SALAM MUJAHADAH

Followers

Tuesday, January 10, 2012

~Erti kehidupan~

Assalamu'alaikum w.b.t,

Segala pujian ku panjatkan pada Tuhan sekalian alam, Maha suci Allah s.w.t yang telah meminjamkan seketika segala nikmatNya dan tiadalah lain disuruh akannya melainkan pada mentaati seluruh perintahNya dan meninggalkan segala larangannya. Selawat dan salam atas junjungan mulia,seorang nabi yang dicintai lagi dirindui, Nabi Muhammad s.a.w iaitu Rasulullah s.a.w, insan yang paling dikasihi oleh Pencipta segala makhluq, Allah s.w.t.

Sudah sekalian lama tidak ku menukilkan sebarang perkongsian di sini, mudah-mudahan masa yang berlalu itu diampunkan atas segala kelalaian ku dan di terima segala amal kebajikan ku, Allahumma ameen.
Di kesempatan yang seketika ini,hanya sekadar ingin berkongsi dari sedikit yang ku tahu ini,akan soal erti kehidupan.

 Sahabat2 di insyaAllah di rahmati sekalian,
Sudah tentu diri ini berasa tidak layak untuk bercakap soal sebegini dengan kalian yang jauh labih arif dan 'alim, 'alla kulli hal moga2 paling tidak apa yang dinukilkan ini menjadikan kita muhasabah kembali akan diri kita,iaitu sejauh mana kita telah meletakkan diri kita pada jalan Allah s.w.t.

Pesan 'Ulamak, kehidupan seorang yang beriman dengan seoarang yang kufur itu pasti akan ada perbezaan darinya. Iaitu sama ada dari segi luarannya mahupun dalamannya. Khair, ketahuilah bahawasanya persoalan sebegini sangat penting untuk kita sentiasa tilik pada diri kita, dan tujuannya tiadalah supaya kita ini mampu menilai keberadaan kita dalam jalan akidah yang benar dan juga kesahihan segala amal ibadah yang kita lakukan. Sebagaiman firman Allah s.w.t iaitu maksudnya :

                 "tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk melaksanakan ibadah kepadaKu."

Jadi,tiada erti suatu kehidupan walaupun umurnya menjangkau 100 tahun sekalipun,sekiranya tidak diterima dirinya oleh Allah s.w.t sebagai manusia yang diterima umurnya itu sebagai ibadah kepadanya dari darinya diampunkan segala dosa-dosa. Oleh itu,perkara pertama yang menjadi perbezaan jelas di antara mereka yang beriman dan kufur iaitu bagi mereka yang kufur, mentalitinya,hatinya,matlamatnya, iaitu sanggup berkorban dan mencintai segala habuan dunia semata-mata,sehinggakan ada yang sengaja menggadaikan pendirian agamanya demi melihat dirinya dipuji oleh kebanyakan manusia serta diselubungi kemewahan dunia yang disangka olehnya segalanya ini adalah kebahagian baginya.

         Ketahuilah,bahawa kesemua itu hanyalah alat bagi musuh kita iaitu iblis laknatullah untuk memperdaya diri kita dari melihat kebesaran dan keindahan nikmat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t di syurga yang kekal abadi. Jadinya,ku berpesan pada diri ini,dan juga sahabat2 sekalian,seandainya pernah kita terlanjur akan segala perkara di atas,maka bersegeralah untuk kita bertaubat dan berubah kembali pada kehidupan seorang yang beriman yang sebenarnya iaitu,mengabdikan diri pada Allah s.w.t dalam segala perkara dengan niat agar dikira segalanya sebagai ibadah padaNya yakni kelak,ia akan menjadi asbab pada diganjarkan dengan nikmat yang terindah,yang tidak pernah terjangkau pemikiran kita akan manisnya nikmat kehidupan di syurga bersama para anbiya',solihin serta ia dihiasi bidadari-bidadari...dan inilah hakikat yang dikatakan kehidupan yang benar2  bererti buat makhluq yang bernama insan walaupun umurnya hanya 15thn,30thn ataupun 60thn. Secara kesimpulannya,seorang beriman itu akan berusaha untuk meletakkan niatnya,amalnya,matlamatnya senantiasa(24 hours per day) dalam beribadah pada Allah.

