SALAM MUJAHADAH

Followers

Sunday, March 27, 2011

Peluang Yang Tidak Di Rebut

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"

Daripada Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : " Ada dua macam ni'mat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu ni'mat sihat dan ni'mat kelapangan masa".



Keterangan :


Kesihatan badan dan kelapangan masa adalah ni'mat yang besar setelah ni'mat iman dan islam, namun ramai orang yang tidak menyedari kebesaran kedua-dua ni'mat ini kecuali setelah terlambat dan terluput waktunya. Apabila badan sihat dan masa pun lapang, ramai orang yang akan membuang masa,duduk bersenda-senda dan menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bahkan terkadang sampai kepada perkara-perkara yang membawa kepada kemaksiatan.


Mereka berasa malas untuk membuat amal ibadat yang sebenarnya bukanlah terlalu payah dan tidak pula memerlukan kepada banyak tenaga. Sembahyang bukanlah terlalu payah,apatah lagi membaca al-qur'an dan berzikir. Seseorang boleh membaca al-qur'an dan berzikir sambil berjalan,sambil memandu kereta bahkan sambil bekerja, namun rasa segan dan malas itu sangat susah hendak dibuang.


Walaupun demikian,namun ramai orang yang berjalan,memandu kereta dan bekerja sambil merokok, sekalipun mereka menghadapi kepayahan dalam mengendalikan rokok tersebut dan ramai pula yang memandu kereta sambil mendengar lagu-lagu dan alunan muzik yang melalaikan daripada mengingati Allah s.w.t, padahal orang yang berada di dalam kenderaan di tengah perjalanan itu adalah sangat dekat kepada kematian. Hanya terlalai sedikit,kereta sudah boleh terjun ke dalam parit atau nahas di jalanraya yang meragut nyawa, maka ia berhajat kepada pemeliharaan dan perlindungan daripada Allah s.w.t agar ia dapat sampai ke tujuannya dengan selamat.


Beginilah keadaan orang-orang yang tidak menghargai kesihatan badan dan kelapangan masa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t sehingga apabila mereka jatuh sakit dan sudah terlantar di hospital dan badan pun sudah tidak bermaya lagi, maka ketika itu barulah mereka mengerti besarnya ni'mat kesihatan dan kelapangan masa yang telah mereka sia-siakan. Ketika itu barulah mereka hendak sembahyang,membaca al-qur'an dan berzikir.Bermacam-macam nazar dan hajat yang dijanjikan kepada Allah s.w.t, namun apalah hendak dikata jikalau nasi sudah menjadi bubur.


Oleh itu,rebutlah peluang kesihatan dan kelapangan masa yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita dan berusahalah untuk mengisinya dengan ketaatan dan ama-amal kebaikan.



sumber : Kitab Empat Puluh Hadis Penawar Hati

susunan : Abu Ali Banjari An Nadwi ( Sheikh Ahmad Fahmi ZamZam)


4 comments:

  1. dua kalimah yang paling berat

    subhanallahi wa bihamdihi, subhanallahil'azim

    Maha suci Allah dan pujian ke atas Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung/Tinggi.

    Bende paling senang untuk dilakukan dikala berjalan, menunggu, etc. cuma sifat manusia ade perasaan malas. Peringatan untuk diri aku gak...hehe

    Moga Allah permudahkan...Semoga sembuh cepat!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..semoga cepat sembuh..

    jangan sia2kan nikmat yang Allah beri..sekali di uji mungkin juga kafarah dosa..

    ReplyDelete
  3. to hiromi ichiban :
    syukran atas penambahan point..nnti tambah byk2 lagi yep..insyaAllah sama-sama amalkan..

    ameen insyaAllah,harap sangat dapat sembuh cepat2,rindu sgt ngn nikmat sihat...

    ReplyDelete
  4. to izzah solehah :

    wa'alaikumussalam, ameen insyaAllah...
    moga hati ini sentiasa redha dengan ketentuan Allah dan mnjadi asbab pd pengampunan Allah atas dosa-dosa yang lalu...

    syukran ukhti.. :)

    ReplyDelete