salam perjuangan dari diri yang lemah dan tiadalah kemampuan utk sesuatu melainkan ianya datang dari Allah azza wajalla...Alhamdulillah,dengan izin Allah taala berkesempatan jua diri ini meluangkan masa yg seketika ini untuk terus berusaha menjadi manusia yg baik atau "terbaik" yakni mampu memberi sesuatu pada ummatku yg tercinta...
"khoirunnas anfahum linnas"
Yang bermaksud manusia yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang bermanfaat pada manusia lain...insyaallah,moge dengan sedikit perkongsian ini Allah taala yang maha pengasih lagi maha penyayang melimpahkan rahmatNya pada seluruh makhluk di dunia dan mengembalikan kemuliaan umat islam itu sendiri di muka bumi Allah taala ini...
Firman Allah taala lagi yang bermaksud :
Islam kurniaan Allah telah dibuktikan amalannya oleh Rasulullah s.a.w dengan cara yang menyeluruh sebagai mana bukti ternyata dengan jelas apabila masyarakat arab badwi yang tinggal di padang pasir yang kering kontang dan tidak ada asas-asas tamadun dan sumber kemajuan namun bila mana mereka berpegang dan beramal dengan seluruh ajaran islam,masyarakat badwi yang buta huruf menjadi bangsa yang mulia,memimpin dunia,mengajar manusia erti kebenaran,erti keadilan,erti hidup serta mati yang sebenarnya.
2-Ukhwah islamiyyahSedar tak sedar sahabat sekalian..bahawa kini ajaran islam dianuti dalam jumlah yang cukup ramai dan tersebar di seluruh dunia...dan ikatan antara kita adalah aqidah islamiyyah dan iman.Ikatan ini bukanlah suatu ikatan yang biasa bahkan ia diisytiharkan oleh Allah taala sendiri.
sabda Nabi s.a.w :
"khoirunnas anfahum linnas"
Yang bermaksud manusia yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang bermanfaat pada manusia lain...insyaallah,moge dengan sedikit perkongsian ini Allah taala yang maha pengasih lagi maha penyayang melimpahkan rahmatNya pada seluruh makhluk di dunia dan mengembalikan kemuliaan umat islam itu sendiri di muka bumi Allah taala ini...
Sahabat-sahabat sekalian,moga sentiasa dalam perlindungan Allah taala,
hari ini,umat islam diseluruh dunia dikecam dengan begitu hebat sekali....yang mana kita semua sedia maklum dahulu kala,umat inilah umat yang paling disanjung,umat inilah yang menguasai 3/4 dunia dan umat ini jugalah menjadi asbab kepada keamanan seluruh makhluk di seluruh dunia ini. Namun,kini segalanya telah berubah...umat islam sentiasa diperlekehkan dalam segenap aspek,kita di layan tidak ubah seperti anjing yang hina,kita dianggap sebagai pengganas yang menjadi penyebab kepada keganasan yang berlaku di dunia...dan lebih teruk,perkara-perkara ini di "doctrain"kn,di mind set kan kpd penduduk dunia bahawa bila dengar sahaja islam..maka itulah gambarannya...
Ikhwanul muslimeen rohimakumullah..
Terjadinya perkara-perkara itu..bukanlah dek kerana musuh kita yang terlalu kuat atau hebat..mereka menindas kita,mereka hina kita bukanlah kerana bangsa atau agama yang kuat..mereka sebenarnya lemah,hanya kita sahaja yang tidak menguatkan umat kita dengan potensi-potensi yang Allah taala kurniakan kpd kita sejak azali lagi..Oleh itu,sedarlah kita 3 faktor yang menjadikan kita umat paling berpengaruh di bumi ini :
1-Ajaran Islam
Nikmat yang tidak terhingga kepada umat islam itu terletak kepada ajaran islam itu sendiri yang tidak boleh dibandingkan dengan segala nikmat yang lain kerana segala nikmat yang dapat dilihat di dunia ini akan hilang setelah kita meninggal dunia.Adapun nikmat islam yang dikurniakan oleh Allah akan berpanjangan,bermula dari dunia hingga akhirat.