Perkara kedua yang menjadi perbezaan antara mereka yang beriman dan kufur iaitu keutamaan sesuatu perkara dalam kehidupannya. Untuk soal ni, suka ana berkongsi pesanan al-hujjatul islam imam al-ghazali iaitu bagi seseorang yang sentiasa mengingati bahawa dirinya akan kembali pada Allah, maka ada 3 tanda dalam dirinya :
    1- Tidak sesekali bertangguh dalam membuat amal kebajikan.
    2- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak diri dari membuat dosa pada Allah.
    3- Tiada bertangguh akannya untuk bertaubat dari dosa-dosa lalu.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
    Ayuh kita muhasabah seketika,apakah selama ini sudah ada dalam diri kita akan 3 perkara tersebut. Seandainya tiada walaupun satu daripadanya,maka iman kita masih lah lemah, seumpama sebuah kereta yang hampir kehabisan minyak,maka jangan biarkan ia sedemikian kerana khuatir saat ia ingin digunakan untuk ke suatu destinasi maka tidak kesampaiain utknya dan bersegeralah ke stesen minyak berdekatan untuk di isi minyak sepenuhnya.
   
     Begitulah jua keadaan kita,iman yang lemah jangan dibiarkan kerana khuatir bilamana kita diuji oleh Allah,maka tiada terlihat kita akan panduan syariat bagi melaluinya.dan bersegeralah kita ke majlis-majlis ilmu & zikir,mudah-mudahan akan tersuluh iman itu dengan cahaya hidayah dari Allah s.w.t. Secara ringkasnya,ayuh kita ertikan hidup ini dengan kembali bermujahadah menggilap iman di dalam diri dengan berusaha mengamalkan apa yang dipesan oleh imam al-ghazali di atas dan semoga darinya akan senantiasa diri dan hati ini mengingati akan seketikanya dunia ini,selama-lamanya di akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w :

       "Orang yang paling bijak itu sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuknya."

Formulanya-->
segala amal kebajikan+ niat sebagai bekal akhirat = orang yang beriman
(segala amal x tak peduli hukum syarak) + niat habuan dunia = orang yang kufur


Sekadar ini buat masa ini,semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Allahumma ameen. :)

Thursday, November 17, 2011

Kehidupan

Di kesempatan yang seketika ini,aku hanya ingin mengingatkan diri ku dan juga sahabat2 semua dengan hanya satu ungkapan :


"Kamu pernah berjaya dan insyaAllah kamu mampu mengulanginya."


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,

begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..


Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..


Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..


Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..






Monday, November 14, 2011

Buat mereka yang ingin menjadi isteri solehah

Di sebalik setiap ulama besar, selalu ada isteri yang soleh...ah. Berkata Imam Abdul Wahab bin ' Ali Al-Sya'rani (w. 973H) dalam kitabnya bertajuk "Lataif Al-Minan Wal-Akhlaq fi Wujubit-Tahadduts bi Ni'matillah 'Ala Al-Itlaq" :


Di antara berbagai nikmat anugerah Allah kepadaku adalah Allah menjadikan keempat istriku (iaitu Zainab, Halimah, Fatimah dan Ummu Hasan binti Syeikh Madyan) istri-istri yang sangat saleh. Ini nikmat yang sangat besar bagiku. Andai ini bukan sebuah nikmat besar, niscaya Allah tidak akan mengingatkan nikmat ini kepada Nabi Zakaria dengan firman-Nya, “Dan Kami salehkan istrinya.” (Qs Al Anbiya [21]:9).

Tanda kesalehan mereka antara lain: mereka tidak pernah walau hanya sekejap duduk dalam keadaan junub, tidak pernah menunda shalat kecuali karena haidh, nifas atau lupa, dan tidak pernah meninggalkan tahajjud.

Yang paling rajin beribadah di antarai mereka adalah Fatimah dan Puteri Syeikh Madyan. Fatimah sering kali bertahajjud di belakangku. Aku membaca seperempat Al Qur'an pada rakaat pertama, ia tetap tidak meninggalkanku. Kecuali jika anaknya terbangun atau menangis. Sementara Puteri Syeikh Madyan, ia tidak pernah terlewatkan shalat tahajjud pada sepertiga malam, baik pada musim dingin ataupun musim panas.

Salah satu tanda kesalehan mereka yang lain adalah mereka tidak pernah membebankanku untuk membeli sesuatu kecuali apabila mereka tengah sakit. Dalam sehat, mereka bersamaku bergantung kepada kebaikan Allah Swt.

Tanda kesalehan Fatimah, ia tidak mau menerima pemberian manusia jika aku telah menolaknya. Puteri Khas-Bek pernah memberiku 10 Dinar, tapi aku menolak pemberiannya. Aku berkata, “Aku tidak menerima hadiah dari wanita.” Ia lalu memberikannya kepada Fatimah, isteriku, namun ia juga menolaknya.

