-sia bagi kamu kerana di sebalik itu ada yang melihat, mengetahui dan menilai segala usaha kamu dan dijanjikanNya kelak balasan yang baik atas usaha kamu..jadi,teruskan berusaha untuk akan datang,kuatkan semangat kamu walaupun mungkin seluruh manusia memandang kamu lemah,namun andai kamu istiqamah dalam berusaha,kamulah yang paling gagah di sisi Allah s.w.t, kerana kamu mampu melawa nafsu dan ikhlas dalam berusaha...
wahai diri,tanamkan azam dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik,buatlah yang terbaik dan gunalah segala kemampuan yang ada..insyaAllah kamu akan berjaya kelak..insyaAllah
Mungkin hari ini aku gagal untuk mencapai apa yang diinginkan, namun tidak akan selamanya aku ingin gagal..suatu hari nanti insyaAllah kejayaan yang ku idamkan pasti ku kecapi..
Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku bergantung harap dan memohon agar Kau sentiasa di sisi ku membantu aku dalam menempuh segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan, semoga suatu hari nanti,ketika mana aku menghadapMu kelak,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya..Allahumma Ameen
Hebatnya seseorang itu bukanlah terletak pada kekuatan zahirnya tetapi sejauh mana dia mampu untuk bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan...
ReplyDeleteSusah macam manapun kita, hebat macam manapun dugaan yang menimpa, ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara. Bersabarlah untuk seketika...
Senang macam manapun kita, selesa macam manapun kehidupan yang diberikan, ingatlah segalanya itu akan dipertanggungjawabkan...
Wallahua'alam.
Syukran ya akhi.
syukran atas penambahan yang cukup bermakna dan penting untuk dijadikan ingatan..
ReplyDeleteinsyaAllah sama2 doakan moga Allah s.w.t sentiasa memelihara hati dan jasad kita daripada dicemari dengan perkara mungkar..
afwan..
barakallahufiik