Islam yang dikurniakan oleh Allah bukan sahaja diiktiraf dan diishtiharkan oleh Allah satu-satunya yang benar,manakala yang lainnya adalah tidak benar.
Firman Allah taala :
"innaddina i'ndallahil islam"
-Sesungguhnya 'Din' di sisi Allah adalah islam.-
(surah Ali Imran :19)
Firman Allah taala lagi yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang menuntut(mencari dan berpegang) kepada yang lain daripada islam,
maka dia tidak diterima dan di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."
(surah Ali imran : 85)
Islam kurniaan Allah telah dibuktikan amalannya oleh Rasulullah s.a.w dengan cara yang menyeluruh sebagai mana bukti ternyata dengan jelas apabila masyarakat arab badwi yang tinggal di padang pasir yang kering kontang dan tidak ada asas-asas tamadun dan sumber kemajuan namun bila mana mereka berpegang dan beramal dengan seluruh ajaran islam,masyarakat badwi yang buta huruf menjadi bangsa yang mulia,memimpin dunia,mengajar manusia erti kebenaran,erti keadilan,erti hidup serta mati yang sebenarnya.
Walaupun begitu,kini kita melupai keistimewaaan ini...buktinya jelas,sebahagian dari kita hari ini meninggalkan ajaran islam dan lebih redha dengan ajaran atau budaya yang tiada kene mengena dengan islam..kononnya untuk mengejar kemajuan dunia....Sedarlah,jika kita terus begini,maka yakinla,dunia yang dikejar akan terus berjauhan...Ayuhlah,ana menyeru diri ini dan sahabat2 sekalian untuk kembali kepada resipi islam dalam mendaulatkan bumi ini dengan keadilan..yakinlah,andai islam dijadikan pedoman,maka akhirat kita berjaya,dunia pula akan sujud melutut dihadapan kita..insyaallah
2-Ukhwah islamiyyah
Firman Allah taala :
"innamal mukminuna ikhwah"
-Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara- (surah al-hujurat : 10)
Hubungan ini juga disifatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya yang bermaksud :
"Bandingan hubungan persaudaraan di kalangan orang-orang yang beriman itu seperti anggota pada satu jasad.Apabila satu anggota sakit,maka seluruh anggota akan berjaga dan demam(kerana merasai kesakitan itu)."
Inilah ikatan hubungan secara islam,hubungan iman yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w.
Kalau kita lihat dalam sirah,Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan muhajirin dan ansar setelah berlakunya peristiwa agung yakni hijrah nabi s.a.w bersama umat islam dari mekah ke madinah.Pada masa yang sama juga,dijalinkan juga hubungan persaudaraan Qabilah-qabilah yang sering bertelingkah di madinah atas dasar islam.
Hasilnya,lihatlah keamanan yang dicapai ketika itu,dari zaman Nabi s.a.w hinggalah Khulafa' Ar-rosyidin..kejayaan demi kejayaan dikecapi hingga islam mampu menguasai 3/4 dunia walaupun ada ketikanya,jumlah umat islam tidak lah seramai jumlah musuh,seperti dalam perang badar..namun kejayaan milik umat islam.Jadi,renunglah seketika,apakah jumlah kita yang ramai hari ini tidak mampu mengulangi sejarah itu?..Mungkin selamanya tidak sekiranya kita masih tidak mahu bersatu atas dasar islam yang satu dan lebih rela mengejar kepentingan diri masing-masing.Ayuhlah,kita ketepikan kekhilafan haluan yang berbeza..yang lebih penting adalah kita kukuhkan ikatan antara kita yakni hubungan iman dan aqidah..insyaallah moga dengan itu,kita dimuliakan oleh Allah taala di dunia dan akhirat.
3-Khazanah dunia
Perkara ini mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa inilah aset terpenting untuk kita membina pengaruh serta mengembalikan kerajaan islam sebagai sebuah kerajaan yang disegani.Khazanah dunia ini merujuk kepada seluruh bahan kebendaan yang menjadi bahan yang cukup penting kepada kehidupan di dunia seperti petrol,besi dan sebahagian besar sumber-sumber pertanian.Seluruh bahan ini sedar tak sedar majoritinya berada di tanah bumi umat islam.