Begitu juga yang terjadi pada isteri Abu Bakar Daudi. Apabila aku menolak hadiahnya, ia memberikan hadiah itu kepada Fatimah. Isteriku menolak dengan berkata, “Kami tidak menerima pemberian wanita. Begitu juga suamiku.” Hal ini sesuatu yang jarang sekali dapat kau lihat pada istri-istri ulama lainnya.

Istri-istriku selalu menolong diriku dalam perbuatan baik. Mereka mengingatkanku untuk bersedekah dan melakukan kedermawanan lainnya. Jika aku tidak menemukan sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang memerlukan, mereka membantuku dengan pakaian atau perhiasan mereka sendiri. Mereka melakukannya dengan ikhlas, terutama Ummu Abdurahman, Fatimah. Semoga Allah meredhainya dan membangkitkanku bersamanya di akhirat nanti.

Monday, November 7, 2011

Bisikkan naluri...

Seandainya benar,naluri hati membisikkan sudah masa untuk berpasangan,
Maka beristikharahlah terlebih dahulu,semoga bisikian itu adalah bisikan dari nur iman di dalam hati,

Seandainya sudah ada yang menarik hati,
Maka beristikharahlah,semoga pilihan itu bersandarkan pada nur iman di hati,
Bertanyalah pada para masyaikh,atau paling tidak pada mereka yang memahami syariat,
supaya tidak tersalah langkah,

Seandainya benar,dia pilihan kamu,
Maka pilihlah jalan yang terbaik kerana kamu seorang muslim,
Yakni,carilah perantara yang diyakini sebagai tempat kamu memberi dan menerima khabar,

Apa sahaja selepas itu,berdoalah pada Allah untuk dikurna yang terbaik buatmu,
dan bertawakallah pada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat berharap,
Semoga dengan ini,ia dikira sebahagian dari ibadah kita padaNya,
dan keikhlasan jualah penentu segalanya..

Semoga baitul dakwah yang bakal dilalui di suatu masa kelak,

dipenuhi dengan mawaddah dan rahmah.



~NUR  KASIH~

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

 

Tuesday, November 1, 2011

Benarkah ???

Apabila iman menjadi impian untuk diperoleh,
   
Benarkah segala perkara susah perlu ditempuhi ?
Benarkah segala jalan yang berliku bakal ditempuhi ?
Benarkah di dunia ini, hati ini hanya menemui kesedihan ?
Benarkah diri ini perlu bersabar untuk menanti ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak?
Benarkah segala kesedapan dunia perlu dilupakan walaupun mungkin sebahagiannya dijadikan fitrah diri?
Benarkah pengorbanan yang besar dari diri itu sebagai mahar pada nikmat di akhirat?
  

Apabila syariat di utamakan,
   
    Benarkah hidup sebagai orang asing akan di lalui ?
    Benarkah hidup seakan menjadi lebih sukar ?
    Benarkah hidup hanya diertikan pada perjuangan semata-mata sehingga tiada ruang bagi berhibur ?
    Benarkah hidup bakal menjadi sunyi dek kerana jalannya yang terhad ?
    Benarkah akan sentiasa ada ujian yang perlu dilalui sbg ukuran keyakinan diri pada jalan syariat?

Benarkah ? Benarkah ? Benarkah ?

Seandainya nafsu dan kejahilan yang menjawab..maka jawapannya pasti adalah benar... Namun, seandainya iman dan diri yang bersandarkan ilmu yang menjawab,maka jawapannya pasti adalah ia ketentuan Pencipta kepada hambaNya, bilamana Dia mencinta hambaNya,maka akan diberikan ujian padanya kerana dari ujian itulah darjat hamba itu akan dinaikkan dan akan dimuliakan semulia-mulia di hari yang kekal abadi,akhirat yang pasti...

Wahai diri,cekal dan tabahkan hati mu dalam melalui segala ujian ini...
Kerana yang menanti kamu kelak adalah nikmat yang hakiki,seandainya kamu bersabar seketika ini...

Wahai diri, yakinkan diri kamu bahawa Allah sangat mencintai orang yang sabar..maka bersabarlah agar kamu di golongkan dalam kalangan merekan yang di cintai Allah s.w.t...

