SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, March 17, 2013

Yang Terindah Masih Ada



"Bismillahirrahmanirrahiim"

Di kala diri keseorangan, hati mula rasa sepi..
Kesepian yang mungkin berpanjangan,kerana dirasakan tiada yang menemani di sisi..
Tatkala diri itu berharap agar diperkenankan hajat di hati,
Lalu tangan di tadah bermohon hajat pada ilahi..

Namun,lain pula yang semakin menyerlah di hati,
tersingkap akan sekalian kekurangan & kelalaian diri..
Maka semakin luput hajat-hajat di hati,
Merasakan amatlah tidak layak pada meminta pada ilahi..

Hati mula menjadi sebak,
seakan hati itu mula menangis tanpa diminta,
tiada yang tahu akan keadaan itu,
Namun iman mula membisik bahawa ada yang mengetahui,
bahkan diketahui juga akan sekalian hajat-hajat yang dipendam itu,
mendengar bisikan itu, hati yang sebak menjadi gembira..
gembira yang tiada mampu di ungkapkan dengan lisan akan indahnya apa yang dirasai,

Kesepiaan yang dirasai mulai surut,
Kerana mengetahui bahawa di sana ada Yang Maha Mengetahui,
mengambil berat akan diri walau tanpa diluahkan,
diri mula menyedari bahawa di sana ada Yang Maha Penyayang,
menyayangi akan diri walau tanpa dibalasi..

Sungguh,kehadiran-Nya di hati itu teramatlah bermakna..
Yang kotor menjadi bersih,
Yang berat menjadi ringan,
Yang susah menjadi senang,
Yang gelisah menjadi tenang...
Menyedarkan kepada-ku bahawa Yang Terindah Itu Masih Ada..
Sungguh, Engkaulah segala-galanya bagi-ku...

~ Aku Cinta Pada-Mu Ya Allah,Ya Rabbal'alamin..  =')  ~



Wednesday, March 6, 2013

Bagaimanakah Kaedah Beristikharah ?


                                                                     

                                                         [ Istikharah ]


Menjadi suatu kebiasaan bilamana di sebut soal istikharah, maka akan terlintas di fikiran ianya berkaitan soal jodoh...
Hakikatnya ianya bukanlah hanya perlu ketika soal jodoh sahaja,bahkan segala pekerjaan yang memerlukan untuk membuat suatu pilihan,maka disunatkan untuk beristikharah pada Allah s.w.t.. dengan niat mudah-mudahan setiap pilihan yang dibuat itu merupakan pilihan terbaik yang di ilhamkan oleh Allah s.w.t...

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w,mafhumnya :
"Tidak akan menyesal seorang yang bermusyawarah & beristikharah."

InsyaAllah di sini sekadar berkongsi sedikit kaedah beristikharah yang diajarkan oleh murobbi tercinta Sheikhuna Ust Muhadir Bin Hj Joll As-Senary :

1) Seeloknya pada khamis malam jumaat
2) Bepuasa di siang hari itu
3) Bermula maghrib,elakkan melayari internet sbg 'illah agar terhindar dari melihat & mendengar perkara maksiat
4) Berselawat 1000x, atau at least jangan kurang 100x
5) Selepas solat isyak, usahakan untuk tidak bercakap.

dan pesan beliau juga, bahawa adab istikharah itu antara terbaik adalah di lakukan sewaktu masih tiada pilihan,sebagai tidak dilihat seakan "memaksa" Allah bila ianya sudah ada pilihan...

Seterusnya, Rasululllah s.a.w telah mengajarkan suatu doa istkharah iaitu :

" Ya Allah, bahawa aku meminta pilihan Engkau dengan pengetahuan Engkau, dan aku meminta Engkau takdirkan dengan qudrat Engkau, dan aku meminta kepada Engkau daripada kelebihan Engkau yang besar,kerana bahawasanya Engkay berkuasa dan aku tiada kuasa, dan Engkau mengetahui dan aku tiada mengetahui, dan Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini terlebih baik bagi-ku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku iaitu pekerjaan duniaku dan akhiratku, maka takdirkan bagiku dan mudahkannya bagiku, kemudian berkatkan bagiku padanya.
Dan jika adalah Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini kejahatan bagiku di dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan pekerjaanku, maka palingkan dia daripada aku dan palingkan aku daripadanya dan takdirkan bagiku kebajikan di mana ada kebajikan itu,kemudian redhakan aku dengannya. "

Selamat beramal (^_^)v

~Sesungguhnya istikharah itu membina pengharapan & tawakkal hati pada Allah s.w.t~

Thursday, February 7, 2013

Bila di tanya soal jodoh ?


