SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, November 17, 2011

Kehidupan

Di kesempatan yang seketika ini,aku hanya ingin mengingatkan diri ku dan juga sahabat2 semua dengan hanya satu ungkapan :


"Kamu pernah berjaya dan insyaAllah kamu mampu mengulanginya."


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,

begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..


Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..


Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..


Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..






Monday, November 14, 2011

Buat mereka yang ingin menjadi isteri solehah

Di sebalik setiap ulama besar, selalu ada isteri yang soleh...ah. Berkata Imam Abdul Wahab bin ' Ali Al-Sya'rani (w. 973H) dalam kitabnya bertajuk "Lataif Al-Minan Wal-Akhlaq fi Wujubit-Tahadduts bi Ni'matillah 'Ala Al-Itlaq" :


Di antara berbagai nikmat anugerah Allah kepadaku adalah Allah menjadikan keempat istriku (iaitu Zainab, Halimah, Fatimah dan Ummu Hasan binti Syeikh Madyan) istri-istri yang sangat saleh. Ini nikmat yang sangat besar bagiku. Andai ini bukan sebuah nikmat besar, niscaya Allah tidak akan mengingatkan nikmat ini kepada Nabi Zakaria dengan firman-Nya, “Dan Kami salehkan istrinya.” (Qs Al Anbiya [21]:9).

Tanda kesalehan mereka antara lain: mereka tidak pernah walau hanya sekejap duduk dalam keadaan junub, tidak pernah menunda shalat kecuali karena haidh, nifas atau lupa, dan tidak pernah meninggalkan tahajjud.

Yang paling rajin beribadah di antarai mereka adalah Fatimah dan Puteri Syeikh Madyan. Fatimah sering kali bertahajjud di belakangku. Aku membaca seperempat Al Qur'an pada rakaat pertama, ia tetap tidak meninggalkanku. Kecuali jika anaknya terbangun atau menangis. Sementara Puteri Syeikh Madyan, ia tidak pernah terlewatkan shalat tahajjud pada sepertiga malam, baik pada musim dingin ataupun musim panas.

Salah satu tanda kesalehan mereka yang lain adalah mereka tidak pernah membebankanku untuk membeli sesuatu kecuali apabila mereka tengah sakit. Dalam sehat, mereka bersamaku bergantung kepada kebaikan Allah Swt.

Tanda kesalehan Fatimah, ia tidak mau menerima pemberian manusia jika aku telah menolaknya. Puteri Khas-Bek pernah memberiku 10 Dinar, tapi aku menolak pemberiannya. Aku berkata, “Aku tidak menerima hadiah dari wanita.” Ia lalu memberikannya kepada Fatimah, isteriku, namun ia juga menolaknya.

Begitu juga yang terjadi pada isteri Abu Bakar Daudi. Apabila aku menolak hadiahnya, ia memberikan hadiah itu kepada Fatimah. Isteriku menolak dengan berkata, “Kami tidak menerima pemberian wanita. Begitu juga suamiku.” Hal ini sesuatu yang jarang sekali dapat kau lihat pada istri-istri ulama lainnya.

Istri-istriku selalu menolong diriku dalam perbuatan baik. Mereka mengingatkanku untuk bersedekah dan melakukan kedermawanan lainnya. Jika aku tidak menemukan sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang memerlukan, mereka membantuku dengan pakaian atau perhiasan mereka sendiri. Mereka melakukannya dengan ikhlas, terutama Ummu Abdurahman, Fatimah. Semoga Allah meredhainya dan membangkitkanku bersamanya di akhirat nanti.

Monday, November 7, 2011

Bisikkan naluri...

Seandainya benar,naluri hati membisikkan sudah masa untuk berpasangan,
Maka beristikharahlah terlebih dahulu,semoga bisikian itu adalah bisikan dari nur iman di dalam hati,

Seandainya sudah ada yang menarik hati,
Maka beristikharahlah,semoga pilihan itu bersandarkan pada nur iman di hati,
Bertanyalah pada para masyaikh,atau paling tidak pada mereka yang memahami syariat,
supaya tidak tersalah langkah,

Seandainya benar,dia pilihan kamu,
Maka pilihlah jalan yang terbaik kerana kamu seorang muslim,
Yakni,carilah perantara yang diyakini sebagai tempat kamu memberi dan menerima khabar,

Apa sahaja selepas itu,berdoalah pada Allah untuk dikurna yang terbaik buatmu,
dan bertawakallah pada Allah, kerana Dialah sebaik-baik tempat berharap,
Semoga dengan ini,ia dikira sebahagian dari ibadah kita padaNya,
dan keikhlasan jualah penentu segalanya..