Wahai diri, mungkin kamu tidak sebahagia orang lain,namun fahamilah akan perbezaan bahagia dunia dan bahagia di akhirat..adakah sama keduanya ? Sudah tentulah tidak kerana bahagia dunia hanyalah ujian dan sementara, dan bahagia akhirat itulah nikmat dan bersifat kekal...

Semoga diri aku dikurnia kekuatan dan kesabaran dalam terus menjadikan kekuatan iman sebagai impianku di dunia, dan syariat sebagai  jalan nya.. Allahumma ameen. :')

2:52 am, 2/11/2011
      
   

Sunday, October 30, 2011

Kenapa Neraka Yang di Pilih

Assalamu'alaikumu w.b.t,
Alhamdulillahi rabbil 'alamin,sama-sama lah kita bersyukur pada Allah s.w.t yang masih memberi ruang pada kita untuk menumpang di bumi dan dunia yang sementara ini dengan pada masa yang sama,kita dipinjamkan dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga dan tiadalah lain kita dikurniakan semua ini melainkan kerana sifat Nya yang sangat mengasihi dan menyayangi sekalian hambaNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah s.w.t, yang telah banyak berkorban sepanjang hidupnya demi ingin melihat sekalian ummat nya terselamat dari tipu daya dunia yang fana' dan tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat nikmat Allah yang kekal abadi di syurga kelak dan terselamat dari api neraka.

Kata 'ulamak, maka akan matilah hati-hati manusia itu tatkala mereka tiada mendengar dan membaca hadith Nabi s.a.w selama tiga hari,kerana tiadalah sebaik-baik peringatan melainkan apa yang disampaikan oleh kekasih Allah yakni yang dikurniakan wahyu kepadanya dan yang paling hampir dan dikasihi oleh Allah s.w.t.

Jadi dikesempatan yang ada ini,sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua,bersama diri ini untuk menghayati hadith di bawah ini,serta huraian yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam dari kitabnya, "Empat Puluh Hadith Penawar Bagi Hati". Semoga sama-sama dikurniakan taufik dan hidayah untuk mengambil manfaat darinya.



Daripada Jabir radhiallahu anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api, maka banyaklah belalang dan rama-rama(kelkatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku ( Rasulullah s.a.w) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka,namun ramai di kalangan kamu masih juga hendak melepaskan diri dari pegangan ku.

                                                                                                                                    H.R Muslim

Dan dalam hadith yang lain riwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : " Semua umatku akan masuk ke dalam syurg, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya " Ya Rasulullah ! Siapa yang tidak suka masuk syurga?" Rasulullah s.a.w menjawab : " Sesiapa yang taat padaku beerti dia mahu mahu syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk syurga".

                                                                                                                                   H.R Bukhari

KETERANGAN :

       Umat Islam adalah umat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah bergelar dengan Nabiyyur Rahmah ertinya Nabi yang membawa rahmat bagi sekalian alam. Sebelum Nabi s.a.w di utus ke dunia ini,seluruh alam adalah dalam suasana jahiliyah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia telah kehilangan pengangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah dan yang kaya memeras yang miskin. Masyarakat sudah kehilangan insaniyah(perikemanusiaan) dan yang lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan mereka.

      Maka dalam keadaan gelap gelita itu tiba-tiba datanglah Nur yang dibawa oleh junjungan kita Nabi s.a.w, maka dunia yang gelap gelita tadi telah berubah menjadi alam yang terang bederang. Kesesatan telah berubah menjadi petunjuj.Manusia telah mengerti dan memahami tujuan kehidupannya di atas permukaan bumi ini. 'Umar Al-Khatab yang yang dahulunya hanya pengembala kambing dilereng bukit Makkah itu telah berubah menjadi pemimpin umat yang disegani oleh kawan dan lawan. Tanah Makkah yang kering kontang itu telah menjadi pusat tamadun insan yang agung hingga ke akhir zaman. Manusia yang rakus,kejam lagi bengis itu telah berubah menjadi orang yang zuhud,tawadhu' dan menangis di kegelapan malam dan begitulah seterusnya......

     Namun jiwa yang sakit tidak dapat menerima rahmat ini dan hati yang telah dibalut oleh selaput "tiga ta" iaitu cinta harta,cinta takhta dan cinta wanita, telah menjadi kebal,bahkan panggilan kebenaran di anggap loceng petanda berakhirnya kekuasaan hawa nafsu dan syahwat, oleh itu mereka tetap memilih jalan syaitan dan merasa bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di lautan kemaksiatan yang akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan mereka ke pintu api neraka. walya'u zubillahi min zaalik.