Namun,nikmat ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin,yakni ia tidak diurus sebagaimana perintah Allah taala.
Ramainya umat islam yang masih enggan menunaikan zakat,enggan bersedekah dengan bersungguh-sungguh,dan masih berasa beban untuk menyumbang fi sabilillah bagi menegakkan agama Allah dengan cara yang diperintah oleh Allah.Maka,tidak peliklah nikmat ini tidak mampu memberi apa-apa kekuatan dan kemuliaan kepada kita bahkan ia membakar diri kita sendiri,yakni ia digunakan oleh musuh untuk membunuh umat islam sendiri.
Inilah akibat bilamana kita tidak bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Teringat ana pada satu hadis nabi s.a.w yang bermakud :
"Demi Allah,aku tidak bimbang kamu menjadi fakir,tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia sebagaimana dibentangkan kepada umat-umat terdahulu daripada kamu lalu kamu berkelahi sebagaimana mereka berkelahi,maka dunia membinasakan kamu sebagaimana pernah membinasakan umat-umat terdahulu."
Sebagai konklusi,marilah kita membuat perhitungan sejauh mana pegangan kita dengan islam,sejuh mana persaudaraan kita di atas dasar islam,sejauh mana kita menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, sebelum kita dihisab di hadapan Allah kelak.
Firman Allah taala yang bermaksud :
"Dan takutlah kamu pada hari kamu semua akan dikembalikan kepada Allah lalu ditunaikan kepada tiap-tiap diri akan apa yang dilakukan dan usahakan dalam keadaan mereka itu tidak dizalimi sedikitpun".
(Surah Al-baqarah : 281)
wallahua'lam.
edly_aic/adli
syukran atas explaination yg terang benderang, cerah lagi nersuluh..=) ana suka bahasa yg ringkas & mudah difahami.. keep it up..!!!
ReplyDelete`Dunia ini adalah penjara bagi orang mu`min dan syurga bagi orang kafir`
(hadith riwayat muslim)
seharusnya kita (diri yg bercakap sendiri terutamanya & sahabat2 yg dikasihi kerana ALLAH) bermujahadah habis habisan dr segala aspek (ibadah, ukhwah, akademik, sosial,etc)demi mencapai redhaNya..
"fastabiqul khairat.."
marilah kta berlumba2 ke arah kebaikan,..persaingan yg sihat insyaAllah..(^_^)
explaination yg panjang lebar, terang benderang, cerah lagi bersuluh..=) ana suka bahasa yg ringkas & mudah difahami.. keeep it up.....!! (^_^)
ReplyDelete`dunia ini adalah penjara bagi orang mu'min dan syurga bagi orang kafir`
(hadith riwayat Muslim)
'sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenagan' (al insyirah:6)
seharusnya kita (diri yg bercakap terutamanya & sahabat2 yang dikasihi kerana ALLAH) kita jadikan dunia ini sbagai ladang untuk beramal, bekalan Ke Sana nanti.. bermujahadah melawan nafsu sedaya upaya.. wujudkan persaingan yg sihat insyaAllah..(dari segala aspek: ibadah, thaqafah, ukhwah, akademik, dakwah, tec) ~ "fastabiqul khairat"
(especially yang cuti lama x da short sem ni, jom kta manfaatkan masa terluang ni sebaiknya~ tambah thaqafah, bersosial di jalan Nya, etc)
doakan moga sama2 diberi kekuatan dr Nya.. AMEEN~
Masyaallah..benar2 ia satu kritikan atau komen yg membina...insyaallah,moga ia menjadi asbab kpd turunnya taufik hidayah kpd kita semua..amin
ReplyDeletesyukran ye....
insyaallah,perubahan demi perubahan dari kita yakni berkaitan meningkatnya amal,ibadah,iman..moge dengan itu Allah taala kembalikan kemuliaan umat islam..
sama2 doakan..
barakallahfik..