Semoga baitul dakwah yang bakal dilalui di suatu masa kelak,

dipenuhi dengan mawaddah dan rahmah.



~NUR  KASIH~

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

 

Tuesday, November 1, 2011

Benarkah ???

Apabila iman menjadi impian untuk diperoleh,
   
Benarkah segala perkara susah perlu ditempuhi ?
Benarkah segala jalan yang berliku bakal ditempuhi ?
Benarkah di dunia ini, hati ini hanya menemui kesedihan ?
Benarkah diri ini perlu bersabar untuk menanti ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak?
Benarkah segala kesedapan dunia perlu dilupakan walaupun mungkin sebahagiannya dijadikan fitrah diri?
Benarkah pengorbanan yang besar dari diri itu sebagai mahar pada nikmat di akhirat?
  

Apabila syariat di utamakan,
   
    Benarkah hidup sebagai orang asing akan di lalui ?
    Benarkah hidup seakan menjadi lebih sukar ?
    Benarkah hidup hanya diertikan pada perjuangan semata-mata sehingga tiada ruang bagi berhibur ?
    Benarkah hidup bakal menjadi sunyi dek kerana jalannya yang terhad ?
    Benarkah akan sentiasa ada ujian yang perlu dilalui sbg ukuran keyakinan diri pada jalan syariat?

Benarkah ? Benarkah ? Benarkah ?

Seandainya nafsu dan kejahilan yang menjawab..maka jawapannya pasti adalah benar... Namun, seandainya iman dan diri yang bersandarkan ilmu yang menjawab,maka jawapannya pasti adalah ia ketentuan Pencipta kepada hambaNya, bilamana Dia mencinta hambaNya,maka akan diberikan ujian padanya kerana dari ujian itulah darjat hamba itu akan dinaikkan dan akan dimuliakan semulia-mulia di hari yang kekal abadi,akhirat yang pasti...

Wahai diri,cekal dan tabahkan hati mu dalam melalui segala ujian ini...
Kerana yang menanti kamu kelak adalah nikmat yang hakiki,seandainya kamu bersabar seketika ini...

Wahai diri, yakinkan diri kamu bahawa Allah sangat mencintai orang yang sabar..maka bersabarlah agar kamu di golongkan dalam kalangan merekan yang di cintai Allah s.w.t...

Wahai diri, mungkin kamu tidak sebahagia orang lain,namun fahamilah akan perbezaan bahagia dunia dan bahagia di akhirat..adakah sama keduanya ? Sudah tentulah tidak kerana bahagia dunia hanyalah ujian dan sementara, dan bahagia akhirat itulah nikmat dan bersifat kekal...

Semoga diri aku dikurnia kekuatan dan kesabaran dalam terus menjadikan kekuatan iman sebagai impianku di dunia, dan syariat sebagai  jalan nya.. Allahumma ameen. :')

2:52 am, 2/11/2011
      
   

Sunday, October 30, 2011

Kenapa Neraka Yang di Pilih

Assalamu'alaikumu w.b.t,
Alhamdulillahi rabbil 'alamin,sama-sama lah kita bersyukur pada Allah s.w.t yang masih memberi ruang pada kita untuk menumpang di bumi dan dunia yang sementara ini dengan pada masa yang sama,kita dipinjamkan dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga dan tiadalah lain kita dikurniakan semua ini melainkan kerana sifat Nya yang sangat mengasihi dan menyayangi sekalian hambaNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah s.w.t, yang telah banyak berkorban sepanjang hidupnya demi ingin melihat sekalian ummat nya terselamat dari tipu daya dunia yang fana' dan tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat nikmat Allah yang kekal abadi di syurga kelak dan terselamat dari api neraka.