[ Bila di tanya soal jodoh ? ]




Siapalah jodoh-ku ?

Sejak usia manusia mencecah 4 bulan di alam kandungan lagi, maka telah ditakdir akan perihal jodoh bagi-mu...
Maka tiada perlu runsing & gelisah dengannya kerana ianya suatu yang pasti dan telah ditentukan buat-mu...


Perlu berusaha tak untuk bertemu jodoh ?

Na'am, seperti mana rezeki yang perlu diusahakan pada mendapatinya begitu juga jodoh...
Persoalan dapat atau tidak itu Hak Ketentuan Allah, oleh itu yang lebih penting adalah bagaimana usaha yang dibuat-mu, menepati syarak atau tidak?
Bila menepati syarak,walaupun tidak dapat(bukan jodoh) maka usaha-mu itu sesekali tidak sia2 bahkan ianya sebahagian ibadah yang ada nilai disisi Allah s.w.t...
Bila tak menepati syarak...hurm 'alamat azab lah diakhirat(jika x bertaubat),dah tu andai bukan jodoh pula..ini barulah sia-sia..


Bagus yang bertemu jodoh awal ke lambat ?

Umumnya,ianya subjektif dan bergantung pada keadaan masing2, kerana ketentuan ujian Allah s.w.t itu berbeza bagi setiap orang..
jadi awal atau lambat itu atas bagaimana kehendak Allah s.w.t..
Maka sebagai hamba, teruskan berusaha(beribadah) dengan ikhlas dan banyakkan untuk berdoa pada Allah agar awal atau lambat yang ditentukan itu sebagai asbab pada dikurniakan keindahan(mawaddah wa rahmah) yang berpanjangan tikamana sudah bertemu jodoh.

Sekadar perkongsian buat renungan bersama..Semoga ianya bermanfaat sbg bekalan buat yang masih menanti jodohnya. (^_^)

~Ikhlaskan niat dihati,kerana ditentukan seorang yang ikhlas itu utk seorang yg ikhlas juga~

Sunday, October 28, 2012

KISAH ARAB BADWI DENGAN RASULULLAH S.A.W

 

Dikisahkan Bahwa, Sedang Rasulullah saw sedang asyik & kusyu' Bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang lalu di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”...

Rasulullah saw. lalu m...
enirunya dan membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah saw. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti dipermain mainkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mempersenda sendakan aku, karena aku ini adalah orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah saw. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan teguh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah saw. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah saw.terus menarik tubuh orang Arab itu, sambil berkata kepadanya:

“Wahal orang Arab! janganlah engkau berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuan nya, Ketahuilah, Allah mengutusku aku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi hanya untuk membawa berita.

Ketika itulah, Malaikat Jibril as. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

“Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Allah?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kemurahan nya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah saw. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi dan berkata:

“Ya Muhammad! Allah As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy terlupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga tergoncang arasy yg dijaganya. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu dirinya.


Tuesday, August 28, 2012

Perisai Kehidupan

"Bismillahirrahmanirrahiim"

Assalamu'alaikum w.b.t,
Segala Puji Bagi Allah s.w.t,Tuhan sekalian alam.. Zat yang tiada sama sekali menyerupai mana-mana makhluq-Nya, juga tiada mula dan tiada akhir bagi-Nya.. Sungguh Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana atas segalanya..

Selawat dan Salam kepada Rasulullah s.a.w, kecintaan dan kerinduan kepada Baginda s.a.w yang tiada tara dalam diriku..Semoga diri ku yang dhaif ini diizinkan oleh Sang Pencipta untuk bersua dengan kekasih-Nya di suatu masa akan datang, amin Allahumma amin.

