SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, April 18, 2010

2 JAM BERBICARA....


Assalamualaikum w.b.t

Agak lama ana tidak menukilkan sesuatu di sini,mungkin kekangan aktiviti yang lebih penting buat diri perlu diutamakan.Ala kulli hal, alhamdulillah dengan izin Allah,berada jua ana di medan perkongsian ini.


Atas nama seorang muslim,terpanggil jua diri ini untuk berkongsi apa yang ada walaupun yang terbekal di dada, hanyalah sedikit.Dan nabi s.a.w juga pernah bersabda :


"ballighu a'nni walau ayah"

-Sampaikanlah padaku walau satu ayat-


Moga sedikit usaha ini,dikurniakan pada diri rahmat dan keampunan Nya di dunia dan akhirat kelak.amin,doa-doakan lah ye.


Pertama sekali,suka ana berkongsi pengalaman ana berbicara dengan seorang sahabat ana yang bukan islam.Dia berbangsa cina dan umurnya jauh lebih tua dari ana.Satu ketika kami berbual atau berbincang berkenaan perbandingan antara agama dan dalam perbincangan ini,ana lebih ditanya dari bertanya..mungkin sahabat ana ni incstint untuk mencari kebenaran sangat tinggi,itu yang membuat ana sangat gembira dan teruja untuk berkongsi dengannya. Antara yang ditanya, soal Nabi Isa a.s berkenaan bagaimana perbezaan penerimaan islam dengan kristian, soal kesahihan Al-quran dan kedudukan bible pada manusia,soal mengapa solat 5 waktu,berpuasa sebulan dan beberapa soalan lagi..agak lama perbincangan kami ketika itu. Namun,apa yang ana sampaikan di sini adalah,luahan dari sahabat ana ini ketika kami sedang berbincang iaitu, dia bertanya pada ana :

1- "Bagaimana saya boleh percaya pada islam,orang islam pun tidak ikut islam."

2- "Tapi mereka sangat sombong pada saya,terutama mereka yang

bertudung,pandang saya macam mereka yakin masuk syurga saya masuk neraka"

3- "itu artis islam..saya tak suka cara mereka"


Ini antara persoalan yang diluahkan sewaktu perbincangan kami. Ketika itu,ana cuba memberi penjelasan akan hal yang dibangkitkan,walaupun jujurnya jauh disudut hati ini cukup terkilan terutama pada diri sendiri yang mewakili umat islam.Ana tidak menyalahkan sahabat ana itu,sudah tentu tidak...kerana ana tahu dia ikhlas dan terniat untuk sengaja merendahkan umat islam.

Sahabat-sahabat sekalian, sekadar peringat bersama..bahawa setiap daripada kita adalah duta kepada satu-satunya agama yang mulia yakni islam..tidak kira siapa kita,nelayan,petani,pelajar sekolah,mahasiswa,artis,kerani,pensyarah,ahli politik hatta kita seorang penganggur sekalipun,bilamana kita mengucap "laailahaillah" maka dengan isyhtiharnya kitalah duta islam dan kitalah pendakwah. Nabi s.a.w bersabda :


"Man qolaailahaillah fahua dai'e"

-sesiapa yang mengucap laailahaillah maka dialah pendakwah-


Jadi,waspadalah dengan setiap perbuatan,percakapan dan bentuk pemikiran yang kita hendak bawa kerana sedar tidak sedar,masyarakat disekiling kita sentiasa melihat dan menilai kita dan sekiranya sandaran penilaian itu hanya kita,mungkin tidak apa,namun sandaran itu jua pada agama kita iaitu islam.

Sahabat-sahabat moga2 dirahmati Allah s.w.t, apa yang dikongsi ini...bukanlah untuk kita meletakkan mereka yang bukan islam ini sentiasa memandang negatif pada umat islam, ikhlas dari hati ini untuk mengajak diri ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk memahami sesuatu iaitu berkenaan pentingnya dakwah melalui akhlaq.Bagaimana kalau kita lihat banyak kisah-kisah bagaimana Nabi s.a.w sentiasa menjaga akhlaqnya tidak kira dengan mereka yang islam ataupun bukan islam dan sahabat-sahabat Nabi juga mengambil sebagai suatu ikutan bagi mereka.Mereka sanggup meninggalkan Mekah,Madinah dan lebih sedih mereka terpaksa korbankan masa mereka bersama Nabi s.a.w,dek kerana merantau ke seluruh pelusuk alam menyebarkan islam,mereka telah sampai di china,sepanyol dan lain-lain lagi. Apa cara yang digunakan untuk berdakwah,tidak lain dan tidak bukan adalah dengan akhlaq mereka kerana terutama pada peringkat awal mereka tidak tahu berbahasa setempat.

Hasilnya,lihatlah..keberkatan illahi atas akhlaq yang mereka pamerkan,islam telah tersebar luas..kian hari,mereka yang memeluk islam semakin bertambah sehingga kini.


Persoalan bagi kita kini, tidakkah kita ingin melihat manusia sentiasa bersama kebenaran dan ramainya yang bakal terselamat kelak?


Doakanlah khusus buat sahabat ana moga ditemukan dengan suatu kebenaran dalam kehidupannya...dan tanamlah azam dalam diri kita untuk menjaga dan mencantikkan akhlaq kita moga ia menjadi hujah dakwah kita dihadapan Allah kelak.amin..


p/s: sebarang penambahan,persoalan atau komen sangatlah dialu-alukan.


wallahua'lam

2 comments:

  1. masyaAllah tabarakAllah sgt brmkna,

    adli. aku syorkan ko bli la stiker yang ada huruf2 jawi@arab. snang skit nk tulis dalil2 naqli. sbb klu ko tulis dgn rumi ad byk ksalahan y x dsedari =)

    ReplyDelete
  2. insyaallah,aku cubalah usahakan untuk tu...
    tentang post ni..sebar2kanlah yep...
    syukran..

    ReplyDelete