Kata 'ulamak, maka akan matilah hati-hati manusia itu tatkala mereka tiada mendengar dan membaca hadith Nabi s.a.w selama tiga hari,kerana tiadalah sebaik-baik peringatan melainkan apa yang disampaikan oleh kekasih Allah yakni yang dikurniakan wahyu kepadanya dan yang paling hampir dan dikasihi oleh Allah s.w.t.

Jadi dikesempatan yang ada ini,sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua,bersama diri ini untuk menghayati hadith di bawah ini,serta huraian yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam dari kitabnya, "Empat Puluh Hadith Penawar Bagi Hati". Semoga sama-sama dikurniakan taufik dan hidayah untuk mengambil manfaat darinya.



Daripada Jabir radhiallahu anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api, maka banyaklah belalang dan rama-rama(kelkatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku ( Rasulullah s.a.w) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka,namun ramai di kalangan kamu masih juga hendak melepaskan diri dari pegangan ku.

                                                                                                                                    H.R Muslim

Dan dalam hadith yang lain riwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : " Semua umatku akan masuk ke dalam syurg, melainkan orang yang enggan. Sahabat merasa hairan lalu bertanya " Ya Rasulullah ! Siapa yang tidak suka masuk syurga?" Rasulullah s.a.w menjawab : " Sesiapa yang taat padaku beerti dia mahu mahu syurga dan sesiapa yang menyalahi ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk syurga".

                                                                                                                                   H.R Bukhari

KETERANGAN :

       Umat Islam adalah umat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah bergelar dengan Nabiyyur Rahmah ertinya Nabi yang membawa rahmat bagi sekalian alam. Sebelum Nabi s.a.w di utus ke dunia ini,seluruh alam adalah dalam suasana jahiliyah yang tidak mengenali nilai dalam kehidupan. Manusia telah kehilangan pengangan hidup. Yang kuat menindas yang lemah dan yang kaya memeras yang miskin. Masyarakat sudah kehilangan insaniyah(perikemanusiaan) dan yang lebih buruk daripada itu ialah manusia sudah tidak mengenali Tuhan yang menciptakan mereka.

      Maka dalam keadaan gelap gelita itu tiba-tiba datanglah Nur yang dibawa oleh junjungan kita Nabi s.a.w, maka dunia yang gelap gelita tadi telah berubah menjadi alam yang terang bederang. Kesesatan telah berubah menjadi petunjuj.Manusia telah mengerti dan memahami tujuan kehidupannya di atas permukaan bumi ini. 'Umar Al-Khatab yang yang dahulunya hanya pengembala kambing dilereng bukit Makkah itu telah berubah menjadi pemimpin umat yang disegani oleh kawan dan lawan. Tanah Makkah yang kering kontang itu telah menjadi pusat tamadun insan yang agung hingga ke akhir zaman. Manusia yang rakus,kejam lagi bengis itu telah berubah menjadi orang yang zuhud,tawadhu' dan menangis di kegelapan malam dan begitulah seterusnya......

     Namun jiwa yang sakit tidak dapat menerima rahmat ini dan hati yang telah dibalut oleh selaput "tiga ta" iaitu cinta harta,cinta takhta dan cinta wanita, telah menjadi kebal,bahkan panggilan kebenaran di anggap loceng petanda berakhirnya kekuasaan hawa nafsu dan syahwat, oleh itu mereka tetap memilih jalan syaitan dan merasa bangga dengan terus berkubang di lumpur kekufuran dan hanyut di lautan kemaksiatan yang akhirnya mereka akan dibawa oleh arus yang menghantarkan mereka ke pintu api neraka. walya'u zubillahi min zaalik.

Friday, October 7, 2011

Benar Ya Allah..aku sangat berterima kasih pada-Mu

 TERIMA KASIH TUHAN

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
]Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

BY : MAWADDAH

Thursday, October 6, 2011

Doa seorang Pemuda....