     
   Sesungguhnya di dalam diri setiap manusia itu adanya seketul daging,baik daging itu  maka baiklah sekalian yang lain,buruk daging itu maka buruklah sekalian yang lain..itulah hati, Raja dalam diri manusia. Hal ini bukan suatu perkhabaran yang bersifat sangkaan oleh ahli falsafah mahupun mana pemikir,ianya suatu perkhabaran yang jelas dan sahih daripada penyampai wahyu Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, sebagai seorang yang beriman pada Allah dan Rasul-Nya..menjadi kewajipan pada setiap dari kita untuk benar-benar menilik dan bermuhasabah bagaimanakah keadaan Sang Raja ini, masih dikotori dengan penyakit-penyakit hati ataupun ianya bercahaya dengan ilmu & iman yang kukuh di sisi Allah ?

    Tiadalah langkah yang pertama dalam menyedari hakikat diri ini melainkan dengan benar-benar menilik kembali,hari ke hari..akan hati yang ada ini,kerana di akhirat kelak, yang ditilik oleh Allah s.w.t itu bukanlah cantiknya paras rupa,kekayaan hartanya,atau hebatnya kedudukan dirinya dalam kalangan manusia..tetapi adalah hati setiap orang,apakah taqwa ataupun nafsu yang diikutinya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Al-Qur'an. surah asy-syu'ara : 88-89 iaitu maksudnya :
  
"Pada hari itu harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. "

Oleh yang demikian, apakah yang terlebih penting daripada usaha pembersihan hati ?

Apabila kita telah bermuhasabah diri dan insyaAllah bilamana kita menyedari akan hakikat diri yang masih kotor dengan dosa-dosa dan penyakit-penyakit hati..maka walau bagaimanapun keadaan kita ketika,baik kita masih muda atau telah berumur, kaya ataupun miskin, berpangkat ataupun tidak, menjadi keperluan kepada kita untuk kembali bertaubat,menyesali segala kesalahan lalu kepada Tuan diri dan sekalian alam ini,Allah s.w.t.. tidak ada istilah sudah terlambat melainkan nyawa sudah di halkum...Sebesar & sebanyak mana pun dosa-dosa yang lalu itu, ketahuilah bahawa keampunan Allah s.w.t itu jauh lebih besar bahkan di gambarkan oleh Nabi s.a.w,keampunan Allah s.w.t itu lebih dari langit yang di lihat..

Satu ketika, Nabi s.a.w bersama sahabat-sahabat lalu kelihatan oleh mereka seorang ibu bersama anaknya yang masih bayi..Lalu Nabi s.a.w bertanya kepada para sahabat, "Apakah sanggup ibu itu mencampakkan anaknya itu ke dalam api yang membara ?",lalu para sahabat menjawab, "Sudah tentu tidak Ya Rasulullah"..Kemudian Baginda menyambung, "Ketahuilah bahawa kasihnya Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya lebih berganda daripada kasihnya ibu kepada anaknya."

Sungguh,Dialah Yang Maha Mengasihi Lagi Maha Pengampun.

Apakah kita tidak berasa malu dengan Allah s.w.t yang sangat mengasihi diri kita,diberikan segala keperluan & nikmat serta di tawarkan keampunan-Nya  agar kelak di masukkan ke tempat yang terbaik,syurga-Nya yang tiada tara keindahannya. Namun bagaimana sikap kita kepada Allah, enggan mensyukuri nikmat dengan mengingkari perintah-Nya, menafikan segala keperluan yang diperolehi datangnya dari Allah dengan berasa diri sendirilah sebab pada kesenangan, bahkan berasa tidak mengapa dan melazimi diri dengan perkara-perkara maksiat dan melalaikan...

 
Ayuh,sama-sama lah kita insafi diri dengan segala kasalahan lalu dengan membina PERISAI KEHIDUPAN kita,iaitu dengan..

