SALAM MUJAHADAH
Followers
Sunday, March 17, 2013
Yang Terindah Masih Ada
"Bismillahirrahmanirrahiim"
Di kala diri keseorangan, hati mula rasa sepi..
Kesepian yang mungkin berpanjangan,kerana dirasakan tiada yang menemani di sisi..
Tatkala diri itu berharap agar diperkenankan hajat di hati,
Lalu tangan di tadah bermohon hajat pada ilahi..
Namun,lain pula yang semakin menyerlah di hati,
tersingkap akan sekalian kekurangan & kelalaian diri..
Maka semakin luput hajat-hajat di hati,
Merasakan amatlah tidak layak pada meminta pada ilahi..
Hati mula menjadi sebak,
seakan hati itu mula menangis tanpa diminta,
tiada yang tahu akan keadaan itu,
Namun iman mula membisik bahawa ada yang mengetahui,
bahkan diketahui juga akan sekalian hajat-hajat yang dipendam itu,
mendengar bisikan itu, hati yang sebak menjadi gembira..
gembira yang tiada mampu di ungkapkan dengan lisan akan indahnya apa yang dirasai,
Kesepiaan yang dirasai mulai surut,
Kerana mengetahui bahawa di sana ada Yang Maha Mengetahui,
mengambil berat akan diri walau tanpa diluahkan,
diri mula menyedari bahawa di sana ada Yang Maha Penyayang,
menyayangi akan diri walau tanpa dibalasi..
Sungguh,kehadiran-Nya di hati itu teramatlah bermakna..
Yang kotor menjadi bersih,
Yang berat menjadi ringan,
Yang susah menjadi senang,
Yang gelisah menjadi tenang...
Menyedarkan kepada-ku bahawa Yang Terindah Itu Masih Ada..
Sungguh, Engkaulah segala-galanya bagi-ku...
~ Aku Cinta Pada-Mu Ya Allah,Ya Rabbal'alamin.. =') ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment