SALAM MUJAHADAH

Followers

Thursday, October 6, 2011

Doa seorang Pemuda....

Assalamu'alaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..yang sedikit pun bagiNya tidak berkehendakkan sesuatu dari makhluqNya...selawat dan salam atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabatnya... Wahai tuhan kami,sesungguhnya telah kami melakukan kezaliman ke atas diri kami,dan andai kita tiada keampunan dan rahmat dari Mu kepada kami,maka termasuklah kami dari golongan yang rugi..Amin ya Rabbal 'alamin..

Agak begitu lama tidak ku nukilkan sebarang kata di sini..namun begitu,alhamdulillah berkesempatan jua diketika pagi yg hening ini untuk ku luangkan sedikit masa dan tiadalah lain ku harapkan melainkan ku harapkan kita sama-sama mengambil pengajaran dan manfaat dari sedikit perkongsian ini.

Sekadar ingin ku kongsikan suatu kisah atau sirah berkenaan seorang pemuda,yang mana ada periwayatan hadith tentangnya. Suatu ketika, Nabi s.a.w masih hidup,pernah baginda memberitahu kepada Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar al-khatab radhiallahu anhuma bahawa andai kelak,kamu ditemukan dengan seorang pemuda yang namanya 'Uwais al-qarni yang asalnya dari Yaman,maka kamu mohonlah beliau doakan untuk kamu kerana tiada hijab doanya kepada Allah s.w.t.

Daripada sini,kita dapat lihat sungguh hebat pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni ini sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada dua orang sahabatnya yang juga sudah dijamin syurga oleh Allah s.w.t, supaya meminta pemuda ini mendoakan untuk mereka...MasyaAllah....

Setelah itu, Saidina Abu bakar dan Saidina 'Umar ini sentiasa mencari pemuda ini sehinggakan setelah Nabi s.a.w wafat. Setiap kali ada kabilah dari luar khususnya dari Yaman,maka Abu bakar yg juga khalifah sewaktu itu dan 'Umar menahan kabilah tersebut dan bertanya adakah ada pemuda yang bernama 'Uwais al-qarni..maka kabilah demi kabilah masih tidak dijumpainya..sehinggalah sampai satu kabilah ini,lalu ditanya adakah ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,maka saat itu jawab ketua kabilah itu,ada pemuda yg namanya 'Uwais al-qarni,dia berada di belakang sekali.... Lantas mereka berdua ke belakang untuk berjumpa dengan pemuda itu. Setelah itu,kelihatan seorang pemuda yang sedang memikul seorang tua di belakangnya,lalu di tanya.."Adakah kamu 'uwais al-qarni? "..Jawab pemuda itu, "Ya,sayalah 'uwais..mengapa tuan(khalifah ketika itu) mencari hamba?... Jawab Abu bakar, sesungguhnya,tika mana Rasulullah s.a.w masih hidup,baginda pernah bersabda bahawa doa kamu merupakan doa yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t..

Di ceritakan oleh salah seorang kabilah dari Yaman itu kepada abu bakar dan umar,bahawa 'uwais ini merupakan seorang yang miskin,namun dia sangat menyayangi ibunya..Sehinggakan, dek kerana ingin mencapai hajat ibunya yang ingin menunaikan ibadah haji, dia sanggup bekerja mengembala lembu yang mana tiap2 hari, dia berulang-alik dari bawah ke atas bukit iaitu tempat kandang lembu itu..'uwais memikul lembu2 itu di bahunya untuk ke kendang di atas bukit...Tujuannya mengambil pekerjaan itu supaya dia mampu mengumpul bekalan untuk di bawa dalam perjalanan membawa ibunya ke mekkah,dan dia juga ingin menguatkan dirinya agar kelak dia mampu mendukung ibunya pula..dan dia sampai ke mekkah ini dengan berjalan kaki sambil memikul ibunya di belakang...

MasyaAllah, beginilah amalan yang cukup mulia iaitu berbakti dan memuliakan ibu dan bapa,sehinggakan Nabi s.a.w di khabarkan oleh Allah s.w.t akan doa pemuda ini tidak akan di tolak oleh Allah s.w.t... So,setinggi mana pun pangkat kita,sehebat mana pun diri kita, maka ambillah pengajaran dari kisah ini iaitu muliakanlah ibu bapa kita,gembirakanlah mereka dan letakkanlah sepenuh kasih sayang kita pada mereka, agar insyaAllah kita dimuliakan oleh Allah s.w.t sepertimana 'UWAIS  AL-QARNI.

wallhu'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    sebuah perkongsian yang sangat menarik
    baru2 ni Prof ana ada mention pasal kisah beliau. Walaupun beliau hidup dizaman Rasulullah S.A.W., beliau adalah dikalangan para Tabi'e kerana tidak sempat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W..
    Tetapi, kerendahan hatinya serta ketaatan yang penuh kepada ibunya sangat menyentuh hati..walaupun beliau tidak terkenal didunia, tetapi terkenal di langit
    semoga kisahnya menjadi ikutan anak2 diakhir zaman ni
    w.a...


    teruskan menulis ^_^

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wbt...

    Alhamdulillah, syukran sudi baca blog saya...
    insayALLAH mohon doakan yg terbaik ya.. :)

    ReplyDelete