1)kembalikan segala kebergantungan kita kepada Allah s.w.t
2)berterusan dalam memohon keampunan & keredhaan dari Allah s.w.t
3)bermujahadah/bersungguh-sungguh diri dalam  menambahbaikkan amal taat & sunnah dalam kehidupan seharian kita

insyaAllah semoga dengan niat yang ikhlas dan usaha sebegini, di pelihara diri kita dari perkara-perkara yang buruk dan di kurnia kekuatan dari mengulangi dosa-dosa lalu..amin

Seterusnya, harus kita ketahui bahawa tipu daya syaitan itu sangat halus..sehingga mereka yang teguh imannya boleh juga tidak terkecuali terpedaya dengan "keindahan" belaian mereka supaya terjebak dalam maksiat.. Antara tipu daya mereka pada mereka yang beriman & berilmu :

*Di rasakan bahawa amal yang dibuat itu sudah mencukupi sedangkan hanyalah sedikit yang dikerjakan dan tiada kualiti.
*Berasa dengan ilmu & amal yang ada sudah melayakkan dirinya memasuki syurga Allah s.w.t sedangkan  jauh sekali ilmu & amalnya untuk memasuki syurga.
*Berasa dirinya lebih mulia dari orang lain sehingga merendah-rendahkan orang lain.
*Tidak mengapa sekali-sekala berbuat dosa,kerana seolahnya timbangan amal kebaikannya lebih berat.

Semoga Allah s.w.t melindungi diri kita dari segala tipu daya syaitan ini..dan Nabi Muhammad s.a.w juga telah mengajar kita satu doa yang boleh kita amalkan setiap pagi & petang & bila-bila kita uji dengan gangguan syaitan iaitu dalam surah al-mukminun : 97-98 :

"Robbi 'auzubika min hamazatisy syayatin wa'uzubika min ayyahdurun"
(Tuhan,aku berlindung kepada-Mu dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya)

Nasihat guru kami juga, Al-Fadhil Ust Muhadir Bin Haji Joll As-Senariy iaitu :

"Hendaklah kamu berusaha menutupi segala pintu-pintu dan jalan-jalan yang boleh membawa diri kamu kepada kemaksiatan..."

Dan suka saya memetik kata-kata yang biasa dipegang oleh para doktor :

"Prevention is better than cure"

Sebagai akhir, sekadar ingatan bersama..walau siapapun kita,tidaklah kecuali dalam keperluan kita untuk memperbaiki & menambah amal-amal kebaikan dan istiqamah dengannya, serta berterusan dalam membina PERISAI KEHIDUPAN iaitu 3 perkara di atas..

Wallahu'alam, mohon ditegur/dinasihatkan jika ada kesalahan dan kekurangan. Jazakallah pada yg sudi membaca.  {I:')~

Wednesday, July 4, 2012

Ya Habibi Al-Mustofa Rasulillah s.a.w..

"Bismillahirrahmanirrahim"

Ya Habibi Al-Mustofa Rasulillah s.a.w..
Sungguh engkau insan termulia di sisi Rabbul 'alamin..
Tidak engkau di utus melainkan diturunkan rahmat kepada setiap alam..
Engkau jua Rasul yang sangat mengasihi sekalian ummat mu..
Dipenuhi malam-malam mu dengan air mata doa yang dipinta untuk kesejahteraan ummat mu..
Dan dijanjikan diri mu yang mulia itu akan pertolongan buat ummat mu yang tercinta...
Telah ternukil dalam sirah di akhir umur mu, akan sungguh-sungguh benar ummatmu di cintai..
Ya Ummati, Ummati, Ummati....

Ya Habibi Al-Mustofa Rasulillah s.a.w
Di dunia yang fana' ini...
Sungguhpun kami sering melupakan mu,
Sungguhpun perjuangan mu kurang dihargai kami,
Sungguhpun peringatan mu kurang diendahkan dan dipenuhi dosa dan maksiat oleh  kami,
Namun kami berharap dan yakin bahawa tiada terputus doa mu buat kami,
Ya Rasulullah..doakan kami...doakan kami...
Agar diterima taubat kami supaya dengannya kami akan lebih mengingati mu,
Agar dikurniakan kesabaran dan bekalan bagi kami meneruskan perjuangan mu yang mulia,
Agar dibekalkan kami senantiasa dengan payungan taufiq & hidayah Allah untuk kami mengikuti segala syariat Allah...
Agar kelak saat bertemu di mahsyar,akan kedengaran panggilan mu kepada kami..
Ya Ummati, Ummati, Ummati...