Assalamu'alaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..yang sedikit pun bagiNya tidak berkehendakkan sesuatu dari makhluqNya...selawat dan salam atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatnya... Wahai tuhan kami,sesungguhnya telah kami melakukan kezaliman ke atas diri kami,dan andai kita tiada keampunan dan rahmat dari Mu kepada kami,maka termasuklah kami dari golongan yang rugi..Amin ya Rabbal 'alamin..

Agak begitu lama tidak ku nukilkan sebarang kata di sini..namun begitu,alhamdulillah berkesempatan jua diketika pagi yg hening ini untuk ku luangkan sedikit masa dan tiadalah lain ku harapkan melainkan ku harapkan kita sama-sama mengambil pengajaran dan manfaat dari sedikit perkongsian ini.

Sekadar ingin ku kongsikan suatu kisah atau sirah berkenaan seorang pemuda,yang mana ada periwayatan hadith tentangnya. Suatu ketika, Nabi s.a.w masih hidup,pernah baginda memberitahu kepada Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar al-khatab radhiallahu anhuma bahawa andai kelak,kamu ditemukan dengan seorang pemuda yang namanya 'Uwais al-qarni yang asalnya dari Yaman,maka kamu mohonlah beliau doakan untuk kamu kerana tiada hijab doanya kepada Allah s.w.t.

Daripada sini,kita dapat lihat sungguh hebat pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni ini sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada dua orang sahabatnya yang juga sudah dijamin syurga oleh Allah s.w.t, supaya meminta pemuda ini mendoakan untuk mereka...MasyaAllah....

Setelah itu, Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar ini sentiasa mencari pemuda ini sehinggakan setelah Nabi s.a.w wafat. Setiap kali ada kabilah dari luar khususnya dari Yaman,maka Abu bakar yg juga khalifah sewaktu itu dan 'Umar menahan kabilah tersebut dan bertanya adakah ada pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni..maka kabilah demi kabilah masih tidak dijumpainya..sehinggalah sampai satu kabilah ini,lalu ditanya adakah ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,maka saat itu jawab ketua kabilah itu,ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,dia berada di belakang sekali.... Lantas mereka berdua ke belakang untuk berjumpa dengan pemuda itu. Setelah itu,kelihatan seorang pemuda yang sedang memikul seorang tua di belakangnya,lalu di tanya.."Adakah kamu 'uwais al-qarni? "..Jawab pemuda itu, "Ya,sayalah 'uwais..mengapa tuan(khalifah ketika itu) mencari hamba?... Jawab Abu bakar, sesungguhnya,tika mana Rasulullah s.a.w masih hidup,baginda pernah bersabda bahawa doa kamu merupakan doa yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t..

Di ceritakan oleh salah seorang kabilah dari Yaman itu kepada abu bakar dan umar,bahawa 'uwais ini merupakan seorang yang miskin,namun dia sangat menyayangi ibunya..Sehinggakan, dek kerana ingin mencapai hajat ibunya yang ingin menunaikan ibadah haji, dia sanggup bekerja mengembala lembu yang mana tiap2 hari, dia berulang-alik dari bawah ke atas bukit iaitu tempat kandang lembu itu..'uwais memikul lembu2 itu di bahunya untuk ke kendang di atas bukit...Tujuannya mengambil pekerjaan itu supaya dia mampu mengumpul bekalan untuk di bawa dalam perjalanan membawa ibunya ke mekkah,dan dia juga ingin menguatkan dirinya agar kelak dia mampu mendukung ibunya pula..dan dia sampai ke mekkah ini dengan berjalan kaki sambil memikul ibunya di belakang...

MasyaAllah, beginilah amalan yang cukup mulia iaitu berbakti dan memuliakan ibu dan bapa,sehinggakan Nabi s.a.w di khabarkan oleh Allah s.w.t akan doa pemuda ini tidak akan di tolak oleh Allah s.w.t... So,setinggi mana pun pangkat kita,sehebat mana pun diri kita, maka ambillah pengajaran dari kisah ini iaitu muliakanlah ibu bapa kita,gembirakanlah mereka dan letakkanlah sepenuh kasih sayang kita pada mereka, agar insyaAllah kita dimuliakan oleh Allah s.w.t sepertimana 'UWAIS  AL-QARNI.

wallhu'alam.