Assalamu'alaikum w.b.t,
Segala pujian ku panjatkan pada Tuhan sekalian alam, Maha suci Allah s.w.t yang telah meminjamkan seketika segala nikmatNya dan tiadalah lain disuruh akannya melainkan pada mentaati seluruh perintahNya dan meninggalkan segala larangannya. Selawat dan salam atas junjungan mulia,seorang nabi yang dicintai lagi dirindui, Nabi Muhammad s.a.w iaitu Rasulullah s.a.w, insan yang paling dikasihi oleh Pencipta segala makhluq, Allah s.w.t.
Sudah sekalian lama tidak ku menukilkan sebarang perkongsian di sini, mudah-mudahan masa yang berlalu itu diampunkan atas segala kelalaian ku dan di terima segala amal kebajikan ku, Allahumma ameen.
Di kesempatan yang seketika ini,hanya sekadar ingin berkongsi dari sedikit yang ku tahu ini,akan soal erti kehidupan.
Sahabat2 di insyaAllah di rahmati sekalian,
Sudah tentu diri ini berasa tidak layak untuk bercakap soal sebegini dengan kalian yang jauh labih arif dan 'alim, 'alla kulli hal moga2 paling tidak apa yang dinukilkan ini menjadikan kita muhasabah kembali akan diri kita,iaitu sejauh mana kita telah meletakkan diri kita pada jalan Allah s.w.t.
"tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk melaksanakan ibadah kepadaKu."
Jadi,tiada erti suatu kehidupan walaupun umurnya menjangkau 100 tahun sekalipun,sekiranya tidak diterima dirinya oleh Allah s.w.t sebagai manusia yang diterima umurnya itu sebagai ibadah kepadanya dari darinya diampunkan segala dosa-dosa. Oleh itu,perkara pertama yang menjadi perbezaan jelas di antara mereka yang beriman dan kufur iaitu bagi mereka yang kufur, mentalitinya,hatinya,matlamatnya, iaitu sanggup berkorban dan mencintai segala habuan dunia semata-mata,sehinggakan ada yang sengaja menggadaikan pendirian agamanya demi melihat dirinya dipuji oleh kebanyakan manusia serta diselubungi kemewahan dunia yang disangka olehnya segalanya ini adalah kebahagian baginya.
Ketahuilah,bahawa kesemua itu hanyalah alat bagi musuh kita iaitu iblis laknatullah untuk memperdaya diri kita dari melihat kebesaran dan keindahan nikmat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t di syurga yang kekal abadi. Jadinya,ku berpesan pada diri ini,dan juga sahabat2 sekalian,seandainya pernah kita terlanjur akan segala perkara di atas,maka bersegeralah untuk kita bertaubat dan berubah kembali pada kehidupan seorang yang beriman yang sebenarnya iaitu,mengabdikan diri pada Allah s.w.t dalam segala perkara dengan niat agar dikira segalanya sebagai ibadah padaNya yakni kelak,ia akan menjadi asbab pada diganjarkan dengan nikmat yang terindah,yang tidak pernah terjangkau pemikiran kita akan manisnya nikmat kehidupan di syurga bersama para anbiya',solihin serta ia dihiasi bidadari-bidadari...dan inilah hakikat yang dikatakan kehidupan yang benar2 bererti buat makhluq yang bernama insan walaupun umurnya hanya 15thn,30thn ataupun 60thn. Secara kesimpulannya,seorang beriman itu akan berusaha untuk meletakkan niatnya,amalnya,matlamatnya senantiasa(24 hours per day) dalam beribadah pada Allah.
Perkara kedua yang menjadi perbezaan antara mereka yang beriman dan kufur iaitu keutamaan sesuatu perkara dalam kehidupannya. Untuk soal ni, suka ana berkongsi pesanan al-hujjatul islam imam al-ghazali iaitu bagi seseorang yang sentiasa mengingati bahawa dirinya akan kembali pada Allah, maka ada 3 tanda dalam dirinya :
1- Tidak sesekali bertangguh dalam membuat amal kebajikan.
2- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak diri dari membuat dosa pada Allah.
3- Tiada bertangguh akannya untuk bertaubat dari dosa-dosa lalu.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Ayuh kita muhasabah seketika,apakah selama ini sudah ada dalam diri kita akan 3 perkara tersebut. Seandainya tiada walaupun satu daripadanya,maka iman kita masih lah lemah, seumpama sebuah kereta yang hampir kehabisan minyak,maka jangan biarkan ia sedemikian kerana khuatir saat ia ingin digunakan untuk ke suatu destinasi maka tidak kesampaiain utknya dan bersegeralah ke stesen minyak berdekatan untuk di isi minyak sepenuhnya.
Begitulah jua keadaan kita,iman yang lemah jangan dibiarkan kerana khuatir bilamana kita diuji oleh Allah,maka tiada terlihat kita akan panduan syariat bagi melaluinya.dan bersegeralah kita ke majlis-majlis ilmu & zikir,mudah-mudahan akan tersuluh iman itu dengan cahaya hidayah dari Allah s.w.t. Secara ringkasnya,ayuh kita ertikan hidup ini dengan kembali bermujahadah menggilap iman di dalam diri dengan berusaha mengamalkan apa yang dipesan oleh imam al-ghazali di atas dan semoga darinya akan senantiasa diri dan hati ini mengingati akan seketikanya dunia ini,selama-lamanya di akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w :
"Orang yang paling bijak itu sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuknya."
Formulanya-->
segala amal kebajikan+ niat sebagai bekal akhirat = orang yang beriman
(segala amal x tak peduli hukum syarak) + niat habuan dunia = orang yang kufur
InsyaAllah...akan sentiasa memperkuatkan iman Amin
ReplyDeleteAmin insyaAllah..syukran sudi baca blog ni dn sudi komen kt sini.. barakallahfik
ReplyDeleteteruskan berjuang dlm penulisan..
ReplyDeleteto siti azimah :
ReplyDeleteKhair,insyaAllah..syukran jazilan ukhti..doakan keberkatan Allah s.w.t buat ana,hamba yg dhaif..