Ya Habibi Al-Mustofa Rasulillah s.a.w..
Dan engkaulah insan yang aku paling kasihi dan cintai..
Akan ku bermujahadah dlm menghidupkan sunnah2mu dalam kehidupan ku..
Akan senantiasa terpasak dalam setiap masa ku akan ingatanku pada mu Ya Rasulullah...
Kerna engkau.. sentiasa di hatiku Ya Rasulullah...

Andaikata dengan mencari harta itu,akan ku niatkan supaya ia kemudahan kepada ku mengejar cinta Allah dan diri mu Ya Rasulullah,
Andaikata dengan mencari pasangan hidup itu,akan ku carikan mereka yang juga mencari&mengejar cinta Allah dan diri mu Ya Rasulullah,
Andaikata dengan bersusah-susahku dalam berjuang di dunia ini,tiadalah lain mencari mencari keredhaan Allah dan kecintaan mu Ya Rasulullah...


Semoga dengan rahmat Allah yang luas itu, akan ditemukan aku dan kamu di syurga Firdaus yang kekal abadi..

nukilan dari hati yang berharap pd cinta Allah & Rasul :
~ Nur Mohamad Adli ~
~ 15 Sya'ban 1433h/ 5 Julai 2012 ~
~ 11.30 a.m ~

Monday, March 19, 2012

Agar Penantian Itu Juga Membahagiakan...

"Bismillahirrahmanirrahim"

Setiap insan yang berhati itu,
Akan disentuh hati itu dengan bisikan ingin berihsan,
Bukanlah kerana hati itu sudah dipernuhi "Nur" petunjuk ilahi,
Namun sekadar ingin berbahagia dengan berkongsi dari sedikit yang ada itu,
juga agar pabila "Nur" dan "Nurul" itu bersatu kelak,
akan bertambah berterusan kurniaan Nur dari ilahi....

Wahai "Nurul" di hati itu,
agar sinaran itu akan terus menyuluhi dirimu,
menyelamatkan dirimu dari segala fitnah dunia,
juga agar kamu tidak terperangkap pd bisikan musuh yang membinasakan,
andai kelihatan ia sedikit malap,
janganlah dirimu membiarkannya terus kian terpadam,
kerana khuatir akan keikhlasan yang terbina di awal dahulu juga kian terpadam,
usahakanlah untuk terus ia terus menerus membimbimng hati itu,
semoga saat bahagia yang di nanti itu,
di sinari keberkatan ilahi...
wahai "Nurul" di hati itu..inilah harapan ku dalam penantian ini...

Wahai "Nur" di hati ini,
bukanlah diri ini Tuan empunya "Nur & Nurul" itu,
bukanlah diri ini seorang yang sudah kotakan segala bait-bait nasihat di atas,
bukan juga "Nur" ini seorang yang benar-benar mampu melebarkan cahayanya pada sekelilingnya,
hanyalah sekadar mampu melihat jalan yang perlu dilalui,
hanyalah ia memimpin diri agar tidak tersungkur,
pada jalan yang penuh onak duri...
semoga suatu hari kelak,
bila tiba masanya.."Nur" ini dapat memimpin diri ini jua diri mu yang disamping juga,"Nurul" di hatimu...
wahai "Nur" di hati ini..berterusanlah berharap pd ia berkekalan bersama,hingga saat bertemu ilahi kelak..

"Nur & Nurul di hati"....tiadalah lain bagi mu pada penantian ini..
untuk terus perbaiki hati dan diri..mencari hidayah & taufik ilahi...
perhiasilah diri dengan sabar dan taqwa...

Agar Penantian Ini Juga Membahagiakan....


nukilan NMA : 1.30am,21/03/2012..... (",)